Anda di halaman 1dari 71

TIPS 4 HARI BERCUTI DI VIETNAM

Saya kongsikan itinerari dan beberapa tips berikut buat rujukan bagi anda yang ingin travel
ke Ho Chi Minh.

HARI PERTAMA

Dari TBS, ambil ERL TBS- Salak Tinggi- KLIA2. Kenapa lompat ? Sebab murah, beza 2 kali
ganda.

Kalau direct: RM38.40


Lompat: RM12.40 + RM4.90 = RM17.30

Beza 20 minit je.

Sampai di Airport, terus ke Ben Thanh (District 1) ambil Bas no 152 harga tiket VND 5000.
Masa diambil lebih kurang 20-30 minit.

Saya duduk Backpackers dorm. Sebab sampai tu dah agak petang, jadi saya lepak lepak rehat
je kat katil.
Malamnya korang boleh usha-usha Ben Thanh Nigt Market > Backpackers Street > Malaysia
Street. Backpackers Street ni banyak kelab malam je sepanjang jalan.

Malay street ni boleh jumpa orang Malaysia ramai. Sini tempat makan halal banyak, tempat
orang borong kain, telekong dll.

JANGAN terkejut kalau makan mahal. Sini memang mahal. Paling murah boleh cari
Restoran Halal Amin. Murah dia Nasi lemak ayam VND50,000 juga la. bersamaan RM10.

Tang makan ni saya jimat sikit. Nasi Lemak Ayam pagi, siang tak makan, malam baru cari
roti ayam. Kat bawah ada gambar makwe jual roti. Memang ada kat jalan tu. Air memang tak
minum kat restoran.

Makan pelan-pelan, tercekik susah.

Kos hari ni: Tiket VND5000 + Dorm VND 100,000 = VND 105,000 @ RM 21

HARI KE DUA

Saya ke Ben than Market usha usha barang TENGOK harga kasar. Pasar ni buka pagi, luas.

Kemudian ke Palace of Independent. Antara tempat bersejarah yang korang boleh lawati.
Kalau jalan kaki kurang lebih 2-3 km jadi tak jauh mana. Kawasan ni sangat dicadangkan
sebab antara kawasan yang cantik. Feeling Eropah.

Kemudin ke Saigon Post Office. Juga tempat menarik yang korang kena lawat di sekitar
bandar Saigon. Ada juga gereja tua yang korang boleh lawati hanya berhadapan je. Pastu
korang boleh terus ke Hard Rock Cafe.

Malamnya lepak lepak dekat Tugu Ho Chi Minh. Ho Chi Minh ini orang yang bertanggung
jawab menyatukan Vietnam utara dan selatan, sebab tu saya namakan negeri ini, Negeri
Penyatuan

Kat tugu ni, dataran dia meriah. Banyak persembahan jalanan.

Kos hari ni: Tiket POI VND30,000 + Post Office Free = VND30,000 @ RM 6
HARI KETIGA

Saya ke Cu Chi tunnel, tak pakai travel agent, kami ambil bas. Sambil sambil jalan, sambil
tengok budaya orang di sini.

Untuk ke sana kena ambil 2 bas. Stesen bas ni tak sama dengan stesen bas yang mula-mula
sampai. Stesen bas ni namanya Park Bus Station. Nak ke sini korang akan nampak MC
Donald, jadi korang hanya perlu jalan lorong yang sama nanti melalui taman, kira hampir
1.5km

Bas pertama ke Cu Chi, Bus no 13 ambil masa 1 jam. 7000 VND.

Bas kedua dah sampai Steseb Cu Chi, ambil bas no 79 ke Tunnel, ambil masa lebih kurang 30
minit. 5000 VND. Balik pun bas yang sama.

Cu Chi Tunnel ni agak menarik sebab kita boleh masuk terowong yang tentera atau gerilla dia
orang guna. Cuma kawasan tu agak luas untuk menapak. Dari tunnel ke tempat menembak ke
temple.

Kos Hari ini: Bas ke Cu Chi Tunnel 7000 + 5000 + 5000 + 7000 + tiket masuk 90,000 =
114000VND @ RM22.80

HARI KEEMPAT

Hari ni sebenar nya hajat nak ke Mekong Delta or Ben Tre, tapi tengok pada perjalanan dan
review kata tak sesuai pergi balik hari ditambah pula badan agak penat dan client masuk wad.
Maka saya ambil keputusan untuk rehat di bilik.

Tapi saya kongsikan setakat yang saya google. Mekong Delta korang boleh pergi dengan
travel agent, atau ambil bas ekspress terus kesana,tiket ada jual dekat travel agensi tepi tepi
jalan.

