Anda di halaman 1dari 2

MEMAJUKAN INDUSTRI MAKANAN TRADISIONAL : USAHA-USAHA

Dewasa ini makanan tradisional sangat popular dalam kalangan


masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya.
Sebenarnya, makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga
ke peringkat antarabangsa. Terdapat pelbagai makanan tradisional
mengikut kaum di Malaysia iaitu Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo, Dodol,
Karipap dan Bahulu. Justeru, pelbagai usaha dalam memajukan industri
makanan tradisional yang diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas telah dilaksanakan.

Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh


mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini
dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik
minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. yang memang
hanya popular pada musim-musim perayaan semakin menambat hati raja
sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati
tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih
Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi
kini.

Selain itu, pengusaha industri tradisional haruslah bijak mencari


peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan
produk mereka di peringkat domestik mahupun global. Sekiranya
pengusaha industri tradisional mengaplikasikan pendekatan global dalam
mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah satu hari nanti produk
industri tradisional negara mampu duduk sebaris dengan produk
industri tradisional antarabangsa. Misalnya pengusaha
industri tradisional haruslah lebih berinisiatif dan kreatif dalam
memanipulasikan teknologi ICT. Oleh itu, industri tradisional dapat bersaing
secara kompetitif di peringkat global.

Di samping itu, penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk


meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Hal ini demikian kerana
penghasilan produk industri tradisional yang semakin meningkat dan
berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Sebagai contoh,
penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk
industri tradisional yang berkaitan dengan pembuatan makanan tradisional.
Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai
lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri tradisional.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding


bahu dalam menyokong usaha-usaha ini. Sejajar dengan itu, nama negara
Malaysia akan terus mekar dan industri makanan tradisional perlu terus
dikomersilkan hingga ke arena yang lebih tinggi. Oleh itu, industri makanan
tradisional akan terus berkembang seiring dengan kemajuan pembangunan
negara. Nama dan imej negara juga akan terus terjaga dan terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai