Anda di halaman 1dari 7

APLIKASI TEORI REALITI DALAM ANALISIS KAJIAN KES KEMURUNGAN

Abstrak

Kemurungan adalah suatu pengalaman yang biasa. Semua orang kadang-kala akan berasa
bosan, sengsara atau sedih. Pada kebiasaannya sebabnya adalah nyata perasaan hampa,
kekecewaan, kehilangan sesuatu atau seseorang yang penting. Kesedihan sedemikian dan
kepiluan adalah biasa dan merupakan reaksi sementara terhadap tekanan hidup.
Bagaimanapun, bilamana angin kemurungan berterusan untuk buat suatu masa yang tertentu,
sama ada ekoran daripada sesuatu peristiwa atau tanpa sebarang sebab pun, maka orang
tersebut mungkin mengalami kemurungan klinikal suatu penyakit yang memerlukan rawatan dan
boleh dirawati secara berkesan. Analisis kajian kes kemurungan ini bertujuan untuk mengenal
pasti dengan lebih tepat permasalahan yang dialami oleh klien sekaligus kaunselor dapat
membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. Klien Seorang pelajar perempuan
tingkatan 3 di sebuah sekolah agama yang menghadapi kemurungan akibat sering di marahi
oleh ibu dan ayahnya. Kes ini dianalisis berdasarkan kepada konsep dan teknik teori realiti
yang diasaskan oleh William Glasser. Sesi dilaksanakan sebanyak 3 kali dan akhirnya kaunselor
merujuk klien ke pihak hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih bersesuaian.

1. Maklumat demografi klien


A) Profil klien
- Klien berumur 15 tahun
- Klien seorang pelajar perempuan
- Bersekolah di sekolah agama
- Mempunyai dua orang adik beradik.
- Anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki
- Ibu adalah suri rumah tangga sepenuh masa
- Ayah guru bahasa inggeris di sekolah yang sama klien bersekolah
- Klien merupakan pelajar melayu islam di sekolah tersebut

b) sejarah keluarga dan persekitaran

- ayah seorang guru yang mempunyai diploma

- ibu adalah seorang lepasa SPM

c) peristiwa yang signifikan ketika kanak-kanak dan remaja

- klien sering dimarahi kerana ibu bapanya inginkan klien mendapat keputusan yang baik
di dalam setiap peperiksaan.

-Pada umur 12 tahun klien pernah di pukul teruk oleh ibunya kerana mendapat keputusan
peperiksaan UPSR hanya 4A1B.
d) perkembangan fizikal

-Klien seorang yang bersaiz sederhana tinggi dan seorang kurus

-klien bergerak agak lambat dan sering menundukkan kepada tidak kira sama ada waktu
berjalan, duduk ataupun berdiri

-klien bukanlah pelajar yang aktif

-klien mempunyai seorang yang kurang makan dan hanya akan memakan roti dan
makanan-makanan ringan untuk mengenyangkan perut.

e) perkembangan seksual

-klien tidak mempunyai hubungan cinta atau menaruh hati kepada sesiapa setakat ini.

f) perkembangan kognitif

-klien seorang pelajar yang bijak

-Klien sering melontarkan idea-idea yang luar daripada kotak pemikiran rakan-rakan
yang lain.

-keputusan peperiksaan UPSR yang lepas, klien mendapat 4A1B.

-Klien seorang pelajar yang mempunyai potensi yang baik untuk cemerlang di dalam PT3

-klien minat kepada mata pelajaran bahasa inggeris dan mempunyai penulisan yang
sangat baik di dalam bahasa inggeris

g) perkembangan sosial

-klien minat filem animasi jepun/korea dan sebagainya. Klien juga suka melukis dan
menulis blog. Hasil lukisan klien juga cantik. Klien selalu melakukan aktiviti mendengar
muzik sambil melukis.

-klien tidak mempunyai kawan kerana klien tidak minat untuk bergaul. Klien sering
dilihat keseorangan dan tidak ditemani oleh rakan-rakan.klien sering didapati murung dan
temenung di dalam kelas dan ketika bersama rakan-rakan.

h) status mental terkini

-penampilan umum

o Pakaian klien tidak bersih. Klien tidak mempunyai ekspresi muka yang
pelbagai. Kadang payah untuk kaunselor menafsirkan apa yang sedang
bermain di dalam fikiran klien. Klien tidak mempunyai kontak mata
apabila berbual dengan kaunselor. Klien hanya menunduk dan
memandang lantai.

- tingkahlaku psikomotor

o klien berjalan lambat dan kurang bergerak. Klien pernah berjumpa klien
dalam keadaan berpeluh peluh dan menggeletar serta tidak bercakap.
Klien akan terkencing di dalam kain apabila beliau sangat takut.

- perasaan

o kaunselor melihat perasaan klien agak tidak stabil yang mana klien
Nampak begitu tenang dan seronok ketika sedang melukis dan bercerita
tentang animasi. Namun, klien Nampak begitu takut dan seakan ingin
menyorokkan sesesuatu apabila ditanya keadaannya di rumah. Klien juga
banyak menampakkan perasaan risau dan bimbang serta ketakutan.

- percakapan

o Klien bercakap terlalu perlahan sehingga kadangkala kaunselor terpaksa


bertanya berulang kali. Kaunselor juga tidak begitu jelas dengan apa yang
dikatakan oleh klien kerana kadangkala ia tidak jelas. Selain itu, klien sangat
kurang bercakap. Klien jarang menjawab apa yang disoal oleh kaunselor. Dia
hanya akan mengangguk atau menidakkan apa yang dikatakan oleh kaunselor
atau hanya memandang kaunselor dengan pandangan kosong tanpa menjawab
soalan yang diajukan oleh kaunselor.

-kognitif

o Klien dapat menumpukan apa yang dikatakan oleh kaunselor dalam jangka
masa yang pendek. Hal ini dibuktikan apabila kaunselor bertanya sama ada
dia ada melakukan tips menguruskan stress atau tidak dia mengatakan tidak
kerana lupa bagaimana untuk melakukannya.

-Corak Pemikiran

o Corak pemikiran klien kadangkala agak kabur dan dipengaruhi oleh filem
animasi yang ditontonya. Klien kadangkala terbawa-bawa watak di dalam
filem animasi dan berfikir cara watak-watak di dalam filem itu berfikir.

- Tahap kesedaran

o Klien tidak sedar bahawa kadangkala tindakan tindakan yang dilakukan itu
mengundang kepada keraguan orang ramai terhadap dirinya. Sebagai contoh,
klien sering bercakap dengan pokok dan angina di belakang rumahnya dan
juga di tepi bangunan sekolah sementara menunggu ayahnya menyelesaikan
kerja. Klien juga sering mendepakan tangan sambil memejamkan mata. Klien
menyatakan bahawa tindakannya itu adalah salah satu tindakan yang
dilakukan oleh watak dalam filem animasi itu untuk meredakan tekanan yang
dihadapi oleh dirinya.

2) isu yang dikongsikan klien

a) klien sering dimarahi dan kadangkala dipukul oleh ibu dan ayahnya kerana
kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukannya. (Klien tuliskan di dalam sekeping
kertas)Tidak banyak isu yang dikongsikan atau diluahkan oleh klien kerana beliau
tidak mahu bercakap dan hanya menggunakan medium menulis di dalam sekeping
kertas sebagai perantara untuk meluahkan rasa hatinya kepada kaunselor. Itupun
agak terhad dan tidak secara menyeluruh.

3) diagnosis kemasukan

Tiada diangnosis kemasukan dilakukan

4) matlamat kaunseling/ klien

b) klien ingin menjadi anak yang baik dan mendengar kata-kata ayahnya.

