Anda di halaman 1dari 12

GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik Pendidikan adalah satu pendekatan dalam Pendidikan Pergerakan


yang memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya
pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajaran. Strategi pengajaran
dan pembelajaran Gimnastik Pendidikan adalah secara tidak formal.
Pendekatannya melalui tugasan dalam bentuk pergerakan. Gimnastik
Pendidikan mengandungi lapan tema sebagai panduan pengajaran dan
pembelajaran.

Tema 1 Kesedaran Tubuh badan


Tema 2 Kesedaran Ruang
Tema 3 Kesedaran Masa
Tema 4 Kesedaran Perkaitan Antara Pelbagai Bahagian Tubuh Badan
Tema 5 Kesedaran Beban
Tema 6 Kesedaran Aliran
Tema 7 Kesedaran Perkaitan Dengan Orang Lain
Tema 8 Kesedaran Ritma

Setiap tema mempunyai sub-tema yang tersendiri. Setiap pergerakan boleh


dilakukan secara individu, berpasangan, dalam kumpulan kecil dan kumpulan
besar sama ada di lantai, di utara dan tanpa atau dengan alatan. Alatan
digunakan sebagai halangan. Rangkaian pergerakan diolah dari sub-tema,
antara sub-tema dan antara tema. Tahap asas memberi penekanan kepada
kesedaran tubuh badan, pengurusan tubuh badan dan empat aspek pergerakan
(masa, ruang, beban dan aliran). Rangkaian pergerakan adalah olahan dari
beberapa sub-tema dalam setiap tema sama ada tanpa atau dengan alatan.

Pertimbangan Penting:

Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan


pembelajaran Gimnastik Pendidikan.

1. Kesedaran Tubuh Badan


Penggunaan dan pengelolaan tubuh badan sebagai alat untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi.
2. Aspek Pergerakan
Aspek pergerakan merangkumi ruang, masa beban dan aliran. Setiap
pengolahan tugasan akan bertambah kreatif jika diserapkan dengan satu
atau lebih aspek pergerakan.
3. Konsep Kendiri Yang Positif
Boleh melakukan tugasan dengan penuh keyakinan dan mengalakkan
potensi individu.
4. Konsep Pergerakan Melalui Penggunaan Kemahiran
Menggunakan berbagai kemahiran lokomotor dna bukan lokomotor untuk
melakukan pergerakan bagi sesuatu tugasan melalui penyelesaian
masalah.
5. Penerokaan, Penjelajahan, Penemuan dan Daya Cipta
Gimnastik Pendidikan dipelajari melalui proses penerokaan, penjelajahan,
penemuan dan daya cipta. Tugasan yang diberi akan diolah setiap
individu secara bersendirian atau berkumpulan. Tidak ada satu cara untuk
melakukan sesuatu tugasan. Setiap tugusan adalah betul.
6. Kreativiti dan Nilai Estetik
Kebebasan dalam mengolah tugasan serta tindak balas yang berbeza
menghasilkan daya cipta kreativiti. Setiap ciptaan mempunyai nilai estetik
yang tersendiri.

Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan

Tema ini memberi peluang kepada anda mengenali tubuh badan dan mengawal
pergerakan. Bahagian tubuh badan digerakan dengan berbagai cara iaitu:-

(a) Lakuan asas tubuh badan


- ringkuk
- lunjur/regang
- pulas
- hayun
(b) Lakuan bahagian tubuh badan
- sokongan beban
- bahagian badan mendahului pergerakan
- menerima beban tubuh badan
(c) Aktiviti tubuh badan
- lokomotor
- bukan lokomotor
(d) Bentuk tubuh badan
- lurus, runcing
- lebar Sebanding (Symmetrical)
- bulat dan
- bersudut tidak sebanding

Tema ini menggalakan anda melakukan berbagai pergerakan. Pemilihan dan


pengawalan pergerakan adalah mengikut situasi, keperluan dan keselamatan.

Lakukan pergerakan mengikut kemampuan masing-masing berdasarkan


pergerakan yang disenaraikan di atas dan juga di bawah.
(Rujuk kepada individu yang berkemahiran)

1.1 Bergerak secara sentuhan berselang


Bergerak dengan bahagian badan menyentuh lantai berselang seli
seperti berlari, berjalan dan merangkak.
- Bergerak berbagai-bagai cara dengan bahagian kaki
- Bergerak berbagai-bagai cara dengan dua atau lebih
bahagian tubuh badan.
1.2 Bergerak secara sentuhan selalu
Bergerak dengan bahagian tubuh badan sentiasa menyentuh lantai
seperti gulingan, pergerakan menolak dan pergerakan
menarik.
- Bergerak dengan bahagian tubuh badan sentiasa
menyentuh lantai
- Bergerak berbagai arah
- Bergerak dalam berbagai bentuk
1.3 Bergerak tanpa sentuhan seketika
Bergerak dengan keseluruhan tubuh badan berada seketika di
udara seperti lompatan dan layangan.
- Bergerak dengan seluruh tubuh badan seketika di udara
- Gerakkan bahagian tubuh badan semasa di udara
- Bentukkan tubuh badan semasa di udara
1.4 Menyokong beban pada bahagian tubuh badan
Menyokong beban badan di atas satu atau lebih bahagian tubuh
badan seperti imbangan. Sokongan boleh dilakukan secara stabil
atau tidak stabil.
- Sokong beban badan di atas bahagian tubuh badan contoh,
di punggung.
- Sokong beban badan di atas satu bahagian tubuh badan
contoh dilutut.
- Guna berbagai bahagian tubuh badan untuk menyokong dan
mengimbang tubuh badan.
1.5 Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan
Membentuk dengan menggunakan bahagian tubuh badan . Bentuk-
bentuk yang boleh dilakukan ialah lurus, lebar, bulat, pulas dan
bersudut. Ianya juga boleh dilakukan secara sebanding dan tidak
sebanding.
- Buat berbagai-bagai bentuk dengan bahagian tubuh badan
di lantai atau diudara.
- Buat berbagai-bagai bentuk dengan bahagian tubuh badan
secara sebanding dan tidak sebanding. Bezakan bentuk
sebanding dan tidak sebanding.
1.6 Membekukan tubuh badan
Memberhentikan pergerakan seketika dalam keadaan lakuan
pergerakan semasa membeku, pastikan kualiti bentuk lakuan.
- Bergerak bebas
- Bergerak dan membeku
bergerak dan membeku dengan kualiti berat dan ringan.
Pastikan otot dikawal semasa berhenti.
1.7 Merangkaikan dua atau lebih pergerakan
Merangkaikan beberapa pergerakan tubuh badan supaya menjadi
satu rangkaian pergerakan yang berterusan. Rangkaian dilakukan
secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Pergerakan boleh
dilakukan tanpa atau dengan alatan.
- Rangkaian dua pergerakan atau beberapa pergerakan
berseorangan.
- Rangkaian beberapa pergerakan dengan menggunakan
alatan dan gunakan alatan sebagai halangan.

TEMA 2 : KESEDARAN RUANG

Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ianya


terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang
setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh
bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara
keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi
bahagian kawasan seperti:
(a) aras - tinggi, sederhana, rendah
(b) arah - hadapan, belakang, sisi, atas, bawah
(c) laluan - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
(d) ekstensi - mengecil, membesar

Pemilihan dan pengawalan pergerakan dalam penggunaan ruang perlu mengikut


situasi, keperluan dan keselamatan.

