Anda di halaman 1dari 4

SJK(C) KWONG MAN, BATU KURAU

LAPORAN HARI SUKAN SEKOLAH TAHUN 2016

Tarikh : 29 Julai 2016


Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : SJK(C) Kwong Man, Batu Kurau
Kehadiran : 60 orang murid ( Tahun 1 hingga Tahun 6) dan 15 orang guru.

Pada 29 Julai 2016, Unit Sukan SJK(C) Kwong Man telah menganjurkan Hari Sukan
Sekolah untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Jumlah murid yang menghadiri
sukan sekolah tersebut adalah seramai 60 orang.

Tujuan hari sukan ini adalah menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat
membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan
kebolehan dalam bidang sukan selaras dengan misi sekolah dalam memberikan
pendidikan berkualiti yang menyeluruh ke arah membentuk pelajar berilmu dan
berhemah tinggi selaras dengan falsafah dan aspirasi negara. Program ini juga bertujuan
menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang
sukan selaras dengan dasar KPM yang diperkenalkan.

Laporan Hari Sukan Sekolah


Pada permulaan hari sukan Sekolah SJK(C) Kwong Man, guru mengambil kehadiran
murid. Selepas itu, aktiviti senamrobik dimulakan dengan himpunan semua murid dan
guru dengan dibimbing oleh pelatih yang dilantik oleh pihak sekolah.Kemudian, murid
Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 terlibat dalam aktiviti perbarisan sekolah.
Dalam acara perbarisan, murid murid akan memegang bendera rumah sukan masing-
masing dan berarak secara beramai ramai dengan iringan lagu sukan.
Selepas itu, murid akan berarak menuju ke dataran sekolah dan mendengar arahan guru
sebagai marshal ,seterusnya meneruskan perbarisan ke padang sekolah. Acara seterusnya
diteruskan dengan acara sukan yang melibatkan Tahap 2 mengikut kategori lelaki dan
perempuan seperti acara lari 100 meter, acara lari berhalangan, acara lontar peluru dan
lain lain. Seterusnya, acara yang dijalankan melibatkan Tahap 1 dan Tahap 2 dengan
acara sukaneka seperti imbang bola pingpong dengan sudu, lari dalam guni, lari dengan
terompah,acara langkah bata, isi air dalam botol dan lain lain.

Kemudian, guru besar memberikan ucapan sebagai tanda penghargaan kepada semua
pihak yang bertungkus lumus menjayakan hari sukan sekolah. Majlis penyampaian
hadiah diadakan pada hari yang sama bagi murid-murid yang memenangi acara yang
dijayakan.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI

KELEBIHAN

Murid dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan tentang acara sukan sekolah.
Murid dapat menikmati sambil bersenam mengeluarkan peluh.
Murid dapat memahami kepentingan bersenam dan bersukan dalam rutin harian.

KELEMAHAN

Ada dalam kalangan murid yang tidak terlibat secara aktif dalam acara sukan.
Kekurangan alatan sukan semasa persiapan untuk sesetengah acara sukan.
Murid kurang stamina kerana kurang membuat latihan senaman.

CADANGAN MEMPERBAIKKAN KELEMAHAN

Menggalakkan murid memperbanyakkan latihan senaman di sekolah.


Mengcadangkan pihak sekolah untuk menambah lagi alatan sukan sekolah dari
semasa ke semasa.
Mempelbagaikan cara pengajaran untuk menarik perhatian murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________ ___________________
(EN. AHMAD KAMIL ADNAN) (PN. YEAP LAY PIN)
Penyelaras Sukan Guru Besar
SJK(C) Kwong Man SJK(C) Kwong Man

Anda mungkin juga menyukai