Anda di halaman 1dari 6

Gramsci buat pertama kali mengemukakan konsep hegemoni dalam Notes on the Southern Question

yang beliau tulis pada 1926. Ketika itu, konsep hegemoni dipengaruhi pandangan Leninist iaitu
hegemoni proletariat yang menegaskan dominasi proletariat terhadap kaum petani. Konsep hegemoni
yang mempunyai maksud tersendiri Gramsci tercatat dalam Prison Notebooks (1971), di mana
hegemoni membawa maksud sebagai gabungan yang tidak dapat diputuskan di antara kepimpinan
politik dan intelektual serta kepimpinan moral (Mouffe 1981: 221). Ketika ini, konsep hegemoni
digunakan untuk memikir amalan kelas pemerintah secara keseluruhan. Secara ringkas, hegemoni
adalah asas kejayaan dan kewujudan semua kelas pemerintah. Menurut Gramsci, sesuatu kelas
mengamalkan dominasinya dengan dua cara, iaitu dominasi dan kepimpinan moral dan intelektual.
Sesuatu kelas itu mendominasi kumpulan-kumpuan penentang (antagonist) yang mana ia sanggup
menghapuskan atau menaklukinya dengan menggunakan kekuasaan. Manakala ia 37 memimpin
kumpulan-kumpulan serumpun atau sekutu. Sehubungan ini, kepimpinan ini harus diamalkan
sebelum memperolehi kuasa kerajaan, dan harus diteruskan juga sungguhpun setelah memegang kuasa
(Gramsci 1971: 57-8). Kepimpinan itu berasaskan persetujuan yang diperolehi daripada golongan
yang diperintah. Oleh itu, negara memperolehi dan menuntut persetujuan. Kelas pemerintah harus
mengadakan perjuangan ideologi menerusi Negara dan masyarakat sivil supaya menghasilkan
persetujuan aktif di kalangan golongan yang diperintah terhadap nilai-nilai moral, politik dan
kebudayaan yang dimajukan oleh kelas pemerintah. Dengan itu barulah kelas pemerintah dapat
menbentuk Hegemoni Berkembang (Expansive Hegemony). Sekiranya kehilangan persetujuan, kelas
pemerintah tidak lagi memimpin (leading) tetapi hanya mendominasi, iaitu hanya menggunakan kuasa
paksaan apabila golongan massa telah menjauhkan diri daripada ideologi tradisional dan tidak lagi
mempercayai apa yang mereka percayai dahulu. Maka, hegemoni menerangkan kerumitan hubungan
di antara golongan massa dan golongan kepimpinan dalam sesuatu masyarakat. Corak hubungan itu
bukan sahaja merupakan sesuatu hubungan politik yang sempit tetapi juga satu hubungan yang
berkaitan dengan persoalan idea atau kesedaran (consciousness) (Bennett 1981: 199). Apa yang harus
diberi perhatian ialah, maksud persetujuan dalam konteks hegemoni merujuk kepada persetujuan
yang teratur (organised) (Gramsci 1971: 259), iaitu sesuatu yang perlu diusahakan. Untuk
memperolehi persetujuan yang teratur ini, setiap hubungan hegemoni semestinya bersifat pendidikan
(pedagogic) (Mouffe 1981: 230-231), iaitu Negara harus menjalankan fungsi pendidikan untuk
mendidik persetujuan tersebut (Gramsci 1971: 259). Miliband (1973: 163-164) melihat proses
pendidikan ini sebagai satu proses indoktrinasi secara besar-besaran yang dilakukan melalui sejumlah
besar agensi-agensi. Dengan kata lain, hegemoni adalah hasil daripada usaha yang diadakan oleh
pelbagai agensi secara berterusan dan merebak. Menurut definisi yang disarankan oleh Gwynn
Williams (Miliband 1973: 162n), hegemoni adalah: satu susunan di mana cara hidup dan pemikiran
tertentu adalah dominan, di mana satu konsep tentang realiti disebarkan ke seluruh masyarakat dalam
kesemua manifestasi institusional dan peribadi, 38 memberitahu dengan berbagai citarasa, moral, adat
resam, agama dan prinsip-prinsip politik, dan kesemua hubungan sosial, terutamanya di dalam
konotasi intelektual dan moral.18 Apakah institusi yang bertugas untuk menjalankan misi pendidikan
atau indoktrinasi tersebut? Gramsci berpendapat bahawa sekolah ialah institusi yang paling penting
dalam menjalankan tugas pendidikan, tetapi selain daripada sekolah, terdapat juga pelbagai jenis alat
berhegemoni (hegemonic apparatuses), termasuk gereja, kesemua media, malah seni bina bangunan
dan nama-nama jalanraya, juga memainkan peranan yang penting dalam penghuraian dan penyebaran
ideologi (Mouffe 1981: 227). Gramsci menggelarkan kesemua alat ini sebagai struktur ideologi kelas
dominan (the ideological structure of a dominant class), manakala tahap struktur supra
(superstructure) yang menghasil dan menyebarkan ideologi digelarkan sebagai masyarakat sivil (civil
society). Masyarakat sivil ini pada hakikatnya memainkan peranan yang melindungi kelas pemerintah
dan kedudukan ini digambarkan oleh Gramsci dengan menggunakan metafora ketenteraan:
Masyarakat sivil menjadi satu struktur yang amat rumit dan sebagai pertahanan kepada serangan
mendadak oleh elemen-eleman ekonomi langsung (krisis, kemelesetan, dan sebagainya). Struktur
supra masyarakat sivil serupa dengan sistem parit pelindung (trenchsystem) dalam peperangan moden.
Dalam peperangan kadang kala wujudnya serangan artileri yang sengit seolah-olah telah
memusnahkan seluruh sistem pertahanan musuh, tetapi pada hakikatnya ia hanya memusnahkan
perimeter luaran sahaja; dan pada saat kemaraan dan serangan mereka, penyerang mendapati bahawa
mereka ditentang oleh sebuah sistem pertahanan yang masih berkesan (Gramsci 1971: 235).19 18 Teks
asal berbunyi, an order in which a certain way of life and thought is dominant, in which one concept
of reality is diffused throughout society in all its institutional and private manisfestations, informing
with its spirit all taste, morality, customs, religious and political principles, and all social relations,
particularly in their intellectual and moral connotations. 19 Teks asal berbunyi, Civil society has
become a very complex structure and one which is resistant to the catastrophic incursions of the
immediate economic element (crises, depressions, etc). The superstructure of civil society are like the
trench-system of modern warfare. In war it would sometimes happen that a fierce artillery attack
seemed to have destroyed the enemys entire defensive system, whereas in fact it had only destroyed
the outer perimeter; and at the moment of their advance and attack the assailants would find
themselves confronted by a line of defence which was still effective. 39 Gramsci mendapati bahawa
Negara dan masyarakat sivil telah menjalin hubungan konspirasi dalam proses pembentukan
hegemoni. Beliau melihat Integral State sebagai percampuran (summation) masyarakat politik dengan
masyarakat sivil di mana masyarakat politik bersifat paksaan (coercion), kekerasan (force) dan
halangan (intervention), manakala masyarakat sivil merupakan alam persetujuan (realm of consent)
dan alam tekad bebas (realm of free will). Atas sebab ini, Negara mengandungi dua dimensi: pertama,
cara paksaan iaitu polis dan tentera dan kedua, cara membentuk hegemoni dalam masyarakat sivil iaitu
pendidikan, penerbitan, penyiaran dan filem.

