Anda di halaman 1dari 5

CADANGAN MENGADAKAN

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS


ST JOHN AMBULANS MALAYSIA (SJAM)
BAGI GURU PENASIHAT TAHUN 2017

Anjuran:

Unit Kokurikulum, Daerah Gombak.

Dengan Kerjasama:

St John Ambulans Malaysia (SJAM)

Negeri Selangor.

TARIKH: 06 Mei 2017 (Sabtu)

TEMPAT: Makmal Komputer, SMK Taman Keramat

Disediakan oleh:

Pn Normawati Binti Mat Nor @ Mohd Noor

Pengawai Teknik St John Ambulans Malaysia (SJAM)-SM

Daerah Gombak.
1.0 PENDAHULUAN

St John Ambulans Malaysia (SJAM) merupakan salah satu unit badan beruniform yang terdapat
di 6 buah sekolah sahaja di Daerah Gombak. SJAM seperti badan beruniform yang lain, ia
mempunyai peraturan dan akta yang perlu dipatuhi. Oleh itu, jurulatih yang berkebolehan dan
berpengalaman diperlukan untuk menyampaikan kursus ini dan menjayakan matlamat ini.
Kursus yang bakal dijalankan ini merupakan kursus wajib yang ditetapkan dalam sukatan
pelajaran SJAM. Kursus ini akan memberi pendedahan asas pertolongan cemas kepada semua
guru pemimpin SJAM Daerah Gombak. Selain itu, kursus ini juga dapat memberi kemahiran-
kemahiran dalam menguruskan sebarang kecederaan yang berlaku dan melayakkan guru untuk
mendapat pangkat dalam organisasi SJAM. Kursus ini juga akan memberi input dan
pengalaman yang berguna kepada semua peserta untuk menjadi guru pemimpin SJAM yang
berjaya pada suatu hari nanti.

2.0 RASIONAL

Kursus ini diadakan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran SJAM yang mewajibkan
semua guru pemimpin SJAM Daerah Gombak menghadirinya. Di samping itu, kursus ini
memberi penekanan kepada aspek asas pertolongan cemas. Kenaikan pangkat seseorang
guru pemimpin berdasarkan keputusan peperiksaan pertolongan cemas.

3.0 MATLAMAT

Matlamat kursus ini adalah berpaksi untuk meningkat penguasaan kemahiran asas pertolongan
cemas kepada semua guru pemimpin SJAM daerah Gombak. Justeru itu, memenuhi aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

3.0 OBJEKTIF

Kursus ini diadakan bertujuan untuk:-

Memberi pendedahan kepada guru pemimpin SJAM Daerah Gombak tentang sejarah,
fungsi dan matlamat penubuhan Persatuan St. John Ambulans Malaysia.

Memberi latihan secara teknikal berkaitan pengurusan kecemasan dan prosedur operasi
standard yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan
Palang Merah Antarabangsa.

Memupuk sikap bekerjasama, memantapkan skil berkomunikasi dan kepimpinan dalam


menguruskan SJAM di sekolah masing-masing.

Membolehkan semua guru penasihat mendapat sokongan untuk mendapatkan pangkat


dna kenaikan pangkat kelak.
4.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum Daerah Gombak tahun 2017

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Nama Program : KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS ST JOHN AMBULANS

MALAYSIA (SJAM) UNTUK GURU PEMIMPIN TAHUN 2017.

Tarikh : 06 MEI 2017 (Sabtu)

Masa : 7.45 pagi-5.00 petang

Tempat : Makmal Komputer SMK Taman Keramat

Jemputan :PIC St. John Ambulans Kawasan Selangor Timur (KSTU)

7.0 PENYERTAAN

32 orang guru pemimpin SJAM Daerah Gombak:


1) SMK Taman Keramat 6 orang
2) SMK Gombak Setia 8 orang
3) SMK Taman Ehsan 5 orang
4) SMK Bukit Indah 4 orang
5) SMK Kepong 5 orang
6) SMK Selayang Baru 4 orang

8.0 KEWANGAN

8.1 Sumber Kewangan

Sumber kewangan bagi program ini ialah hasil kutipan dari guru pemimpin SJAM
Daerah Gombak bagi tahun 2017.

8.2 Anggaran Perbelanjaran

Pendapatan:
Yuran Ahli (RM55 x 32 orang) RM 1760.00
Perbelanjaan:
Yuran peperiksaan, nota dan bandage (RM37 x 32 orang) RM 1184.00
Makan dan minum ( RM15 x 32 orang) RM 480.00
Makan dan Minum penceramah ( RM15x 3 orang) RM 45.00
RM 30.00
Cenderamata Penceramah (RM10 x 3 orang)
RM 21.00
Kecemasan
RM1760.00
JUMLAH
6.0 JAWATANKUASA

6.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Timbalan Pengerusi 1 : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak

Timbalan Pengerusi 2 : Pengetua SMK Taman Keramat

Setiausaha : Penyelia Kokurikulum PPD Gombak

Pen. Setiausaha : PK Korikulum SMK Taman Keramat

Pengerusi Teknik : Normawati binti Mat Nor @ Mohd Noor

6.2 Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Pengawai Pelajaran Daerah Gombak

Pengerusi : Pengetua SMK Taman Keramat

Naib Pengerusi : PK Korikulum SMK Taman Keramat

Pengerusi Teknik : Normawati binti Mat Nor @ Mohd Noor


(SMK Taman Keramat)

Bendahari : SMK Taman Keramat

6.3 Jawatankuasa Kecil Pelaksana

Teknikal : Normawati binti Mat Nor @ Mohd Noor

Urusetia/Peralatan : SMK Taman Keramat + 3 orang PIC SJAM

Pendaftaran : SMK Taman Keramat

Sijil/Cenderamata : SMK Taman Keramat

PA Sistem : SMK Taman Keramat

Kecemasan : SMK Taman Keramat

Buku Program : SMK Taman Keramat

Jamuan : SMK Taman Keramat


7.0 TENTATIF PROGRAM

7.45-8.00 pagi Pendaftaran


8.00-8.30 pagi Pengenalan Pertolongan Cemas
8.30-10.00 pagi Sistem Pernafasan (CPR & Tercekik)
10.00-10.15 pagi Rehat & Kudapan
10.15-12.00 tengah hari Pembentukkan Tulang (Pembalut senang & Pembalut patah)
12.00-1.00 petang Pengangkutan
1.00-2.30 petang Rehat & Makan tengah hari
2.30-3.30 petang Rawatan Kecemasan
3.30-4.30 petang Peperiksaan

8.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya Kursus Asas Pertolongan Cemas ini, peserta mendapat pengalaman dan
kemahiran baru dalam menguruskan SJAM di sekolah masing-masing.

Disediakan oleh:

Normawati binti Mat Nor @ Mohd Noor


Pengawai Teknik SJAM Daerah Gombak