Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN HARIAN

Tarikh: 9 Mac 2017 (Khamis) Masa: 10.00 p.m. 12.00


a.m.

Tajuk Aktiviti: Menurunkan Gajet

Fasilitator: Cik Joyce Ong Choon Kim

Pada pukul 10 malam, ahli Pandu Puteri Kadet mula menurunkan gajet
selepas menerima arahan daripada Cik Joyce. Antara gajet-gajet yang diturunkan
termasuklah rak kasut, rak serbaguna, dapur, pintu gerbang, pagar, papan notis,
ampaian pakaian, tong sampah kering dan basah, rak alatan serta gajet memasak
air.

Kami telah bekerjasama untuk melonggarkan ikatan pada gajet-gajet


tersebut. Kerja ini amat mengambil masa memandangkan ikatan gajet-gajet tersebut
agak ketat. Selepas melonggarkan ikatan gajet-gajet, tali nilon dan tali rafia yang
dilonggarkan tersebut dikumpul dan dimasukkan dalam satu beg plastik besar. Selain
itu, batang-batang kayu yang digunakan untuk membuat gajet sebelum ini juga
dikumpul dan diletakkan di satu ruang yang khas meletak batang kayu. Akhirnya,
batang-batang kayu tersebut disusun dengan baik dan teratur mengikut
kepanjangannya. Selepas selesai menurunkan gajet-gajet, kami pun tidur dan
berehat di dalam khemah kami.

Kesimpulannya, kami telah menjalankan tugas menurunkan gajet dengan


baik dan sistematik memandangkan semua ahli Pandu Puteri sanggup dan rela
saling membantu serta bekerjasama semasa menurunkan gajet-gajet yang kami
bina.

Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Amb Jun 2014 (7 10 Mac 2017)

Anda mungkin juga menyukai