SUNDAY, JULY 6, 2008


HEGEMONI CENDERUNG DIGUNA OLEH PEMERINTAH UNTUK
MEMPEROLEH PERSETUJUAN ATAU KEAKURAN DI MASSA. BINCANGKAN.
Oleh: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok
lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga ide-ide yang didiktekan oleh
kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang
wajar. Dapat juga kita simpulkan bahawa dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi
berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral,
politik dan budaya dari kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa).

Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan
dapat menyebar dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan
dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi tetap
diam dan taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Hegemoni biasa dilihat sebagai
strategi untuk mempertahankan kekuasaannya. Jika dilihat sebagai strategi, maka konsep
hegemoni bukanlah strategi eksklusif milik pemerintah atau penguasa. Oleh yang
demikian, kelompok manapun atau sesiapa sahaja yang jadi pemerintah boleh
menerapkan konsep hegemoni. Sebagai contoh hegemoni, adalah kekuasaan dollar
Amerika terhadap ekonomi global. Kebanyakan transaksi internasional pada hari ini
dilakukan dengan dolar Amerika.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, kita lihat dulu pembentukan teori hegemoni. Teori
atau analisa mengenai hegemoni, diperkekalkan oleh Antonio Gramsci (1891-1937),
Analisa Gramsci merupakan usaha pembaikan terhadap konsep determinisme ekonomi
dan dialektika sejarah Karl Marx. Dalam dialektika Marx, sistem kapitalisme akan
menghasilkan kelas buruh dalam jumlah yang besar dan terjadi resesi ekonomi yang pada
akhirnya, akan terjadi revolusi kaum buruh (proletar) yang akan melahirkan sistem
sosialisme. Dalam erti kata lain, kapitalisme akan melahirkan sosialiesme. Namun, hal ini
tidak akan terjadi.

Gramsci mengeluarkan argument bahawa kegagalan tersebut disebabkan oleh ideologi,


nilai, kesedaran diri dan organisasi kaum buruh tenggelam oleh hegemoni pemerintah
atau penguasa. Hegemoni ini terjadi melalui media massa, sekolah-sekolah, bahkan
melalui ceramah atau dahwah golongan agama, yang melakukan indroktrinasi hingga
menimbulkan kesedaran baru bagi kaum buruh. Daripada melakukan revolusi, kaum
buruh malah befikir untuk meningkatkan statusnya ke kelas menengah, mampu mengikuti
budaya popular dan meniru gaya perilaku atau gaya kelas borjuis. Ini semua adalah ilusi
yang diciptakan kaum pemerintah agar kaum yang didominasi kehilangan ideologi serta
jatidiri sebagai manusia merdeka.

Di negara-negara Barat, kekuatan kaum borjuasi sudah mencakupi seluruh bidang


kehidupan masyakat; ekonomi, sosial, politik, budaya, agama dan lain-lain. Kesatuan
kekuatan borjuasi dalam masyakat ini membentuk satu blok blok historis, yakni suatu
konstalasi di mana semua dimensi kehidupan kelas-kelas social dalam masyarakat ini
menyatu dan saling mendukung di bawah hegemoni sebuah kelas yakni kelas borjuasi.
Inilah alas an mengapa revolusi sosialis pada kenyataannya tidak terjadi. Kelas borjuasi
berhasisl menguasai kelas-kelas di bawahnya melalui hegemoni sehingga krisis ekonomi
tidak secara langsung melahirkan revolusi, kerana persis krisis ekonomi tidak sekaligus
membawaa krisis nilai dalam masyarakat. Kelas borjuasi sebagai pemegang hegemoni
blok historis tidak hanya berkuasa dalam bidang ekonomi dengan dokongan daya
ancaman Negara, melainkan kerana seluruh masyarakat menganggap situasi kekuasaan
itu wajar, hegemoni borjuis ini masuk akal dan boleh dimergerti. Selain itu kerana
hadirnya kelompok intelektual yang mendokong kedudukan hegemoni kelas itu mlalui
refleksi intelektual-filosofis (Nurul Huda, 2006, Franz Magnis-Suseno, 2003: 188)

Dengan mengambil contoh doktrin Presiden Amerika Syarikat, George W Bush yang
dikenal pasti melalui pengeluaran dokumen The Nasional Security Strategy of The
United State pada tahun 2002 yang dihasilkan selepas Amerika Syarikat dikejutkan
dengan serangan buruk di negaranya iaitu Peristiwa September 11 (Peristiwa 9/11).
Peristiwa tersebut telah mengubah pandangan pandangan dan persediaan Washington
terhadap ancaman keganasan sehinggakan mereka menyerang Afghanistan dan
kemudiannya mengulingkan pemerintahan Saddam Hussein dalam operasi ketenteraan
anti-AS yang paling besar dalam sejarahnya dan sekaligus menjejaskan dengan teruk
hubungan barat dan umat Islam dan juha hubungan AS-Eropah Pentadbiran Bush yang
sering dianggap sebagai mewakili dasar neo-Reaganite telah memperkenalkan doktrin
serangan awal (pre-emptive) bagi mengantikan doktrin pembendungan (containment)
yang dianggap tidak lagi berkesan dalam menghadapi ancaman terorisme dan Iraq. Jika
doktrin pembendungan yang dihasilkan oleh AS pada 1954 bertujuan hanya untuk
membendung pengaruh dan kemaraan ideologi komunis, Doktrin Bush telah membawa
dimensi baru dalam percaturan dasar luar AS apabila menyatakan hak AS untuk
melancarkan serangan awal terhadap negara-negara yang boleh mengancam kepentingan
strategiknya (Takiyuddin Ismail, 2007)
Merujuk kepada operasi ketenteraan yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan
Saddam Hussein di Iraq, kita perlu melihat kepada perspektif Gramsci berkenaan
pelaksaan hegemoni di mana beliau berpendapat bahawa kuasa dominasi hegemoni
berupaya mempengaruhi persetujuan ijmak. Ianya bukan sahaja sekadar pengaruh fizikal
(ketenteraan atau penjajahan tanah), sebaliknya berupaya menggunakan segenap ruang
seperti sekatan ekonomi, tekana psikologi dan pemulauan antarabangsa. Dalam hal ini,
ada yang berpendaat Amerika Syarikat ialah sebuah kuasa empayar tanpa tanah jajahan.
Ia boleh dilihat melalui kesungguhan Amerika menghapuskan hutang piutang Iraq selepas
peperangan memerangi Saddam. Kita boleh melihat bagaimana saranan AS kepada Jepun
dan Perancis untuk membantu melangsaikan hutang Iraq. Dalam kes ini kita melihat
peripentingnya kuasa hegemoni menstabilkan keamanan dengan mengelakkan sekatan
berterusan serta pengaruhnya untuk menstabilkan dunia.

Satu lagi contoh kekuasaan hegemoni dunia ialah kekuasaan Uthmaniah (Ottoman) yang
telah diiktiraf oleh pemikir barat sebagai salah sebuah kuasa hegemoni pada satu ketika
dulu. Kekuasaan Turki dalam perluasan wilayah, sistem pentadbiran yang unggul serta
influensi kebudayaan Islam dan bahawa Arab telah membawa kepada kegemilangan
Turki. Ketenteraan kuasa Turki juga telah mengheret empayar ini untuk terlibat dalam
peperangan dunia pertama demi menjaga masa depan tanah jajahan Islam. Kita boleh
melihat bagaimana kuasa globalisasi Islam lebih awal mempengaruhi bahasa QIbti di
Mesir, bahasa Suryani di Syria (Sham), bahasa Spain di Sepanyol, bahasa Afrika serta
banyak Negara lain yang menggunakan bahasa Arab sebagai sumber pertuturan mahupun
sumber penbendaharaan perkataan.

Jika direnung kembali, idea hegemoni AS terhadap politik antarabangsa bermula selepas
kemenangannya memimpin tentera bersekutu dalam Perang Dunia Kedua. Sentimen ini
dilanjutkan dengan lebih hebat apabila AS berjaya memenangi Perang Dingin dengan
tumbangnya empayar komunisme pada tahun 1989-1991. Tempoh ini menyaksikan dunia
mula diuar-uarkan dalam apa yang dipanggil George H.W Bush (1989-1992) sebagai
Orde Baru Dunia dan juga penggunaan sistem unipolar seperti yang dihujahkan oleh
Krauthammer (1991). Krauthammer mengemukakan persoalan sama ada abad ke-21 akan
sekali lagi menjadi abad AS ataupun era Pax Americana dan menganggap hegemoni
dinikmati AS. Pada masa yang sama, hegemoni beridelogi yang dikenakan Doktrin Bush
mendapat sokongan yang kuat daripada media iaitu satu lagi elemen yang dikaji oleh
Gramsci. Media massa seperti majalah Commentary, majalah The Weekly Standard,
jurnal The nasional Interest, stesen televisyen Fox, akhbar Wall Street Journal dan
Washington Post merupakan nadi terhadap gerakan konservatif dan kerap digunakan
untuk mempengaruhi pendapat awam, mempertahankan Israel, menjadi platform idea
kebesaran demokrasi dan menjadi suara rasmi pentadbiran Bush (Takiyuddin Ismail,
2007)

Media massa sebenarnya tidak berdiri sendiri, melainkan merupakan sebahagian dari
masyarakat. Dalam bahasa teori system social yang terus menerus dikembangkan, fungsi
media adalah memungkinkan pengamatan diri masyarakat. Fungsi media sebenarnya
bukan merekonstruksikan realiti sosial, dengan erti kata lain, media massa merupakan
cermin kebaikan dan keburukan masyarakat, bukan mencerminkan keadaan masyarakat.
Perbincangan mengenai media tidak dapat dipisahkan dari kepentingan yang ada di
sebalik media tersebut. Di dalam perkembangan media terkini, setidak-tidaknya ada dua
kepentingan utama di sebalik media, iaitu kepentingan ekonomi dan kepentingan
kekuasaan yang membentuk isi media, informasi yang disajikan dan makna yang
ditawarkan. Di antara dua kepentingan utama tersebut, ada kepentingan lebih dasar yang
terabai iaitu kepentingan masyarakat. Media seharusnya berperanan sebagai suara
masyarakat, namun disebabkan oleh kepentingan-kepentingan di atas, maka media
mengabaikan kepentingan masyarakat itu sendiri. Kuatnya kepentingan ekonomi dan
kekuasaan politik inilah yang menjadikan media tidak dapat neutral, jujur, adil, objektif
dan terbuka. Akibatnya, informasi dan maklumat yang diberikan oleh media telah
menimbulkan persoalan pengetahuan yang serius pada media itu sendiri. Kepentingan-
kepentingan ekonomi dan kekuasan politik itu sendiri akan menentukan apakah informasi
yang disampaikan oleh sesebuah media mengandungi kebenaran atau kebenaran palsu,
bersifat neutral atau berpihak, merealisasikan fakta atau menyelewengkan fakta,
mengambarkan realiti atau mensimulasikan realiti.

Umum dan masyakat pada umumnya, berada di antara dua kepentingan utama media ini,
yang menjadikan mereka sebagai `masyarakat yang diam yang tidak mempunyai
kekuasaan dalam membangun dan menentukan informasi dalam persekitaran masyarakat
itu sendiri. Dalam satu keadaan, ketika persekitaran masyarakat dikuasai politik
informasi atau `politisasi informasi yang menjadikan informasi sebagai alat kekuasaan
politik, media menjelma menjadi perpanjangan tangan pengusaha dengan menguasai
persekitaran masyarakat tersebut. Di pihak lain, ketika ia dikuasai oleh ekonomi-politik
informasi, informasi menjadi alat kepentingan mencari keuntungan yang sebesar-
besarnya, dengan cara mengeksploitasikan masyarakat sebagai satu prinsip dasar dari
kapitalisme. Perbincangan mengenai politik media atau politisasi media tidak dapat
dilepaskan dari beberapa konsep dasar idelogi dengan media, terutama konsep hegemoni.
Hegemoni dalam pengertian tradisionalnya diertikan sebagai sistem kekuasaan atau
dominasi politik. Istilah tersebut dalam tradisi Marxisme diperluas ke arah pengertian
hubungan kekuasaan di antara kelas-kelas sosial, khususnya kelas berkuasa. Nampak di
sini, bahawa baik dalam marxisme mahupun tradisi sebelumnya, istilah hegemoni
digunakan untuk menjelaskan fenomena kekuasaan politik.

Dalam konteks Malaysia, peranan media arus perdana tidak dinafikan dilihat sebagai
suara dan pandangan golongan pemerintah yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Masalah
penguasaan media oleh golongan pemerintah di Malaysia, bukanlah isu baru malah
sebelum peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan dan parti pada
tahun 1998 lagi, media arus perdana di Malaysia telah dipengaruhi oleh golongan
pemerintah ini. Dengan mengambil satu contoh, isu Sekolah Wawasan yang ditimbulkan
oleh Suqiu tidak lama dulu telah dieksploitasikan oleh akhbar Utusan Malaysia dengan
tujuan untuk menimbulkan perasaan perkauman sempit melayu terhadap Dong Jiao Zong
(DJZ) dan Hua Zong khasnya dan masyarakat Cina amnya. Pada keluaran 7 November
2000 dan 8 November 2000, dua hari berturut-turut di muka depan akhbar Utusan
Malaysia melaporkan pandangan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan tentang
masalah tersebut secara besar-besaran dengan tajuk-tajuk yang mengemparkan:
PM:didik cara Malaysia dan kerajaan tidak akan tunduk. Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) dilaporkan berkata bahawa Dong Jiao Zhong
inginkan keseluruhan system pendidikan untuk pelajar di sekolah jenis kebangsaan Cina
mestilah sama seperti di Negara China, oleh itu semua pihak termasuk Dong Jiao Zong
(DJZ) dan Hua Zong diingatkan system pendidikan Negara China tidak boleh diguna
pakai di Negara ini dan Menteri Pendidikan, Tan Sr Musa Mohamed pula menegaskan
bahawa kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak termasuk Dong
Jiao Zong dan Hua Zong supaya membatalkan pelaksaan konsep Sekolah Wawasan yang
ditimbulkan oleh Suqiu sebelum ini, (Lee Ban Chen, 2002). Pengaruh media oleh
golongan pemerintah di Malaysia juga antara penyebab utama kemerosotan undi
sehingga BN kehilangan majority 2/3 di Dewan Rakyat, malah hilang lima negeri di
tangan pakatan pembangkang pada pilihanraya umum ke-12, pada 8 Mac lalu. Kebencian
rakyat kepada media kerajaan yang menceroboh hak mereka untuk berikir dan
mendapatkan maklumat yang betul menyebabkan ramai yang mendapatkan maklumat
dari media alternative seperti laman web dan blog contohnya.

Hegemoni mempunyai kelemahan dan krisisnya yang tersendiri. Mengambil kira idelogi
Doktrin Bush, Gramsci telah meramalkan dengan jelas bahawa krisis hegemoni akan
tercetus apabila pemerintah mengalami kegagalan dalam sesuatu dasar yang dijalankan
secara paksaan. Lebih menarik apabila Gramsci memberikan contoh seperti kegagalam
perang yang merupakan hujah utama mengapa reori hegemoni beridelogikan Gramsci
seolah-olah memberikan analisi tepat mengenai hegemi beridelogikan Doktrin Bush ini.
Pada penghujung penggal pertama pentadbiran bush lagi, ideology neokonservatif sudah
mula mendapat tentagan daripada pihak konservatif tradisional khususnya apabila bukti
ternyata menunjukkan tiada WMD yang dijumpai di Iraq. Kehadiran noekonservatif
dilihat telah mencemar ideology dan pegangan asal konservatif kerana ia bukanlah
sesuatu yang konservatif tetapi bersifat radikalisme, egoism dan utopia. Dasar luar Bush
juga bertitik tolak daripada kesalahan mentafsir sejarah dan penekanan yang keterlaluan
terhadap idea unilateralisme dan ketenteraan (Takiyuddin Ismail, 2007)

Kesimpulannya, dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau
tanpa ancaman kekerasan, sehingga ide-ide yang didiktekan oleh kelompok dominan
terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar. Dapat juga kita
simpulkan bahawa dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil
mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan
budaya dari kelompok dominan

Anda mungkin juga menyukai