2.1 Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang am


Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan keseluruhan kawasan.
Pergerakan dilakukan di ruang am tanpa atau dengan alatan.
- Bergerak dengan berbagai-bagai cara
- Bergerak kesemua ruang
2.2 Membuat pergerakan menggunakan ruang diri
Membuat pergerakan dengan menggunakan ruang sekeliling tubuh
badan, iaitu sejauh yang boleh dicapai.
- Gerakan bahagian tubuh badan setempat
- Gerakan bahagian-bahagian tubuh badan sejauh mana yang boleh
dicapai ( tangan, kaki dan badan)
2.3 Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras
Bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan ruang am.
Pergerakan dilakukan berbagai-bagai aras seperti tinggi, sederhana dan
rendah. Menukar aras dengan membentuk pergerakan yang berlainan
pada tubuh badan.
- Bergerak tanpa sentuhan ( contoh lompatan )
- Bergerak secara sentuhan selalu
- Bergerak secara sentuhan berselang dengan berbagai-bagai aras
- Membentuk tubuh badan di berbagai-bagai aras
2.4 Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah
Bergerak menggunakan ruang am ke berbagai-bagai arah seperti ke
hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini
boleh dilakukan dengan atau tanpa alatan.
- Bergerak bebas
- Bergerak dengan menukar arah
- Bergerak ke berbagai-bagai arah dan aras
2.5 Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan
Laluan ialah jalan yang digunakan untuk bergerak. Laluan didapati di
lantai dan di awangan. Laluan di lantai dicipta semasa tubuh badan
bergerak ke arah yang berbagai-bagai tanpa atau dengan alatan. Corak
laluan yang boleh dibuat ialah berliku-liku, lurus, bengkok, zig-zag atau
kombinasi berbagai laluan.
2.6 Bergerak menggunakan berbagai-bagai ektensi
Menyedar dan mengawal saiz atau bentuk sesuatu pergerakan. Ekstensi
sesuatu pergerakan adalah tertakluk kepada sejauh mana bahagian tubuh
badan boleh diregangkan.
- Bergerak sambil meregangkan tangan atau kaki sejauh yang boleh
- Cipta satu pergerakan yang besar dan lebar tanpa atau dengan
alatan ( Beri perhatian kepada jarak ekstensi yang boleh
dilakukan )
2.7 Merangkaikan pergerakan menggunakan dua atau lebih aspek ruang
Mengabungkan beberapa pergerakan untuk menjadi satu rangkaian yang
berterusan. Rangkaian pergerakan diserapkan dengan dua atau lebih
aspek ruang seperti aras, arah dan laluan atau laluan dan ekstensi.
Rangkaian pergerakan boleh dilakukan tanpa atau dengan alatan.
- Rangkaikan beberapa pergerakan
- Rangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan menerapkan dua
atau lebih aspek ruang.
- Rangkaikan beberapa pergerakan dan terapkan berbagai aspek
ruang

TEMA 3 : KESEDARAN MASA

Pergerakan boleh dilakukan dengan berbagai kelajuan seperti cepat, lambat,


kawal-lambat dan serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan
keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang
dilengkapkan dengan alat-alat. Kesedaran masa mempunyai perkaitan denang
tubuh badan, beban, aliran dan ritma.

3.1 Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza


Bergerak menggunakan berbagai-bagai kelajuan seperti cepat, lambat,
serta-merta dan kawal-lambat.
- Bergerak berbagai-bagai cara dengan kelajuan yang berbeza
- Bergerak cepat, lambat, serta-merta atau kawal-lambat
- Bergerak dengan menukar kelajuan
3.2 Bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai
Memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat
dan kemampuan diri
- Bergerak mengikut kelajuan yang dipilih
- Bergerak mengikut kelajuan yabg dipilih bersesuaian dengan
situasi ruang dan alat
3.3 Bergerak dengan mengawal kelajuan ( serta-merta dan kawal-lambat )
Bergerak dengan kelajuan yang terkawal sama ada secara pantas atau
lambat
- Bergerak dengan pantas
- Bergerak dengan lambat
- Bergerak dengan menukar kelajuan ( Pilih pergerakan dan kawal
kelajuan bersesuaian dengan pergerakan )
3.4 Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan yang
berbeza
Menggerakkan bahagian tubuh badan seperti tangan, kaki, bahu, dan
punggung untuk mendapat kelajuan yang berbeza seperti cepat, lambat,
serta-merta dan kawal-lambat
- Gerakan satu bahagian tubuh badan denagn satu jenis kelajuan
- Gerakan bahagian tubuh badan yang ditetapkan dan lakukan
berbagai kelajuan
- Gerakan bahagian tubuh badan dengan berbagai-bagai kelajuan
yang berurutan
3.5 Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk memilih kelajuan yang sesuai
Mengerakkan bahagian tubuh badan untuk mendapat kelajuan yang
sesuai
- Buat pergerakan serta-merta dan kawal-lambat ( contoh dirian
tangan )
3.6 Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk mengawal kelajuan ( serta-
merta dan kawal-lambat)
Mengawal kelajuan pergerakan denang mengerakkan bahagian tubuh
badan. Pergerakan berdasarkan kepada kelajuan pergerakan serta-merta
dan kawal-lambat.
- Bergerak dengan bahagian tubuh untuk mendapatkan kelajuan
seperti serta-merta dan kawal-lambat
- Bergerak dengan berbagai-bagai behagian tubuh badan sambil
mengawal kelajuan pergerakan
3.7 Merangkaikan pergerakan dengan menggunakkan dua atau lebih aspek
masa
Melakukan beberapa pergerakan dengan menerapkan dua atau lebih
aspek masa seperti cepat, lambat, serta-merta dan kawal-lambat.
- Rangkaikan beberapa pergerakan sambil menerapkan dua atau
lebih aspek masa
TEMA 4 : KESEDARAN PERKAITAN ANTARA PELBAGAI
BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan bermakna