Korang jangan balik hari. Bermalam dekat sana sekurang-kurangnya 1 malam baru balik.
Kalau nak ambil pakej jangan ambil yang balik hari, korang boleh check sendiri jarak dan
buat anggaran masa. Tapi kalau malas fikir, ambil je pakej tapi 2 hari.

Oh ye pagi tu saya ke pasar Coo Binh Tay, tapi takda apa yang menarik sangat. Malam saya
habiskan di Malay Street dan Night Market. Beli barang.

Kos hari ni: Hanya bas Ke Pasar Coo Binh Tay. Pergi balik 10,000 VND.

Baca: 13 Tip Travel Gaya Backpacker Di Vietnam

RUMUSAN KOS
Kos ni saya kira kos hakiki, senang korang nak convert siap siap duit RM ke VND.

Terlebih cukup rasanya kalau korang tukar 1,000,000 VND atau RM200 Untuk kegunaan
Public transport and Tiket masuk. Kalau nk pakai travel agent tambah la RM 200 lagi.

Untuk Makan dan Beli Belah lebih baik pakai RM.

Bajet makan sepinggan nasi RM10-15. So sehari berapa pinggan anda perlu? Beli belah
korang bajet sendiri la. Makcik-makcik memang bersila pilih kain.

Untuk ke Mekong kalau guna travel agent, korang prepare la RM100 RM300. Rasa rugi
pulak tak pegi.

Lupa, hotel boleh booking siap-siap. Tak mahal, dalam lingkungan harga hotel di Malaysia
iaitu RM80 RM150. Saya duduk backpackers dorm 1 malam RM18

Parking TBS Free haha. Mungkin rezeki.


HCM TRAVEL TIPS

1. Korang kena pandai kira-kira. Sini RM1 kita bersamaan VND 5,000 untuk senang kira.

2. Untuk kenderaan awam korang kena pakai VND. Makan minum atau beli barang boleh
pakai RM lagi senang kira.

3. Kat sini ELAKKAN sekadar bertanya, sebab korang akan rasa bagai dipaksa. Jangan
marah dia orang, itu cara dia orang sebab tu saya pesan awal-awal.

4. Pastikan korang dah sedia untuk beli, baru NEGO. Awal-awal tu korang jeling-jeling je
tengok harga barang.

5. Kalau nak beli jangan takut untuk NEGO. Ada orang marah kata nya orang Malaysia suka
bargain, memalukan. Tapi korang kena tawar-menawar sebab korang boleh dapat 1/3 atau
2/3 dari harga asal.

6. Sekali lagi pastikan korang bargain kaw-kaw bila korang betul nak beli.

7. Jangan lupa cuba kopi dia. Saya setiap malam kena kopi dia. Fuh!

8. Air mineral korang beli hanya di K Mart VND 4000 ada yang dapat VND 3000. Kalau
beli di kedai makan boleh cecah VND 10,000- 20,000 jenama yang sama.

9. Bila sampai dekat Ben Tanh pada hari pertama ingat land mark dia. Contoh Market, McD,
Menara Rebung.

10. Nak mudah pakai la Google maps kat smartphone tu. Senang dan ada pilihan untuk
pejalan kaki, macam kompas.

11. Bila peniaga sana approach, korang jangan ramah sangat berhenti melayan. Cukup
sekadar SENYUM dan geleng kepala.

12. Jalan raya sini memang sesak amat sampai tahap korang pening macam mana nak lintas
jalan. Jangan risau, orang kat sini akan melintas ikut suka, sebab motor kereta akan elak kita.
Nanti korang sampai korang tau la. Mula-mula memang kekok, lama-lama korang akan
Walk like a King haha!

13. Sini ramai juga peminta sedekah. Jadi berhati-hati jelah.

14. Dekat sana ada Maybank incase tak cukup duit. Tapi jangan lupa aktifkan siap-siap.

15. Korang boleh tanya barang ni copy ke ori, dia orang akan bagi tau. Sini kasut atau beg
banyak yang tiruan.
16. Kalau banyak barang naik bas, beg jangan letak atas kerusi nanti dia caj untuk tambang.
Letak atas lantai.

17. Simcard boleh pilih nak data sahaja, beli dekat airport siap-siap.
RUMUSAN SAYA

HCM ni takda la menarik kalau korang sekadar datang nak jalan-jalan. Krabi much much
more better. Korang akan habis duit banyak untuk makan. Tapi kalau suka tempat bersejarah
sini memang terbaik !

Saya terpaksa akur dengan review daripada 2 orang backpacker ni. Sorang dari Croatia (laki)
sorang dari Austria (pompuan).

1. Vietnamese just love our money. Korang datang sini korang akan rasa macam air. kalau
orang putih lagi la kena ketuk sebab pakai dolar. Sebab tu air mineral pun boleh dapat macam
macam harga.

