Anda di halaman 1dari 36

SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia pada masa kini sedang mengalami satu

transformasi bagi melahirkan generasi yang berintelektual tinggi,

bertamadun dan berdaya saing setanding dengan negara-negara luar yang

telah maju seperti Finland, Singapura, Vietnam dan sebagainya. Dengan ini,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara berterusan melakukan proses

penambahbaikan dan penyemakan semula kurikulum bagi memastikan

pelaksanaan kurikulum di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah

dapat melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk

menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

Matematik merupakan satu mata pelajaran teras wajib yang perlu

dipelajari bagi setiap murid di sekolah. Ia merupakan satu bidang ilmu yang

melatih minda murid supaya berfikir secara mantik dan penyelesaian

masalah serta membuat keputusan dengan konsisten. Strategi dan kaedah

yang digunakan dalam pengiraan dapat direalisasikan oleh murid dalam

mencapai hasil pembelajaran. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

bagi mata pelajaran Matematik sentiasa diolah dan disusun semula untuk

proses penambahbaikan silibus Matematik sedia ada supaya kekangan yang

wujud dalam pembelajaran dapat diatasi dan diberi perhatian oleh KPM.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

COURSE PROJECT
1
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah berkaitan dengan

cadangan penambahbaikan untuk silibus KSSR Matematik Tahun 3 di sekolah

rendah. Sebagaimana diketahui, Matematik merupakan satu mata pelajaran

penting yang diajar di sekolah sama ada di sekolah rendah mahupun di

sekolah menengah. Namun, sering dikatakan bahawa kebanyakan murid

kurang meminati mata pelajaran Matematik disebabkan beberapa faktor

tertentu. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan analisis

keperluan bagi murid mempelajari Matematik dengan baik dan bagaimana

cara untuk mengatasi keperluan dan kehendak murid. Maka, pengkaji dapat

mengetahui faktor-faktor bagi menggalakkan minat murid terhadap

Matematik, dan masalah-masalah yang menyebabkan murid tidak berminat

terhadap Matematik. Di samping itu juga, laporan temu bual daripada

beberapa orang guru yang mengajar Matematik di Tahap 1 dan Tahap 2

dapat mengukuhkan lagi bukti pengkaji untuk menjalankan kajian.

Selain itu, tujuan lain kajian yang akan dijalankan juga adalah mereka

bentuk satu kurikulum yang baru berkenaan dengan kurikulum yang sedia

ada di sekolah rendah. Tujuannya adalah untuk memantapkan silibus dalam

pendidikan dan memberi kelebihan pada murid di sekolah untuk menguasai

dengan baik topik pembelajaran dan mencapai matlamat pendidikan.

Pengkaji ingin membuat kajian berkenaan dengan silibus dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) Matematik Tahun 3 Sekolah Rendah yang

mana memfokuskan pada tajuk operasi bahagi. Maka, pengkaji perlu

mendapatkan bukti yang relevan daripada murid dan guru di sekolah

COURSE PROJECT
2
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

mengenai kekuatan dan kelemahan yang dihadapi oleh mereka serta

mendapatkan cadangan penambahbaikan bagi memantapkan kualiti sistem

pendidikan negara. Secara ringkasnya, operasi bahagi merupakan operasi

Matematik yang terakhir dipelajari oleh murid di sekolah rendah selepas

murid menguasai operasi asas Matematik iaitu operasi tambah, operasi

tolak, operasi darab dan akhirnya operasi bahagi. Operasi bahagi

diperkembangkan selepas operasi darab, di mana murid perlu menguasai

sifir dengan baik sebelum memasuki topik operasi bahagi. Maka, kajian

berkenaan keperluan analisis penting bagi pengkaji untuk mendapatkan

kesahihan dalam mereka bentuk suatu silibus yang baru berkenaan dengan

Operasi Bahagi Tahun 3 Sekolah Rendah.

Projek kajian ini adalah berkaitan dengan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) Matematik Tahun 3. Kajian ini memberi penekanan terhadap

isi kandungan yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK)

Matematik Tahun 3 dan Buku Teks Matematik Tahun 3. Secara

keseluruhannya, sebanyak 15 topik yang terdapat di dalam isi kandungan

Matematik Tahun 3. Bagaimanapun, di atas faktor-faktor tertentu yang akan

dihuraikan dalam kekuatan dan kelemahan silibus ini akan memberi

penambahbaikan dan bahan sokongan untuk pengajaran dan pembelajaran

guru.

3.0 SEMAKAN KURIKULUM

COURSE PROJECT
3
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

4.0 ANALISIS KEPERLUAN

4.1 DEFINISI ANALISIS KEPERLUAN

Analisis keperluan merupakan fasa yang paling penting sebelum

mereka bentuk sesuatu kurikulum. Keperluan utama yang perlu diuji adalah

murid. Menurut Witkin (1977), menyatakan bahawa analisis keperluan

sebagai satu kaedah untuk mengenal pasti jurang di antara keadaan semasa

dan keadaan yang disasarkan. Manakala, menurut While McKillip (1978)

pula, menyatakan keperluan adalah nilai penghakiman bahawa kumpulan

tertentu mempunyai masalah yang perlu diselesaikan. Ini disasarkan pada

kehendak murid di sekolah. Menurut Rashidah (2013), fasa analisis keperluan

merupakan fasa pertama kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti

beberapa aspek yang berkaitan dengan kumpulan sasaran. Sesuai dengan

definisi yang diberikan oleh (Richards, 2001) yang menyatakan bahawa

analisis keperluan ialah prosedur yang digunakan untuk mengumpul

maklumat mengenai keperluan murid.

