Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PRAKTIKUM SEMASA

Semasa

Sepanjang masa saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Stella


Maris, saya telah membuat beberapa cubaan dalam pengajaran. Saya telah
menggunakan unsur muzik dalam pengajaran dan pembelajaran(PnP) saya.
Sebagai contohnya, saya telah menggunakan muzik untuk memberi arahan
kepada murid semasa aktiviti Pendidikan Jasmani. Murid dikehendaki
bergerak dengan cepat apabila mendengar lagu yang cepat dan berlari
perlahan apabila mendengar lagu yang perlahan. Saya juga mengajar murid-
murid cara bergerak dan melakukan perlakuan dengan tempo muzik dan saya
juga minta mereka mencipta perlakuan dengan kreatif mereka sendiri. Dalam
penggunaan unsur muzik dalam PnP saya, saya mendapati murid lebih
memberi tumpuan dan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam PnP
secara aktif. Murid berasa seronok apabila guru memainkan muzik semasa
PnP. Selain itu, saya juga menunjukkan cara bersenamrobik dan
menggunakan unsur muzik dalam fasa permulaan pengajaran dan
pembelajaran saya. Sebagai contohnya, saya menggunakan tarian sebagai
pemanasan badan untuk menyesuaikan tubuh badan murid-murid dan saya
melakukan YOGA untuk fasa menyejukkan badan.

Selain itu, saya telah menggunakan teknologi dan ICT (information and
communications technology) dalam PnP Pendidikan Kesihatan. Penggunaan
ICT seperti powerpoint dan video dalam pengajaran dapat meningkatkan
minat dan menarik perhatian murid-murid supaya memberi tumpuan semasa
PnP. sebagai contohnya, saya menayangkan video berkaitan dengan
kepentingan sarapan pagi. Penggunaan ICT berjaya meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, kaedah perbincangan dalam kumpulan dijalankan


dalam pengajaran saya. Kaedah perbincangan dapat mengembangkan
pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Dengan ini,
murid-murid diberi peluang untuk berinteraksi sesama mereka dan melibatkan
diri secara aktif sewaktu perbincangan dijalankan. Dengan menggunakan
kaedah perbincangan, kemahiran berfikir dan kemahiran lisan murid dapat
ditingkatkan.

Saya juga mengadakan pertandingan dalam kumpulan semasa fasa


kemuncak untuk meningkatkan minat pembelajaran murid. Ganjaran diberi
kepada kumpulan yang menang dalam pertandingan. Rasa ingin menang
mendorong murid melakukan kemahiran yang diajar dengan lebih baik
supaya boleh menang dalam pertandingan. Tambahan pula, pelbagai
permainan dijalankan dalam pengajaran, contohnya permainan kotak muzik
untuk menyediakan suasana pembelajaran yang seronok dan dapat
meningkatkan minat murid terhadap PnP Pendidikan Jasmani dan
mengelakkan murid menjadi bosan.

Menurut Mat Nor Hussain & Ab, Rahman Ab. Rashid (1988),
penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran boleh menimbulkan rangsangan dan rasa ingin belajar dalam
kalangan murid. Saya telah menggunakan bahan bantu mengajar seperti
skitel, bola, papan piramid makanan yang berwarna-warni dan istimewa untuk
menjamin proses PdP yang berkesan, menarik perhatian, menjimatkan
tenaga, dan juga menyeronokkan.

Saya berasa gembira kerana dapat menyediakan PnP yang berkualiti


dan murid-murid berasa seronok dan berminat untuk belajar. Saya juga dapat
menjalin hubungan yang baik dan rapat dengan murid. Segala percubaan dan
aktiviti yang dijalankan ini memberi kesediaan kepada saya untuk menjadi
seorang guru yang profesional pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai