Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman Menyaksikan Kemalangan Jalan Raya

Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu. Aku menggorak langkah

meninggalkan perkarangan sekolah. Tiba-tiba , aku terdengar bunyi yang kuat.

Aku memusingkan kepala ke arah bunyi.

Aku melihat suatu kemalangan di simpang jalan. Kemalangan itu berlaku di

kira-kira 100 meter dari sekolah dan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori.

Banyak orang mengerumuni tempat kemalangan itu. Sesetengah kenderaan

bergerak perlahan untuk melihat kemalangan itu. Keadaan di tempat kemalangan

itu telah menjadi huru-hara.

Aku berasa cemas lalu berlari dengan cepat ke sebuah pondok telefon yang

berhampiran. Aku menelefon talian kecemasan.

5 minit selepas itu, polis pun tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu

lintas. Tidak lama kemudian, 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan penyelamat

sampai di tempat kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa

dari kenderaan tersebut lalu ambulans menghantarkan mangsa-mangsa

kemalangan tersebut ke hospital.

Aku melihat mangsa-mangsa berlumuran darah. Ada pula yang tidak

sedarkan diri. Aku terdengar suara budak-budak menangis dan suara mangsa

mengerang kesakitan. Aku berasa simpati dan kasihan terhadap budak-budak

kecil yang ketakutan. Kepala pemandu lori berlumuran darah tetapi pemandu bas

pula tidak mengalami kecederaan.

Aku terdengar ada orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu

dalam keadaan mabuk. Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital,

pasukan polis serta bomba dan penyelamat pun beredar. Keadaan lalu lintas

menjadi pulih semula dan aku meneruskan perjalanan balik ke rumah.


Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa

kecemasan. Kita juga perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan

raya.
Pengalaman Menyaksikan Kemalangan Jalan Raya

Pendahuluan :

1. Cuaca : ________________
2. Bila kejadian berlaku? : __________________
3. Apa yang mula-mula berlaku? : ____________________________

Isi Penting :

1. Apa yang dilihat ?

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

2. Apa perasaan kamu ?


_______________________________________________

3. Apa tindakan kamu ?


_______________________________________________

4. Apa yang berlaku selepas kamu bertindak ?


_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Bagaimana keadaan mangsa kemalangan ?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________

Penutup
Apa pengajaran yang dapat kamu ambil daripada peristiwa ini ?
_____________________________________________________
_____________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai