Anda di halaman 1dari 14

1

ABSTRAK
Konsep sekolah berkesan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah
bermatlamat untuk membawa sistem pendidikan ke arah kecemerlangan. Seiringan
dengan slogan Pendidikan Bertaraf Dunia, konsep sekolah menuntut warga pendidik
khususnya untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi dalam pendidikan. Justeru itu,
konsep sekolah berkesan harus dijadikan realiti jika hasrat inginkan kualiti pendidikan
kita sama taraf dengan pendidikan negara maju. Kajian ilmiah ini pada awalnya
melihat kerangka konsep dalam melaksanakan sekolah berkesan. Ianya juga mengkaji
kepentingan dan menghubungkait konsep sekolah berkesan dalam konteks pendidikan
di Malaysia. Di samping itu, kajian juga menilai sejauhmanakah sekolah berjaya
melaksanakannya dan apakah kekangan-kekangan yang dihadapinya. Pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian terhadap sekolah sendiri dalam usaha
melaksanakan sekolah berkesan.Kajian juga menyentuh secara keseluruhan proses
pelaksanaan sekolah berkesan termasuk tinjauan pengkaji-pengkaji tentang sekolah
berkesan.

PENDAHULUAN
Keberkesanan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya konsep ini bergantung
kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap apa yang dikehendaki
daripada sekolah. Tinjauan literatur kajian kebanyakannya memberikan penekanan kepada
kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur utama keberkesanan sekolah. Namun terdapat juga aspek-
aspek lain yang diberi perhatian mengikut kepentingan golongan masing-masing (Sergiovanni, 2001).
Mengikut pandangan ibubapa selain daripada kecemerlangan akademik, aspek keprihatinan
guru terhadap pelajar, keselamatan di sekolah serta kerjasama antara ibubapa dan sekolah diberi
penekanan. Bagi pelajar, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang memberikan peluang yang sama,
mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan harmonis serta mempunyai guru-guru yang membantu
mereka meningkatkan prestasi pembelajaran dan kreativiti. Pihak sekolah pula menekankan
perkembangan pelajar yang seimbang, komunikasi yang baik di kalangan staf, program perkembangan
staf yang berterusan dan persekitaran kerja yang baik (Garbutt, 1996).
3

Daripada pandangan yang telah dikemukakan, jelas bahawa sekolah mempunyai tuntutan yang
pelbagai daripada masyarakat. Untuk itu sekolah harus berperanan sebagai organisasi yang dinamik dan
menggunakan strategi serta amalan-amalan pengurusan yang bersesuaian dalam menangani cabaran
dan memenuhi tuntutan pelbagai pihak.

KERANGKA KONSEP

Pelbagai kerangka konsep berkaitan dengan pembinaan sebuah sekolah yang berkesan telah
dicadangkan dan dikenalpasti oleh para penyelidik pendidikan khususnya para penyelidik barat. Satu
kerangka model sekolah berkesan yang khusus diaplikasikan dalam konteks pendidikan di Malaysia
masih lagi belum dapat dikenalpasti. Kebanyakkan usaha para pemikir dan penyelidik pendidikan
dalam menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia khususnya dalam mewujudkan sebuah sekolah
yang ideal dan berkesan adalah bersandarkan kepada kerangka model yang dibina oleh para penyelidik
barat. Namun, perbezaan dari aspek dasar perlaksanaan sekolah di Malaysia yang lebih bertumpukan
kepada aspek sentralisasi kuasa dari segenap aspek ( pemilihan / penempatan tenaga pengajar, sumber
kewangan, pengurusan kurikulum, durasi sesi pengajaran dan pembelajaran, dan lain-lain), mungkin
menjadi penghalang, justeru mengengkang bidang kuasa pentadbir dan para guru dalam mengambil
inisiatif penambahbaikan terhadap keberekesanan sekolah mereka ke peringkat yang lebih optimum.

Rumusan hasil penyelidikan oleh para penyelidik antarabangsa telah menjadi rujukan dan garis
kayu ukur kepada pihak-pihak yang berkepentingan agar suatu model sekolah berkesan dapat
diwujudkan dan dapat dimanfaatkan dalam penggubalan dasar dalam pendidikan serta menjadi amalan,
khususnya oleh warga sekolah di Malaysia. Hasil-hasil penyelidikan sekolah berkesan mempunyai
implikasi secara langsung terhadap usaha pembaikan sekolah (school improvement).

Mortimore seorang Profesor terkemuka dari Institute of Education,University of London (1996)


di dalam bukunya Key characteristics of effective schools telah merumuskan sebelas ciri sekolah
berkesan yang mempunyai kaitan yang rapat dengan proses pembudayaankecemerlangan. Ciri-ciri
yang mewujudkan keberkesanan sekolah hasil dari kajian yang telah dijalankan ini dapat ditejemahkan
secara ringkas sepertimana dalam Rajah 1 dibawah.
4

Rajah 1: Komponen sekolah berkesan Mortimore (1996)

(a) Kepemimpinan professional


Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah
harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang
mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah
mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam
membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia.
Ciri ini juga menekankan sama ada pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan
berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum,
memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat
membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

(b) Perkongsian wawasan dan tujuan


Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah
serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada
pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan
piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga
bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta
penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.
5

(c) Persekitaran pembelajaran


Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah
yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan
teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana
berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang
merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

(d) Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran


Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana
keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian
menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran
sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada
kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore
menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan
masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran
prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan
guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan
ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu
menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam
kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

e) Pengajaran yang bertujuan


Mortimore mendapati kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping
memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai
organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel.

f) Jangkaan kejayaan yang tinggi


Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang
terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan yang
rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati sangat aktif
dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa
6

menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk
berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.

(g) Pengukuhan yang positif


Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi
faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil.
Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa
kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di sekolah.
Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang
dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap
kebaikan atau kesalahan dilakukan.

(h) Memantau kemajuan


Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa
melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat
menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada
pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah
mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya
mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

(i) Hak dan tanggungjawab pelajar


Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha
meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam
pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan
tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

(j) Hubungan rumah-sekolah


Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi
meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa
dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya
7

dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak
dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi
hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

(k) Organisasi Pembelajaran


Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan
mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan
ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program
perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu
pengajaran di dalam bilik darjah.

KEPENTINGAN SEKOLAH BERKESAN


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mencerminkan kepelbagaian matlamat keberkesanan
pendidikan. FPN memberi penekanan kepada usaha sekolah....
....melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupayaan mencapai
kesejahteraan diriserta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuranmasyarakat dan negara.

Sebahagian besar rangka rujukan dengan sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan
oleh Mortimore didapati sesuai dan relevan dengan struktur dan organisasi sekolah-sekolah formal di
Malaysia. Walau bagaimanapun, Teddlie dan Reynolds (2000) dalam buku mereka, "The International
Handbook of School Effectiveness Research" telah memberi peringatan kepada penyelidik bahawa
terdapat faktor-faktor penting lain yang perlu diambil kira dalam menafsir keberkesanan sekolah.
Antaranya ialah faktor "konteks" yang harus diberi perhatian supaya penafsiran kita tentang
keberkesanan sekolah dapat dibuat secara holistik dan adil.

Sepuluh daripada sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore ialah ciri
dalaman sekolah (in-school factors) yang lebih bertumpukan proses daripada konteks. Cuma ciri
8

penyelidikan hubungan sekolah-rumah merupakan ciri luaran sekolah. Jadi, penyelidikan keberkesanan
sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan dijelaskan oleh faktor dalaman sekolah.
Justeru, bagi tujuan pembaikan sekolah kita harus menumpukan tindakan yang lebih ke atas faktor-
faktor dalaman berbanding dengan faktor konteks. Ini menunjukkan bahawa pewujudan sekolah
berkesan adalah tidak mustahil dan perlu ditangani pada peringkat sekolah itu sendiri dan bukannya di
peringkat yang lebih global (peringkat PPD atau Kememtrian) kerana faktor atau elemen yang asas
disumbangkan secara terus oleh faktor dalaman sesebuah sekolah itu sendiri.

