Anda di halaman 1dari 3

Peranan Ibu Bapa dalam mendidik anak-anak

Anak ibarat kain putih , ibu bapa ialah insan yang


bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika
biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan
siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa
mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi
mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa
sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan
jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang
ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu
bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama
menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih
sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-
anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus
ditimbal balik dan diambil kira.

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M


Tuah Iskandar seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam
kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh
engkau ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah
awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni
itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama
yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari
umurnya tujuh tahun. Solat merupakan perkara terpenting yang
perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak
untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara
mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai
murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur,
sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan
menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri
dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah
cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.

Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk


memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai
adalah dengan bermain tarik tali dengan anak-anak. Dalam usaha
mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi,
perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi
tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak
sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam
keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-
anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu
diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja
dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan
kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini
merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan
kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak
akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa
mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti
akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan
ibu bapa yang tercinta. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang
baik akan menjadi milik kita.

Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi


Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu. Begitulah kata-kata
azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk
menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak
akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus
menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi
sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari
anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami
dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk
mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang
memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya.
Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah
pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak
perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi
memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.

Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini


berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha
memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan
diri daripada sebarang musibah. Oleh yang demikian langkah
drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-
anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami
hati dan keinginan anak-anak. Umpama menarik rambut dalam
tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak, ibu bapa perlu
sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan
dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan
dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam
dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan
harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek
hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak
berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan
kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak
akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila
situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata
pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran.

Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas


segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki
paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala
tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut usah
direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak
mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki.

Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang


kepada anak-anak untuk melakukan apa yang mereka hajati,
asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran.
Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna,
ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada
paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu
meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya
dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan
semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal
mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan
dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut
umpama air yang menyirami tanah yang tandus. Desakan dan
paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan
nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak
umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah
dan baja ialah ibu bapa. Justeru mulakan dengan kelembutan
dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-
anak.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan


anak-anak mereka supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah.
Professor Beetcher pernah berkata, anak-anak ibarat simen basah,
sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan. Justeru, ibu
bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha
melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya
perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam
sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu
diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di
tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah
terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk
melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi.

Anda mungkin juga menyukai