Anda di halaman 1dari 3

1) Prinsip-prinsip pentaksiran

1.1 Ciri-ciri pentaksiran berkesan


- Menurut American Association for Higher Education, AAHE (1991),
pentaksiran pelajar bermula dari kepentingan pendidikan. Pentaksiran lebih baik
dijalankan secara berpanjangan tetapi bukan hanya dalam tempoh tertentu
sahaja. Menurut AAHE (1991), pentaksiran mementingkan hasil pentaksiran
dan juga proses mencapai hasil tersebut.
- Menurut Banta (2002), pentaksiran yang berkesan dijalankan dalam suasana
yang menggalakkan dan berupaya menerima respon. Pentaksiran juga seelok-
eloknya dijalankan secara berpanjangan dan tempoh masa yang panjang. Data
dikumpul sepanjang pentaksiran digunakan berterusan untuk meningkatkan
kualiti program yang seterusnya.
- Menurut Driscoll & Cordero De Noriega (2006), tujuan dan hasil pembelajaran
mesti ditentukan untuk menjamin kemajuan. Pentaksiran digunakan untuk
memahami kelebihan pelajar.
- Menurut Bresciani (2003), pentaksiran sepatutnya bermakna, mampu
dilaksanakan, fleksible, berkebolehpercayaan tinggi, bertanggungjawab dan
berpengaruh.
- Menurut Steen (1999), pentaksiran adalah proses yang berkitar dan berterusan
tetapi bukan program tersendiri. Pentaksiran patut mengukur kepentingan apa
yang akan belajar.
- Menurut Suskie (2004), pentaksiran yang baik bagi kita maklumat yang
berguna dan tepat. Pentaksiran yang baik juga adil kepada semua pelajar dan
juga melindungi kerahsiaan pentaksir dan peserta.
- Menurut Suskie (2000), pentaksiran yang adil mempunyai penentuan hasil
pembelajaran yang jelas dan didedahkan kepada semua pelajar. Pengajaran dan
pentaksiran adalah saling berkaitan dan bersesuaian. Pentaksiran yang adil
dapat membantu pelajar menyelesaikan tugasan pentaksiran.
- Menurut Australian Universities Teaching Committee (2002), prinsip
pentaksiran menitikberat proses menjalankan pentaksiran. Penentuan hasil
pembelajaran, kandungan diajar dan belajar juga dinyatakan dengan jelas.
Tugasan pelajar dibahagikan kepada formatif dan sumatif.
- Menurut Greater Expectations Project on Accreditation & Assessment (2004),
pentaksiran yang baik guna kedua-dua sumatif dan formatif. Pelbagai kaedah
digunakan sepanjang melaksanakan pentaksiran. Pentaksiran adalah program
berterusan, bersistematik dan berdimensi pelbagai.
- Menurut Ewell, eviden pentaksiran yang baik merangkumi komprehensif,
pelbagai sumber, berkaitan, berkebolehpercayaan dan boleh dibuktikan.
- Menurut Eder (1999), terdapat 6 prinsip bagi pentaksiran berkesan iaitu target
jelas, persediaan yang cukup, kaedah sesuai, keputusan yang penting,
pelaksanaan efektif dan refleksi.
- Menurut Palomba & Banta (1999), program pentaksiran berkesan memberi
soalan penting, membuat refleksi yang berpandukan misi, menggalakkan
penglibatan individu, pelajar membuat refleksi terhadap apa yang belajar.
- Menurut Huba & Freed (2000), pentaksiran yang berkesan mempunyai struktur
pelaksanaan yang sistematik. Pentaksiran yang berkesan menuju ke arah
kemajuan.

1.2 Tanggungjawab pentaksir


- Menurut National Council on Measurement in Education (1995), pentaksir
patut melaksanakan pentaksiran yang bertujuan dan adil kepada semua pelajar.
Kerahsiaan pelajar patut dijaga. Langkah-langkah pentaksiran perlu
ditimbangkan sebelum mula laksanakan. Hasil yang dikutip mesti berlandaskan
kepada objektif dan tujuan pentaksiran.

2) Prinsip-prinsip pembelajaran pelajar


(Council of Regional Commissions, 2004)
a) Penetapan hasil pembelajaran pelajar mesti jelas.
b) Penyediaan persekitaran yang memberi galakan untuk pembelajaran pelajar di
semua peringkat.
c) Penggalakkan refleksi aras tinggi terhadap pembelajaran dan pengajaran.
d) Pengumpulan eviden yang mencukupi dan kukuh dengan guna kaedah dan alat
yang sesuai.
e) Pengaplikasi penghakiman secara kolektif mengenai maksud dan utiliti bukti.
f) Penyertaan yang luas dalam mencerminkan tentang hasil pembelajaran pelajar.

Anda mungkin juga menyukai