Anda di halaman 1dari 17

TARIKH : 30 MAC, 2017

TEMPAT : BILIK WAWASAN SMK. ARAU


Para tetamu dari UniKL yang terdiri
daripada Pensyarah dan Fasilitator
program sedang diraikan oleh Tn.
Pengetua bersama pihak pengurusan
Smkarau dalam majlis sarapan pagi.
Program berlangsung selepas sesi
pendaftaran di Dewan SMK. Arau yang
melibatkan para pelajar Ting. 5 & 6.
Sesi bermula dengan slot Ice
Breaking.
Para peserta begitu teruja sekali
menjalankan aktiviti yang
disediakan dalam Program
Kecemerlangan Smkarau
bersama UniKL.

PAra peserta program


sedang menumpukan
perhatian kepada arahan
fasilitator untuk aktiviti
dalam Slot Kepimpinan
Berwawasan.

Para pelajar begitu tertarik sekali dengan


aktiviti dalam slot Kepimpinan Berwawasan.
Fasilitator begitu mesra melayan para pelajar
dengan menyampaikan penerangan/taklimat
mengenai aktiviti-aktiviti yang disediakan
dalam program ini.
Para peserta begitu teruja
sekali menjalankan
aktiviti yang disediakan
dalam Program
Kecemerlangan
Smkarau bersama
UniKL.
Para peserta program begitu fokus sekali
melakukan aktiviti dalam slot Kepimpinan
Berwawasan dalam Program Kecemerlangan
Smkarau Sehari Bersama UniKL.
Para peserta program sedang dibimbing oleh
Fasilitator dalam slot Kenali Anda.

Ketua Fasilitator program


sedang mengendalikan slot
Road To Success dengan
bantuan rakan-rakan fasilitator.
Slot terakhir dalam program bersama UniKL
ialah Majlis Perasmian Penutup yang telah
disempurnakan oleh Tn. Hj. Md. Jamil Aziz
Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling yang
mewakili Pengetua Smkarau.
Majlis Penyampaian
Hadiah dan
Cenderamata telah
disempurnakan oleh Tn.
Hj. Md. Jamil Aziz yang
mewakili
Pengetua SMK. Arau.
POST ISTIMEWA FASILITATOR UNIKL BERSAMA KAUNSELOR DAN

PESERTA PROGRAM (PELAJAR TINGKATAN 5/6)

SMKARAU- 2017
Majlis Penutup Minggu Haluan Pelajar Pra
U (R)
yang di sempurnakan oleh Tn. Hj. Azni
Man, Pengetua Cemerlang SMK. Arau
TIARA KATA

Sekalung taniah kepada AJK yang terlibat dalam menjayakan PROGRAM MINGGU HALUAN PELAJAR
PRA-U (R) SESI 2014 dengan bertemakan BERSAMA MENYUMBANG KE ARAH
KECEMERLANGAN SMK. ARAU, khususnya kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Arau. Saya
percaya tanpa sokongan serta kerjasama daripada semua pihak yang terlibat tentunya program ini tidak
dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Dengan terlaksananya program ini, saya amat berharap para pelajar yang telah menyertai program ini
telah dapat menimba banyak pengetahuan dan pengalaman yang dapat membantu mereka untuk
mempersiapkan diri ke arah mencipta kejayaan dan kecemerlangan bagi menghadapi kehidupan masa
depan. Saya yakin dan percaya bahawa perancangan aktiviti yang disusun dalam program ini dapat
membantu meningkatkan motivasi dan jatidiri diri para peserta untuk mempersiapkan diri dalam
menempuh alam pendidikan yang lebih tinggi di Tingkatan 6 sehinggalah ke IPT nanti. Sehubungan itu,
saya berharap para pelajar perlu memahami dengan sejelas-jelasnya VISI dan MISI sekolah kita ke arah
merealisasikan Pembangunan Insan Kelas Pertama. Insya-Allah berkat kerjasama yang ditunjukkan
oleh kita semua warga SMK Arau ini, semoga direstui Allah dan segala perancangan dan usaha murni
kita semua akan di makbulkan-Nya.

PELAJAR CERMERLANG INSTITUSI GEMILANG

(HJ. AZNI BIN MAN)


Pengetua
SMK Arau,02600 Arau, Perlis.

SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat pihak kami, Unit
Bimbingan Dan Kaunseling SMK Arau melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak
sekolah bagi menjayakan Program Minggu Haluan Pelajar PRA-U Sesi 2014 yang telah berlangsung
dengan jayanya mengikut perancangan.

Di kesempatan ini, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua AJK Program dan pelajar-pelajar PRA-U (A) yang telah memberikan
komitmen serta kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Tanpa kerjasama tersebut sudah
tentulah pihak Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK. Arau tidak akan termampu untuk melaksankan
program ini dengan sebaiknya.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Pengetua,
Penolong-Penolong Kanan (Pentadbiran. HEM dan Kokurikulum) dan Pen. Kanan Ting. 6 SMK Arau yang
telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Boleh dikatakan sebelum program ini
berlangsung, pihak pentadbir sekolah akan sentiasa berbincang dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling
dalam menguruskan persediaan yang perlu yang telah dirancang untuk melaksanakan program ini agar
berlangsung dengan jayanya.

Di samping itu, tidak lupa juga kepada semua Guru Tingkatan 6 serta semua AJK program yang
bersama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan program ini .
Akhir kata, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Arau amat berbangga dan berterima kasih kepada
semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan ini.

Daun selasih , ubi kayu


Terima kasih , thank you
Disediakan Oleh,

HJ. MD. JAMIL BIN AZIZ PN. ALIMAH BAJURI PN. SITI NOR AZURA HUSSEIN
Penyelaras Program Minggu Setia Usaha Program Bendahari Program
Haluan Pelajar PRA-U, 2014
SMK.Arau.

RUMUSAN :

Program Minggu Haluan Pelajar Pra-U Sesi 2014 ini telah berlangsung dengan jayanya. Sebagai peneraju yang
melaksanakan program ini, kami dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK. Arau mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini dan kepada semua peserta yang telah
memberikan kerjasama yang amat menggalakkan dalam aktiviti-aktiiti yang telah dirancangkan. Rata-rata maklum
balas yang diterima daripada para peserta yang menyertai program ini menyatakan kegembiraan mereka kerana
telah mendapat pengalaman serta pengetahuan baru daripada program ini. Sebenarnya para pelajar di mana-mana
institusi pengajian adalah diwajibkan menyertai program sebegini kerana untuk mendapat pendedahan tentang
persekitaran yang baru agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Dengan pelaksanaan program
sebagini para peserta akan mendapat pendedahan untuk membuka mata dan minda mereka dengan pengetahuan
serta pengalaman baru yang boleh membantu mempertingkatkan pemikiran serta jatidiri dalam menempuh
pembelajaran di era globalisasi masa kini. Adalah diharapkan agar pihak sekolah serta PIBG akan terus memberikan
kerjasama dan sokongan kewangan dalam membantu menjayakan program-program seumpama ini pada masa
hadapan demi untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan dan semangat jatidiri para pelajar SMK. Arau.

PENUTUP:

Program Minggu Haluan Pelajar Pra-U ini merupakan antara program dalam Kalender Perancangan Unit Bimbingan
Kaunseling pada setiap tahun. Program seumpama ini merupakan satu acara tahunan sekolah khususnya kepada
Unit Bimbingan Kaunseling yang wajib dilaksanakan setiap tahun untuk memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai persekitaran baru dan budaya sekolah yang selaras dengan Visi dan MISI SMK. Arau. Ianya sudah
menjadi kelaziman bahawa program ini akan dipertanggungjawabkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk
mengendalikannya.

Program sebegini amat bermanfaat kepada para pelajar kerana mereka akan mendapat pengetahuan dan
pengalaman baru bagi membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Semoga pengetahuan serta
pengalaman baru tersebut akan membakar semangat mereka untuk terus berusaha bagi mengekalkan
kecemerlangan diri dalam mengejar cita-cita hidup masa depan. Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diberi mandat
untuk menyelaraskan program ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam membantu menjayakan program ini dan mengharapkan objektif program ini tercapai.

Disediakan oleh;

Hj. Md. Jamil Aziz


Kaunselor Pelajar
SMK. Arau.

Dokumentasi

MANTAP 6
UNIT BIMBINGAN
KAUNSELING

SMK. Arau- 2014

Anda mungkin juga menyukai