2. Vietnamese rude. Tak dinafikan memang peniaga sini kasar. Sebab tu saya banyak share
pasal nak membeli atau bargain kat atas tu. Tapi ada je yang baik.

3. And of course kebersihannya tak memberangsangkan.

HCM boleh jadi syurga membeli belah buat wanita terutama yang memborong kain,
telekong. Untuk lelaki mungkin syurga memborong barang travel. Kat sini memang murah.

Mungkin sebab saya tak sampai ke Mekong Delta, maka saya tak dapat memberikan review
terbaik.
Jangan takut datang sini kerana baca review saya. Saya kecewa sebab saya datang untuk
jenjalan. Tapi HCM bukan tempat untuk berjalan. Cadangan saya, korang boleh backpack
KL- HCM- Hanoi- KL saya rasa lagi menarik.

Kalau nak datang untuk memborong GO FOR IT! Last but not list, makwe sini lawo-lawo
oi!
PENGALAMAN BERCUTI DI VIETNAM
Jumaat, 3 Julai 2015
KOTA HO CHI MINH / SAIGON

5hb Mei 2015 - 8 hb Mei 2015. Kami tidak menjangkakan yang kami akan pergi bercuti ke
VietNam! Sangat teruja untuk mengetahui keadaan bandar Ho Chi Minh ini. Kota yang
memang terkenal dengan orang - orangnya yang sangat rajin berusaha berniaga untuk
menyara hidup sehari - hari.

Ini guide kami, sepupu suami saya, Hj Masrin dan Isterinya, Aisah.
OPSSS! Sebetulnya kami group travelling seramai 20 orang! Ini semua saudara2 kami.
Sebetulnya kami 'Group Travelling' seramai 20 orang. Kami tidak sabar hendak sampai hotel
pada masa itu, Sepupu hubby saya tengah sibuk menguruskan bas untuk sampai ke hotel
kami dan yang lainnya ambil kesempatan untuk membeli simcard yang ada booth di airport
Tan Son Nhat. Perjalanan dari Brunei ke Ho Chi Minh City mengambil masa dalam 1 jam 30
minit ke 2 jam.

Tidak lama kemudian. kami pun bertolak dari airpot menaiki bas dengan 1 van
Vinasun

Inilah dia Ho Chi Minh City!


Kenderaan paling banyak adalah motor

Video dalam perjalanan menuju ke hotel kami. Perjalanan dari airport ke hotel dalam
masa 30 minit.
Salah satu restoran halal
Sampai sahaja, kami pun terlihat restoran halal yang ada betul - betul depan pintu hotel kami.
Oh! kami menginap di Thanh Thu Hotel, semalam BND $30+ bilik standard double

Kedai baju depan kami hotel

Suasana di luar hotel kami


Wang yang digunakan ialah Dong, pertukaran matawang Brunei $1 - 15, 100 Vietnamese
Dong. untuk makluman juga, di Vietnam ini boleh guna Ringgit Malaysia, tapi kalau kita
kekurangan wang dan hendak menukar, kenalah bawa wang Singapore kerana matawang
Singapore lebih mahal berbanding matawang Brunei walaupun nilai matawang Brunei dan
Singapore sama!

SGD 1 - RM 2.69
SGD 1 - VND 16, 100
HARI PERTAMA SHOPPING - POPULAR DENGAN PASAR BENH TANH

Benh Tanh Market

Si hubby menawarkan harga seluar jeans

Menggugat iman... cantik betul kain - kain itu.


Orang Brunei, Singapore, Malaysia dan Indonesia pasti tidak akan ketinggalan untuk pergi ke
Pasar Benh Tanh ini. Pasar ini terletak tidak jauh dari hotel kami, tidak perlu naik teksi! Jalan
kaki saja pun, tidak sampai 5 minit! Barang - barang yang dijual antaranya adalah kain
cotton, lace, baju T. seluar jeans, kasut, selipar dan setentunya popular dengan Vietnamese
Coffee. Bermacam - macam perisa kopi ada.Memang agak murah pakaian yang di jual
disana, kalau anda betul - betul berani menawarkan harga yang rendah dan memang suka
barang harga murah, kenalah tebalkan muka, hehehe. Saya pun lupa harga kain tu sepasang,
mungkin RM100+. lepas ditawarkan harga yang rendah, kami beli satu pasang kain RM70.
Memang dunia shopping untuk para wanita, pheewww.. Inipun baru sehari saya beli 4 pasang
kain.. Lepas dapat saja apa yang dibeli, perut pula terasa begitu lapar, memandangkan
cuacanya panas. Kami pun singgah ke sebuah restoran Hjh Basiroh.

Di Vietnam ini memang terkenal dengan makanan yang dipanggil Pho Bo (Fe Be), iaitu Beef
Noodles Soup dan Vietnamese Spring Rolls..SEDAAAP!

Pho bo / Pho daging


Vietnamese Spring Rolls / Popia Basah
Suami saya memang tekak melayu! Inilah yang suami saya order. Jangan risau, disini
memang ada roti canai, nasi goreng dan macam - macam lagi masakan melayu yang terdapat
dalam menu di restoran ini.

Kari Ayam

Terung Sambal
Ambbbooiii

Tidak ketinggalan membeli Kopi Susu Ais, TERBAAIIIKK!

PASAR MALAM BENH TANH

Sebenarnya, tidak ada beza pun dengan yang siang tadi. cuma mereka berpindah keluar untuk
memeriahkaan lagi suasana malam itu. Harga Barang pun lebih kurang juga. Beroperasi dari
jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Cuma kenalah berhati - hati sebab, motor - motor
akan lalu dijalan yang tengah - tengah itu. Meriah sangat, kita akan dengar bunyi seperti hon,
kakak - kakak yang berniaga akan panggil kita " tengok lulu (dulu) kakak, murah - murah".
Suami saya memang minat dengan baju T, dia pun beli sepasang dua. Lepas penat shopping,
saya ajak suami saya balik hotel, sebab hendak rehat lebih awal kerana esoknya kami akan
pergi kesatu tempat kedai jual kain berbundle.

Beg luggage untuk dijual di Pasar Malam Benh Tanh.


Dalam perjalanan balik ke hotel kami, terlihat telkung yang dibuat daripada kain lycra! Jadi,
saya pun beli.1 pasang RM 35, 3 pasang dapat RM 100.
HARI KEDUA SHOPPING - CHINA TOWN

Sebelum bertolak, sudah tentu mengalas perut terlebih dahulu. Kami bersarapan di Restoran
Kampung Melayu. Masa tu, kedai makan Hjh Basiroh belum buka lagi. Kata suami saya,
kenapa tak cuba makan di restauran lain pulak? Kan rugi! Haaa! Ini gambar kedai - kedai
makan yang ada di HCM ini. Saya pun cubalah Nasi Goreng Ayam BBQ. SEDAAPPP!
Sementara bas belum sampai, kita bedal leeerr.

Tanpa membuang masa kamipun bertolak. Setentunya bersama guide kami orang Vietnam,
popular dengan panggilan Tomok Vietnam.
Yang inilah guide kami, Tomok Vietnam.
Kami dinasihatkan supaya berada diluar lorong kedai. Disini memang tercemar betul
udaranya oleh habuk - habuk kain. Lemas! Haaa! Inilah dia kedai kain yang mesti kita beli
berbundle. Tidak boleh 1 pasang saja, kenalah berpakat / kongsi dengan kawan - kawan atau
saudara mara yang hendak beli kain kain ini. Sebut saja kain apa yang dimahukan, In Sha
Allah ada! Prada Lace, Chiffon, Cotton, Jeans, Silk dan macam - macam lagi. Tetapi Tomok
syorkan tidak payah beli kain sini, lepas ini Tomok akan bawa kami ke kilang kain.
Sambil menunggu...

Dalam perjalanan menuju ke kilang kain di Binh Tan, Kho Bac Nha Nuoc Quan. Terus
terang, rambang mata tengok semua kain - kain yang dijual disini. Harga 1 pasang (2 meter)
kain lace RM 60, Prada Lace pula RM 50. Kain cara melayu, kain lycra, silk, chiffon, lining,
sequin dan telkung pun turut dijual di sini dan ada tailoring juga! 1 hari boleh siap, boleh
hantar terus ke lobby hotel tempat kita menginap, tapi disarankan untuk bawa contoh baju.

Kain Lace!
Kain Cotton

Lebih banyk pilihan warna dan material kain

Vietnamese Silk
Prada Lace
Berjuta - juta melayang..

Menunggu giliran untuk membayar, 1 keluarga 2 bakul kain.

Yang ini untuk mama dan adik saya, cantik!


Selepas dari kilang kain, kami pun terus beredar dari situ. Singgah sebentar di Diamond
Plaza. Disini barang yang jual cuma barang yang berjenama sahaja.. Masa yang diberikan
hanya 30 minit kerana kesuntukan masa. Ada yang sudah lapar.. Jadi, kami pun tidak
melepaskan peluang untuk melihat isi kedai itu. Apabila masuk, terus saya teringat kembali 1
kedai yang kurang lebih sama macam kedaiini iaitu Sogo Mall di Kuala Lumpur. Kami
sempat belikan ayah mertua saya sandal Dr. Martens. 3 Juta Dong.
Kami kembali ke hotel, dan terus pergi untk makan tengahari. Tengah2 hari ini sedap pula
minum air kelapa.. Itu dia, suami saya tengah mengangkat penimbangan ke bilik hotel kami
yang ada disediakan di lobby hotel untuk memudahkan kami menimbang berat beg luggage
kami.

Hehehe, shopping lagi! Kedai kasut ni tidak jauh dari hotel kami. Di belakang bangunan
Pasar Benh Tanh. Sebenarnya, saya tidak berhajat untuk membeli kasut ini, tetapi akhirnya
terbeli lah pula! Harga Brunei BND $30 lebih.
Kedai Bunga Plastik di Pasar Benh Tanh
HARI KETIGA - SAIGON SQUARE, TAKA PLAZA & DAIMA 'S COLLECTION

Hari ketiga ni pula, kami membeli belah tidak jauh dari hotel. Tidak perlu naik bas / teksi,
berjalan kaki saja. Planing hari ketiga ini, kami pergi ke Saigon square & Taka Plaza yang
menjual seperti pakaian baju T, seluar jeans, gelang, rantai, cincin, wallet, bermacam jenis
beg dan lain - lain & Daima 's collection pula menjual jubah, baju kurung, dan tudong.
Mengambil masa dalam 15 minit saja perjalanan dari hotel.
Sarapan MeeHoon goreng, Telur dadar & Roti canai.

Uncle Yusof dan keluarga pun turut bersarapan dengan kami.

Memulakan perjalanan

Saigon Square
Jaket Camel Active

Kalau berkenan, boleh datang di alamat yang tertera diatas

Daima 's Collection

Jubah Lycra RM 60

Jujur saya katakan, 3 malam kami berada di Vietnam ini, 3 malam berturut - turut kami beli
& makan durian. Isinya yang sangat tebal dan begitu manis. Memang tidak menyesal dan
tidak rugi beli durian di sana! Bukan itu saja, air kelapa muda yang sedap di minum sejuk -
sejuk dan nasi pulut kukus yang pada malam terakhir kami disana, saya tercium bau kukusan
nasi pulut yang ditiup angin pada malam itu. Tidak tahan dengan bau, tidak lepaskan peluang
untuk membeli.

Durian yang saya sebutkan diatas tadi.

Nasi pulut yang begitu wangi. Bermacam - macam perisa ada.


Sedih pula rasa hati, sebab esok harinya kami akan pulang ketanah air. Suami saya ambil
gambar dengan pelayan restoran kampung melayu yang 2 hari 3 malam, makan pagi,
tengahari dan malam kami 'dine - in' disana.

HARI KEEMPAT - TIMBANG BERAT LUGGAGE & CHECK OUT

Hari ini hari terakhir kami berada di Vietnam ini.. Memang tidak ada apa - apa rancangan,
rancangan bebas saja. Saya dan suami saya memang suka bab - bab makan ini, kami makan
pagi dan tengah hari di berlainan tempat, iaitu Nabil Biryani House Restaurant. saudara saya
di Brunei sebelum ini ada pergi ke Vietnam juga, dia syorkan kepada saya untuk mencuba
hidangan Claypot Rice seafood, awalnya saya ragu - ragu takut tidak kenyang kerana
kelihatan begitu sedikit, tetapi alhamdulillah kenyang juga dan setentunya tip top memang
berbaloi dan sedap! Suami saya pula makan nasi Biryani Kari Ayam, feveret suami saya tuuu!

Claypot Rice Seafood


Nasi Biryani Ayam

Kami terpaksa balik ke hotel untuk timbang berat beg sekali lagi dan dihotel ini ada
menyediakan khidmat 'wrapping' untuk bag - bag. Kemas dan teliti.. Saya betul - betul
terpegun melihat kerja yang dibuat dengan ikhlas.. Oh ya, untuk pengetahuan pemakaian
internet atau wifi disini memang puas hati. Bukan di hotel saja, malah di setiap buah
restauran terdapat internet dan wifi..
Keluar masuk dari hotel, uncle berdua inilah yang rajin bukakan pintu untuk kami..
Okey, makan lagi! Kali ini suami saya ajak sepupu paling muda, Alai malik. Kali ini, di The
Daun Restaurant, Makan tengah hari sebelum beredar ke airport.
Alai Malik suka minum teh hijau yang dihidangkan secara percuma
Air kelapa muda segar & sejuk

Lepas ini, saya akan merindui kota ini.. Pengalaman yang bermakna buatku.. In Sha allah,
murah rezeki kami akan datang lagi.

Alai Jirah bersama dengan beg - beg kami :)


Ready to take off.. See you again VietNam.