perhubungan antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian tubuh badan
lain atau perhubungan antara tubuh badan dengan lantai atau alatan. Lakukan
perkaitan pergerakan adalah seperti sokongan badan, bahagian tubuh badan
yang mendahului, aplikasi kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh badan.

4.1 Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian tubuh badan
dengan bahagian yang lain.
Bergerak dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh
badan seperti tangan dan kaki. Satu bahagian tubuh badan bergantung
kepada bahagian tubuh badan yang lain untuk melengkapkan sesuatu
pergerakan.
- Bergerak dengan dua bahagian tubuh badan ( contoh-cartwheel)
4.2 Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di
antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.
Menggerakkan bahagian tubuh badan akan menukarkan bentuk
pergerakan atau pergerakan bahagian lain. Imbangan membantu
pertukaran pergerakan
- Imbang di atas dua atau lebih bahagian tubuh badan
- Pindah imbangan ke bahagian tubuh badan yang lain
- Dapatkan kestabilan dengan menggerakkan satu bahagian tubuh
badan yang lain
4.3 Bergerak untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan
alatan
Bergerak berbagai cara bersesuaian dengan berbagai jenis alatan, seperti
melompat, melintasi kayu yang diletakkan atas skitel atau melompat
dekam menggunakan bangku gimnastik. Pergerakan perlu disesuaikan
dengan alatan
- Bergerak bebas
- Bergerak ke alatan dan lakukan pergerakan yang sesuai
( gunakan pelbagai bahagian tubuh badan )
- Tukarkan ke pergerakan yang sesuai apabila bertemu dengan
alatan
4.4 Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan
bahagian tubuh badan dengan alatan.
Menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di alatan.
Pergerakan boleh dilakukan di atas, bawah dan melalui alat atau alatan
digunakan sebagai halangan
- Tentukan kedudukan bahagian badan berhubung dengan alatan
- Lakukan berbagai pergerakan semasa berada dalam kedudukan itu
( contoh- gulingan depan di atas bangku gimnastik )
4.5 Menyokong badan di atas satu tapak sambil menggerakkan bahagian
tubuh badan yang lain untuk mendapatkan kestabilan
Membuat imbangan badan di atas tapak yang stabil seperti di atas satu
atau dua tapak kaki, lutut, tapak tangan atau punggung. Tapak yang stabil
menentukan pembentukkan terkawal dan kekal supaya lakuan kemas dan
licin
- Sokong pada satu bahagian tubuh badan
- Gerakkan bahagian tubuh badan yang sesuai untuk menstabilkan
kedudukan
4.6 Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru
dengan menggunakan bahagian tubuh badan untuk mendahului
pergerakan.
Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak imbangan asal ke
tapak imbangan yang lain seperti dati sokongan punggung ke bahu atau
tangan. Semasa mengalih beban, bahagian tubuh badan yang sesuai
hendaklah didahului untuk memulakan pergerakan.
- Lakukan satu pergerakan yang stabil
- Tentukan bahagian tubuh badan yang akan mendahului pergerakan
baru
- Lakukan pergerakan baru
4.7 Mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh
badan
Untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki, kedudukan bahagian
tubuh badan seperti abdomen dan tangan hendaklah ditentukan dahulu.
Kedudukan tubuh bdan berdasarkan pada satu, dua atau lebih bahagian
tubuh badan.
- Sokongan pada mana-mana bahagian tubuh badan
- Cipta satu bentuk tubuh badan
- Tukar kedudukan bentuk tubuh badan

TEMA 5 : KESEDARAN BEBAN

Kesedaran beban ialah kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan
tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan
dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.

