Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk


memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Dalam dunia pendidikan, penilaian
yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi
maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang
keputusan yang tepat.

Pengukuran dan penilaian dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kecergasan


masyarakat di negara kita. Seperti yang kita sedia maklum, statistik obesiti di negara kita
kian meningkat saban waktu. Di samping itu, dengan adanya ujian, pengukuran dan
penilaian, kita dapat mengenalpasti tahap kecergasan kita.

2.0 Definisi dan konsep Ujian, Pengukuran dan Penilaian

2.1 Ujian

Ujian adalah satu tugasan atau siri tugasan yang digunakan untuk mendapatkan
satu pemerhatian (maklumat) yang sistematik di mana tugasan itu diandaikan mewakili
ciri atau atribut pendidikan yang hendak ditentukan. Selain itu, ujian juga merupakan
satu alat digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa dan selepas
pengajaran. Selain itu, ujian boleh dihasilkan dalam beberapa bentuk seperti soalan
bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal dan pemerhatian tingkah laku melalui
senarai semak atau rekod anekdot.
Di samping itu, menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.
Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk
ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert
atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

1
2.2 Pengukuran

Menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian


berdasarkan peraturan tertentu. Oleh itu, pengukuran juga ditakrif sebagai membina,
mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Selain itu, sebagai satu kaedah yang
digunakan untuk mendapatkan keptusan yang bersifat angka atau kuantitatif.

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian.


Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara
numerik atau melalui nombor tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain
langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses


mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau
penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan
maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus
kepada sebanyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan
proses tertentu.

2.3 Penilaian

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama
ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini adalah bertujuan
untuk membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang
melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Di samping itu, penilaian juga merupakan suatu proses untuk mengumpul,


menganalisis dan mentafsir data yang diperoleh serta berupaya memberikan maklum
balas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran serta dapat
membantu guru meletakkan asas keberkesanan pengajaran. Penilaian merupakan
sebahagian daripada proses dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

2
Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang
berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif ataupun melibatkan kedua-duanya
sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam
bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta
diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif
pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-
nombor, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar.

Anda mungkin juga menyukai