Anda di halaman 1dari 69

1

KPP 6074

PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

TAJUK :

PENGGUNAAN TOKEN DALAM MENGATASI TINGKAH LAKU DISRUPTIF DI


KALANGAN MURID MASALAH PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN
2

Perkara Muka Surat

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Konsep modifikasi tingkah laku 4

1.2.2 Punca tingkah laku bermasalah murid Pendidikan khas 5

1.2.3 Konsep Pengurusan Tingkah Laku 6

1.2.4 Pengajaran dan Pembelajaran, dan Pemberian Token 7

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.3.1. Tingkahlaku bermasalah positif 8

1.3.2. Tingkahlaku bermasalah negatif 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.6.1 Guru-guru Pendidikan Khas 11

1.6.2 Ibu bapa 11

1.6.3 Murid berkeperluan Khas 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12


3

1.8.1 Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 12

1.8.2 Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 13

1.8.3 Tingkah Laku Bermasalah 14

1.8.4 Token 14

1.9 Kesimpulan 15

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Teori Dan konsep berkaitan 16

2.2.1.Teori Perkembangan Sosial 17

2.2.2 Teori Tingkah Laku 19

2.2.3 Teori Sosial Budaya 21

2.2.4 Teori Ekologi 22

2.3 Kesan Intervensi Dalam Perkembangan Kognitif 23

2.4 Masalah Tingkah Laku Disruptif 23

2.5 Konsep Modifikasi 24

2.5.1 Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku 25

2.5.1.1 Peneguhan 25

2.5.1.2 Peneguhan Positif 26

2.5.1.3 Peneguhan Negatif 26


4

2.5.1.4 Denda 26

2.5.1.5 Reverse Psychology 26

2.5.1.6 Pembentukan (shaping) 27

2.5.1.7 Token Ekonomi 27

2.6 Pengubahsuaian Kendiri 27

2.7 Pengubahsuaian Kognitif 28

2.8 Ubah Suaian Luaran (Modelling) 28

2.9 Kesan Perubahan Tingkah Laku Disruptif 29

2.9.1 Token Ekonomi 30

2.9.2 Kajian-kajian Lepas 31

2.10 Rumusan 33

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Instrumen Kajian 35

3.2.1 Pemerhatian 35

3.3 Rekabentuk Kajian 37

3.4 Sampel Kajian 38

3.4 Tempat Kajian 39

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Proses Persampelan 41


5

3.8 Analisis Data 41

3.8.1 Analisis Data Pemerhatian 42

3.9 Kesimpulan 43

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 44

4.2 Demografi 44

4.2.1 Peserta Kajian 45

4.3 Peranan Token Ekonomi 47

4.3.1 Pemerhatian 47

4.4 Perancangan Tindakan 50

4.4.1 Pemerhatian 50

4.4.2 Temu-Bual Dengan Guru Peserta Kajian 51

4.5 Perlaksanaan Tindakan 51

4.5.1 Peraturan-Peraturan Kelas 51

4.5.2 Kaedah Ganjaran Dan Hukuman 52

4.6 Kesimpulan 53

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


6

5.1 Ringkasan Kajian 54

5.2 Perbincangan 55

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.4 Kesimpulan 56

Rujukan 57
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kumpulan kanak-kanak yang


mengalami ketidaknormalan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi
atau tingkah laku. Golongan ini adalah mereka yang merupakan kumpulan
kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar-pakar
professional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak seperti kebolehan kognitif,
bacaan dan kemahiran perkembangan. Tahap kefungsian mereka yang
rendah mendorong timbulnya permasalahan tingkah laku dalam kalangan
mereka. Tingkah laku bermasalah akan ditimbulkan sama ada disekolah
mahupun persekitaran hidup.

Masalah tingkah laku kanak-kanak adalah berkait rapat dengan


perkembangn sosial mereka. Masalah tingkah laku juga bermaksud sejauh
mana seseorang kanak-kanak itu berupaya menunjukkan tingkah laku
yang diterima oleh masyarakat. Secara umumnya tingkah laku kanak-
kanak mula terbentuk daripada latar keluarga. Pembentukan kelakuan dan
tingkah laku kanak-kanak bergantung pada apa-apa yang diperoleh
daripada ibu bapa dan keluarga.
2

Tingkah laku merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh seseorang atau
tindak balas kepada stimulus iaitu peristiwa dalaman dan luaran. Manakala, tingkah laku
bermasalah pula boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar
daripada norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat termasuk
sekolah mahupun lingkungan keluarga. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku hiperaktif
merupakan salah satu tingkah laku bermasalah. Tingkah laku hiperaktif adalah dengan
wujudnya sesuatu pola tingkah laku dalam diri seseorang (Irawati 2009). Antara ciri-ciri
tingkah laku hiperaktif ini termasuk sukar mendengar atau mematuhi arahan, sukar
mengekalkan tumpuan dan mempunyai tingkah laku yang lebih agresif.

Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap


sebagi pesepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh kebanyakan
orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.
Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku
bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau
akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan
berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu
kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

Masalah tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian
yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ia berterusan akan
menjadikannya satu kebiasaan, seterusnya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan
masalah ini tidak dapat diubah lagi.Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir oleh murid-
murid adalah disebabkan faktor-faktor yang tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut.
Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan tertentu, yang mana kesan tersebut bukan
setakat mempengaruhi diri murid tersebut, bahkan turut mempengaruhi masyarakat yang
berada di persekitaran mereka.

Oleh yang demikian, satu pendekatan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tingkah
laku ini. Walau bagaimanapun cara atau teknik untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini
hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Teknik yang dilakukan
adalah berbeza antara individu dengan individu lain bergantung kepada masalah yang
dihadapi. Terdapat pelbagai teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan
3

untuk mengatasi masalah ini. Teknik modifikasi yang dipraktikkan haruslah boleh membantu
murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan
proses pembelajaran dan persekitaran sosialnya.

Pemilihan kaedah intervensi yang betul dan tepat amat penting bagi keberkesanan
pengubahsuaian tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku positif. Dalam usaha
menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri sama ada ibu bapa, guru,
masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan
mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan
selaras dengan wawasan negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.

Kesimpulannya, guru dan masyarakat harus mengenal pasti tingkah


laku bermasalah ini dan berusaha menanganinya secara bersama agar
intervensi awal dapat dilakukan dan modifikasi yang dilakukan akan
menjadi lebih mudah dan berkekalan yang akhirnya menjadikan tingkah
laku tersebut dapat diterima oleh masyarakat.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna


pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang
luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas,
teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-
kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan
Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk
memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-
murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau
biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.

Murid berkeperluan khas telah dikenal pasti sebagai murid yang mempunyai
kekurangan fizikal, deria, dan ketidakmampuan untuk belajar. Manakala masalah
pembelajaran merujuk kepada masalah neurologi. Berkaitan dengan cara otak menerima,
memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Masalah pembelajaran merupakan
4

kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman,
penggunaan lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar,
berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira.

Masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan,


sosioekonomi, kemahiran motor dan koordinasi serta hiperaktif. Kategori murid bermasalah
pembelajaran melibatkan masalah disleksia, attention deficit hyperactivity disorder, slow
learner, autisme, sindrom down dan terencat akal ringan.

Ketidakmampuan ini secara tidak langsung menghalang Orang


Kelainan Upaya (OKU) untuk bersaing dengan masyarakat. Justeru amat
penting seseorang guru berusaha bagi membantu golongan ini untuk
membuat persiapan menghadapi dunia luar berbekalkan pengetahuan
dan kesediaan yang dimiliki.

Dalam pendidikan, pengajaran dan bimbingan di sekolah, guru


memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik pelajar.
Peranan guru bukan sahaja sebagai pendidik malah guru berperanan
sebagai agen perubahan dengan memberikan galakan yang terbaik dalam
pembudayaan ilmu. Guru memainkan peranan penting dalam
pembentukan sikap dan kemenjadian pelajar.

Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran, sikap dan menangani


murid berkeperluan khas sering menjadi isu sesetengah ibubapa
terutamanya golongan berpelajaran tinggi. Menjadi seorang guru
pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka
kebanyakan masyarakat. Selain daripada sabar dengan karenah murid,
guru tersebut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan
satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan memberi
makna kepada murid. Kepelbagaian kecacatan yang dialami murid
memerlukan pendekatan yang juga berbeza. Harus difahami bahawa
kepelbagaian kecacatan merangkumi masalah sensori, neorologi,
psikologi, dan tingkah laku dalam diri seseorang murid itu. Guru harus
bersedia untuk menghadapi sebarang permasalahan yang timbul semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
5

1.2.1 Konsep modifikasi tingkah laku

Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang


dianggap oleh guru sebagai distruptif atau mengganggu kerana ia
menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada
sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru itu,
tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran
optima.

Modifikasi tingkah laku adalah satu pendekatan therapeutic (terapi)


yang berasaskan kajian saintifik dan kognitif. Tidak terdapat definisi yang
muktamad mengenai definisi modifikasi tingkah laku, namun kebanyakan
terapis sependapat terdapat beberapa ciri yang perlu ada untuk
mendefinisikan konsep ini.

Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru-guru mestilah mengikut


langkah-langkah yang berikut iaitu membuat pemerhatian awal dan
penilaian terhadap tingkah laku bermasalah. Seterusnya, mengenalpasti
dan menentukan objektif tingkah laku positif yang perlu dicapai oleh
murid-murid. Kemudiannya, menunjukkan satu set tingkah laku positif
iaitu sama ada dengan kaedah model atau pemberitahuan. Akhirnya,
memberikan ganjaran atau peneguhan untuk tingkah laku positif secara
tekal dan konsisten. Jikalau murid-murid masih menunjukkan tingkah laku
bermasalah walaupun pelbagai teknik dan intervensi digunakan, jadi
mereka perlu mendapat nasihat dan bantuan dari para professional.

1.2.2 Punca tingkah laku bermasalah murid Pendidikan khas


6

Umumnya, tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid pendiddikan khas adalah
berpunca daripada tiga faktor. Antaranya faktor baka, faktor persekitaran dan pemakanan.
Namun begitu teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh bandura (1973) juga
merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah
melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan
dengan mereka.

Persekitaran merupakan faktor penting yang mungkin menjadi punca permasalahan


tingkah laku dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Faktor persekitaran boleh
dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor
sekolah dan faktor masyarakat dan budaya.

Coleman dan Cressey (1993:10) mentakrifkan keluarga sebagai a group of people by


marriage, ancestry or adoption who live together in a common household, (Kamus Dewan
1994) definisi keluarga sebagai seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri
sahaja atau berserta anak-anak. Mahmood (1997) mentakrifkan keluarga sebagai unit sosial
yang terdiri daripada ibu bapa, dan anak yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian
hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Mengikut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi


manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah
anak-anak yang tidak bermoral. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam
pembentukan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Keluarga boleh menjadi satu
punca kepada timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan kanak-kanak berkeperluan
khas. Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa pelajar bermasalah kebanyakan
adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah ( Dishion, et al.,1991;Rutter, 1985;
vuchinich, 1992).

Kesimpulannya, persekitaran keluarga mendorong murid bertingkah bermasalah hasil


dari apa yang dilihat, dirasa dan didengar. Perceraian dan perpisahan ibubapa, gaya asuhan
dan cara mendisiplinkan anak, pengaruh ibu bapa, hubungan keluarga dengan anak-anak,
keluarga bermasalah, dan sosio ekonomi keluarga membentuk tingkah laku murid. Sama ada
tingkah laku positif ataupun tingkah laku negatif.
7

1.2.3 Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah


laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau kaedah-
kaedah yang sesuai. Dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku, guru perlu memberitahu
murid tentang tingkah laku yang harus diamalkan di sekolah dan peraturan-peraturan sosial
yang harus ditunjukkan di dalam bilik darjah.

Pengurusan tingkah laku juga adalah tindakan yang dilakukan oleh guru,ibu bapa atau
pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran atau dalaman individua atau
kumpulan supaya mempunyai tingkah laku yang bermanfaat, produktif dan diterima oleh
masyarakat.

Menurut Stone (2007), jika tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia juga
boleh diubah atau diubahsuai. Kebanyakan tingkah laku berbentuk operandan bukannya
responden. Oleh itu tingkah laku berubah apabila persekitaran berubah dan menyediakan
konsekuens yang berbeza.

Dalam menjayakan pengurusan tingkah laku, guru seharusnya selalu memodelkan


tingkah laku yang positif. Guru juga harus menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit
untuk menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan. Di samping itu, guru
juga harus membetulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan mereka tingkah
laku yang betul.

1.2.4 Pengajaran dan Pembelajaran, dan Pemberian Token

Guru juga boleh menggunakan teknik token economy untuk memodifikasikan tingkah
laku murid-murid. Token economymerupakan satu sistem yang meneguhkan tingkah laku
positif dengan memberikan token atau hadiah kepada murid-murid yang mencapai tingkah
laku yang diingini. Misalnya, guru memberi bintang kepada murid-murid yang mendapat
markah yang ditetapkan. Setelah murid berjaya mengumpulkan 10 bintang, dia boleh
8

menukarkan hadiah seperti sekotak pensil warna daripada gurunya. Satu lagi teknik
modifikasi tingkah laku yang boleh diamalkan oleh guru-guru adalah kontrak secara lisan
atau bertulis. Dimana guru boleh membuat satu persetujuan di antara guru dengan murid
setelah guru membincangkan dengan murid berkenaan. Jika kontrak dibuat secara bertulis,
kontrak itu perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan jika murid melanggari, dia akan
dihukum seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut (Ee Ah Meng, 1999).

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Tingkah laku manusia merupakan sejenis tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia yang
dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, autoriti, hubung baik, pujukan, paksaan, serta
genetik. Tingkah laku merupakan satu faktor yang penting dalam kehidupan masyarakat
manusia. Ini dapat dibuktikan melalui sudut pandangan humanisme di mana setiap manusia
harus mempunyai tingkahlaku yang berbeza.

Tingkah laku manusia ini dapat dikaji dalam disiplin akademik seperti psikologi, kerja
sosial, sosiologi, ekonomi, dan antropologi. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan
sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat
yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Pada asasnya tingkah laku merupakan apa
yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk
kepada semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai ( Bear, Wolf and
Risley,1968). Namun begitu orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenaitingkah
laku. Pada umumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan untuk menggambarkan tingkah
laku, aktiviti, aksi, perbuatan, bergerakbalas dan reaksi (Martin & Pear, 1996).

Pada keseluruhannya ada dua jenis tingkah laku yang berbeza iaitu
overt dan covert. Tingkah laku overt, iaitu tingkah laku yang boleh
diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku covert
merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain
(Bear, Wolf and Risley, 1968). Secara umumnya tingkah laku ber- masalah
dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah
laku bermasalah negatif.
9

1.3.1. Tingkah laku bermasalah positif

Ianya merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu sesuatu perkara
secara keterlaluan,cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif ataupun
secara ringkasnya dipanggil hiperaktif positif. Walaupun perlakuan
tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran
seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaarn yang sedang berlaku. Sebagai contoh murid
tersebut terlalu kerap bertanya sewaktu sesi pembelajaran dijalankan dan
ia akan mengganggu kosentrasi murid-murid yang lain.

Selain itu, masalah ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan


dalam proses pembelajaran. Hal ini akan mengakibatkan gangguan emosi
terhadap guru dan murid lain. Sebagai contoh, murid bermasalah ini kerap
memberikan pendapatnya terhadap apa yang diajar oleh guru, dan murid-
murid lain akan merasa rendah diri kerana bagi mereka, murid yang
bermasalah ini lebih pandai dari mereka dan mereka akan lebih berminat
bertanya kepada rakan sekelas berbanding memberikan perhatian kepada
pengajaran guru

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang


ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi
bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan
dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Tingkah laku bermasalah
positif lain antaranya, tingkah laku dorongan naluri ingin tahu,tingkah laku
murid cepat belajar, tingkah laku murid pintar cerdas, dan tingkah laku murid
proaktif.

1.3.2. Tingkah laku bermasalah negatif


10

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas melambangkan tingkah laku yang menimbulkan
masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Tingkah laku ini terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, distruptif berkaitan tingkah laku
mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantungan berlebihan. Tingkah laku distruktif
sering berlaku dikalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka
sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau
melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti
seseorang yang lain.

Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan
klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati,
benci, marah atau dendam. Tingkah laku distruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui
masyarakat keluarga mahupun media.Murid yang bertingkah laku negatif ini merupakan
murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang
akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh merbahayakan diri sendiri dan orang
lain.

Kesimpulannya kedua-dua tingkah laku ini akan menimbulkan gangguan yang akan
menghalang mereka untuk bersosialisasi dengan masyarakat. Dalam pendidikan mereka akan
mengganggu proses pembelajaran yang akan menyebabkan pencapaian akademik mereka
menjadi rendah akibat halangan tingkah laku mengganggu yang dipamerkan.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tingkah laku mengganggu yang


terdapat dalam kalangan murid berkeperluan khas dan membentuk satu
pendekatan yang dapat menghalang tingkah laku tersebut dari terus di
amalkan oleh mereka. Iaitu mengenalpasti keberkesanan pendekatan
pemberian token ekonomi dalam asaha menangani masalah tingkah laku
murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran.
11

Kajian ini adalah untuk membolehkan penyelidik mengenal pasti


keberkesanan penggunaan token dalam mengubah tingkah laku negatif
murid berkeperluan khas di PPKIBP Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad , Kuantan.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menghuraikan bagaimana peranan token


ekonomi membantu menangani murid bermasalah tingkah laku distruptif
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Antara persoalan yang hendak dikaji ialah:

a) Adakah tingkahlaku diskruptif mengganggu proses pengajaran dan


pembelajaran di kelas.
b) Adakah tingkahlaku distruptif mengganggu tahap kawalan kelas
guru.
c) Adakah pemberian token dapat mengubah tingkah laku distruptif
murid bermasalah pembelajaran.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk dijadikan panduan kepada pihak tertentu seperti
guru-guru pendidikan jhas, ibu bapa dan masyarakat. Dengan adanya
kajian ini dapat memberi panduan dan informasi tentang kaedah dan
keberkesanan pemberian token terhadap murid bermasalah pembelajaran
distruptif.
12

1.6.1 Guru-guru Pendidikan Khas

Sebagai panduan dalam menangani tingkah laku murid


berkeperluan khas dan memberi panduan pengawalan kelas secara lebih
efisyen dan proaktif. Membantu guru membentuk tingkah laku yang dapat
mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif.

1.6.2 Ibu bapa

Memberi gambaran yang jelas kepada ibu bapa bagaimana


pendekatanyang sesuai yang boleh diberikan kepada anak-anak mereka
supaya tingkah laku negatif dapat dikurangkan.

1.6.3 Murid berkeperluan Khas

Membantu murid membentuk tingkah laku positif didalam kelas dan


persekitaran hidup. Memudahkan penerimaan masyrakat terhadap
tingkah laku yang dipamerkan.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini di jalankan di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang
Tengku Muhammad, Kuantan. Menggunakan seramai 14 orang responden
kajian. Terdiri dari murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran
13

dalam pelbagai kategori. Namun hanya menjurus tingkah laku


mengganggu distruptif.

1.8 DEFINISI ISTILAH

1.8.1 Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP)


bukan lagi satu perkara baru di negara kita. Program ini telah wujud pada
tahun 1988 dan kelas peringkat menengah telah dibuka pada tahun 1995.
Penubuhan sekolah integrasi PPKIBP ini selaras dengan usaha Jabatan
Pendidikan Khas (JPK) dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi
murid berkeperluan khas. Program Pendidikan Khas Integrasi diletakkan di
bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri. Ia diwujudkan untuk murid-
murid OKU masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Ia
bertujuan untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam
persekitaran pembelajaran yang sebenar. Murid ditempatkan di kelas khas
di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa
dan tidak rasa terpinggir.

Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa di sekolah kerajaan


atau di sekolah bantuan kerajaan (rendah, menengah, dan sekolah
teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Namun begitu
Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berpotensi ditempatkan secara
inklusif di kelas-kelas arus perdana.

1.8.2 Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


14

Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-


kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional Klinikal
sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses
pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut
tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti
Kebolehan Kognitif, Tingkahlaku Sosial atau Perkembangan Sosial,
Penguasaan Bahasa ( Lisan atau Pertuturan ), Keupayaan Membaca,
Kemahiran Perkembangan ( Development Skills ), dan Kemahiran
Matematik.

Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang


mempunyai masalah kognitif ( kerencatan akal ) yang dianggap boleh
diajar ( Educable ) dan boleh mendapat pendidikan formal ( Encik Abdul
Rahman Bin Talib, 2007 ). Mereka ditempatkan di dalam Program
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan
sekolah-sekolah biasa.

Menurut Individual With Disabilities Education Act ( IDEA,


1997 ), Masalah Pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu
atau lebih daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman
atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana
masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir
dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang
bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan
dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam
persekitaran, budaya atau ekonomi.

Menurut The Joint Committee On Learning Disabilities ( NJCLD,


1990) pula, Masalah Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan
yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar,
bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah Matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian
15

system saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah
mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi social mungkin wujud
bersama-sama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan
menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah
Pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti
masalah emosi, kerencatan mental atau gangguan emosi.

1.8.3 Tingkah Laku Bermasalah

Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah


sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah
laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak
normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira
dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara
konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap
sebagai persepsi, perasaan dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami
oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakatsama ada di kawasan
pedalaman mahupun bandar.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan


dirinyadengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan
ini menjejaskankeadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan
orang lain. Di dalambahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal
behavior iaitu tingkah lakuyang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya
bertentangan dengan tingkah lakunormal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan
dialami oleh kebanyakan orang dalammasyarakat.

1.8.4 Token
16

Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara


simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang
diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan
sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan
boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai
pengukuhan kepada murid.Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti
berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana
ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara
ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang
positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah
disiplin dan tingkah laku murid di sekolah.

1.9 KESIMPULAN

Menangani masalah tingkah laku dalam kalangan murid terutamanya


murid bermasalah pembelajaran bukanlah suatu tindakan yang mudah.
Guru dan ibu bapa perlu memikirkan strategi pencegahan ataupun
strategi mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dalam diri
murid tersebut. Kegagalan menangani masalah tingkah laku negatif ini
sering kali membuatkan ibu bapa dan guru mengeluh dan berasa kecewa.
Namun dengan cadangan yang dikemukakan dalam kajian kes ini
diharapkan ibu bapa serta guru dapat mengaplikasikannya berdasarkan
tahap murid tesebut.
17

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kandungan bab ini menerangkan teori-teori perkembangan sosial dan


kesan intervensi dalam perkembangan tingkah laku. Bab ini meliputi
18

masalah tingkah laku disruptif, konsep modifikasi, kesan perubahan


tingkah laku disruptif dengan penggunaan token ekonomi dan kajian-
kajian lepas.

2.2 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN

Menurut Eileen Ferrance (2000) pula dalam kajiannya tentang kawalan


kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama
kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan
dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara
seperti kurangnya minat murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran serta kaedah tradisional yang masih digunakan. Tambahan
pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa
tanggungjawab sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka sering
tidak mengendahkan tugasan dan arahan yang diberikan oleh guru.

Stone (2007) juga menegaskan bahawa jika tingkah laku boleh


dipelajari maka sudah tentu boleh diubah atau diubahsuai. Oleh sebab itu,
kami juga percaya bahawa tingkah laku negative yang ada pada murid-
murid kami dapat diubah dengan menggunakan teknik token ekonomi
yang kami laksanakan. Teknik token ini merupakan sebuah kaedah yang
diolah dari Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F. Skinner (1958). Beliau
mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor
peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Dengan adanya ganjaran
dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat dikekalkan
manakala tingkah laku negatif murid-murid akan diubah. Menurut Skinner,
pelaziman operan terdiri daripada tiga konsep utama iaitu peneguhan,
denda dan pelupusan. Dendaan atau hukuman adalah satu proses untuk
melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak
diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada
19

pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Ia juga


bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.

Menurut Charles (2008), pada tahun 1960an, guru-guru sekolah


rendah mengaplikasikan Teori Operasi Operan dalam kawalan kelas
mereka dengan memberi ganjaran kepada murid murid yang
menunjukkan tingkah laku baik dan tidak menghiraukan mereka yang
menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. McLaughlin & Williams
(1990) mendapati bahawa kaedah pemantauan diri yang digabungkan
dengan kaedah peneguhan yang lain seperti token sangat berkesan dalam
mengurangkan tingkah laku mengganggu di dalam kelas. Melalui
gabungan kaedah ini, kanak-kanak tidak akan bergantung kepada
pemberian hadiah atau ganjaran sahaja untuk mengubah tingkah laku
tetapi perlu sentiasa memantau tingkah laku mereka agar sesuai dengan
keadaan persekitaran mereka.

2.2.1.Teori Perkembangan Sosial

Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku


yang tradisional (behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini
dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebahagian
besar dari prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi memberi lebih
banyak penekanan pada kesan dari isyarat - isyarat pada perilaku, dan
pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial
kita akan menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal
dan penjelasan-penjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana
kita belajar dari orang lain. Dalam pandangan belajar sosial, manusia itu
20

tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan dari dalam dan juga tidak dipukul
oleh stimulus- stimulus lingkungan.

Teori belajar sosial menekankan, bahawa lingkungan-lingkungan


yang dihadapkan pada seseorang secara kebetulan. lingkungan-
lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang itu melalui
perilakunya sendiri. Menurut Bandura bahawa sebahagian besar manusia
belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku
orang lain. Inti dari teori pembelajaran sosial adalah pemodelan
(modelling), dan permodelan ini merupakan salah satu langkah paling
penting dalam pembelajaran terpadu.

Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational


learning). Pertama, pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi
melalui kondisi yang dialami orang lain atau vicarious conditioning.
Contohnya, seorang pelajar melihat temannya dipuji atau ditegur oleh
gurunya kerana perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan
perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian
ini merupakan contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang
lain atau vicarious reinforcement2. Kedua, pembelajaran melalui
pengamatan meniru perilaku suatu model meskipun model itu tidak
mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat pengamat itu sedang
memperhatikan model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin
dipelajari oleh pengamat tersebut dan mengharapkan mendapat pujian
atau penguatan apabila menguasai secara tuntas apa yang dipelajari itu.

Sama seperti pendekatan teori pembelajaranan terhadap


kepribadian, teori pembelajaran sosial berdasarkan pada hujah yang
diutarakan beliau bahawa sebahagian besar daripada tingkah laku
manusia adalah sebahagian daripada hasil pemerolehan, dan prinsip
pembelajaranan sudah mencukupi untuk menjelaskan bagaimana tingkah
laku berkembang. Akan tetapi, teori -teori sebelumnya kurang memberi
perhatian pada konteks sosial dimana tingkah laku ini muncul dan kurang
memperihalkan fakta bahawa banyak peristiwa pembelajaranan terjadi
21

dengan perantaraan orang lain. Maksudnya, semasa melihat tingkah laku


orang lain, individu akan pembelajaran meniru tingkah laku tersebut atau
dalam hal tertentu menjadikan orang lain sebagai model bagi dirinya.

2.2.2 Teori Tingkah Laku

Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini
memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah
laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada asasnya teori ini melihat
tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus to
response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan
(reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan
mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu,
termasuk bagaimana murid belajar.

Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku


sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan
akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000).
Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan
perubahan perilakunya. Menurut teori ini,yang penting dalam
pembelajaran adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa
respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada murid,
sedangkan respon merupakan reaksi atau tanggapan murid terhadap
stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara
stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat
diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan
respon, oleh kerana itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa
yang diterima oleh murid (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori
ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal
22

penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku


tersebut.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam


pembentukan teori pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward
L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme,
pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang
individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme
menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka
adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti
anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori
pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun
1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran
Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori
Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman
Operan Skinner.

Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia,


Ivan P. Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem
pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya menemui Teori
Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan
menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur
dengan proses pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air
liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di
dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya.
Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak
balas yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim.
Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan
dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil gerak balas
terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai
rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov
23

menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan


terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan melelehkan air liurnya
apabila loceng dibunyikan.

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas.


Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan.
Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak
balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor
gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan
kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan
pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran
yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai
"pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut "
Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996ms225).

Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk


membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara pelaziman
klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki
bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya,
Albert tidak menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan
seekor tikus putih. Tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila
Albert mahu mencapai tikus putih tersebut, Albert menjadi takut dan
mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa
guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan
menentukan ransangan dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan.

2.2.3 Teori Sosial Budaya

Teori Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai


sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya.
Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental
seperti ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan pembelajaran
24

menggunakan temuan-temuan masyarakat seperti bahasa, sistem


matematika, dan alat-alat ingatan. Ia juga menekankan bagaimana anak-
anak dibantu berkembang dengan bimbingan dari orang-orang yang
sudah terampil di dalam bidang-bidang tersebut. Vygotsky lebih banyak
menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam
memudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir
dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk
memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tak
banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir
dan menyelesaikan masalah. Fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini
dianggap sebagai alat kebudayaan tempat individu hidup dan alat-alat
itu berasal dari budaya. Alat-alat itu diwariskan pada anak-anak oleh
anggota-anggota kebudayaan yang lebih tua selama pengalaman
pembelajaran yang dipandu. Pengalaman dengan orang lain secara
berangsur menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran batin
anak tentang dunia. Karena itulah berpikir setiap anak dengan cara yang
sama dengan anggota lain dalam kebudayaannya.

Menurut Vygotsky (1962), keterampilan-keterampilan dalam


keberfungsian mental berkembang melalui interaksi sosial langsung.
Informasi tentang alat-alat, keterampilan-keterampilan dan hubungan-
hubungan interpersonal kognitif dipancarkan melalui interaksi langsung
dengan manusia. Melalui pengorganisasian pengalaman-pengalaman
interaksi sosial yang berada di dalam suatu latar belakang kebudayaan
ini, perkembangan mental anak-anak menjadi matang.

Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri


beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya
bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang
lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran
operasional formal tanpa bantuan orang lain.Vygotsky mencari pengertian
bagaimana anak-anak berkembang dengan melalui proses belajar,
dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses
pematangan. Vygotsky membedakan antara aktual development dan
25

potensial development pada anak. Actual development ditentukan apakah


seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa
atau guru. Sedangkan potensial development membedakan apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu, memecahkan masalah di bawah
petunjuk orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

2.2.4 Teori Ekologi

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917).


Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh
persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner
(1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah
sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengankanak-kanak
tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan
persekitarankanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita


menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang
berada dalam ruang lingkup mikro.Dalam teori ini menyatakan bahawa
proses perkembangan dan pertumbuhan yangterangkum dalam sistem
persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain.

Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi


perkembangan kanak-kanak. iaitumikrosistem, mesosistem, eksosistem,
makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut
memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan
selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun
berperanan sebagai pembimbingkepada murid-murid semasa di sekolah.
Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di
sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada
26

murid-murid.Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap


perkembangan setiap anak murid mereka.

Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat,


pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap
perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah
pekaterhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum
memulakan pengajaran

2.3 KESAN INTERVENSI DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF

Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani


segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai.
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah
yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul
dan merekod data serta melaksanakan intervensi.Guru perlu mengenal
pasti dan memilih tingkah laku sasaran.Tingkah laku sasaran adalah
tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses
perubahan tingkah laku. Setelah guru mengumpul segala
maklumat(baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru
dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku
tersebut.

Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui


geraf sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi
dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan
baseline data yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian
susulan program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan
tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh
melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi
dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.
27

2.4 MASALAH TINGKAH LAKU DISRUPTIF

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang


tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak
kira di dalam kehidupanbermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara
konsepnya, ia bertentangan dengantingkah laku yang lazimnya dianggap
sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yangpada keb23iasaanya
dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada
dikawasan pedalaman mahupun bandar. Berdasarkan dari kajian dan
pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkahlaku bermasalah ini
timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi
atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam
alampersekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan
aktiviti kehidupanindividu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan
keharmonian persekitarannya.

Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku


yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian
terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan
utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.Tingkah
laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu,
cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku
bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti
sosial, disruptif berkaitan tingkahlaku mengganggu, dan akhirnya tingkah
laku bergantung yang berlebihan.

Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-


murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri
yang ada pada murid-muridyang bermasalah tingkah laku ialah
28

penumpuan yang singkat, memencil dan menarikdiri daripada aktiviti


kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra denganguru dan
orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif,
melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi
jawapan sesuka hati,kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan
hiperaktif dan sering resah serta kurangkepercayaan terhadap kebolehan
diri.

2.5 KONSEP MODIFIKASI

Modifikasi tingkah laku ialah aplikasi teori pembelajaran yang sistematik


yang akan membawa perubahan yang diingini ke atas corak tingkah laku.
Ada kalanya istilah aplikasi analisa tingkah laku turut digunakan. Dua
faktor individu turut terlibat dalam modifikasi tingkah laku - faktor
dalaman dan faktor luaran.

Faktor dalaman turut dikenali sebagai faktor penyesuaian kendiri.


Individu akan melihat ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kekuatan
yang diperlukan. Kekuatan itu mungkin merupakan kepercayaan
kerohanian atau nilai-nilai moral yang telah disemai sejak lahir. Sebagai
contoh, seorang murid anda yang berumur sepuluh tahun tahu bahawa
dia perlu duduk diam semasa anda mengajar. Dia telah diberitahu dan
sedar bahawa dia perlu mematuhi disiplin dalam bilik darjah supaya tidak
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Dia tahu bahawa
berjalan semasa guru sedang mengajar adalah satu kesalahan. Oleh itu,
walaupun ia suka bangununtuk bercakap dengan rakannya di belakang, ia
tidak berbuat begitu. Dia perlu membuat penyesuaian kendiri, iaitu pergi
ke tempat rakannya semasa pertukaran guru ke bilik darjahnya.
29

Faktor kedua ialah faktor penyesuaian luaran, yang kadang kala


dikaitkan dengan penggunaan modelling. Ambil murid-murid sepuluh
tahun di atas sebagai contoh. Sekiranya dia menahan diri daripada
berjalan tanpa sebab semasa anda mengajar, maka dia perlu melihat dan
mencontohi tingkah laku murid-murid lain sebagai model. Dia seharusnya
mengikut rakan-rakan lain mendengar pengajaran guru dengan tekun.
Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang
negatif kepada yang positif.

2.5.1 Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku

Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk modifikasi tingkah laku


ialah seperti peneguhan, denda, reverse psychology, pembentukan, token
economy, ubah suaian dalaman/kendiri dan ubah suaian luaran.

2.5.1.1 Peneguhan

Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang
dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan
ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari
melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya
tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai
peneguhan (reinforcement). Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa
positif atau negatif.

2.5.1.2 Peneguhan Positif


30

Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan


sesuatu peneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan
itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan,
seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik
sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku.

2.5.1.3 Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan


dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat
diteruskan. Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising
dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya
meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan. Selain
daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau
menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang
sesuai seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang
ramai.

2.5.1.4 Denda

Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan


sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya budak yang tidak
membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, menghentikan
keseronokan). Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh
membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah
laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang didenda kerana
tidak boleh menguasai setengah-setengah kemahiran matematik,
31

mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran


matematik.

2.5.1.5 Reverse Psychology

Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk


modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Teknik ini memerlukan
kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta
mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuan
menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar
melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk
tingkah laku yang diingini.

2.5.1.6 Pembentukan (shaping)

Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini


melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat
kepada tidak balas yang diharapkan. Teknik shaping ini adalah perlu
digunakan apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri
tingkah laku yang diingini.

2.5.1.7 Token Ekonomi

Token ekonomi ini ialah satu sistem untuk membahagikan beberapa


peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang
sebenar diidamkan. Contohnya, pelajar diberi beberapa markah untuk
perlakuan yang ditunjukkannya. Markah yang dikumpulkan ini boleh
ditukar kepada hadiah, sijil atau surat penghargaan. Teknik ini banyak
diaplikasikan dalam penjualan barangan secara terus di mana
menggunakan sistem ini untuk menarik pembeli untuk terus membeli.
32

2.6 PENGUBAHSUAIAN KENDIRI

Teknik ini boleh diuruskan melalui dua cara iaitu pengurusan diri dan
pengubahsuaian kognitif. Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi
langkah-langkah berikut iaitu menetapkan matlamat yang hendak dicapai
oleh murid sendiri. Selain itu murid berusaha mengubah tingkah lakunya.
Murid juga dengan sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya
dengan menggunakan senarai semak atau carta.

2.7 PENGUBAHSUAIAN KOGNITIF

Ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan


kendiri untuk mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan
kendiri. Antara langkah-langkah dalam melaksanakan teknik ini ialah:

Modelling kognitif: Seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambil


memberi arahan

Bimbingan luaran: Murid melakukan tugasan yang sama di bawah

bimbingan guru.

Bimbingan kendiri (nyata): Murid melakukan tugasan yang sama

melalui arahan kendiri secara lisan.

Bimbingan kendiri (tidak nyata): Murid membisik arahan sendiri


sambil

menghabiskan tugasan.
33

Arahan Diri Terselindung: Murid melakukan tugasan secara

membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.

2.8 UBAH SUAIAN LUARAN (MODELLING)

Ia merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang


model yang disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah
lakunya. Teori Permodelan Bandura (1963) adalah berkaitan rapat dengan
modifikasi tingkah laku melalui ubahsuaian luaran di mana Bandura telah
mengemukakan teori pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah
laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori pemerhatian Bandura
juga dikenali sebagai Teori Peniruan atau Teori Permodelan.

Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura adalah seperti berikut:

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan

teladan.

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi


guru sebagai modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia
memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan,


peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

2.9 KESAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU DISRUPTIF


34

Implikasi utama dalam melaksanakan satu program modifikasi tingkah


laku ialah ia dapat membawa peningkatan dalam pencapaian akademik,
kompetensi sosial dan iklim sekolah yang lebih kondusif. Selain itu, ianya
juga merupakan satu cara untuk mendapatkan pencapaian akademik
yang lebih tinggi daripada murid-murid yang bermasalah serta
meningkatkan penglibatan murid-murid bermasalah dalam perbincangan
kelas.

Melalui program modifikasi tingkah laku, motivasi intrinsik murid-


murid juga dapat dipertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan
lagi ganjaran kebendaan untuk menunjukkan tangkah laku yang positif.
Oleh itu, dengan mengawal bilik darjah termasuk mengurus tingkah laku
bermasalah akan menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Jika ia tidak diambil dengan serius walaupun persediaan dibuat dengan
baik objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai. Guru
harus bertanggungjawab mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang
ditunjukkan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Dengan ini sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih lancar
dan apa yang ingin disampaikan pada hari tersebut mencapai objektifnya.

Pengawalan bilik darjah adalah penting semasa proses pengajaran


dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, guru harus mempunyai ilmu dalam
pengurusan tingkah laku bermasalah bagi murid-murid sekolah supaya
tidak menimbulkan sebarang masalah semasa guru mengajar.
Menggunakan pelbagai teknik yang telah disebut, guru boleh memilih
jenis teknik yang ingin digunakan sama ada peneguhan, dendaan, reverse
psychology, shaping, token economy, kontrak, time out, modeling,
kawalan kendiri, pengurusan kendiri dan sebagainya bersesuaian dengan
masalah murid tersebut. Dengan ini pembelajaran adalah lebih berkesan.

Justeru itu, program modifikasi tingkah laku dapat menolong


menukar persekitaran sekolah, dengan menggantikan tingkah laku negatif
kepada positif. Pada masa yang sama, ia juga menolong meningkatkan
35

kepuasan intrinsik murid-murid serta menolong guru-guru mencapai


tingkah laku yang dikehendaki daripada murid-murid mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.9.1 Token Ekonomi

Token ekonomi adalah sebuah teknik dimana individu mendapatkan token


untuk tingkah laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh
ditukarkan dengan peneguh simpanan (backup reinforce). Tujuan token
ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang
diinginkan terhadap murid. Token ekonomi juga digunakan sebagai
intervensi untuk mengurangkan tingkah laku negatif yang tidak diingini.

Token ekonomi ialah satu sistem pengurusan di mana guru dan


murid bersetuju dengan tingkah laku sasaran yang akan diberi
peneguhan. Murid diberi token dengan segera apabila tingkah laku positif.
Token ini kemudiannya ditukarkan dengan ganjaran atau hadiah yang
disukai oleh murid. Token dapat diperolehi atau dikumpulkan mengikut
tingkah laku. Murid diberi token setelah menunjukkan tingkah laku yang
diinginkan dan mengumpul token tersebut serta menukarkannya dengan
sesuatu atau penghargaan. Sistem token ini merupakan sistem
reinforcement untuk tingkah laku yang dirancang.

