Anda di halaman 1dari 3

Nama Penulis : Ahmad Jelani Halimi dan Ishak Saat

Tahun Terbit : 2010

Tajuk Buku : Warisan Melayu Perak

Tempat Terbit : Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penerbit : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Jumlah Muka Surat : 145 muka surat

1
ULASAN BUKU

Buku yang telah dipilih bertajuk Warisan Melayu Perak hasil karya Ahmad Jelani

Halimi dan Ishak Saat. Terdapat lapan bab dalam buku ini. Warisan Melayu Perak

merupakan sebuah koleksi artikel yang memuatkan warisan sejarah orang Melayu Perak

yang merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah arkeologi, kerajaan-kerajaan awal Perak,

undang-undang Melayu Perak, sejarah perdagangan dan perkapalan, peranan istana dan

perkembangan Islam di Perak, peranan institusi pendidikan di Perak, perjuangan orang

Melayu Perak menentang dan menuntut kemerdekaan daripada British dan juga

perkembangan sektor pertanian di Perak. Semua peristiwa disusun mengikut kronologi dan

memperlihatkan perkembangan sejarah negeri Perak secara teratur dengan

mengetengahkan peristiwa-peristiwa penting yang mewarnai sejarah yang menjadi warisan

negeri Perak.

Bab pertama - Kerajaan-kerajaan Awal di Perak.

Penyelidikan arkeologi dianggap penting bukan sahaja kerana ia menjangkau zaman yang

tidak dikaji oleh bidang sejarah tetapi juga kerana sumbangannya terhadap bidang sejarah

dalam memberi urutan peristiwa yang tepat. Bidang arkeologi dan sejarah mampu

membina semula dan membuktikan kewujudan sejarah kebudayaan bangsa dan tamadun

pada zaman tersebut.

Selain itu, tiada tradisi penulisan atau catatan pada zaman prasejarah. Maka,

pemerhatian ke atas zaman silam perlu dilakukan melalui kajian arkeologi. Kajian

dilakukan ke atas tinggalan-tinggalan kebudayaan masyarakat terdahulu. Tinggalan yang

dimaksudkan adalah beberapa jenis tapak, candi dan artifak. Kajian berdasarkan dokumen-

dokumen sejarah dapat membuktikan kebenaran dan kesahihan sesuatu peristiwa sejarah.

Pengkajian arkeologi cari gali kaji purba di Asia Tenggara bermula pada sekitar

2
penghujung abad ke-19 iaitu penemuan beberapa fosil manusia awal seperti wajak man,

tengkorak trinil dan java man di Indonesia. Fosil homo sapiens pula telah ditemui di

Malaysia.

Tanah Melayu sejak dahulu lagi dikenali sebagai sebahagian daripada kawasan Asia

Tenggara dan penting dalam kegiatan perdagangan purba. Kedudukannya yang strategik

iaitu di tengah-tengah jalan perdagangan timur-barat menyebabkan ramai ahli pelayaran

dan pedagang-pedagang menjadikannya sebagai destinasi persinggahan dan perdagangan.

Terdapat catatan tentang sejarah kerajaan-kerajaan awal yang pernah wujud di Tanah

Melayu. Antaranya ialah Tun Sun, Pan-pan dan Chih-Tu. Di Semenanjung Tanah Melayu,

kewujudan kerajaan-kerajaan awal tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu kerajaan

pelabuhan dan kerajaan agraria.