Walau bagaimanapun, Ramaiah (1995) berpendapat dalam konteks Malaysia beberapa kriteria
pengukuran keberkesanan sekolah harus dterapkan secara berhati-hati kerana ada ciri-ciri tertentu
seperti faktor "tusyen persendirian" dan konteks "bandar" atau "luar bandar" yang sangat
mempengaruhi kriteria keberkesanan, terutamanya jika prestasi peperiksaan awam dijadikan ukuran
mutlak. Kita juga diingatkan oleh Mortimore (1991) yang memberi definisi sekolah berkesan sebagai
"tempat pelajar menunjukkan kemajuan lebih besar daripada yang biasanya diharapkan pada tahap
kemasukan awalnya ke sekolah". Justeru, perbezaan prestasi antara sekolah akibat tahap keberkesanan
pendidikan awal ketika kanak-kanak memasuki sekolah harus juga diambil kira.

Perubahan persekitaran dan ekonomi pada masa kini memerlukan sekolah melahirkan pelajar
pelajar yang boleh bersaing dan memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat apabila mereka
memasuki alam pekerjaan. Kesan daripada fenomena ini sistem pengurusan sekolah mesti mempunyai
organizational capacity untuk menentukan pelajar-pelajar yang dihasilkan dapat mencapai satu tahap
piawaian yang tinggi selaras dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat. Sekolah harus
menyediakan persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang mantap dan amalan-amalan pengurusan
yang akan membawa kepada kecemerlangan organisasi.

KEKANGAN PELAKSANAAN SEKOLAH BERKESAN


Berdasarkan perbincangan yang telah dihuraikan dalam bab-bab sebelumnya, keberkesanan
sesebuah sekolah boleh diwujudkan dengan mengambil kira penyertaan yang aktif dan optimum dari
semua pihak yang terlibat. Malah, hasil dapatan dari kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati aspek
utama yang menyumbang kearah keberkesanan sesebuah sekolah itu adalah majoritinya bergantung
kepada aspek dalaman sesebuah sekolah itu sendiri. Namun, mengapakah masih wujud persepsi
9

mustahil dalam kalangan warga pendidik dalam perlaksanaan sekolah berkesan? Ini mungkin dapat
dirungkaikan berdasarkan kepada beberapa faktor hasil pemerhatian pendidik.

1. Sikap dan persepsi warga pendidik.


Pelaksanaan sekolah berkesan amat bergantung kepada sikap para pengetua, guru-guru
dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan sekolah berkesan, peranan pengetua mestilah
mempunyai sikap yang positif dan menjalankan kepimpinan yang berkesan. Jika pengetua tidak
menunjukkan semangat yang tinggi untuk melaksanakannya, sudah pasti organisasi sekolah
tidak akan berjalan dengan berkesan.
Begitu juga dengan guru-guru seharusnya mempunyai sikap yang positif dan beritlizam
untuk membantu pihak sekolah dalam mencapai tahap sekolah berkesan. Jika guru tidak
memberi sokongan yang kukuh terhadap para pentadbir, sudah pasti segala perancangan yang
dibuat tidak akan mendapat hasil yang cemerlang. Sokongan daripada pihak PIBG juga penting.
Tanpa bantuan daripada ibu bapa, sekolah akan menghadapi masalah yang besar dari segi
mendapat bantuan kewangan untuk menambah kemudahan fizikal sekolah dan kepercayaan ibu
bapa terhadap sekolah akan berkurangan. Kesimpulannya dapat dikatakan gabungan ketiga-tiga
komponen ini amat penting dalam menjayakan konsep sekolah berkesan.

2. Kekurangan fasiliti pengajaran dan pembelajaran


Pihak Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, PPD haruslah menyediakan segala
kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk menjalankan inovasi dalam
pengajaran. Pihak sekolah kemungkinan tidak mampu menyediakan segala kemudahan ini.
Kemudahan ini penting bagi menjamin kaedah pengajaran dan pembelajaran guru lebih baik
dan berkesan dengan adanya kemudahan dan kelengkapan teknologi dan multimedia yang
interaktif lagi canggih.

3. Kekurangan guru terlatih dalam opsyen matapelajaran.


Masalah ini juga boleh menyebabkan sesebuah sekolah tidak menjalankan pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan. Guru ganti yang bukan opysen sudah pasti tidak mengajar
dengan baik terutama matapelajaran kritikal seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Pihak kementerian seharusnya memandang serius perkara ini dan tindakan harus diambil untuk
menempatkan guru-guru terlatih di sekolah yang kekurangan guru terutama di luar bandar. Jika
10

keadaan ini tidak diatasi pihak sekolah akan menghadapi masalah dalam memastikan
keberkesanan pengajaran.

4. Pengaruh masyarakat sekitar.


Masyarakat memainkan peranan penting dalam membudayakan kecemerlangan di
kalangan anak-anak mereka. Masyarakat di luar bandar setengah daripadanya tidak begitu
mementingkan budaya kecemerlangan terhadap anak mereka. Mereka cuma tahu anak mereka
ke sekolah sahaja. Keadaan ini sudah pasti menyulitkan pihak sekolah dalam melaksanakan
sekolah berkesan. Sebabnya pembelajaran anak-anak harus diteruskan di rumah bukan saja
disekolah.

5. Pengurusan kewangan yang tidak cekap.


Pengurusan kewangan sekolah yang tidak cekap secara tidak langsung akan
mengakibatkan masalah dalam bidang pentadbiran sekolah. Ini mungkin tidak menjadi
penyumbang signifikan dalam mewujudkan sekolah berkesan bagi sekolah di kawasan bandar;
yang menempatkan pelajar dari keluarga yang mempunyai tahap sosioekonomi yang stabil,
namun ianya akan menjadi satu permasalahan yang kritikal bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai pelajar yang majoritinya datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Masalah kewangan yang dibincangkan disini adalah bertumpu kepada dana hasil kutipan
sumbangan ikhlas ibubapa (PIBG), yang secara khususnya digunakan bagi menjalankan
program-program pembudayaan ilmu kepada murid-murid. Disebabkan kengkangan ini,
sekolah berkemungkinan besar akan gagal dalam mewujudkan satu suasana pembelajaran dan
platform sosialisasi yang menarik bagi para pelajarnya (contohnya seperti aktiviti perkhemahan
di luar kawasan sekolah, rombongan sambil belajar ke sekolah atau daerah lain, dan
sebagainya). Sekolah seharusnya mempunyai sumber kewangan yang kukuh agar setiap
program yang dirancang khususnya bagi tujuan membudayakan ilmu dapat dijalankan.

ISU DAN PERSOALAN DALAM MEWUJUDKAN SEKOLAH BERKESAN

Kini, terdapat ramai pelajar yang berasa tidak seronok berada di sekolah. Fenomena ini
dizahirkan melalui masalah salah laku seperti masalah ponteng sekolah, budaya
lepak, berlumba motorsikal, kes-kes jenayah, melawan guru dan pelbagai salah laku kecil yang lain
hinggalah penglibatan dalam kumpulan samseng dan gengsterisme di sekolah.Masalah kemerosotan
11

akademik terutama subjek B.Inggeris, Sains dan Matematik di kebanyakkan sekolah masih lagi
belum mencapai tahap yang diaspirasi oleh kerajaan. Keadaan ini berkemungkinan berpunca
daripada keadaan sekolah yang tidak berkesan. Sebagai warga pendidik, persoalan yang berikut
wajar kita renungkan bersama dalam memartabatkan keberkesanan insitusi pendidikan khusunya
diperingkat sekolah.

1. Adakah sekolah kita berkesan?


Secara realitinya, konsep Sekolah Berkesan merupakan satu konsep yang terlalu
ideal. Walaubagaimanapun, konsep sekolah ini boleh tercapai jika semua indikator dapat
bergabung bersama untuk menjayakannya. Tambahan pula, isu menentukan ukuran
keberkesanan sesebuah sekolah amat sukar. Jika dilihat masa kini, tidak banyak sekolah yang
mampu melaksanakan konsep sekolah berkesan yang sebenar. Jika ada pun, kemungkinan
sekolah tersebut berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun dari
segi keberkesanan mendidik dari akhlak dan moral yang baik amat sukar dijalankan. Keadaan ini
mungkin berlaku disebabkan pihak sekolah amat mementingkan kecemerlangan akademik
semata-mata.

2. Adakah sekolah masa kini hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata?


Sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan merupakan faktor utama yang
menyebabkan sekolah terpaksa memberi tumpuan yang lebih ke arah menghasilkan pelajar
cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu keberkesanan sekolah untuk mendidik pelajar supaya
mempunyai nilai-nilai murni amat sukar diserapkan. Keadaan ini jelas pada masa sekarang,
keruntuhan akhlak di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Justeru, untuk melaksanakan
konsep sekolah berkesan, pihak sekolah harus mengimbangkan pendidikan untuk peperiksaan
dengan pendidikan moral yang baik. Di samping itu gabungan tenaga yang bersungguh-sungguh
untuk menjayakan konsep sekolah berkesan antara pihak pentadbir dengan para guru dan
masyarakat sekeliling amat penting.

3. Bagaimanakah kesediaan pentadbir dan guru untuk melaksanakan Sekolah Berkesan?


12

Dalam melaksanakan sekolah berkesan, pengetua atau guru besar memainkan peranan
amat penting. Tanpa pengetua berkesan, sudah pasti sekolah tidak berkesan. Tidak ramai
pengetua yang mampu untuk melaksanakan konsep sekolah ini kecuali pengetua yang
mempunyai azam yang kuat untuk mencapai sekolah berkesan. Kebanyakan pengetua masih
mengamalkan sistem birokasi dan senoiriti yang ketat dalam menjalankan tugas disekolah.
Keadaan ini akan mengongkong guru-guru dalam melaksanakan kreatif dan inovasi mereka
dalam pengajaran.Guru-guru yang berkesan adalah guru yang berjaya dalam pengajaran dan
pembelajarannya dengan mengaptasikan penggunaan alat-alat bantuan pengajaran yang canggih
dan moden tanpa mengambil kira tempoh perkhidmatannya. Adakah keadaan ini berlaku di
sekolah-sekolah?

4. Sejauhmanakah PIBG mampu membantu pihak sekolah mencapai konsep Sekolah Berkesan?

PIBG juga memainkan peranan penting dalam menjayakan konsep sekolah berkesan.
Sokongan yang padu akan membantu pihak sekolah dalam menjayakan rancangan yang telah
dirancangkan. Bagi sekolah yang cemerlang, hubungan dengan PIBG dan pihak luar amat erat.
Ibu bapaharus mengambil tahu tentang program-program yang dijalankan di sekolah.Ini akan
memudahkan para ibu bapa memantau proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka di
rumah.
Tetapi masa kini, kebanyakan ibubapa tidak begitu rapat dengan pihak sekolah.
Mereka cuma datang ke sekolah untuk mengambil rekod peperiksaan sahaja. Jarang mereka
datang ke sekolah untuk membincangkan soal pendidikan anak mereka. Tanbahan pula, terdapat
segelintir ibubapa yang mempunyai persepsi bahawa sekolah bertanggungjawab sepenuhnya
dalam mendidik anak-anak mereka. Bagi mereka, beban mendidik anak-anak (dari aspek moral,
dan khususnya ilmu pendidikan dari aspek akademik) terletak sepenuhnya keatas bahu para guru
disekolah.

KESIMPULAN
13

Melihat kepada konsep-konsep, ciri-ciri sekolah, faktor-faktor keberkesanan Sekolah Berkesan,


dapatlah kita simpulkan untuk ke arah merealisasikan konsep sekolah, pihak sekolah harus jelas
mengenai falsafah mengenai sekolah berkesan. Juga pihak tuan pengetua harus mengetahui dari segi
perancangan strategik yang perlu diambil. Kejayaan sekolah berkesan bermula dari bilik darjah yang
diurus dengan berkesan oleh guru-guru berkesan dengan menggunakan alatan bantuan mengajar yang
berkesan dan mencukupi dan hubungan pelajar dan guru yang cukup mantap.
14

RUJUKAN

Ahmad Zabidi B. Abdul Razak. (2005). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi
Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3

Abdullah Sani Yahya. (2003). Mengurus sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Preedy M. Ed. (1993). Managing the effective school. Open University.
Rusmini Bt Ku Ahmad. (2001). Kerangka Komprehensif untuk Penambahbaikan Sekolah Berkesan.
Jurnal Pendidikan Insitut Aminuddin Baki.

Anda mungkin juga menyukai