2.9.2 Kajian-kajian Lepas

Setiap murid bermasalah pembelajaran berbeza dan unik dari segi


keupayaan fizikal, kognitif dan tingkah laku namun hak mereka dalam
pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial, kaum atau
perkembangan intelek perlu diberi perhatian (Osman & Ahmad Ghazie,
2007). Tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid brmasalah
pembelajaran akan menjadi semakin rumit jika tingkah laku yang
tidak diingini ini tidak diatasi pada peringkat awal.
36

Tingkah laku murid yang bersesuaian dengan persekitaran pasti


membantu guru pendidikan khas melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kredibiliti guru turut ditentukan dalam perancangan dan
pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian (Mohd Sahandri Gani &
Saifuddin Kumar, 2007). Selain itu, pengetahuan terhadap model
pengubahsuaian tingkah laku yang efektif juga membantu guru lebih
kreatif dan inovatif dalam penyampaian pengajaran. Guru juga perlu
memikirkan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan
keperluan murid apabila mengajar (Noriati, Boo, & Wong, 2010).

Justeru, pengurusan tingkah laku memainkan peranan yang


penting dalam pembentukan tingkah laku positif, memberi keyakinan
diri serta meningkatkan pencapaian akademik murid bermasalah
pembelajaran. Guru sebagai agen perubahan perlu sentiasa
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, mempunyai
sikap yang positif serta mempunyai motivasi yang tinggi bagi
membantu murid bermasalah pembelajaran melalui proses
pengubahsuaian tingkah laku secara berkesan.

Guru pendidikan khas sebagai agen perubahan mempunyai


tanggungjawab yang besar dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi
negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas
di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi
diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat.

Tahap pengetahuan Guru PK Mengurus Murid Bermasalah


Pembelajaran produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam membawa perubahan dan melahirkan generasi
masa depan yang dinamik, progresif dan proaktif. Sebagai pembentuk
tingkah laku, guru pendidikan khas perlu memahami cara mengurus
tingkah laku demi membentuk insan yang mampu berfikir pada aras
yang tinggi, menyelesaikan masalah secara berdikari dan menghargai
37

keunikan individu. Guru pendidikan khas perlu tahap pengetahuan


yang tinggi dan kebijaksanaan untuk mengurus tingkah laku murid
secara profesional berlandaskan falsafah dan teori tingkah laku yang
bersesuaian.

Menurut Noraini, Faridah, Manisah dan Safani (2001), proses


pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kecekapan dan
kemahiran guru pendidikan khas. Pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap kebolehan murid bermasalah pembelajaran dapat
menentukan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Prinsip-prinsip asas pengajaran ditentukan oleh
perubahan tingkah laku kerana proses pembelajaran adalah suatu
proses perubahan dan berlaku sepanjang masa.

Memandangkan pengurusan tingkah laku dan pengurusan bilik


darjah saling melengkapi maka Shahabuddin, Mahani dan Ramlah (2007)
menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan boleh
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana rutin bilik
darjah dapat berjalan dengan lancar dan disiplin terkawal. Pengurusan
tingkah laku boleh juga dilakukan melalui peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Menurut Mok (2011), peneguhan positif
merupakan stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian
berulangnya sesuatu tingkah laku manakala peneguhan negatif
pula ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan
meningkatkan tingkah laku positif supaya tingkah laku positif dapat
diteruskan. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,
hubungan yang positif di antara guru pendidikan khas dan murid adalah
penting kerana kebanyakan murid bermasalah pembelajaran
mempunyai konsep kendiri yang rendah. Guru pendidikan khas
perlu menyediakan perancangan yang sistematik dan bersesuaian
dengan keperluan murid bermasalah pembelajaran bagi memastikan
tingkah laku murid bermasalah pembelajaran diurus secara positif.
38

2.10 RUMUSAN

Sebagai rumusannya,kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan


perlaksanaan kaedah token ekonomi agar dapat menghasilkan satu
perubahan yang diingini.Keberkesanan kajian ini adalah menjurus kepada
kebolehan guru dalam mengenalpasti masalah tingkah laku serta
mengesan elemen atau perkara yang dapat membantu untuk mengubah
tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif tanpa memberi kesan
yang akan menimbulkan masalah lain kepada pelaku/murid.Murid perlu
dijelaskan dengan semua maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan
kaedah ini.Satu kontrak perlu dibuat secara adil dan saksama diantara
murid-guru dan ibu bapa.
39

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan
kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data-data
diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat. Bab ini juga membincangkan
kaedah kajian iaitu penerangan mengenai latar belakang sampel, pengumpulan data, peralatan
yang digunakan, cara mentranskripsikan data dan kaedah menganalisis data. Selain
menggunakan pemerhatian, senarai semak juga diadakan untuk mendapatkan gambaran yang
lebih jelas. Berdasarkan kepada bentuk persoalan kajian, guru lebih memfokuskan
pendekatan kaedah kajian ini kepada pendekatan kaedah yang bersifat kualitatif. Guru
menetapkan pemilihan ini berasaskan kepada tajuk dan persoalan kajian ini yang lebih
memerlukan kepada pendekatan kaedah yang bersifat kualitatif. Pendekatan Kualitatif
menurut Rohana Yusof (2003) ialah menekankan kepentingan pengalaman subjektif individu
yang perlu dianalisis secara kualitatif dan realitisosial mempunyai makna tertentu yang
bersifat subjektif dan personal. Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan
sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
metodologi bermaksud ilmu tentang sistem yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-
40

prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu
memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan
membuat huraian tentang proses kajian.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Alatan seperti ujian pensil dan kertas, borang soal selidik atau skala perkadaran yang
digunakan untuk mengumpul data pula dinamakan sebagai instrumen. Kebanyakan pengkaji
menggunakan instrumen, sama ada instrumen yang dibentuk oleh penerbit, direka sendiri
oleh pengkaji, atau instrumen piawai. Secara keseluruhan, semua proses penyediaan untuk
mengumpul data dipanggil instrumentasi. Instrumentasi melibatkan pemilihan dan mereka
bentuk instrumen dan juga prosedur serta kondisi sewaktu instrumen ditadbir. Kajian ini
menggunakan instrumen iaitu pemerhatian secara diari harian dan rekod senarai semak.
Senarai semak digunakan dalam pemerhatian untuk mengumpul data mengenai penggunaan
token untuk murid-murid pendidikan khas dalam mengatasi tingkah laku distruptif. Selain itu,
borang maklumat juga digunakan untuk mendapatkan gambaran tentang tajuk yang dikaji.

Kaedah ini akan membantu pengkaji dalam mengumpulkan data-data yang sebenar
dan boleh dipercayai. Pemerhatian terhadap mengenai penggunaan token untuk murid-murid
pendidikan khas dalam mengatasi tingkah laku distruptif akan dibuat menggunakan borang
pemerhatian untuk menilai keberkesanan kajian tersebut. Objektif instrumen ialah satu lagi
elemen yang harus diambil kira.

3.2.1 Pemerhatian

Metod pemerhatian ialah satu cara pengumpulan data dengan mengkaji secara langsung
terhadap responden dan penyelidikan yang dilakukan dapat dirahsiakan. Metod ini ialah satu
teknik penyelidikan yang sering digunakan. Penggunakan metod ini dalam menjalankan
kajian. Pengkaji akan membuat pemerhatian dalam kelas semasa proses pengajaran dan
41

pembelajaran berjalan untuk mendapatkan data dan mengenai reaksi dan tindak balas
responden terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan metod ini
adalah bertujuan untuk mendapatkan data yang saling melengkapi dengan data daripada
metod yang lain. Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar
sosial yang sebenar. Pemerhatian memungkinkan pengkaji merekod perlakuan yang sedang
berlaku. Melihat sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dan menggunakan
pengetahuan, pengalaman dan kepakarannya dalam membuat interpretasi tentang apa yang
diperhati.

Pemerhatian melibatkan tindakan mengambil nota dan merakam peristiwa, perkara,


perlakuan, artifak secara sistematik di latar sosial yang dipilih untuk kajian. Rekod
pemerhatian biasanya dirujuk sebagai nota lapangan iaitu deskripsi yang terperinci dan
konkrit tentang apa yang telah diperhatikan. Melalui pemerhatian, pengkaji mendokumen dan
menjelaskan tindakan dan interaksi yang kompleks. Metod ini mengandaikan perlakuan yang
diperhatikan adalah bertujuan dan merupakan luahan nilai dan kepercayaan yang mendalam.
Pemerhatian merupakan teknik yang terbaik apabila aktiviti, peristiwa atau situasi boleh
diperhati secara langsung, atau apabila perspektif yang baru diperlukan atau apabila
responden tidak dapat atau tidak rela membincangkan topik yang dikaji.

Di samping itu juga, pengkaji telah meneliti tingkah laku murid-murid distruptif
dalam kalangan murid-murid pendidikan khas di sekolah. Justeru, tujuan utama pengkajian
ini adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan token dalam mengatasi masalah tingkah
laku murid-murid distruptif dalam kalangan murid-murid pendidikan khas di sekolah.
Pengkaji melalui penilaian dan pemerhatian pengkaji sendiri di kawasan kajian. Segala
aktiviti pembelajaran oleh murid-murid akan diperhatikan oleh pengkaji, seterusnya akan
dicatat oleh pengkaji sebagai input informasi bagi kajian ini. Antara catatan aktiviti yang
dibuat melalui pemerhatian ini ialah, berkenaan tingkah laku distruptif pelajar pendidikan
khas di dalam dan luar kelas. Selain daripada itu, cara murid-murid menjawab segala
persoalan yang diajukan oleh guru kepada mereka juga dijadikan catatan oleh pengkaji bagi
tujuan pungutan data.

Beberapa maklumat berkenaan dengan mengenai penggunaan token untuk murid-


murid pendidikan khas dalam mengatasi tingkah laku distruptif dapat diperhatikan.
Berdasarkan pemerhatian juga, pengkaji dapat melihat sendiri bentuk-bentuk permasalahan
42

yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengenai penggunaan token untuk
murid-murid pendidikan khas dalam mengatasi tingkah laku distruptif dan maklum balas
responden sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Pemerhatian secara langsung tanpa
alat melibatkan pengkaji mencatatkan nota tentang sebarang aktiviti yang diperhatikan.
Pemerhatian menggunakan alat seperti alat kamera, video, audio merupakan sumber yang
berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. Antara kelebihan yang boleh didapati
melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat tingkah laku dan juga aktiviti guru-guru dan
murid-murid secara semula jadi dan tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. Hal ini
menyebabkan data-data yang diperolehi ini didapati secara semula jadi. Walaupun demikian,
antara kelemahan daripada kaedah ini ialah, kadang kala senarai pemerhatian memaksa
pengkaji untuk memerhati terlalu banyak perlakuan sehinggakan ia tidak dapat melakukannya
dengan tepat, atau memaksa pengkaji menilai terlalu ramai responden pada satu-satu masa.
Oleh itu, pemerhatian ini perlu dibuat secara ringkas supaya ianya boleh dilakukan dengan
sempurna.

3.3 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian.Teknik yang betul membolehkan
pemerhati menentukan sama ada maklumat yang dilihat itu dapat digunakan atau tidak.
Choong (2011) menyatakan kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
biasa digunakan untuk mengukur pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan. Pemerhatian
ini dijalankan dengan menggunakan borang pemerhatian yang menggunakan kaedah
penggunaan token untuk murid-murid pendidikan khas dalam mengatasi tingkah laku
distruptif.

Kaedah token dipilih bagi melihat pengubah murid-murid pendidikan khas yang
mempunyai masalah tingkah laku distruptif dan mengubah tingkah laku mereka kepada
tingkah laku yang baik. Kaedah ini melibatkan proses memberi token kepada murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai tingkah laku distruptif apabila
43

melakukan tingkah laku yang baik. Kajian ini akan berlangsung 16 kali bagi setiap
persekitaran. Setiap murid akan diperhati oleh pengkaji setiap sesi pengajaran.

3.4 SAMPEL KAJIAN

Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu
populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Sampel dalam penyelidikan ialah
kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan. Dalam memilih sampel kajian
bagi penyelidikan, pengkaji akan menjalankan beberapa kaji selidik dan kajian rintis bagi
mendapatkan lebih maklumat sebelum memilih sampel kajian. Ini bagi memastikan sampel
kajian yang dipilih oleh pengkaji dapat memberikan maklumat-maklumat yang penting serta
berguna sebagai dapatan kajian bagi penyelidikan ini. Demi kelancaran dan kejayaan kajian
ini, pengkaji mempunyai strategi persampelan dalam mengumpul data-data yang diperlukan
melalui murid-murid yang dipilih mengikut keperluan kajian iaitu pelajar pendidikan khas
bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah distruptif. Persampelan ialah proses
penyelidikan yang dilakukan ke atas populasi yang dikaji untuk bertujuan agar setiap sampel
mempunyai kemungkinan yang sama untuk dikaji. Persampelan tujuan merujuk kepada
prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja
dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan
pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya dipilih oleh pengkaji
sebagai responden. Justeru itu, bagi menjayakan kajian ini, sebanyak 14 orang murid-murid
telah dijadikan sebagai sampel. Dalam kajian ini, tumpuan untuk mengumpul maklumat
sampel adalah dari Sekolah Menengah kebangsaan di kawasan bandar Kuantan.

Sejumlah 14 orang murid lelaki masalah pembelajaran dan tiga orang guru dipilih
sebagai sampel kajian secara persampelan bertujuan responden-responden kajian dikenal
pasti dengan bantuan guru. Responden dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria. Kriteria
utama ialah kehadiran murid dan murid pendidikan khas masalah pembelajaran yang
mempunyai masalah distruptif. Murid-murid tersebut berumur dalam lingkungan 13 tahun
hingga 19 tahun. Tenaga pengajar responden seramai tiga orang dipilih secara persampelan
44

bertujuan untuk pemerhatian. Guru-guru ini juga dipilih kerana mempunyai hubungan yang
erat dan mengenali responden kajian secara mendalam dalam aspek kemahiran asas sosial
dan merupakan pelaksana kurikulum pendidikan khas.

3.5 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di kawasan bandar Kuantan. Pengkaji akan
melakukan pemerhatian di dalam kelas dan di luar kelas iaitu di padang sekolah. Rasional
pemilihan sekolah ini sebagai lokasi kajian dilakukan oleh pengkaji berdasarkan kepada
beberapa faktor yang difikirkan sesuai bagi memperoleh dapatan kajian yang baik. Antara
faktor tersebut adalah sekolah tersebut adalah antara sekolah yang mempunyai murid
pendidikan khas masalah pembelajaran. Hal ini kerana, tidak semua sekolah menengah
kebangsaan mempunyai pendidikan khas dan pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Sekolah ini juga mempunyai bilangan murid yang menggalakkan dengan penempatan guru
yang terlatih dan berkelayakan.

Berdasarkan kepada status sekolah ini, pengkaji yakin bahawa kajian ini amat sesuai
dijalankan di lokasi tersebut kerana kajian ini akan mendapat dapatan yang berpotensi
danberkualiti. Maklumat sekolah ini telah sedia maklum oleh pengkaji. Guru pendidikan khas
di sekolah tersebut adalah rakan kepada pengkaji. Faktor ini akan memudahkan lagi
perjalanan kajian ini kerana pengetahuan akan sekolah tersebut telah sedia maklum oleh
pengkaji. Lokasi sekolah yang terletak di kawasan yang memudahkan pengkaji untuk
menjalankan urusan pengkajian.

3.6 PROSEDUR KAJIAN

Setiap kajian mempunyai cara dan proses pentadbirannya yang tersendiri. Pentadbiran kajian
merangkumi segala aspek cara dan proses kajian dijalankan. Prosedur ini termasuk pemilihan
45

alat kajian, pemilihan saiz sampel, pemilihan tempat untuk kajian dijalankan dan pemilihan
ketepatan masa yang paling sesuai untuk kajian dijalankan dan sebagainya. Untuk kajian ini,
pengkaji telah menggunakan beberapa prosedur bagi memudahkan kajian ini dijalankan.

Mengenal pasti Mengenal pasti


Penyediaan
permasalahan populasi dan
Borang
dan bidang pensampelan
pemerhatian
kajian. yang sesuai.

Pengumpulan
Analisis Data Pemerhatian
Data

Rumusan dan
Keputusan
Cadangan

Rajah 1 : Prosedur Kajian

Rajah 1 menunjukkan perosedur kajian yang dijalankan dalam kajian ini. Sebelum
memulakan kajian ini, pengkaji mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian. Setelah
pengkaji mengenal pasti permasalah dan bidang kajian, pengkaji mengenal pasti populasi
dan persampelan yang sesuai iaitu murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang
mempunyai tingkah laku distruptif. Sebelum menjalankan pemerhatian, pengkaji
menyediakan borang pemerhatian. Dengan adanya borang pemerhatian, maka
pemerhatian dijalankan. Pengkaji memaklumkan dan mendapatkan kebenaran responden
yang terlibat untuk membuat pemerhatian. Responden yang terlibat dimaklumkan bahawa
semua perbualan mereka akan diperhatikan. Responden tidak akan diberitahu mengenai
objektif kajian. Hal ini adalah untuk mendapatkan data-data yang tulen sewaktu
perbualan. Setelah mendapat keputusan daripada data, pengkaji akan membuat rumusan
dan cadangan kepada kajian tersebut.
46

3.7 PROSES PERSAMPELAN

Kajian ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pertama, mengadakan latihan
bagi tiga orang pemerhati yang dipilih. Latihan berfokus kepada peraturan-peraturan
pemerhatian, tujuan kajian, fokus pemerhatian, penggunaan senarai semak dan cara mengisi
senarai semak. Latihan tahap kedua ialah latihan mengumpul data dalam situasi sebenar
sehingga kebolehpercayaan antara pemerhatian mencapai sekurang-kurangnya 0.8.

Setiap pemerhatian dijalankan selama 30 minit untuk tempoh tiga minggu. Pemerhati
diberi masa berehat selama 30 minit di antara setiap sesi pemerhatian untuk mengelakkan
keletihan. Pemerhatian dijalankan sebanyak 16 bagi setiap persekitaran (lapan kali di bilik
darjah dan lapan kali pada waktu Pendidikan Jasmani iaitu padang sekolah) bagi setiap
responden. Selepas setiap sesi pemerhatian, senarai semak dikumpul dan direkodkan. Selepas
sesi pemerhatian yang kelapan, satu latihan diadakan untuk menentukan tahap
kebolehpercayaan antara pemerhati tetap diperingkat yang tinggi.

3.8 ANALISIS DATA

Data yang dikutip melalui pemerhatian dianalisakan berdasarkan senarai rekod senarai semak
yang digunakan. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah borang pemerhatian. Borang
pemerhatian digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperolehi di dalam kajian akan
dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui rekod senarai semak. Data yang
diperolehi daripada borang pemerhatian tersebut akan di analisis. Analisis kajian memberi
tumpuan kepada pengubahan murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah
tingkah laku distruptif dan mengubah tingkah laku mereka kepada tingkah laku yang baik.
Pengkaji menggunakan beberapa instrumen dalam pelaksanaan kajian ini.

3.8.1 Analisis data pemerhatian


47

Data pemerhatian dipisahkan kepada dua bahagian iaitu di dalam kelas dan pada
waktu rehat mengikut responden A, B, C, D, E hingga ke responden N. Kekerapan pelajar
mempamerkan tingkah laku distruptif bagi setiap kemahiran yang berlainan dijumlahkan.
Data kemahiran asas sosial ini dilaporkan dari aspek kemahiran asas sosial yang paling kerap
dipamerkan dan kemahiran sosial yang mana yang kurang dipamerkan atau tidak dipamerkan.
Kekerapan dalam mempamerkan tingkah laku distruptif oleh responden A, B, C, D, E hingga
ke responden N. Pengkaji menggunakan borang pemerhatian dalam pelaksanaan kajian ini.
Borang pemerhatian digunakan untuk mengumpul jumlah pemerhatian pengkaji terhadap
keberkesananmemberi token kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
yang mempunyai tingkah laku distruptif apabila melakukan tingkah laku yang baik dalam
masa yang ditentukan.

Pengumpul data melalui pemerhatian memerlukan guru merekodkan apa yang


diperhatikan. Secara umumnya kita perlu catatkan dengan tepat perkara-perkara yang berlaku
seperti apakah yang dikatakan oleh guru dan murid-murid yang diperhatikan. Pengkaji akan
menggunakan singkatan untuk perkataan yang digunakan seperti A untuk responden pertama.
Pengkaji akan menyemak nota-nota yang dibuat selepas pemerhatian untuk memperbetulkan
kesilapan atau membuatkomen. Pengkaji akan bezakan catatan yang mengambarkan apa
yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi. Semasa
menjalankan kajian, penyelidik akan terlibat dalam pelbagai pemerhatian. Protokol atau
boring untuk merekod maklumat adalah perlu untuk mencatatkan pemerhatian. Protokol
boleh direka bentuk dengan menggunakan sekeping kertas yang dibahagi kepada dua lajur
bagi memisahkan nota deskriptif dan nota reflektif. Nota deskriptif mengandungi deskripsi
tentang informan, dialog, deskripsi latar fizikal, pernyataan tentang peristiwa-peristiwa
tertentu dan aktiviti-aktiviti. Nota reflektif pula memberi peluang kepada penyelidik untuk
merekod fikiran peribadi seperti spekulasi, perasaan, masalah, idea, impresi atau prasangka.
Dalam borang tersebut mungkin boleh dimasukkan maklumat demografi yang berkaitan
dengan masa, tempat dan tarikh yang menjelaskan tentang tempat atau latar kajian.

3.9 KESIMPULAN
48

Setiap kajian yang dilakukan mempunyai metodologi kajian yang tersendiri mengikut jenis
kajian yang dilakukan. Selain itu, metodologi kajian yang digunakan mestilah bersesuaian
dengan objektif tajuk latihan ilmiah. Ia merupakan satu perkara yang amat penting dalam
melakukan sesuatu penyelidikan bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan berkualiti.
Dengan adanya metodologi kajian, kajian yang akan dilakukan akan lebih teratur dan akan
mendapatkan hasil yang kajian yang lebih baik. Metodologi kajian juga boleh dianggap
sebagai perancangan awal kearah mana sesuatu kajian itu akan dibawa sama ada kearah
kejayaan atau sebaliknya. Hasil yang akan diperoleh juga bergantung kepada pemilihan
metodologi kajian. Setelah diteliti semua aspek yang berkaitan dengan tajuk kajian, maka
pengkaji akan dapat menentukan atau memilih metodologi kajian yang sesuai dengan tajuk
kajian. Selain itu, metodologi kajian merupakan cara bagaimana pengkaji mendapat
maklumat, bahan, sumber rujukan dan data berkaitan dengan kajian. Dalam sesuatu kajian,
bahan yang paling penting adalah data kajian. Tanpa data kajian bagaimana sesuatu kajian
akan mendapatkan hasilnya.Pada peringkat akhirnya, pengkaji akan menyatakan kesimpulan
terhadap dapatan kajian yang telah dijalankan

BAB 4
49

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Dapatan kajian dalam bentuk kualitatif telah digunakan memandangkan jumlah sampel yang
kecil iaitu kurang daripada 20 orang. Dengan bantuan guru pendidikan khas, 14 orang
responden telah dipilih untuk mengenal pasti peranan token ekonomi dalam membantu
menangani murid bermasalah tingkah laku distruptif bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar. Pemilihan kesemua responden mempunyai kombinasi kelainan
upaya seperti Slow Learner, ADHD dan Autisme. Guru telah melaksanakan pemerhatian ke
atas responden semasa responden mengikuti sesi intervensi pada kitaran pertama dan kedua.
Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati masalah tingkah laku distruptif ketika di dalam
kelas. Melalui kaedah pemerhatian, satu instrumen telah dibina dan digunakan semasa
intervensi berlangsung. Instrumen yang telah digunakan ialah borang senarai semak
kekerapan.

4.2 DEMOGRAFI

Bab ini melaporkan demografi kajian yang terdiri daripada responden dan tempat kajian.
Empat belas orang responden dan tiga orang guru telah mengambil bahagian dalam kajian ini.
Proses pemerhatian dilaksanakan di sebuah sekolah iaitu di sekolah menengah kebangsaan di
daerah kuantan, Pahang.

4.2.1 Peserta Kajian


50

Seramai empat belas orang responden dan tiga orang guru yang dipilih secara persampelan
bertujuan telah member kerjasama bagi menjayakan kajian ini. Bagi melindungi identiti
sebenar peserta- peserta kajian daripada dikenali umum, kesembilan- Sembilan individu
hanya dikenali sebagai responden A, B, C, D, E, F hingga N dan guru pula PKAuni, PKSuria
dan PKAbdullah ( kesemuanya bukan nama sebenar )

Jadual 4.1 Profil peserta- peserta kajian guru

Peserta Umur Kelulusan Institusi Pengkhususa Pengalaman


kajian guru (tahun) n Mengajar
PPKI (BP)
PKAuni 37 Ijazah Sarjana Muda UPSI Awal Kanak- 8 tahun
Kanak
PKSuria 39 Ijazah Sarjana Muda UUM Masalah 12 tahun
Pembelajaran
PKAbdullah 46 Ijazah Sarjana Muda UKM Masalah 20 tahun
Pembelajaran

Jadual 4.2 Profil peserta kajian murid

Peserta Kajian Murid Umur Kumpulan Guru Pemerhati


(tahun)
1. Aiman 16 K4 PKAuni
51

2. Idham 17
3. Hafiz
16
4. Zulkifli
5. Imran 19
16
6. Azam 15 K5 PKAbdullah
7. Lingeswaran
14
8. Haikal
9. Zainul 14
10. Naim
18
16
11. Navin 15 K7 PKSuria
12. Shafuan
17
13. Amir
14. Daniel 16
14

Seramai empat belas orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran turut serta
sebagai peserta kajian kerana proses pemerhatian tidak lengkap jika tidak melibatkan murid.
Jadual 4.2 menunjukkan lima orang murid berada dalam pemerhatian PKAuni, lima orang
murid dalam pemerhatian dalam pemerhatian PKAbdullah dan empat orang murid dalam
pemerhatian PKSuria. Rajah 4.1 pula menunjukkan reka bentuk pemilihan peserta kajian
yang dijalankan. Rajah ini dicadangkan dengan penggunaan grafik yang mudah sebegini
untuk memudahkan melihat secara keseluruhan peserta kajian yang terlibat dalam kajian.

5 orang murid bermasalah


PKAuni pembelajaran ringan

Peserta 5 orang murid bermasalah


Kajian PKAbdullah pembelajaran sederhana
52

PKSuria 4 orang murid bermasalah


pembelajaran ringan

Rajah 4.1 Reka bentuk pemilihan peserta kajian

4.3 PERANAN TOKEN EKONOMI

Bagi menjawab persoalan kajian bagaimana peranan token ekonomi membantu menangani
murid bermasalah tingkah laku distruptif bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar? data kualitatif diperolehi melalui pemerhatian menggunakan
borang pemerhatian intervensi-rekod sela dan borang pemerhatian lapangan. Data ini
merupakan analisis dapatan yang lazim digunakan dalam reka bentuk kaedah gabungan
penerangan (explanatory mixed methods design) dengan mengenal pasti beberapa kes tertentu
sebagai susulan dalam data kualitatif.

4.3.1 Pemerhatian

Penyelidik telah melaksanakan pemerhatian ke atas responden semasa responden mengikuti


sesi intervensi pada kitaran pertama dan kedua. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati
masalah tingkah laku negatif bergerak sesuka hati ketika di dalam kelas. Melalui kaedah
pemerhatian, satu instrumen telah dibina dan digunakan semasa intervensi berlangsung.
Instrumen yang telah digunakan ialah borang senarai semak kekerapan. Data yang dikutip
melalui pemerhatian dianalisakan berdasarkan pemerhatian dan senarai rekod senarai semak
yang digunakan. Data boleh dirujuk melalui Jadual 4.3, Jadual 4.4, Jadual 4.5 dan Jadual 4.6.

Jadual 4.3
53

Jumlah skor reponden kajian

Tingkah Laku negatif : Bergerak sesuka hati


Responden (K4) A B C D E
Hari Bergerak sesuka hati Frekuensi
Isnin 1 8 8 7 8 32
Selasa 1 6 7 8 8 30
Rabu 1 7 8 7 7 30
Khamis 2 8 8 7 8 33
Jumaat 1 6 7 8 8 30
JUMLAH 155

Jadual 4.4

Jumlah skor reponden kajian

Tingkah Laku negatif : Bergerak sesuka hati


Responden (K5) F G H I J
Hari Bergerak sesuka hati Frekuensi
Isnin 6 6 8 2 2 24
Selasa 7 8 6 2 2 25
Rabu 8 7 7 1 2 25
Khamis 8 8 8 2 1 27
Jumaat 7 6 6 2 2 23
JUMLAH 124

Jadual 4.5

Jumlah skor reponden kajian


54

Tingkah Laku negatif : Bergerak sesuka hati


Responden (K7) K L M N
Hari Bergerak sesuka hati Frekuensi
Isnin 7 8 2 2 19
Selasa 6 7 2 2 17
Rabu 7 8 1 2 18
Khamis 8 8 3 3 26
Jumaat 7 7 2 3 19
JUMLAH 99

Jadual 4.3

Pemerhatian dan senarai semak bertujuan untuk menjawab kesemua persoalan kajian dengan
berdasarkan data yang diperoleh daripada keputusan kajian. Jadual 4.3 menunjukkan jadual
yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian.

Bil Persoalan Kajian Instrumen Sumber

1. Bagaimana peranan token ekonomi -Pemerhatian Murid


membantu menangani murid - Senarai semak
bermasalah tingkah laku distruptif
di dalam bilik darjah?

2. Bagaimana peranan token ekonomi -Pemerhatian Murid


membantu menangani murid - Senarai semak
bermasalah tingkah laku distruptif
di luar bilik darjah?

3. Adakah tingkahlaku distruptif -Pemerhatian Murid


55

mengganggu proses pengajaran - Senarai semak


dan pembelajaran di dalam
bilik darjah?

4. Adakah tingkahlaku distruptif -Pemerhatian Murid


mengganggu tahap kawalan - Senarai semak
kelas guru?

4.4 Perancangan Tindakan

4.4.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian selama tiga minggu di dalam tiga kelas tersebut, telah dapat di kenal
pasti beberapa orang murid yang selalu tidak mendengar arahan dan membuat bising
sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Selain itu
terdapat juga murid-murid yang tidak suka berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti P&P
berkumpulan dijalankan.

4.4.2 Temu-bual dengan guru peserta kajian

Pengkaji telah menemubual dan berbincang dengan tiga orang guru peserta kajian untuk lebih
mengenali latar belakang, kelakuan dan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid-murid
56

tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pengkaji mengenal pasti punca masalah tingkah laku
distruptif yang mengganggu kawalan kelas tersebut dan kemudian mencari jalan penyelesaian
yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.

4.5 PERLAKSANAAN TINDAKAN

4.5.1 Peraturan-peraturan Kelas

Pada minggu kedua, pengkaji telah memperkenalkan satu set peraturan-peraturan yang
ringkas kepada murid-murid dalam kelas. Peraturan-peraturan tersebut di paparkan dalam
bentuk PowerPoint dan juga satu jadual untuk dilekatkan dalam kelas.

Peraturan-peraturan yang dikenakan adalah seperti berikut:


1. Murid-murid dikehendaki untuk tidak membuat bising sewaktu P&P dijalankan.
2. Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan,
tetapi dengan nada suara yang lembut.
3. Murid-murid harus bekerjasama dalam kumpulan masing-masing sekiranya aktiviti
berkumpulan dijalankan.
4. Murid-murid harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu P&P
dilaksanakan.
5. Murid-murid harus menghantar kerja rumah atau kelas yang diberikan pada masa yang
telah ditetapkan.

4.5.2 Kaedah Ganjaran Dan Hukuman

Seterusnya, pengkaji memperkenalkan satu papan ganjaran kepada murid-murid di dalam


kelas. Melalui papan ganjaran ini, terlebih dahulu pengkaji akan membahagikan murid-murid
ke dalam 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai nama kumpulan tersendiri yang
57

berlandaskan kepada nama kereta kegemaran. Antara nama yang digunakan: Honda, BMW,
Toyota, Proton dan Nissan.

Sekiranya tingkah laku murid-murid adalah baik sepanjang P&P yang dijalankan
untuk satu sesi, maka satu permata akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Manakala
untuk kumpulan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan-peraturan yang disenaraikan di
atas , maka satu permata dari kumpulan mereka akan diambil oleh guru.

Kaedah ini akan dijalankan selama tiga minggu di kelas tersebut. Pada akhir tiga minggu
tersebut. Kumpulan yang mengumpul permata terbanyak akan diberi ganjaran token ekonomi
berbentuk hadiah misteri oleh guru. Untuk kumpulan yang jumlah permata terendah akan
diberikan hukuman yang ditentukan oleh guru.

4.6 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, analisis kandungan yang digunakan untuk membuat analisis bagi data
pemerhatian, data temu bual dan data soal selidik. Dari segi pemerhatian, pengkaji telah
membuat penganalisisan catatan dalam borang pemerhatian bagi setiap PdPC yang telah
dilaksanakan. Pengkaji meneliti setiap tingkah laku murid, tindak balas mereka, pergerakan,
karenah, ekspresi muka dan yang penting sekali perubahan tingkah laku mereka. berdasarkan
pemerhatian awal sebelum menggunakan kaedah token ekonomi ini didapati murid-murid
58

tidak memberi salam kepada guru dengan nada yang menghormati. Apabila guru memulakan
pengajaran, murid-murid masih bercakap dan merayau-rayau dalam kelas terutamanya murid
A, B, C dan D. Terdapat juga tiga orang murid yang mempersendakan guru apabila ditegur.

Hasil dari pemerhatian, penggunaan token ekonomi ini membantu guru dalam
mengetahui sejauh manakah keberkesanaan kaedah ganjaran dan hukuman terhadap tingkah
laku distruptif bagi murid-murid bermasalah pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu,
kaedah token ekonomi ini juga menambah baik amalan guru dalam proses PdPC dari segi
kawalan kelas.

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


59

5.1 RINGKASAN KAJIAN

Berdasarkan hasil kajian ini, dapat di rumuskan bahawa pendekatan yang digunakan sangat
berhasil mengubah sikap yang negatif kepada lebih positif. Ini membuktikan bahawa
ganjaran seperti pujian dan token ekonomi merupakan salah satu teknik yang mampu
memberikan kesan dan memberi motivasi kepada murid sekiranya ia dilaksanakan sesuai
dengan masalah yang hendak diselesaikan. Hal ini selari dengan pendapat Shapiro &
Goldberg (1986) dan Anna McLauhglin, (2007) yang menyatakan bahawa penggunaan
kaedah token ekonomi berkesan untuk meningkatkan tingkah laku positif murid. Justeru itu,
sekiranya guru telah mengetahui perkara yang diminati oleh seseorang murid, maka ia mudah
memberikan idea sebagai satu peneguhan positif untuk memperbaiki kelemahan tingkah
lakunya dan meninimbulkan keiinginan yang tinggi dalam diri murid untuk mendapatkan
token ekonomi iaitu hadiah sebagai peransang bertingkah laku positif. Maka, tidak menjadi
kesalahan kepada seorang guru untuk menggunakan cara tersebut sebagai jalan penyelesaian
kepada sikap yang negatif. Menurut Abikoff dan Hecttman (Davison 2006: 685) telah
menyatakan bahawa untuk mengubah tingkah laku perlu mengikut prinsip-prinsip Model
Pelaziman Operan. Dalam prinsip tingkah laku tersebut menunjukkan hasil jangka pendek
untuk memperbaiki tingkah laku sosial dan akademik. Dalam matapelajaran Pendidikan
Islam juga menerapkan, pemberian ganjaran yang baik terhadap tingkah laku baik dari anak
didik merupakan sesuatu nilai yang murni.

Sehubungan dengan itu, ganjaran yang berbeza boleh diberikan bergantung kepada
seseorang individu itu. Pada masa akan datang kajian ini boleh diperhalusi dengan
memanjangkan tempoh masa pelaksanan sistem token ekonomi ini agar dapat mengekalkan
tingkah laku positif menjadi perkara rutin yang berkekalan secara konsisten. Selain itu, sistem
token ekonomi ini boleh diaplikasikan juga terhadap murid kelas aliran perdana dalam
mengawal tingkah laku dan meningkatkan penguasaan serta prestasi akademik di sekolah.

5.2 PERBINCANGAN
60

Token ekonomi adalah sebuah teknik di mana individu mendapatkan token untuk tingkah
laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh
simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan
tingkah laku yang diinginkan terhadap seseorang. Token ekonomi juga digunakan sebagai
intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui sebuah struktur
semasa rawatan (Miltenberger, 2008). Penggunaan token ekonomi adalah salah satu kaedah
yang sangat sesuai untuk murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran kerana peneguhan
seperti ini dapat memotivasikan diri mereka.

5.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Sebagai cadangan pada masa hadapan, kaedah token ekonomi ini boleh diubah suai untuk
dijadikan sebagai kit pemulihan bagi semua masalah tingkah laku negatif yang lain seperti
suka mengganggu rakan, mencederakan rakan dan tidak menyiapkan kerja sekolah namun
kaedah yang digunakan hendaklah berlainan dan bersesuaian dengan situasi murid. Selain itu,
dengan menambahbaik cara pengumpulan data selain daripada mengambil gambar,
pengumpulan data dengan menggunakan rakaman video dapat digunakan sebagai salah satu
cara yang sesuai untuk memperoleh data. Setelah menjalankan kajian ini, diharap di masa
hadapan, kajian-kajian lain yang berkaitan dengan kawalan kelas boleh dilaksanakan. Seperti
menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman tetapi di kelas-kelas dan sekolah yang berbeza,
menggunakan kaedah-kaedah yang lain dalam kawalan kelas, menggabungkan pelbagai
kaedah dalam kawalan kelas dan memulakan penyelidikan tindakan lain.

5.4 KESIMPULAN

Kajian ini adalah salah satu amalan positif dan sebagai penambahbaikkan guru terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kekuatan dan kelemahan perlu diambil
kira dalam setiap tindakan yang dijalankan. Guru-guru perlu mengambil dan mencari jalan
61

penyelesaian dalam menyelesaikan masalah tingkah laku murid agar ia tidak berulang. Ia
juga sekali gus memastikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak
terganggu dengan tingkah laku yang di lakukan oleh murid. Kaedah token ekonomi dan
pujian ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan keberkesanan kawalan kelas
dan meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
dalam kelas malah memberikan impak yang positif. Hal ini terbukti bahawa hasil dari kajian
tersebut mendapati perubahan tingkah laku suka tidur di dalam kelas dapat dihentikan. Ini
menunjukkan murid- murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran juga suka kepada
ganjaran. Ganjaran yang diberikan ini menjadi satu motivasi yang boleh mengawal tindakan
murid untuk berkelakuan lebih baik dan positif serta konsisten secara berterusan

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan, (2009). Guru sebagai penyelidik . Pts Professional,
KualaLumpur.

Anshori, M. dan S. Irawati. (2009). Metodologi Penelitian Kuantitatif. Airlangga University


Press (AUP). Surabaya.

Amir Awang (1986), Teori-teori Pembelajaran, Kuala Lumpur: FajarBakti.


62

Chong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah
Sarjana Muda Penguruan Dengan Kepujian. Selangor. Kumpulan Bidiman Sdn. Bhd.

Lee Soon Guan, (2007). Tuntas 3: Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2007.Yusran Publishing
House, Kedah Darul Aman.

Mohd Sahandri Gani Hamzah & Saifuddin Kumar Abdullah (2007). Model Prestasi Kerja
Dalam Kalangan Penjawat Awam Teknologi Pendidikan:Satu Penerokaan
Analitik.Putrajaya:Jabatan Pengajian Politeknik. KementerianPengajianTinggi
Malaysia.

Mohamad Khairudin Bajuri1 , Rohaida Mohd. Saat2 , M. Y. Zulkifli Mohd. Yusoff3 , Noor

Naemah Abdul. (2012). Konsep Ganjaran Dalam Aktiviti Pembelajaran:


Pengamalannya Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Terengganu. Terengganu.

Mok Soon Sang (2002). Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bh

Mok Soon Sang. (2011).Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.


Bhd.

Ngu Mee Kok, (2009). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kelas

Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman Untuk Murid Tahun 3. Koleksi


Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.132-146

Noor Hayati Mustaffa (2000). Menguji Keberkesanan Token Dalam Mempengaruhi


Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Bagi Pelajar Pemulihan Di SK Padang
Besar Utara Perlis. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 24-
30.
63

Noriati A. Rashid, Boo, P. Y., &Wong, K. W. (2010). Asas Kepimpinan Dan


Perkembangan Professional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Osman Hashim, & Ahmed Ghazie Ibrahim. (2007). Ke Arah Peningkatan Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Jurnal Masalah Pendidikan, 30(1),3749.

Rohana Yusof (2003). Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur, PTA Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

RohatyMohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.

Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (1993). Behaviour Management. New York :
Macmillan.Alberto & Troutman (1986). Applied behaviour analysis for teachers.
Toronto. Child, D. (1993). Psychology and the teacher. London : Cassell.