Anda di halaman 1dari 2

BAB 1

ISU DAN CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara.
Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar
dengan perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau
negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara.Peranan sistem
pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan
yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara
memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi
dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan
perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi
maklumat member kesan secara langsung atau tidak langsung
dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan
yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam
sistem pendidikan kita.Sistem pendidikan akan berubah sejajar
dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan
aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh
menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem
pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang
perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk
menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad, dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari
Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat
supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf
mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut,
dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga
memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-
masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia,
negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara
maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah
seiringdengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan
antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan
masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalamu capannya
memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita
sendiri". Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut,
negara kita Malaysia juga tidak terlepas dengan situasi yang
mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan
negara yang dihormati dan bertaraf dunia.
2.0 KEBERKESANAN KURIKULUM DI SEKOLAH DAN PENGURUSAN
PENDIDIKAN

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi


kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan
dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui
Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan
juga program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang
berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta
yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook
menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah
tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah
mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak
semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai
perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan
terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia
perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum
untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan
tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang
semakin sengit dan mencabar.

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang


agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi
penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan
di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya adanya
aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah
memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas
rutin seperti:

Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat


keputusan.
Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang
pelbagai.
Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul,
memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar
dan sebagainya.
~ Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah

peperiksaan pelajar.