Dicatat oleh Nurul Aziz di 7:32 PG 17 ulasan:


Hotel-hotel di Ho Chi Minh, Vietnam

sejak akhir-akhir ni aku sering ke Ho Chi Minh. boleh dikatakan 2 minggu sekali aku ke sana,
atas urusan bisnes...ceh macam bisnes besar2 je kan hahaha.
takde la, sebenarnya aku nak shopping untuk raya nanti....lepas tu bawa la balik barang lebih
sikit.kot-kot ada yang nak beli kan.
sekali ramai pula permintaan kan...menyebabkan aku berulang lagi ke sana. seronok pula :):)
eh...sebenarnya aku bukan nak cerita pasal bisnes.
aku nak share pasal hotel-hotel di ho chi minh ni berdasarkan pengalaman aku je.
memandangkan aku dah 4 kali ke Ho Chi Minh dan menginap di hotel yang berbeza,
so aku nak buat review setiap hotel tersebut sebagai panduan untuk korang yang baru
pertama kali nak ke sana.

aku suka menginap hotel di Nguyen An Ninh, Disc 1 yang dikenali juga dengan
nama Malaysian Street...memang nampak orang msia je dekat sini, rasa macam di
KL je...hotel di sini sangat la dekat sangat dengan Pasar Bent Thant, keluar hotel jalan 10
langkah dah sampai pasar bent thant. selain tu restoren makanan halal juga banyakkkk dekat
kawasan ni.
Selalunya aku makan di restoren Hajah Basiroh je sebab murah sedikit berbanding
dengan restoren makanan halal yang lain.
Sebab yang lain, selalunya bila aku banyak memborong barang, aku akan hantar ke bilik
lepas tu keluar semula sambung shopping.
malas nak pikul banyak2 barang kan...oleh sebab tu la aku suka duduk di hotel yang dekat-
dekat je.
lagipun kalau sebelah malam kawasan ni agak happening...masih rancak lagi urusan jual-beli.
dekat dengan pasar malam kan.

Saigon Pink 2, Hoang Hai Long, Thant Thu dam Gia Huy Hotel ada hotel sebaris je dan
sebelah menyebelah.

Saigon Pink 2
Pertama kali aku sampai ho chi minh ni pada Feb 2012, aku menginap di Saigon Pink 2.
Masa ni aku booked melalui Booking.Com...3 buah bilik standard selama 3 malam. total
semua RM680.
kiranya sebuah bilik jatuh harga RM80/night. murah kan!
bilik besar dan bersih. kelengkapan pun cukup.

masa ni aku dapat bilik di tingkat 2. sepupu aku dapat bilik atas, tingkat 6 rasanya [tak ingat
dah]. biliknya agak kecil sedikit.
so kalau menginap hotel-hotel di hcmc ni, request la bilik bawah. ni ikut pengalaman aku la
yang duduk di beberapa hotel yang aku senaraikan di bawah ni. hotel yang lain aku tak pasti
la pulak biliknya maca mana kan.

pakej bilik ni bersekali breakfeast. tapi hotel saigon pink 2 ni kecil memang takde cafe, jadi
kena pergi ke cafe hotel lain (tak ingat nama hotel), tapi tak jauh pun, kawasan sekitar tu je.
jalan kaki pun 2 minit je...rasanya hotel ni bawah pengurusan yang sama)
kami makan roti dan minum minuman panas je...tak berani sentuh benda-benda lain...huhu
Hoang Hai Long 2
Hotel ni di sebelah Saigon Pink 2 je. Keadaan hotel ni agak besar sedikit kalau dibandingkan
dengan Saigon Pink 2. Masa ni aku pergi seramai 6 orang, so aku booked 2 bilik je....sebilik
kongsi 3 orang, so kena tambah extra bed la. Masa ni dapat harga RM518 untuk 4 malam +
extra bed RM180. Pakej bilik ni bersekali dengan sarapan. Dapat bilik paling atas sekali di
tingkat 8. Bilik agak sempit untuk kami bertiga. Ditambah pulak bila ada extra bed, lagi
bertambah sempit, Nasib baik extra bed tu jenis boleh lipat. so kami tak guna pun extra bed
sebab katil yang dah ada bila cantum pun muat je untuk kami bertiga...rugi je bayar extra bed
tau....

Kami bersarapan di cafe di tingkat 9. Di cafe ni, di asingkan makanan halal dan tidak halal.
Tapi atas rasa was-was kami tak makan pun makanan yang diaorang masak ni. Ye la, kita tak
tahu dari segi peralatan yang diaorang gunakan. Mana tau peralatan yang sama diaorang
masak makanan yang tidak halal tu. Kami cuma makan buah-buahan, salad, roti dan coco
crunch je...alhamdulillah kenyang sampai tengahari.

extra bed
update: aku baru pergi hcmc pada 16-18 Mei 2016....Hotel Hoang Hai Long 2 telah ditukar
nama kepada Alagon Western Hotel.

Thant Thu hotel


Kali ke 3 aku pegi hcmc ni 19-20 April 2015 yang lepas, aku menginap di sini. booking
melalui Agoda.com. harga sebilik masa tu adalah RM 98.09/night... di sini tiada breakfeast.
disebabkan aku check in lewat, kami diberikan bilik paling atas...tingkat 10 tu. tah apasal la
selalu sangat dapat bilik paling atas. kat atas ni hanya ada 1 bilik sahaja. itupun kena
menapak naik tangga sebab lift hanya sampai di tingkat 9. sebelah bilik pula tempat diaorang
mendobi tuala/cadar sebab nampak bertimbun tuala dekat situ.

bilik paling atas ni agak bising bunyi lift, maksud aku...dah penghujung lift kan, dengar la
bunyi besi berpintal-pintal....pastu dengar suara staf tengah mendobi dok sembang-
sembang...aku saje cakap nak tukar bilik, tapi malangnya bilik dah penuh.
nasib baik menginap satu malam je....lagipun kalau dah penat, tidur memang dah tak sedar
apa dah kan.

aku rasa bilik ni macam jarang digunakan. mulanya tuala pun takde. dah la kitaorang
memang tak bawa tuala mandi, minta jugalah dengan hotel. maybe diaorang lupa nak letak
[agaknya laaaa]. dekorasi bilik pun takde, biasa-biasa je. tapi aku rasa bilik-bilik di bawah ok
rasanya. nasib aku dan adik tak cerewet sangat, janji bilik tu selesa dan bersih...itu yang
penting!
peti ais gedabak besor dalam bilik....
perabot agak veteran sikit.
yang bestnya....wifi lajuuuu tau sebab device wifi tu diletakkan dalam bilik.

staff kat sini sangat la helpful. selalu je tolong kami sumbat barang dalam beg bagi muat.
masa ni kami dah check out pukul 12.00 tengahari, flight pula pukul 9.00 malam, still banyak
masa nak shopping. so kami tinggalkan beg dekat lobi dan terus samng shopping. Lepas
shopping sumbat la lagi barang dalam beg yang. masa ni beg dah sendat sangat, tapi staf ni
akan cuba sumbatkan barang kami dalam beg sampai muat. Di sini juga diaorang sediakan
perkhimatan balut beg dengan bayaran RM10 satu beg. (bayar duit RM pun bole). Kalau
dekat airport kena charge RM15.
Gia Huy Hotel
kali ke 4 aku datang sini bulan lepas16-17 Mei 2015. booking bilik menggunakan
booking.com, bila aku nak book pakai agoda.com, katanya dah fully booked. tapi bila aku try
guna booking.com nasib baik masih available lagi. dapat harga RM151 /night. sebenarnya
banyak je hotel lain, tapi saje nak try juga hotel ni. Masa sampai, staff dekat kaunter bgtau
bilik kami telah diupgrade ke bilik deluxe secara percuma, wahhh....memang la best kan!

Kami dapat bilik di tingkat 6...bilik besar dan bersih.


dalam toilet ada bath tub, dah kata dapat bilik deluxe kan...tu je bezanya. tapi kami takde
masa pun nak mandi tub semua tu...masa itu berharga di sini, haruslah dihabiskan dengan
memborong.

tapi yang tak bestnya bilik kami takde kettle. sampai kena minta 2-3 kali tak juga hantar.
aiishh geram gak aku. bukan ke kettle ni setiap bilik patut ada. kalau hotel yang cikai pun ada
tau. lepas tu siap receptionist call bilik kami bagitau kettle kang pukul 5.00 pagi baru ada
kosong.
memang nak kena bebel la kan....apa kejadahnya aku nak bangun pukul 5 pagi semata-mata
nak minum air panas kan! so aku berkeras kata nak juga kettle, boleh lak hantar masa tu juga.
huh!!

bilik ini sekali dengan breakfeast. pakej breakfeast adalah di kedai makan hajah basiroh. agak
lega di situ sebab takde la ragu-ragu nak makan makanan hotel kan. tapi breakfeast ni
bukanlah buffet tau, ala carte je dengan pilihan menu yang telah ditetapkan.
aku ambil pakej nasi lemak+teh o ois dan adik aku amik pakej nasi goreng + teh o ais. so
memang tak boleh nak pilih-pilih sangat. pilih je pakej yang telah disediakan tu.
masa nak check out...sepatutnya kan aku dah booking dengan harga RM151 tapi masa bayar,
aku kena bayar RM170..bila aku tanya kenapa, dia kata RM151 tu adalah harga di Msia.
boleh lak camtuuuuu.......
aku malas nak bertekak dah, so aku bayar je la....saborrr je la.
pengajarannya...baik aku terus bayar guna credit card masa booked hari tu...sebab
pengalaman sebelum ni aku terus je bayar masa booking melalui agoda....takde pulak
perbezaan harga malaysia-vietnam...

masa lepak-lepak kat lobi, staff (gaya macam manager) inform kami kalau nak booked bilik,
lebih baik booked direct dengan diaorang melalui email. lebih murah sebab kita boleh pilih
sama ada nak sekali sarapan atau tidak...kalau taknak pakej breakfeast harga lagi murah la
kan..

staff di sini tak helpful sangat. masa kami nak naik teksi, semua staff lelaki (yang biasanya
ada di lobi) mana tah menghilangnya. nasib baik pemandu teksi tolong angkat beg dari lobi
masuk ke dalam teksi. kan hotel ni bertangga...klu tak, jenuh juga kami kaum wanita yang
lemah ni nak angkut. heeee....
yang aku suka hotel-hotel di sini, walaupun kita dah check out.....if flight korang masih
lambat lagi, korang still boleh tinggalkan barang-barang dekat area lobi....atau lepak-lepak
kat lobi sambil guna wifi free diaorang.

AN TAM HOTEL
Last trip untuk tahun 2015, aku try menginap di An Tam Hotel (bersebelahan Gia
Huy).
Bilik ni aku booked dekat Agoda dengan harga RM126.49 (USD 35).
Keadaan bilik ni kemas dan cantik. dinding pun siap dengan wallpaper.
tapi bilik ni agak sempittt. dah kitaorang datang sini atas urusan bisnes kan, beli banyak
barang.....sekali letak dalam bilik, memang penuhhhh...sampai nak jalan pun susah.
nak solat pun kena celah2 ruang antara barang.
Peti ais dalam bilik ni lak macam kurang sejuk skit.
Sepatutnya harga bilik ni bersekali dengan breakfeast, tapi masa tu cafe tutup pulak.
so staff di kaunter tu refund semula duit kami (tak ingat berapa jumlahnya) untuk kami
breakfeast di luar.
BLESSING 1 HOTEL
aku ke hcm lagi pada bulan september 2016. Rasanya ni kali ke 8 atau 9 hehe...
so kali ni nak try menginap di Blessing 1 Hotel pula. Macam biasa aku booked dekat agoda.
Kali ni booked 3 bilik untuk 6 orang. Trip kali ni memang short trip je, pergi 2 hari 1 malam.
Maklum la dah biasa sangat ke hcm ni, buat apa nak dok lelama kan. Asalnya ni trip aku dan
adik je, dah beli tiket awal2...kemudian ada kawan2 nak join sama. terpaksa gak la join short
trip kan. Aku kalau kawan2 ada yg nak join sama, aku akan stay paling kurang pun 2 malam,
ye la kesian pada kawan2 yang baru pestime ke sini. kalau stay lama skit bole la bawa
diaorang round2 lama sikit kan. tapi nak buat macam mana, aku dah beli tiket dulu.

kami sampai agak awal, pukul 10.00 pagi. Terus ke hotel dan tunjukkan voucher booking.
Staff maklumkan check in pukul 2 dan kami tinggalkan semua beg kami di lobi...dan terus
mulakan operasi shopping...tak boleh buang masa sebab short trip je kan.
Berbalik pada review hotel, asalnya aku booked bilik takde tingkap, tapi staff berikan kami
bilik ada tingkap.
Buat yang pertama kali datang ke sini, aku nak bagitau bilik bertingkap dengan tiada tingkap
harganya berbeza sedikit. aku biasa amik yang takde tingkap je, nak jimat kan hehe....tapi
kalau bernasib baik, korang akan diberikan bilik bertingkap kalau bilik tu available, lagipun
kami datang waktu weekdays, tu sebab banyak bilik kosong...
bilik agak luas dan selesa. wifi pun laju.
pakej bilik di sini bersama breakfeast. pilihan menu breakfeast ala kadar je....bole la..
tapi macam biasa aku tak makan pun semua benda yang dimasak tu macam nasi goreng,
bihun goreng...apa tah lagi tak ingat.
aku makan roti bakar dan buah-buahan je la....
aku tengok ada juga orang kita yang selamba makan masakan tu semua...takpe lah, diaorang
yakin..
macam aku tak yakin walaupun dah hampir 8 kali ke sana kan....
so terpulang pada korang....kalau yakin, makan la...tak yakin macam aku, belilah makanan
lain...
banyak je restoren halal di luar hotel tu....harga pun takdelah mahal sangat...

cuma kami nak check out, bila aku minta staff lelaki balutkan beg, dia macam taknak layan
sebab dia macam suruh kami balut semua beg yang ada. kira tak nak layan la kalau suruh
balut 1-2 beg je...hampehhh betul. 2 kali aku suruh. kita nak balut mana yang perlu je la..tak
kuasa nak balut semua. apa kejadahnya....
last2 aku cakap dengan member2 aku tu 'kita balut dekat airport je la...harga pun tak jauh
beza'

Anda mungkin juga menyukai