5.1 Bergerak berbagai-bagai cara dan membeku


Pergerakan dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap
pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat,
tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan megendur dapat
dilihat semasa membeku.
- Bergerak berbagai-bagai cara dan membeku dengan lebih daya
tenaga ( guna berbagai bahagian tubuh badan, berbagai aras, arah
dan kelajuan. Pelbagaikan bentuk tubuh badan semasa membeku )
5.2 Bergerak berbagai-bagai cara dengan kualiti berat dan ringan
Bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kekuatan
otot yang berbeza seperti berat dan ringan
- Bergerak bebas dengan menggunakan lebih daya dan kekuatan
otot. ( Gunakan berbagai aras, arah, laluan dan kelajuan. Kawal
pendaratan )
5.3 Bergerak dengan kualiti berat dan ringan menggunakan alatan
Bergerak denang kualiti berat ringan dengan menggunakan alatan. Alatan
boleh digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, sisi, keliling.
Menggunakan berbagai jenis alatan
- Bergerak berbagai-bagai cara dengan kualiti berat dan ringan
menggunakan alatan
5.4 Merangkaikan 2 atau lebih pergerakan dengan kualiti berat dan ringan
tanpa atau dengan alatan.
- Rangkaikan beberapa pergerakan yang menunjukkan kualiti berat
dan ringan menggunakan satu atau beberapa alatan.

TEMA 6 : KESEDARAN ALIRAN

Kesedaran aliran ditonjolkan apabila satu atau lebih pergerakan dirancangkan


secara berturutan. Satu rangkaian pergerakan memerlukan permulaan dan
penghabisan dan ini boleh diulangkan. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan
secara aliran bebas atau terikat.

Dalam memperkembangkan rangkaian pergerakan penekaan di beri terhadap:

(a) Memilih dan melakukan pergerakan yang sesuai


(b) Mengulang rangkaian pergerakan yang terancang
(c) Melicinkan lagi pergerakan-pergerakan dalam sesuatu rangkaian
(d) Memilih pergerakan yang mencabar untuk dirangkaikan

6.1 Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas


Rangkaian pergerakan aliran bebas merupakan percantuman beberapa
pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar, berterusan dan sukar
diberhentikan.
- Rangkaikan 1 jenis pergerakan secara berterusan
- Rangkaikan 2 jenis pergerakan secara berterusan
- Rangkaikan 2 atau lebih pergerakan secara aliran bebas
6.2 Merangkaikan pergerakan secara aliran terikat
Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah teragak-agak,
terkawal, tertahan dan boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila
masa.
- Bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan bergerak semula
- Rangkaikan dua jenis pergerakan atau lebih secara aliran terikat
- Rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran terikat di lantai dan
dengan alatan
6.3 Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan terikat
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas dan terikat harus menonjolkan
perbezaan yang nyata di antara aliran bebas dan terikat. Aliran bebas
dilakukan secara licin, lancar, berterusan dan sukar diberhentikan. Aliran
terikat dilakukan secara terkawal, teragak-agak dan boleh diberhentikan
dengan mudah pada bila-bila masa.
- Rangkaikan 2 jenis pergerakan atau lebih secara aliran bebas atay
aliran terikat.
- Rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas dan aliran
terikat
- Rangkaikan beberapa pergerkan secara aliran bebas dan aliran
terikat dengan menggunakan alatan.

TEMA 7 : KESEDARAN PERKAITAN DENGAN ORANG LAIN

Kesedaran ini memberi peluang seseorang individu melakukan berbagai


pergerakan dan memperolehi pengalaman bersama rakan-rakan. Setiap individu
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kesediaan pasangan atau kumpulan
dengan cara:

(a) meniru - ketua melakukan, pengikut memerhati dan mengikut


bilangan pergerakan, lakuan bahagian tubuh badan,
aktiviti yang dilakukan serta rangkaian dan perkaitan
yang terlibat.
(b) memadan - 2 atau lebih orang melakukan pergerakan yang sama
serentak. Pemilihan pergerakan dan rangkaian

ditentu dan dilatih terlebih dahulu


(c) lakuan cermin - berpasangan dan dalam kumpulan melakukan
pergerakan yang sama seperti lakuan dalam cermin
iaitu menggunakan sebelah kanan dan yang lain
sebelah kiri.

