Anda di halaman 1dari 3

Pembentangan ruu355 (TGHH usul persendirian)

i. Lakukan tugas dalam ruang lingkup sebagai ahli parlimen


ii. Bagi meminda akta 355 sedia ada
iii. Yang pertama diluluskan pada 1965
iv. Dipinda pertama kali pada 1984
v. 26/5/2016, pertama kali kemukakan usul pindaan akta 355 bukan untuk
wujudkan undang2 baru sebaliknya hanya meminda, terkait batas
hukuman sedia ada
vi. Perubahan dari batas maksimum hukuman sejak 1984 (rm5000, 6
sebatan, 3 tahun penjara) kepada 6 tahun penjara, rm100,000, 100
sebatan syari
vii. Usul ini hanya terpakai kepada orang islam, dan tidak kepada non-muslim
sebagaimana dalam akta asalnya
viii. Sejarah buktikan bahwa sejak awal (52 tahun) tidak pernah ada non-
muslim didakwa di bawah akta ini melalui undang2 syariah (negeri2) yang
diwujudkan melalui akta induk ini
ix. Jadi, yang non-muslim tak perlu bimbang kerana mereka tak akan
disabitkan dibawah akta355 ini
x. Usul ini babitkan sebuah akta peringkat persekutuan maka tertakluk
kepada persetujuan pemakaian kepada negeri2 kerana ia di bawah
perlembagaan persekutuan
xi. Urusan agama islam dan pelaksanaan hukum di bawah mahkamah
syariah tertelak di bawah kuasa negeri2, di bawah kuasa dymm spb ydp
agong dan dymm sultan2 dan raja2 selaku ketua dalam negeri
xii. Kenapa akta ini perlu dipinda?
a. Cadangan pindaan adalah untuk perkasakan mahkamah syariah
(sekarang bidang kuasanya sangat terbatas, bidang kuasa mengenai
kesalahan2 setakat yang diberi oleh UU persekutuan)
b. Muslim court criminal jurisdiction act 1965 bidang kuasa hanya
mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih 6
bulan, denda tidak lebih 1000, atau kedua2nya
c. 1984 pinda 356 (penjara 3 tahun, denda rm5000, sebatan sivil 6 kali)
atau gabungan ini masih lebih rendah dari mahkamah majistret
kelas I yang boleh bicara kes yang boleh dihukum dengan hukuman
penjara 10 tahun, boleh jatuhkan hukuman 5 tahun penjara, denda
rm10,000 atau 12 sebatan atau gabungan2nya
d. Yang sekarang juga jauh dari mahkamah sivil sedia ada, contohnya
mengenai hidupan liar. UU sivil boleh peruntukkan hukuman hingga
rm50,000 ke atas individu yang memelihara burung tertentu
(takkanlah nilai burung lebih besar dari nilai aqidah? Ajaran sesat
hanya boleh didenda tak lebih rm5000 sedangkan islam adalah agama
bagi persekutuan sesuai perkara 3(1) perlembagaan persekutuan).
Begitu juga suami yang membiarkan anak2 dan isteri, akan mudah
bayar denda tak melebihi rm5000 berbanding denda puluhan ribu
bahkan mungkin ratusan ribu ringgit bagi kesalahan hampir sama di
mahkamah sivil (maka bagaimana wanita islam dapat keadilan dan
pembelaan sewajarnya? Sedangkan ini negara muslim!)
xiii. Yang dilakukan kita hanya meningkatkan hukuman supaya hampir atau
sepadan dengan hukuman syara islam yang sudah termaktub dalam
sumber2 hukum
xiv. Tidak wajar timbul soal usul355 bertentangan perlembagaan kerana tiada
cadangan perubahan dari konsep asal akta355, hanya pindaan had
hukuman dari akta sedia ada
xv. Setelah diluluskan, ini boleh dibahas batas2 hukum baru untuk setiap
kesalahan jenayah syariah negeri2 sedia ada
xvi. Jangan ada lagi kata ini pintu belakang hudud sebab untuk realisasikan itu
di Malaysia perlu pinda beberapa bagian dalam perlembagaan dan ini
sukar dilakukan
a. Akta 355 hanya terhad bidang kuasa mahkamah syariah seperti dalam
butiran 1 senarai negeri jadual ke-9 perlembagaan persekutuan
maka kesalahan2 bawah penal code (kanun keseksaan) di bawah
persekutuan, seperti mencuri, merompak, membunuh, mencederakan
dll
b. Perkara 76A perlu dipinda supaya negeri2 boleh gubal undang2 bagi
kesalahan2 di bawah kuasa persekutuan
c. Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu diskriminasi dan
ketidak-adilan, dan kesamarataan (beza undang2 kerana beza agama)
xvii. Ahli dewan yang non-muslim tak boleh tolak hanya kerana mereka non-
muslim kerana mereka bertanggungjawab terhadap sekelompok muslim di
kawasan mereka yang mereka wakili Pindaan ini hanya demi
masyarakat islam yang mereka wakili
xviii. Hak autonomi sebenar hasil pindaan akta 355 dinikmati oleh kerajaan
negeri maka kepimpina politik peringkat negeri kena sedar hanya dun
(dengan perkenan sultan dan ydp agong bagi wp) ada kuasa memutuskan
. Akta 355 hanya tetapkan hukuman maksimum yang boleh digubal oleh
dun
xix. Ruu355 untuk perkenalkan prinsip, konsep dan system kehakiman dan
konsep dan cara hukuman islam mendidik penjenayah dan masyarakat,
bukannya menyeksa; prinsip beriman kepada Allah dan hari akhirat,
konsep taqwa dan adil terhadap semua. Beriman kepada Allah dan hari
akhirat merupakan rukun iman bagi muslim yang menjadi hakim di
mahkamah
a. Prinsip beriman kepada Allah dan hari akhirat: (QS ayat 100 sebat
penzina, ujungnya jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;
b. Konsep adil dan taqwa: ayat adil lebih hampir kepada taqwa, ayat
depannya jangan dengan sebab kamu bermusuh dengan sst kaum,
kamu tidak berlaku adil dengan musuh islam pun kena adil,
apatahlagi dengan warganegara (bukan muslim itu bukan musuh
islam, itu adalah sahabat2 kita) yang dianggap saudara (anggota
masyarakat)
xx. Sebat dalam islam tak sama dengan sivil. Alat tak besar, tak kecil, tak
berat dan tak ringan. Tak boleh angkat tangan lebih dari kepala, tak boleh
koyakkan kulit dan mencederakan. Tujuan untuk memalukan, bukan
mnyeksa.
xxi. Pas akan terus bawa obor daulatkan islam dalam kerangkan
perlembagaan sedia ada
xxii. Yb marang mohon agar ruu mahkamah syariah bidang kuasa jenayah
syariah akta 355 diterima untuk dibahas sepenuhnya oleh ahli2 yang
berhormat

Pembahasan ruu 355

A. Menyokong (yb kota bharu)