(klien tuliskan di dalam sekeping kertas)

c) Klien tidak mahu dipukul dan dimarahi lagi oleh ayah dan ibunya

(klien tuliskan di dalam sekeping kertas)

5) kekuatan klien

Klien mempunyai sistem sokongan yang baik ketika berada di sekolah rendah. Walaupun
sering dimarahi oleh ibu dan ayahnya klien mempunyai rakan untuk berkongsi dan
bercerita. Manakala, apabila bersekolah menengah klien seaakan menjauhkan diri
daripada rakan-rakan di sekolah. Mungkin juga kerana ayahnya bersekolah di sekolah
yang sama. Di sekolah menengah klien tidak mempunyai sistem daripada rakan-rakan.

6) rawatan lepas yang diterima

Klien tidak pernah menerima apa-apa rawatan berkaitan emosi daripada mana-mana
pihak. Klien juga tidak pernah mengadakan sesi kaunseling sebelum ini.

7) Kes Konseptualisasi

- Klien menghadapi masalah stress dan kadangkala nampak seperti kemurungan kerana
asyik dimarahi oleh ibu dan ayahnya. Ini terjadi mungkin kerana klien pernah dipukul
oleh ibunya semasa berumur 12 tahun selepas mendapat keputusan UPSR yang tidak
begitu cemerlang bagi ibunya.

-malah, keadaan ini berlanjutan apabila dia bersekolah di sekolah ayahnya mengajar
menyebabkan beliau sentiasa berasa takut untuk membuat kesalahan sehingga menjadi
pelajar yang terlalu berjaga-jaga dan mengelakkan diri daripada semua orang.

-kaunselor melihat bahawa factor persekitran dan genetic di antara penyumbang klien
bertingkahlaku pelik semasa berada di rumah dan sekolah. Ayahnya sering mengamuk
tanpa sebab dan kemudian memarahi dirinya antara penyumbang kenapa beliau banyak
mendiamkan diri dan takut dimarahi.

8) Perancangan Intervensi

Antara teknik yang dilaksanakan kaunselor ialah persekitaran kaunseling-penglibatan


personal dengan klien. Kaunselor mempraktikkan terapi realiti dengan mewujudkan
persekitaran menyokong yang mana klien boleh bermula membuat perubahan di dalam
hidupnya. Untuk mencipta persekitaran teraputik ini kaunselor perlu melibatkan diri
dengan hidup klien dan membina rapo.

Penglibatan ini berlaku melalui gabungan proses mendengar kepada cerita klien
dan penyoalan yang baik. Kaunselor telah mempraktikkan kaedah ini di dalam sesi
pertama yang mana terlalu sukar untuk meneroka klien justeru, kaunselor terpaksa
menggunakan minat klien untuk membuatkan klien bercakap dan membuat perluahan.

Isu : Klien sering di marahi dan kadangkala dipukul oleh ayah dan ibunya.

Matlamat: klien ingin ayah dan ibunya tidak selalu memarahi dan memukulnya
lagi

Strategi: Tiada strategi atau alternatif yang dirancang bersama-sama klien.


Namun, kaunselor bercadang untuk merujuk klien ke hospital.

9) aplikasi teori

Rujuk Lampiran

10) Rumusan bagi setiap sesi yang dijalankan

Sesi Pertama (Rujukan Oleh Ayahnya Sendiri)

Pada mulanya kaunselor memulakan sesi seperti biasa. Namun, setelah melihat klien
terlalu pasif dan tidak mahu bercakap. Kaunselor memikirkan pelbagai cara untuk
membuatkan klien bercakap. Akhirnya, pada sesi yang pertama klien banyak bercerita
tentang filem animasi. Kaunselor meneruskan kemahiran melayan dan mengharapkan
klien akan meluahkan beberapa perkara yang penting. Antara perkara penting yang
kaunselor dapat ialah.

1) Klien akan meniru perbuatan watak-watak di dalam cerita animasi untuk melegakan
perasaannya. Sebagai contoh, salah satu watak animasi dalam cerita yang ditontonnya
akan mendepakan tangan di tengah tengah kawasan lapang sambil merasakan angin
yang datang untuk menghilangkan tekanan dan klien juga akan melakukan perkara
yang sama juga.
2) Klien juga ada menyatakan bahawa watak utama di dalam filem animasi akan
membunuh diri apabila terlalu stress dan membayangkan akan lebih tenang apabila
hidup di dimensi yang lain.

Akhirnya sesi pertama antara kaunselor dan klien hanya banyak bercerita tentang filem animasi
dan kaitan dengan dirinya.

Sesi Kedua (Di Follow Up Oleh Kaunselor)

Sesi kali ini, kaunselor meminta klien menuliskan apa yang menyebabkan dirinya sering tertekan
dan bagaimana cara dia mengatasinya. Selain itu, kaunselor juga meminta dia menulis apakah
perasaannya saat ini kepada ayah dan ibu dan apakah yang dia inginkan. Klien menulis tentang
dia tertekan apabila mendengar bunyi bising ayah dan ibunya marah. Dia ingin ayah dan ibunya
diam. Tidak marah-marah. Namun, dalam masa yang sama dia menulis bahawa dia tidak cukup
baik lagi sebagai seorang anak dan perlu menjadi anak yang lebih baik lagi pada masa akan
datang. Malah, dia ada menulis di situ dia berpesan kepada kawan kawan jangan derhaka dan
melawan cakap ibu dan ayah. Kaunselor ada mengajarkan klien cara untuk meredakan tekanan.

Sesi Ketiga

Sesi kali ini tidak dijangka, pada awalnya sesi seterusnya akan dilaksanakan kemudian, namun,
seorang guru yang juga ayahnya memanggil dan menyuruh melihat anaknya yang dalam keadaan
lemah tidak bermaya. Klien juga sudah terkencing di dalam kain. Semasa kaunselor datang
melihat klien dalam keadaan berpeluh dan menggeletar. Klien kelihatan begitu takut dan
Nampak seperti tidak mahu didekati. Klien juga tidak mahu orang menyentuh badannya.
Kaunselor sempat berbual dengan klien dan cuba menenangkan diri klien. Klien Nampak agak
tenang setelah beberapa ketika. Namun, masih tidak banyak bercakap. Setelah agak lama berbual
dengan klien, klien menyatakan bahawa dia dimarahi oleh ayahnya kerana lambat bersiap untuk
ke sekolah.

11) Pertimbangan Aspek Pelbagai Budaya


Berdasarkan kepada model RESPECTFUL dalam kaunseling pelbagai budaya, kaunselor
dapat melihat bahawa beberapa aspek yang signifikn dengan klien antaranya ialah family
background. Latar belakang ayahnya yang mempunyai sejarah dalam tekanan dan kemurungan
menyebabkan ayahnya sering bertindak di luar jangka kepada klien dan seterusnya menyebabkan
klien pula menghadapi kemurungan disamping factor genetic yang tidak dapat kita sangkal.

Yang kedua, kaunselor melihat aspek trauma. Klien menghadapi trauma bilamana sering
dimarahi dan terpaksa terjebak dalam amukan-amukan ayahnya. Malah, kadangkala dipukul
menyebabkan beliau menyendiri dan akhirnya mencari ketenangan dengan menonton filem
animasi dan membawa watak-watak animasi itu untuk ketenangan dirinya sendiri.

12) Rawatan Lanjutan , Penamatan Dan Perancangan Rujukan

Klien sedang mendapat rawatan di sebuah hospital di negeri Perak. Daripada bulan 1 hingga
sekarang klien mendapat cuti sakit daripada doktor dan masih belum dapat meneruskan
pengajiannya di sekolah. Klien berada di rumah di bawah jagaan ayahnya dan ibunya.

Nama : Nursuriani binti Othman

No Matrik : M20141000766