Anda di halaman 1dari 3

NAMA : NURSURIANI BINTI OTHMAN

NO MATRIK : 017 7017740

TUGASAN FORUM

1) Bincangkan secara individu permasalahan komunikasi yang anda alami dan kaitkan
dengan elemen budaya.

Komunikasi menurut kamus dewan edisi ke-3 ialah perhubungan langsung atau tidak langsung
dengan perantaraan surat, radio, telefon dan alat-alat yang boleh digunakan untuk
berkomunikasi. Komunikasi juga bermaksud mengadakan perhubungan seperti berbincang
antara satu sama lain, bercakap-cakap, dan bertukar-tukar pendapat antara satu pihak dengan
pihak yang lain. Komunikasi menurut Johns (1996) ialah komunikasi sebagai proses pertukaran
maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak. Contoh :
pembekal, pelanggan, pengurus karajaan dan lain-lain. Komunikasi bermaksud proses
penyampaian atau pemindahan mesej dari seseorang kepada yang lain. Komunikasi berkesan
adalah komunikasi yang berlaku dalam keadaan-keadaan berikut :-

i) Mesej yang disampaikan difahami dengan tetap dan jelas oleh penerima
ii) Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
iii) Perubahan yang berlaku akibat daripada mesej seperti perubahan yang
dikehendaki oleh penghantar.
iv) Mesej yang mempunyai unsur kos-efektif.

Kepentingan komunikasi tidak dapat dinafikan dan mempunyai peranan yang sangat
signifikan tetapi implikasi sama ada negatif atau positif tidak dapat ditelah. Masalahnya ialah
implikasi komunikasi sentiasa melebihi dari jangkaan yang sama sekali tidak terduga dan berlaku
dalam ruang lingkup yang tidak diramal. Kesilapan dalam komunikasi boleh mengancam atau
menggugat perhubungan antar individu, kumpulan ataupun negara bangsa. Kesilapan ini
merangkumi aspek makna, kaedah atau cara mesej dihantar, tafsiran penerima, kefahaman antara
penghantar dan menerima dan kesediaan penerima untuk mencerap mesej. Ini adalah kerana
komunikasi seperti senjata yang mempunyai dua mata. Jika salah di tafsir atau dihantar, ia akan
memberi maksud yang berbeza. Perkara ini menjadi lebih serius jika ia berlaku dalam sesebuah
organisasi dan dilakukan oleh pemimpin

Permasalahan komunikasi yang dialami oleh diri saya antaranya ialah memahami
komunikasi atau bahasa remaja zaman sekarang. Memandangkan klien saya merupakan remaja
jadi perlu bagi saya untuk mengetahui dan memahami bahasa yang digunakan oleh mereka. Ini
bukan sahaja untuk memudahkan saya merapati mereka malah dapat mengeratkan lagi hubungan
saya dengan para remaja ini seterusnya memudahkan saya untuk menasihati dan membimbing
mereka ke jalan yang lebih baik.

Selain itu, saya juga mengalami masalah untuk memahami dialek yang digunakan oleh
rakan yang berlainan negeri daripada. Keadaan ini menyusahkan saya dalam urusan kerja dan
sebagainya. Kita akan berasa rendah diri jika kita adalah golongan minor di dalam dialek
tersebut. Justeru. Saya sedikit sebanyak cuba meramaikan rakan-rakan daripada negeri-negeri
lain untuk cari tahu tentang dialek negeri mereka.

2) Bincangkan refleksi anda mengenai perkongsian dalam kelompok berkaitan dengan


permasalahan komunikasi dalam aspek pelbagai budaya.

Perkongsian di dalam kelompok berkaitan dengan permasalahan komunikasi dalam aspek


pelbagai budaya amatlah menarik. Setelah berkongsi bersama rakan-rakan barulah kita sedar
bahawa banyak permasalahan yang terjadi di dalam komunikasi seharian. Persoalan pertama
yang harus difahami oleh seseorang ialah bagai manakah komunikasi berkait dengan kehidupan
harian dan mengapakah ianya menjadi terlalu teras. Hubungan ini dapat di lihat dari beberapa
aspek. Pertama, Komunikasi adalah segala-galanya dalam perhubungan sesama manusia.
Seseorang pemimpin dari sebuah syarikat mega hingga ke institusi keluarga akan menjadi
pemimpin yang berkualiti sekiranya ia mampu menterjemah idea dalam komunikasi yang paling
berkesan. Kegagalan sesorang dalam komunikasi secara jelas dan kegagalannya menyampaikan
hasrat dan matlamat organisasi atau keluarga melalui komunikasi yang berkesan, menjadi batu
penghalang kepada perhubungan akrab, kerjasama dan semangat saling bantu dalam masyarakat
atau organisasi antara individu dan warga organisasi.

Kedua, individu diadili melalui komunikasi lisan dan tanpa lisan. Melalui perbualan
percakapan, cara berjalan dan berpakaian dan segenap ruang lingkup, kehidupan seseorang aatau
lebih-lebih lagi pemimpin sentiasa terdedah kepada judgement oleh pengikutnya. Kita sentiasa
menilai perwatakan melalui gaya fizikal yang boleh di lihat oleh rakan-rakan. Justeru kita
hendaklah sentiasa berusaha membina imej secara positif. Seseorang itu bukan sahaja perlu
melihat dirinya dalam tingkapnya sendiri, pada masa yang sama ia perlu melihat dalam tingkap
yang tersembunyi yakni tingkap orang lain. Teori ini pernah diangkat oleh sarjana (Joseph Lark
dan Harry Hont) melalui Teori Tingkap Johari dan idea Imam Al-Ghazali. Imam Al-Ghazali
menyatakan tidak semua perkara yang kita tahu, begitu juga sebaliknya. Secara tidak
langsungnya, pembinaan imej melalui komunikasi tahap lisan dan lisan boleh memperbaiki
kekurangan lahiriah dan batiniah .

Ketiga, konsep komunikasi strategi. Keberkesanan komunikasi pada hari ini dilihat
sebagai tidak bergerak secara sendiri kerana perkembangan teknologi komunikasi yang tidak
terbendung. Justeru teknologi komunikasi turut membantu dalam menjalankan urusan hubungan
individu antaranya ialah faks, telefon, komputer, email, kamera digital dan lain-lain lagi.
Masalah jarak tidak lagi wujud pada hari ini kerana kita boleh berhubung atau berkomunikasi
dengan sesiapa sahaja tanpa mengira di mana ia berada.