Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PINANG


11010 BALIK PULAU,
PULAU PINANG ( NO. SIJIL PENDAFTARAN: PBA3009) TEL : 04-8662307

Ruj. Kami : PBA3009/100-4/1/2/2015(11)


Tarikh : 29 Jun 2015

Ketua Polis Daerah Barat Daya,


Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya,
Pulau Pinang

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGUTIP DERMA OLEH PIBG MELALUI PROGRAM JOGATHON.

Merujuk Perkara diatas, pihak PIBG S.K Sungai Pinang akan mengadakan kutipan derma melalui
program jogathon.

2.Berikut butir-butir berkenaan kutipan yang dicadangkan :

2.1. Tarikh Jawatankuasa PIBG yang mempersetujui kutipan ini:


3 April 2015 (minit mesyuarat dilampirkan)

2.2.Tarikh jogathon : 03 Oktober 2015

2.3Tujuan Kutipan : Menambah Tabung PIBG bagi menampung program dan aktiviti
sekolah.

2.4.Cara kutipan : Jualan Kad.

2.5.Amaun kutipan yang dicadangkan : RM 15,000

2.6.Amaun wang yang sedia ada dalam S.A / C. A : RM 2200.18

2.7.Tarikh Tempoh Kutipan : 8 Ogos 2015 8 September 2015

2.8.Kawasan / Daerah Kutipan : Balik Pulau

2.9.Pemungut : Ibu bapa dan guru.

3. Bersama ini juga dilampirkan dokumen-dokumen untuk rujukan pihak tuan:

3.1. Minit Mesyuarat Agung

3.2. Minit mesyuarat AJk PiBG (yang mempersetujui kutipan ini.)

3.3. Senarai Ajk,alamat,no ic, dan nombor telefon.

3.4.Contoh kad kutipan.

3.5. Kelulusan JPN.


4. Segala sokongan daripada pihak tuan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

PIBG MEMACU KECEMERLANGAN SEKOLAH

Saya yang menurut perintah, Disahkan Oleh:

. .
Muhaidin Bin Mohd Ariffin
S/u PIBG SK. Sg Pinang 2015/2016