Anda di halaman 1dari 18

< HBSI 4103_V2 >

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS4103_V2

PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W

SEMESTER JANUARI 2017

NO. MATRIKULASI : 791206135060001


NO. KAD PENGENALAN : 791206-13-5060
NO. TELEFON : 019-8155001
E-MAIL : noridah612@oum.edu.my
NAMA PENSYARAH : Encik Hamilan B Soni

PUSAT PEMBELAJARAN : KUCHING LEARNING CENTRE

0
< HBSI 4103_V2 >
ISI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Halaman

1 Pengertian maksud Isra dan Mikraj 2-3


2 Peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa Isra dan 4 - 10
Mikraj.

3 Pengajaran daripada peristiwa Isra dan Mikraj 11-12


4 Cara mendekatkan masyarakat tentang penghayatan 13
peristiwa Isra dan Mikraj
5 Kesimpulan 14 - 15
6 Rujukan 16

1.0 Pengertian maksud Isra' dan Mikraj

1
<HBSI 4103_V2 >
Isra' dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami
oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang
tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia
Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan
kekuasaan-Nya. Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh
alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan
meyakini bahawa Isra' Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi
Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali.
Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku
Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Isra' bererti perjalanan Nabi SAW dari
Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa
ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam
hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami
berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Q.S. Al-Israa: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil
Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT
sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

2
HBSI 4103_V2 > <
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam
bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi Sidratul-Muntaha; yang di
sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa. (Nabi Muhammad melihat Jibril
dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa Sidratul-
Muntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak
terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan
dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan
melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah
melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya
pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi
Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram
ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan
ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini
diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah
pada malam yang sama.

Pengertian Isra 'dan Mi'raj secara ringkas.


o Pengertian Isra 'Menurut Bahasa dan Istilah
Secara bahasa, Pengertian Isra 'adalah berjalan pada malam hari.
Sedangkan Menurut Istilah Isra 'adalah perjalanan Nabi Muhammad saw. pada
malam hari dari Masjid Haram ke Masjid Al-Aqsa.

o Pengertian Mikraj Menurut Bahasa dan Istilah


Pengertian Mi'raj Menurut bahasa adalah tangga untuk naik ke atas.
Sedangkan pengertian Mi'raj adalah perjalanan Nabi Muhammad saw. naik dari

3
<HBSI 4103_V2 >
bumi ke langit ketujuh dan dilanjutkan ke sidratulmuntaha hingga menerima wahyu
di hadirat Allah swt.

2.0 Peristiwa-Peristiwa Yang Berlaku Semasa Isra' Mikraj

2.1 Sebelum Isra' dan Mikraj

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan


dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul
hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan
hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan
dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang
bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan "Israk" itu.

2.2 Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail
dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah),
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

4
< HBSI 4103_V2 >
Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit
dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:


1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila
dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini
berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang
berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda
bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau
kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-
anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya)
yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu
mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat
kepala mereka untuk sujud (solat).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan
bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.

5
HBSI 4103_V2 >
<
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-
masing mempunyai isteri/suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan
amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting
besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia
sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata
Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan.
Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.
Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang
mensia2kan umurnya sampai ke tua.
13. Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.

6
HBSI 4103_V2 >
<
14. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda
masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan
mursalin menjadi makmum.

15. Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan
susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda
membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda
akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke
atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan
riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan
mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina
perempuan.

Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk
dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang
dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

7
< HBSI 4103_V2 >

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya
dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu
dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang
masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu
bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-
Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi
Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa
Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku
kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha
Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula Wa La Quwwata Illa Billahil -
'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan
sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk
ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul
di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan


pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada
pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu
lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar
menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua
keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat

8
HBSI 4103_V2 >
<
menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya
baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.


Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.
Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki
di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada
masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat


Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas
sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT: Ya Muhammad.


Rasulullah: Labbaika.
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan
Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan
memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau
ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang
buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan
ibunya daripada syaitan.

Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai


penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan
buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan
keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-
Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu

9
HBSI 4103_V2 >
<
ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf
dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua
yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50
(waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian


Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada
Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah
perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan
mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

2.3 Selepas peristiwa Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-
Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini
baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku
pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

10
< HBSI 4103_V2 >

3.0 Pengajaran daripada peristiwa Isra' dan Mikraj


Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran
berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran
berguna tersebut ialah:
Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala
ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah
yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan,
dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi
telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan
demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan
Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada
Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.
Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua
larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya


sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai
bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai
akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.
Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala
mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala.
Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan
riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua
memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala

11
HBSI 4103_V2 >
<
perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana
begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya
perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan
ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain
seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung
oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa
perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat
berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di
akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan
Allah, iaitu ketika bersolat.

Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar


keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini
kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan
dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit
itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah


lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita
kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam
kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk
mengeratkan hubungan. Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan
kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang
terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat
membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha
meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk
peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi
masa kini.

12
< HBSI 4103_V2 >

4.0 Empat cara mendekatkan masyarakat tentang penghayatan peristiwa Isra dan
Mikraj.
Bagi memberi lebih penghayatan kepada masyarakat Islam masa kini tentang peristiwa
Israk dan mikraj.Pendekatan yang yang sesuai hendaklah dititikberatkan dengan faktor
masyarakat di era moden kini khsusunnya untuk menarik golongan muda agar turut sama
meningkatkan penghaytan terhadap peristiwa Isra' dan Mikraj.Di sini di di sarankan
empat cara atau pendekatan yang dikira bersuaian dengan masyarakat masa kini.Selain
pendekatan biasa contohnya seperti ceramah dan kuliah agama. Dakwah melalui media
amat luas, merangkumi:
1. Mendekatkan masyarakat tentang penghayatan Isra' dan Mikraj melalui
media cetak.
Buku.
Surat khabar.
Majalah / buletin.
Lain-lain.

2. Mendekatkan masyarakat tentang penghayatan Isra' dan Mikraj melalui


media siber dan sosial (alam maya/internet).
Website (Sesawang).
Blog
Ceramah Interaktif (Pal Talk dsb).
Facebook
Instagram

13
< HBSI 4103_V2 >

3. Mendekatkan masyarakat tentang penghayatan Isra' dan Mikraj melalui


media massa/penyiaran (radio, televisyen).
Penyiaran secara langsung.
Penyiaran secara rakaman.

4. Mendekatkan masyarakat tentang penghayatan Isra' dan Mikraj melalui aplikasi


android atau ios yang boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar.

5.0 Kesimpulan

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain.
Justeru, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung
dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan,
baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun
untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi
masa kini.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-
benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-
bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam
(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan
Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj ini juga merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT.Allah SWT telah menunjukkan bukti-
bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.Yang menjadi agenda utama
sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam,
baik untuk peribadi baginda s.a.w. mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah
ditetapkan.Justeru,ini dapat dilihat bahawa betapa pentingnya sembahyang di dalam
kehidupan seseorang Muslim , maka marilah kita tanamkan pendidikan Islam secara
umum dam pendidikan agama secara khusus kepada anak-anak kita .

14
< HBSI 4103_V2 >

Kita mesti ada perancangan terutama yang berkaitan masa depan anak-anak dengan
dibekalkan mereka dengan pengajaran agama, supaya nanti mereka tidak lupa dan salah
faham mengenai agama Islam, tidak lagi yang tidak tahu Rukun Islam dan Rukun Iman
dan ia akan menyedarkan mereka untuk menguasai seluruh kehidupan dengan amalan
baik dan sempurna.

Jadikanlah, pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra dan Mikraj sebagai langkah
untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah
dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia.Kita sebagai hamba Allah , tugas kita
bukan sahaja memperingati peristiwa Israk Mikraj ini malah kita haruslah
mempraktikkan apa yang patut diambil berdasarkan pengajaran daripada peristiwa Israk
Mikraj ini untuk mendapatkan keredaan daripada Allah SWT.Hasil daripada pengabdian
yang ikhlas kepada Allah SWT yang Maha Esa dan Maha Berkuasa,maka akan lahirlah
insan yang teguh iman dan ehsan kepada-Nya semata-mata untuk mencari keredhaan-
Nya.
3000 patah perkataan

15
< HBSI 4103_V2 >

Rujukan

Mustafa al-Siba'ie. ( 2004 ).Perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w.Alor Setar :


Pustaka Darul Salam.

Mohammad Said Ramadan Al-Buti. ( 1967 ).Fiqh al-Sirah Beirut :Dar al-Fikr al Hadith.

Na'eem Siddiqui. ( 1983 ). Nabi Muhammad ( s.aw) pembina umat. Petaling Jaya :
Pustaka Salam.

Nik Abdul Aziz Bin Mat. ( 2008 ). Sirah nabawiyah: Insan teladan sepanjang zaman .
Kuala Lumpur : Nufair Street Sdn Bhd.

Suhaili , Ahmad Abi al-Hassan. ( 1997 ). Al-raudathul unuf fi tafsir al-sirah nabawiyah.
Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Zulkifli Mohd Yusuf & Noor Naemah Abd. Rahman. ( 2007 ). Biografi Muhammad bin
Abdullah.Bentong,Pahang : PTS Publications.

16
< HBSI 4103_V2 >

17