7.1 Bergerak berbagai cara dengan pasangan


Pergerakan dengan berbagai cara berpasangan boleh dilakukan dengan
cara meniru, memadan dan lakuan cermin. Rangkaian pergerkan
berpasangan ini mempunyai ciri-ciri seperti kanun, berselang-seli dan
berturutan.
- Lantik ketua untuk memulakan pergerakan yang menggunakan
berbagai bahagian tubuh badan
- Tiru pergerakan ketua
- Pilih rangkaian pergerakan yang boleh ditiru, dipadan dan
dilakukan seperti dalam cermin dengan rakan
7.2 Bergerak berbagai cara dengan rakan-rakan dengan sentuhan badan
Begerak dengan rakan-rakan boleh dilakukan secara sentuhan badan
untuk menyokong beban, mengimbang rakan dan membantu rakan
mengekalkan kedudukan badan. Sesuatu pergerakan itu tidak boleh
dilakukan tanpa sokongan.
Berpasangan
- Mengimbangan di atas berbagai bahagian tubuh badan dengan
disokong oleh penyokong
- Mengimbang di atas bahagian tubuh badan pasangan dan
pasangan menyokong terus beban pengimbang.
- Merangkaikan 2 atau lebih pergerakan dan bergerak secara
berpasangan
- Merangkai 2 atau lebih pergerakan berpasangan dengan
menggunakan alatan.
7.3 Bergerak berbagai cara dalam kumpulan
Bergerak berbagai cara dalam kumpulan kecil. Pergerakan yang boleh
dilakukan ialah secara meniru, memadan dan lakuan cermin.
- Meniru pergerakan yang dibuat oleh seorang ketua kumpulan
- Meniru rangkaian pergerakan yang diketuai oleh seorang ketua
- Lakuan sermin dalam kumpula

TEMA 8 : KESEDARAN RITMA

Tema ini bertujuan untuk memperkembangkan kesedaran ritma dalam


pergerakan. Tumpuan ritma termasuk masa, beban serta aliran yang lebih
dirasakan dalam rangkaian pergerakan atau pergerakan yang diulangkan.

8.1 Mendapatkan ritma dari berbagai pergerakan


Setiap pergerakan mempunyai ritmanya sendiri. Ritma pergerakan
diperolehi semasa tubuh badan bergerak. Ritma yang berlainan boleh
dihasilkan dengan melakukan berbagai pergerakan. Ritma boleh
dihasilkan dengan bertepuk tangan, mengetuk lantai dengan kaki,
menghitung dan sebagainya.
- Bergerak dengan bahagian kaki dan tangan
- Dengar bunyi sentuhan bahagian tubuh badan
- Meniru ritma pergerakan tubuh badan
- Meniru corak ritma dan pergerakan rakan
8.2 Menggunakan corak untuk melakukan pergerakan
Corak ritma perlu dilakukan berulang kali. Corak ritma ialah sekumpulan
bunyi dan rentak dan ianya mendatar, tinggi rendah dan terputus-putus.
Rentak irama boleh dilakukan dengan perlahan, cepat, sederhana, kuat,
lembut dan sebagainya.
- Dengar corak ritma yang diberi
- Lakukan pergerakan dengan bahagian tubuh badan menyentuh
lantai mengikut corak ritma yang diberi.
- Mereka cipta corak ritma dan melakukan pergerakan
- Lakukan secara berpasangan
8.3 Merangkaikan aliran pergerakan dengan corak ritma
Aliran pergerakan adalah rangkaian pergerakan yang mempunyai
permulaan dan penghabisan yang tertentu dan mempunyai pergerakan
yang berulang-ulang di antaranya. Aliran corak ritma adalah corak bunyi
semasa bahagian badan menyentuh lantai. Aliran pergerak dirangkaikan
mengikut corak ritma yang boleh diulangkan beberapa kali.
- Tepuk tangan untuk ,menghasilkan corak ritma
- Dengan bunyi corak ritma dan kenal pasti perbezaan unsur-unsur
bunyi
- Rangkaikan pergerakan mengikut corak ritma yang dicipta

Anda mungkin juga menyukai