Anda di halaman 1dari 2

Bil.

Perkataan Makna Contoh Ayat

1. Kutel Cubit Ali mengutel peha Ahmad ketika makan di kantin sekolah.
Ali mencubit peha Ahmad ketika makan di kantin sekolah.
2. Wobatu Makan Samad tersenyum gembira apabila Siti mengajaknya wobatu bersama.
Samad tersenyum gembira apabila Siti mengajaknya makan bersama.
3. Nyapo Mengarut Adnan dimarahi oleh gurunya kerana menyapo di dalam kelas.
Adnan dimarahi oleh gurunya kerana mengarut di dalam kelas.
4. Akit Angkat Tong gas itu telah diakit oleh Jusoh.
Tong gas itu telah diangkat oleh Jusoh.
5. Baroh Bendang Paga-pagi lagi Pak Abu sudah pergi ke baroh.
Pagi-pagi lagi Pak Abu sudah pergi ke bendang.
6. Ipo Kumpul Sejak dibangku sekolah lagi Rogayah mengipo setem.
Sejak dibangku sekolah lagi Rogayah mengumpul setem.
7. Jirek pijak Ali terjirek paku semasa berjalan di tepi jalan.
Ali terpijak paku semasa berjalan di tepi jalan.
8. Jelot Bekas Ibu Fatimah menyuruhnya memasukkan garam ke dalam jelot.
Ibu Fatimah menyuruhnya memasukkan garam ke dalam bekas.
9. Nganyi sindir Abu menganyi Samad kerana berpakaian selekeh.
Abu menyindir Samad kerana berpakaian selekeh.
10. Kekoh Gigit Jusoh dikekoh oleh anjing yang mengamuk di depan rumahnya.
Jusoh digigit oleh anjing yang mengamuk di depan rumahnya.
11. Rhetot Jambatan Rhetot itu hampir runtuh akibat berlakunya tanah tuntuh.
Jambatan itu hampir runtuh akibat berlakunya tanah tuntuh.
12. Jabel Plastik Jamilah memasukkan baju yang dijualnya ke dalam jabel.
Jamilah memasukkan baju yang dijualnya ke dalam plastik.
13. Ngelik Elak Roslan sempat mengelik tumbukan Ahmad semasa membuat latihan silat
dirumahnya.
Roslan sempat mengelak tumbukan Ahmad semasa membuat latihan silat
dirumahnya.
14. Igat Tangkap Roslan mengigat arnab itu di belakang rumahnya.
Roslan menangkap arnab itu di belakang rumahnya.
15. Kutip Pungut Ramli mengutik buah rambutan yang dikait oleh ayahnya.
Ramli mengutip buah rambutan yang dikait oleh ayahnya.
16. Rhojoh Jolok Ayah merhojoh buah cempedak yang berada di tepi pagar rumahnya.
Ayah menjolok buah cempedak yang berada di tepi pagar rumahnya.
17. Rhukah Panjat Said mengukah pokok kelapa di belakang rumahnya.
Said memanjat pokok kelapa di belakang rumahnya.
18. Cerut Potong Pak Mat mencerut rumput di kawasan bendang untuk dijadikan makanan
kepada lembunya.
Pak Mat memotong rumput di kawasan bendang untuk dijadikan makanan
kepada lembunya.
19. Tepah Stor Ibu meletakkan padi yang sudah dituai ke dalam tepah di belakang rumah.
Ibu meletakkan padi yang sudah dituai ke dalam stor di belakang rumah.
20. Liko Kurung Pembunuh yang ditangkap itu diliko di dalam penjara bawah tanah.
Pembunuh yang ditangkap itu dikurung di dalam penjara bawah tanah.
21. Dene Meleleh Dene air liur Ali apabila melihat kek yang dihidangkan oleh Siti semasa
meraikan majlis hari lahirnya.
Meleleh air liur Ali apabila melihat kek yang dihidangkan oleh Siti semasa
meraikan majlis hari lahirnya.
22. Patak Bawah Buku Ali terletak di patak sekali dalam kotak buku Ahmad.
Sekali Buku Ali terletak di bawah sekali dalam kotak buku Ahmad.
23. Rembah Hempas Pinggang itu pecah berkecai apabila dirembah ke lantai.
Pinggang itu pecah berkecai apabila dihempas ke lantai.
24. Cace Berdiri Semua pelajar dikehendaki bercace semasa majlis perhimpunan di sekolah.
Semua pelajar dikehendaki berdiri semasa majlis perhimpunan di sekolah.
25. Jamoh Sentuh Ali menjamoh jari-jemari isterinya yang lembut itu.
Ali menyentuh jari-jemari isterinya yang lembut itu.
26. Redah Baling Budak nakal itu meredah buah mempelam di tepi masjid dengan batu.
Budak nakal itu membaling buah mempelam di tepi masjid dengan batu.
27. Bidah Lastik Said membidah burung gagak yang berada di atas pagar rumahnya.
Said melastik burung gagak yang berada di atas pagar rumahnya.
28. Tekedaroh makan Tekedaroh yang berlebihan tidak digalakkan dalam Islam.
makan yang berlebihan tidak digalakkan dalam Islam.
29. Selok Kunci Ibu telah menyelok pintu sebelum meninggalkan rumah.
Ibu telah mengunci pintu sebelum meninggalkan rumah.
30. Jegho Penjuru Nenek meletakkan meja hiasan itu di jegho dinding.
Nenek meletakkan meja hiasan itu di penjuru dinding.
31. Gelega Lantai Gelega kayu rumah usang itu hampir reput.
Lantai kayu rumah usang itu hampir reput.
32. Nyanyo Kesian Nyanyo sungguh melihat keadaan nenek yang ditinggalkan oleh cucunya itu
Kesian sungguh melihat keadaan nenek yang ditinggalkan oleh cucunya itu.
33. Tepoh Langgar Pak Abu telah menepoh lembu di simpang tiga itu.
Pak Abu telah melanggar lembu di simpang tiga itu.

Anda mungkin juga menyukai