Menurut Brown (1995), menyatakan analisis keperluan merupakan

sebuah proses pengumpulan yang sistematik dan penganalisisan semua

maklumat subjektif dan objektif yang penting untuk menentukan dan

mengesahkan proses kurikulum bagi memenuhi keperluan pembelajaran

murid dalam konteks tertentu yang mempengaruhi situasi pembelajaran dan

COURSE PROJECT
4
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

pengajaran. Analisis keperluan bukan semata-mata pemerhatian terhadap

aspek yang ingin dipelajari atau cara bagaimana bahasa itu patut dipelajari,

malah ia juga perlu mengambil kira kepada beberapa pembolehubah, emosi

dan cara pemikiran yang akan mempengaruhi proses pembelajaran seperti

motivasi, sikap, keperihatinan, kepekaan, sahsiah, matlamat dan gaya

belajar (Brindley, 1989).

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, analisis keperluan ini merupakan

proses mengumpul maklumat di awal kajian bagi mengenal pasti masalah

atau keperluan berkaitan kumpulan sasaran iaitu murid. Keperluan tersebut

pula perlu disusun mengikut keutamaan agar hasil yang diberikan lebih

efektif dan berkesan untuk dilaksanakan oleh murid.

4.2 TUJUAN ANALISIS KEPERLUAN

Terdapat dua objektif utama yang difokuskan dalam pelaksanaan

analisis keperluan, di mana objektif pertama adalah untuk mengenal pasti

keperluan murid yang tidak dipenuhi oleh kurikulum sedia ada. Ini lebih

difokuskan kepada murid yang lemah dalam pembelajaran. Pembelajaran

murid yang lemah seringkali ketinggalan dan memperoleh keputusan

peperiksaan yang rendah dan gagal, dengan disahkan oleh laporan penilaian

formatif yang rendah berbanding murid yang cemerlang. Dengan kajian

keperluan analisis ini, berkemungkinan dapat mengatasi masalah murid

yang lemah ini dan meningkatkan prestasi mereka di dalam pencapaian.

Objektif yang kedua pula, adalah untuk membentuk dan menyemak semula

COURSE PROJECT
5
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

kurikulum sedia ada bagi memenuhi banyak keperluan yang mungkin tidak

dipenuhi sebelum ini.

Selain itu, tujuan analisis keperluan dijalankan adalah untuk

mengumpul maklumat mengenai sesuatu kajian dalam pelbagai aspek iaitu

keperluan murid, masyarakat, halangan-halangan untuk melaksanakan

kajian tersebut dan sebagainya. Analisis keperluan digunakan di dalam

sesebuah kajian bertujuan untuk mengenal pasti sama ada silibus yang sedia

ada di dalam sesebuah kurikulum memenuhi potensi keperluan murid atau

sebaliknya. Sebagai contoh, di dalam Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Tahun 3, terdapat 13 topik yang perlu dikuasai oleh murid sebelum

memasuki ke Tahun 4. Ini bermakna murid perlu memahami keseluruhan

topik yang begitu banyak. Ini akan mengganggu gugat tugas guru Matematik

untuk mengajar dengan cepat dan adakalanya murid yang lemah terpaksa

ditinggalkan untuk menghabiskan silibus yang ada. Analisis keperluan ini

juga bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai masalah yang dialami

oleh murid dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

4.3 KELEMAHAN SILIBUS DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

4.3.1 Masa pembelajaran topik yang panjang

Antara kelemahan yang terdapat di dalam silibus Matematik Tahun 3

adalah masa pembelajaran untuk topik yang mudah diperuntukkan terlalu

panjang. Sebagai contoh, Nombor Bulat Sehingga 10 000 (Unit 1), Tambah

COURSE PROJECT
6
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Sehingga 10 000 (Unit 2), Tolak Sehingga 10 000 (Unit 3) dan Darab (Unit 4)

mengambil masa sehingga lima bulan untuk dipelajari oleh murid.

Sedangkan unit-unit ini murid mudah untuk menguasai dengan cepat.

Justeru, untuk cadangan penambahbaikan, masa pembelajaran bagi

topik yang mudah dikuasai oleh murid perlu dikurangkan masa

pembelajarannya. Masa pembelajaran ini perlu dilebihkan bagi topik-topik

sukar dan baharu yang akan dipelajari. Contohnya adalah topik Sukatan dan

Geometri iaitu Masa dan Waktu (Unit 10), Panjang (Unit 11), Jisim (Unit 12),

Isipadu Cecair (Unit 13). Seterusnya, Sukatan dan Ruang iaitu Ruang (Unit

14), serta Statistik dan Kebarangkalian iaitu Perwakilan Data (Unit 15).

4.3.2 Skop atau silibus yang terlalu banyak

Kelemahan yang seterusnya adalah skop atau topik terlalu banyak dan

murid perlu menguasai sehingga bulan Oktober. Sebanyak 15 topik perlu

dipelajari dan dikuasai oleh murid sepanjang tahun. Ini mendatangkan

masalah kepada murid kerana masa yang diperuntukkan singkat dan topik

yang perlu dipelajari terlalu banyak. Murid menghadapi tekanan dan guru

pula perlu mempercepatkan pengajaran untuk mencapai sasaran sekolah.

Adakalanya, timbul persoalan dari pihak ibu bapa, kenapa guru tidak

menghabiskan sukatan sehingga akhir tahun dan ini akan berterusan untuk

Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

COURSE PROJECT
7
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Maka, untuk cadangan penambahbaikan, sukatan pelajaran atau

standard kandungan perlu dikurangkan supaya murid dapat mempelajari

semua topik dan menguasai dengan baik. Ini dapat meningkatkan kualiti

keputusan peperiksaan dan pencapaian murid di dalam penilaian formatif

mahupun penilaian sumatif. Guru juga perlu kreatif dan perlu

mempelbagaikan kaedah pengajaran serta penggunaan teknik dan pedagogi

yang sesuai dengan keperluan murid abad ke-21. Contohnya, guru boleh

menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif dalam usaha untuk

menarik minat murid dan mereka akan lebih memahami isi kandungan atau

konsep yang dipelajari. Guru juga perlu menggunakan pendekatan KBAT dan

menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan yakin dengan diri sendiri.

4.3.3 Peruntukan masa yang singkat

Setiap tahun permasalahan guru Matematik adalah berkaitan dengan

masa mengajar di mana guru tidak sempat menghabiskan sukatan dengan

cepat dan tepat mengikut masa yang ditetapkan. Punca permasalahan masih

lagi belum diketahui dan dibuat penambahbaikan. Konsep pengajaran

Matematik memerlukan penerangan yang terperinci berkaitan dengan jalan

pengiraan, teknik yang betul dan kefahaman yang luas. Maka, guru

memerlukan lebihan masa untuk menerangkan topik yang sukar dikuasai

oleh murid.

Antara cadangan penambahbaikan adalah topik yang dimasukkan di

dalam silibus sesuatu tahap perlu mengambil kira masa persekolahan

COURSE PROJECT
8
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

sepanjang tahun. Pengagihan masa untuk topik berulang atau baru perlu

bersesuaian dengan tahap pengetahuan murid. Masa pembelajaran untuk

topik berulang boleh dikurangkan supaya lebihan masa tersebut boleh

diperuntukkan untuk topik baru yang diperkenalkan.

4.3.4 Murid menganggap Matematik mata pelajaran yang sukar

Ramai murid beranggapan bahawa Matematik merupakan mata

pelajaran yang susah dan sukar dikuasai. Ini berkemungkinan murid

memikirkan apabila soalan melibatkan nombor, mereka jadi takut dan tidak

dapat mengira dengan betul. Sedangkan jawapan untuk pengiraan

Matematik adalah konkrit dan tepat sekiranya jalan penyelesaian yang

dilakukan tidak mempunyai kecuaian dan kesalahan. Maka, sebagai guru

perlu memainkan peranan untuk mengajar murid supaya mereka menguasai

teknik yang betul untuk memahami, membuat penaakulan dan

menyelesaikan masalah dalam Matematik.

Antara cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan ini

ialah guru perlu mengadakan teknik menjawab soalan Matematik dengan

kerap supaya murid dapat membiasakan diri dengan soalan-soalan yang

berkemahiran aras tinggi (KBAT), di samping memberi kaunseling pada

murid yang menganggap Matematik sukar untuk dikuasai dengan baik. Sesi

kaunseling sangat baik untuk memulihkan semangat dan kepercayaan murid

pada bidang Matematik supaya mereka lebih minat dan yakin Matematik

mudah untuk dikuasai.

COURSE PROJECT
9
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

4.4 REKA BENTUK ANALISIS KEPERLUAN

4.4.1 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan

yang bertujuan bagi mengumpul maklumat dan dianalisis untuk menjawab

persoalan kajian. Menurut Gillham (2000), soal selidik menjadi pilihan

kebanyakan pengkaji kerana kos membina borang soal selidik yang murah

dan masa yang diperuntukkan singkat; pengkaji boleh memperoleh data

atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat; serta

soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia

lebih mudah untuk dianalisis.

4.4.2 Temu Bual

Menurut Robson (2002), temu bual merupakan satu kaedah

pengumpulan data yang melibatkan seorang penyelidik menyoal beberapa

soalan dan memerlukan jawapan dari responden dengan telus. Lazimnya,

temu bual dijalankan secara perseorangan dan adakalanya boleh melibatkan

beberapa responden.

4.5 ANALISIS DATA

Jadual 1 : Analisis Item Berkenaan Sikap dan Minat Murid Terhadap

Matematik dan Penguasaan Operasi Bahagi Tahun 3

COURSE PROJECT
10
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

4.5.1 Dapatan Soal Selidik Berdasarkan Peratus (%) dan Kekerapan

(f)

BIL PERNYATAAN YA TIDAK


(A) SIKAP DAN MINAT MURID
f dan
f dan %
%
1. Saya menyukai mata pelajaran Matematik. 30
0 (0%)
(100%)
2. Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar
14
Matematik setiap hari. 16 (53%)
(47%)
3. Setiap hari saya membuat dan menyiapkan
29
latihan Matematik yang diberikan guru. 1 (3%)
(97%)
4. Saya tidak suka ponteng kelas Matematik. 27
3 (10%)
(90%)
5. Saya banyak menghabiskan masa untuk membuat
15
latihan Matematik. 15 (50%)
(50%)
6. Saya sentiasa bersemangat di dalam kelas
30
Matematik. 0 (0%)
(100%)
7. Saya rasa seronok belajar Matematik kerana guru
29
saya mengajar secara kreatif. 1 (3%)
(97%)
8. Guru mengambil berat apabila saya menghadapi
masalah dalam menyelesaikan masalah 29
1 (3%)
Matematik. (97%)

9. Saya rasa seronok bila guru menggunakan alat


24
bantu mengajar semasa mengajar di dalam kelas. 6 (20%)
(80%)
10. Saya sangat menyukai guru Matematik di sekolah
30
saya. 0 (0%)
(100%)
(B) PENGUASAAN TOPIK OPERASI BAHAGI
11. Saya berminat menjawab soalan operasi bahagi 25 5 (17%)
secara kumpulan. (83%)

COURSE PROJECT
11
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

12. Saya memahami penerangan yang diberikan oleh


guru Matematik dengan jelas tentang operasi 26
4 (13%)
bahagi. (87%)

13. Saya menghafal dan menguasai sifir dengan baik. 25


5 (17%)
(83%)
14. Teknik pengajaran yang digunakan oleh guru
dalam penyelesaian masalah bahagi mudah 25
5 (17%)
difahami oleh saya. (83%)

15. Penggunaan alat bantu mengajar dalam


menyelesaikan operasi bahagi amat diperlukan 23
7 (23%)
oleh saya. (77%)

PURATA PERATUSAN 85% 15%

Jadual 1 menunjukkan data analisis kekerapan (f) dan peratusan (%)

responden berkenaan dengan Sikap dan minat murid terhadap

pembelajaran Matematik dan penguasaan Operasi Bahagi Tahun 3.

Berdasarkan jadual analisis tersebut, didapati bahawa purata peratus bagi

persoalan kajian yang menjawab YA adalah 85% berada pada tahap yang

tinggi berbanding responden yang menjawab TIDAK iaitu hanya 15%. Nilai

kekerapan dan peratusan tertinggi dicatatkan oleh item 1, item 6 dan item

10 iaitu sebanyak 100%. Item 1 berkenaan dengan Saya menyukai mata

pelajaran Matematik, item 6 berkenaan dengan Saya sentiasa bersemangat

di dalam kelas Matematik dan item 10 iaitu berkenaan dengan Saya sangat

menyukai guru Matematik di sekolah saya.

COURSE PROJECT
12
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Bagi item 2, hanya sebanyak 47% yang menjawab YA iaitu Saya

menyediakan jadual waktu untuk belajar Matematik setiap hari. Selebihnya

adalah 53% menjawab TIDAK. Ini merupakan item yang paling rendah

mempunyai peratus YA dan murid sememangnya tidak mempunyai jadual

waktu belajar Matematik di rumah. Item 3 pula, mendapati sebanyak 97%

responden membuat dan menyiapkan latihan Matematik yang diberikan guru

dan hanya 3 % responden yang tidak membuat dan menyiapkan latihan

Matematik. Bagi item 4, iaitu Saya tidak suka ponteng kelas Matematik

didapati peratusan responden yang menjawab YA adalah 90% dan

sebanyak 10% yang menjawab TIDAK.

Merujuk pada item 5 pula, peratus responden adalah sama banyak

antara YA dan TIDAK iaitu 50% iaitu Saya banyak menghabiskan masa

untuk membuat latihan Matematik. Item 7 dan item 8 mempunyai peratusan

yang sama menjawab YA iaitu 97% dan TIDAK iaitu 3%. Item 7 berkenaan

dengan Saya seronok belajar Matematik kerana guru saya mengajar secara

kreatif dan item 8 iaitu Guru mengambil berat apabila saya menghadapi

masalah dalam menyelesaikan masalah Matematik. Untuk item 9 pula,

sebanyak 80% responden menjawab YA iaitu Saya berasa seronok apabila

guru menggunakan alat bantu mengajar semasa mengajar di dalam kelas,

dan 20% responden menjawab TIDAK seronok menggunakan alat bantu

mengajar.

COURSE PROJECT
13
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Manakala item 11, item 13 dan item 14 mempunyai peratus yang

sama iaitu 83% responden menjawab YA dan 17% menjawab TIDAK. Item

11 berkenaan Saya berminat menjawab soalan operasi bahagi secara

kumpulan. Item 13 iaitu Saya menghafal dan menguasai sifir dengan baik

dan item 14 iaitu Teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dalam

penyelesaian masalah bahagi mudah difahami oleh saya. Item 12 pula

mempunyai peratus sebanyak 87% yang dijawab oleh responden untuk YA

dan selebihnya menjawab TIDAK iaitu 13% yang mana item ini berkenaan

dengan Saya memahami penerangan yang diberikan oleh guru Matematik

dengan jelas tentang operasi bahagi. Item terakhir iaitu item 15 mempunyai

77% responden menjawab YA dalam Penggunaan alat bantu mengajar

dalam menyelesaikan operasi bahagi amat diperlukan oleh saya. Selebihnya

23% responden menjawab TIDAK.

4.5.2 Dapatan Temu Bual

Pengkaji menemubual dua orang responden iaitu guru Matematik SK

Paya Kemunting yang mempunyai pengalaman mengajar Matematik lebih 10

tahun. Guru Matematik tersebut bernama Pn. Norafidah Binti Abu Seman dan

Pn. Haniza Binti Othman. Berdasarkan soalan temu bual yang pertama iaitu

Adakah silibus yang diperkenalkan oleh KPM memenuhi keperluan murid?,

Pn. Norafidah yang mengajar Tahap 1 memberi respon silibus yang

diperkenalkan adalah memenuhi keperluan murid, tetapi terdapat sedikit

kekurangan dari segi silibus yang mana silibus untuk Tahap 1 terlalu banyak

COURSE PROJECT
14
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

dan murid tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari

keseluruhan topik yang ditetapkan. Guru pula mempunyai kekangan dari

segi masa mengajar dan penggunaan alat bantu mengajar kerana perlu

mempercepatkan silibus yang sedia ada supaya murid dapat mempelajari

keseluruhannya. Manakala, responden kedua Pn. Haniza pula yang mengajar

murid Tahap 2 mengatakan bahawa peruntukan masa yang lebih perlu

diberikan pada murid Tahap 2 kerana kurikulum yang baru iaitu KSSR banyak

menekankan pada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Manakala, soalan yang kedua pula, berkaitan dengan Bagaimanakah

cara membahagi masa dengan sempurna untuk mengajar topik yang sukar

dikuasai oleh murid?, kedua-dua responden memberi maklum balas yang

sama di mana satu cara untuk penyelesaian adalah mengadakan kelas

bimbingan atau kelas tambahan lebih masa untuk memfokuskan pada

penguasaan topik yang sukar difahami oleh murid. Walau bagaimanapun,

kelas lebih masa ini perlu mempunyai persetujuan daripada ibu bapa murid

terlebih dahulu.

Merujuk pada soalan ketiga pula Adakah tempoh masa pengajaran

yang diperuntukkan untuk mengajar Matematik mencukupi?, kedua-dua

responden juga memberi pendapat yang sama di mana tempoh masa yang

diperuntukkan sememangnya mencukupi. Namun begitu, guru yang

mengajar Matematik hendaklah mempunyai pengurusan masa yang

COURSE PROJECT
15
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

sistematik dan menggunakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar dan

bukannya hanya membebel pada murid.

Berkenaan dengan soalan terakhir pula Apakah kaedah, teknik dan

strategi yang lebih berkesan yang perlu diamalkan oleh guru yang mengajar

subjek Matematik?, Pn. Norafidah memberi respon di mana penggunaan

teknik pengajaran dan strategi adalah bergantung kepada guru yang

mengajar, sekiranya guru mempunyai pengetahuan yang luas dan

kemahiran mengajar, mereka akan mengadaptasi kemahiran tersebut

kepada murid di dalam kelas, maka sekaligus dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif dan menarik minat murid. Manakala Pn. Haniza

pula mencadangkan penggunaan teknik pengajaran dan strategi perlu

digunakan pada pembelajaran abad ke-21 ini kerana murid memerlukan

sesuatu perubahan yang dapat memberi kepuasaan semasa pembelajaran

dan tidak hanya pada penggunaan pensel dan kertas sahaja. Kemungkinan

guru perlu mempelbagaikan aktiviti dan penilaian berdasarkan pemerhatian,

simulasi, latih tubi, lakonan dan sebagainya.

4.6 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Secara keseluruhannya, daripada hasil analisis keperluan murid

terhadap sikap dan minat murid dalam pembelajaran Matematik dan

penguasaan Operasi Bahagi Tahun 3 adalah didapati nilai peratus YA

adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai peratus TIDAK. Ini

menunjukkan bahawa murid di Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra

COURSE PROJECT
16
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

sangat berminat mempelajari Matematik dan menguasai tajuk Operasi

Bahagi dengan baik. Namun begitu, peratus yang menjawab TIDAK perlu

diberi perhatian dan penambahbaikan kerana kemungkinan wujud kekangan-

kekangan yang menyebabkan murid tidak menguasai sepenuhnya dalam

pembelajaran Matematik.

Maka analisis keperluan murid perlu dipertimbangkan oleh pengkaji di

mana perlu menganalisis semula dan melakukan transformasi di dalam

kurikulum silibus Matematik. Antara cadangannya adalah memperkecilkan

subtopik yang mudah untuk dikuasai oleh murid iaitu untuk operasi tambah

dan operasi tolak. Manakala, operasi darab dan operasi bahagi perlu

dipertimbangkan semula peruntukan masa dalam silibus Matematik. Selain

itu, pengkaji perlu mempertimbangkan skop pembelajaran Matematik yang

terlalu luas dan mengambil masa yang lama untuk topik yang lebih sukar

untuk diajar kepada murid. Kekangan lain juga adalah berkenaan dengan

sukatan kandungan yang terlalu banyak dan menyebabkan murid tidak

dapat mempelajari semua tajuk sehingga akhir tahun. Pada pandangan saya

sebagai guru Matematik, saya mencadangkan untuk murid Tahap 1 iaitu

Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 adalah mereka perlu diberi penekanan hanya

pada penguasaan operasi asas Matematik sahaja iaitu Operasi Tambah,

Operasi Tolak, Operasi Darab dan Operasi Bahagi sahaja.

Sebagai guru, murid merupakan tonggak kejayaan bagi mencapai

matlamat pendidikan negara. Sekiranya guru tersebut ingin menjadi seorang

COURSE PROJECT
17
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

guru yang cemerlang dalam kerjaya pendidikan, beliau perlu melakukan satu

perubahan yang drastik dari aspek teknik pengajaran, konsep pedagogi yang

bersesuaian dengan tahap murid, mempelbagaikan aktiviti yang dapat

menarik minat murid, melakukan pengubahsuaian pengajaran kepada

pembelajaran abad ke-21, menekankan pembelajaran secara kreatif, kritis

dan berinovasi dan sebagainya. Guru memainkan peranan penting dalam

memupuk sahsiah murid dan pengajaran berlandaskan pada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana penekanan kepada lima elemen

utama iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan kajian

berkenaan dengan analisis keperluan ini, dapat menyumbang cadangan

penambahbaikan dan mengkaji kekurangan kurikulum yang sedia ada untuk

dilakukan perubahan yang bertujuan untuk kebaikan bersama antara guru

dan murid.

5.0 TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM BARU

5.1 TUJUAN KURIKULUM MATEMATIK

Kurikulum Matematik sekolah di Malaysia bertujuan untuk

mengembangkan profiensi intelektual murid dalam membuat penaakulan

logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid perlu

menguasai semua aspek tersebut, sekaligus murid dapat mencapai hasil

pembelajaran pada waktu tersebut. Tujuan seterusnya adalah supaya murid

COURSE PROJECT
18
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

dapat mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan

menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik dalam

kehidupan seharian. Selain itu, tujuan pembelajaran Matematik adalah untuk

menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan

mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru.

Dengan pengalaman sedemikian dapat meningkatkan minat dan menjadi

daya penggerak murid mempelajari Matematik di luar bilik darjah dan di

peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Tujuan KSSR Matematik Tahap 1 adalah membina kefahaman,

kemahiran Matematik dan aplikasi asas. Tahap 2 pula untuk membina

kefahaman, kemahiran Matematik dan aplikasi yang lebih kompleks di

kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam

kehidupan seharian secara berkesan. Maka, bagi penghasilan kurikulum baru

iaitu KSSR Matematik Tahun 3, tujuan pendidikan Matematik tidak

mempunyai sebarang perubahan dan masih mengekalkan tujuan kurikulum

Matematik yang sedia ada.

5.2 MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK

Matlamat KSSR Matematik yang sedia ada adalah untuk membina

pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam

pengiraan, memahami idea Matematik yang mudah dan berketerampilan

mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik secara berkesan

dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Proses pengajaran dan

COURSE PROJECT
19
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

pembelajaran Matematik memberi keutamaan kepada penguasaan

pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan

konsep, prinsip dan proses Matematik yang dipelajari. Penekanan kepada

aspek perkembangan pemikiran murid secara Matematik dibina dan

dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi,

penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi

dalam Matematik.

Bagi penghasilan kurikulum baru, matlamat KSSR Matematik Tahun 3

tidak mengalami sebarang perubahan dan masih mengekalkan matlamat

Matematik sedia ada kerana telah mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Jadual 1 di bawah menunjukkan perbandingan antara silibus pengajaran

Matematik Tahun 3 yang asal dengan silibus pengajaran Matematik Tahun 3

yang dicadangkan oleh pengkaji.

5.3 OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK

5.3.1 OBJEKTIF KSSR MATEMATIK

Objektif KSSR Matematik masih mengekalkan objektif sedia ada,

antaranya adalah membolehkan murid memahami dan mengaplikasi konsep

dan kemahiran Matematik dalam pelbagai konteks; memperluaskan

penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi

berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan

COURSE PROJECT
20
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Statistik; mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea

Matematik, di antara bidang Matematik dengan bidang lain dan dengan

kehidupan seharian; menghargai dan menghayati keindahan Matematik;

menggunakan pelbagai peralatan Matematik secara efektif termasuk

teknologi maklumat komunikasi untuk membina kefahaman konsep dan

mengaplikasi ilmu Matematik; dan sebagainya.

5.3.2 OBJEKTIF PENGAJARAN

Merujuk pada objektif pembelajaran, pengkaji memfokuskan pada Unit

5 iaitu Bahagi. Ini kerana unit ini merupakan operasi yang sukar dikuasai

oleh murid selain daripada operasi tambah, tolak dan darab. Jadual 1

menunjukkan perbandingan antara objektif pengajaran yang asal dengan

objektif pengajaran yang dicadangkan oleh pengkaji.

Jadual 1 : Perbandingan Objektif Pengajaran Matematik Tahun 3

bagi Unit 5 Bahagi.

OBJEKTIF PENGAJARAN OBJEKTIF PENGAJARAN


(ASAL) (YANG DICADANGKAN)
5.1 Menulis ayat matematik bagi 5.1 Menulis ayat matematik bagi
operasi operasi
bahagi. bahagi yang melibatkan
pengelasan secara
turutan iaitu mudah ke sukar.
5.2 Melengkap ayat matematik 5.2 Melengkapkan ayat matematik
bahagi. bahagi dari
bentuk mudah ke sukar.

COURSE PROJECT
21
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

5.3 Menyatakan operasi bahagi 5.3 Menyatakan operasi bahagi


secara spontan. secara spontan
mengikut tertib menaik dan
rawak sahaja.
Fokus pada kemahiran aras
tinggi (KBAT).
5.4 Membahagi dua nombor 5.4 Mengira operasi bahagi
menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik.
Contohnya:
(a) kaedah bentuk panjang
(b) kaedah palang
5.5 Menyelesaikan masalah harian. 5.5 Menyelesaikan masalah harian
berdasarkan
situasi yang sebenar.

JUSTIFIKASI

Terdapat beberapa justifikasi yang penting dalam cadangan

penambahbaikan objektif pengajaran atau standard kandungan. Antaranya

adalah murid dapat menulis ayat matematik mengikut turutan daripada yang

mudah kepada yang lebih sukar. Merujuk pada Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS), penggunaan tahap penguasaan akan dinilai pada murid

bermula dengan Tahap Penguasaan 1 (TP 1), Tahap Penguasaan 2 (TP2),

Tahap Penguasaan 3 (TP 3), Tahap Penguasaan 4 (TP 4), Tahap Penguasaan 5

(TP 5) dan akhirnya Tahap Penguasaan 6 (TP 6). Ini menerangkan bahawa TP

1 adalah lebih mudah dikuasai oleh murid dan TP 6 adalah paling sukar

COURSE PROJECT
22
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

dikuasai oleh murid. Murid yang celik pengetahuan dan menjadi pembimbing

pada murid lain akan mencapai TP 6.

Seterusnya, cadangan penambahbaikan untuk melakukan pengiraan

operasi bahagi menggunakan kaedah yang lebih mudah difahami oleh murid.

Contohnya penggunaan kaedah panjang yang lengkap dan kaedah palang.

(Rujuk Lampiran). Penekanan juga diberikan pada teknik penyoalan

pemikiran aras tinggi (KBAT) untuk menggalakkan penjanaan idea kreatif

murid dan mencapai tahap penguasaan yang tinggi. Dengan ini, dapat

mencabar minda murid untuk berfikiran terbuka dan memandang ke

hadapan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

6.0 ISI KANDUNGAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

Pengkaji mencadangkan untuk mata pelajaran Matematik Tahun 3 hanya

mempunyai 10 unit sahaja berbanding isi kandungan yang sedia ada iaitu 15

unit. Jadual 2 di bawah menunjukkan perbandingan silibus pengajaran

Matematik Tahun 3 yang asal dan yang dicadangkan oleh pengkaji.

Jadual 2 : Perbandingan Silibus Pengajaran Matematik Tahun 3

SILIBUS ASAL SILIBUS BARU (DICADANGKAN)


UNIT TAJUK UNIT TAJUK
1 Nombor Bulat Dalam 1 Nombor Bulat Dalam
Lingkungan 10 000 Lingkungan 10 000
2 Tambah Dalam Lingkungan 2 Tambah Dalam Lingkungan
10 000 10 000

COURSE PROJECT
23
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

3 Tolak Dalam Lingkungan 10 3 Tolak Dalam Lingkungan 10


000 000
4 Darab 4 Darab
5 Bahagi 5 Bahagi
6 Pecahan 6 Pecahan
7 Perpuluhan 7 Perpuluhan
8 Peratus 8 Peratus
9 Wang 9 Wang
10 Masa dan Waktu 10 Masa dan Waktu
11 Panjang
12 Jisim
13 Isipadu Cecair
14 Ruang
15 Perwakilan Data

JUSTIFIKASI

Berdasarkan kepada silibus yang sedia ada, pengkaji menyarankan supaya

silibus tersebut dikurangkan daripada 15 unit kepada 10 unit sahaja. Dengan

pemansuhan 5 unit terakhir iaitu Panjang (Unit 11), Jisim (Unit 12), Isipadu

Cecair (Unit 13), Ruang (Unit 14) dan Perwakilan Data (Unit 15), maka murid

dapat mempelajari keseluruhan unit yang dicadangkan dengan lengkap dan

sempurna. Ini kerana untuk murid Tahun 3, unit yang dimansuhkan

kebanyakan diulang kembali pada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Penerangan

yang jelas dipelajari pada Tahap 2.

7.0 PEDAGOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7.1 Model Pengajaran dalam Bidang Matematik

COURSE PROJECT
24
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

7.1.1 Model Backward Design

Model ini merupakan suatu pendekatan reka bentuk kurikulum yang dimulai

dengan memikirkan tentang akhiran yang dihasratkan. Akhiran yang

dihasratkan ini bermula dengan penjanaan matlamat program (tujuan dan

justifikasi serta falsafah yang diamalkan untuk program yang ditawarkan)

yang akan membantu pencapaian misi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dan

misi negara. Setelah matlamat ini dipersetujui, pereka bentuk kurikulum

menjanakan pula objektif pendidikan program (PEO) yang akan digunakan

bagi membantu pencapaian matlamat program. Ini diikuti pula dengan

penjanaan hasil pembelajaran program (PLO) yang akan memastikan PEO

boleh dicapai. Seterusnya pereka bentuk kurikulum perlu menjana kriteria

prestasi dan memilih atau menetapkan penunjuk prestasi/hasil pembelajaran

dan juga sasaran prestasi bagi setiap PLO. Kemajuan pelajar dan pentaksiran

(pencarian bukti) ke arah menjadi kompeten bagi setiap PLO kemudiannya

dipupuk dengan merancang susunan dan gabungan kursus yang sesuai

diambil setiap semester dan diikuti pula dengan merancang hasil

pembelajaran kursus (CLO) serta juga pengisian kursus yang sesuai agar CLO

boleh dicapai bagi setiap kursus yang ditawarkan.

7.1.2 Unit Template (Understanding By Design UBD)

Title of Unit Grade Level

COURSE PROJECT
25
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Subject Time Frame

Developed By

Stage 1 - Identify Desired Results

Broad Areas of Learning

How are the BAL incorporated into this unit?

Cross curricular Competencies

How will this unit promote the CCC?

Learning Outcomes

What relevant goals will this unit address?

(must come from curriculum; include the designations e.g. IN2.1)

COURSE PROJECT
26
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Enduring Understandings Essential Questions

What understandings about the big ideas are desired? (what What provocative questions will f
you want students to understand & be able to use several content? (open-ended questions
years from now) and inquiry linked to the content
understanding)
What misunderstandings are predictable?

Students will understand that... Content specific.

COURSE PROJECT
27
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Related misconceptions FNMI, multicultural, cross-curricu

Knowledge: Skills

What knowledge will student acquire as a result of this unit? What skills will students acquire a
This content knowledge may come from the indicators, or List the skills and/or behaviours t
might also address pre-requisite knowledge that students will to exhibit as a result of their work
need for this unit. come from the indicators.

Students will know... Students will be able to

COURSE PROJECT
28
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

7.2 Kaedah dan Teknik Mengajar

TEKNIK PALANG

7.3 Contoh Rancangan Pengajaran Harian Matematik bagi Operasi

Bahagi

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


(MATEMATIK KSSR TAHUN 3 )
MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF

Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3


Tahun : 3 Exclusive
Bilangan Murid : 30 orang
Tarikh (Hari) : 9 Mei 2016 (Isnin)
Masa : 11:15 12:15 (60 minit)
Tema : Nombor dan Operasi
Topik : 5. Operasi Bahagi
Standard Pembelajaran : 5.4.1 (i) Membahagi sebarang dua nombor dua digit dengan satu
digit:
(a) tanpa baki
(b) berbaki

COURSE PROJECT
29
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid diharapkan dapat:


(i) Membahagi sebarang dua nombor dua digit dengan satu digit
tanpa baki dengan betul.
(ii) Membahagi sebarang dua nombor dua digit dengan satu digit
dengan berbaki dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah menghafal sifir dengan lancar.
Kemahiran Saintifik (KPS) : Menjana idea melalui aktiviti berkumpulan, dan menyatakan idea
secara berkumpulan
Bahan Bantu Mengajar : Pembilang, sifir, kertas soalan, lembaran kerja

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH ISI AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN CATATAN/NILAI


PELAJARAN PENGAJARAN MURNI/BBM

Set Induksi

(5 minit)

Fasa 1 Permainan
mix, freeze
Penerangan
and group
Tentang aktiviti

(5 minit)

Fasa 2

Permainan mix,
freeze and group

(15 minit)

COURSE PROJECT
30
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Fasa 3 1.

Perbincangan di
dalam kumpulan
dan sesi
pembentangan

(15 minit)

Fasa 4 Soalan 1.
pengukuhan
Penilaian

(15 minit)

Penutup Rumusan guru 1.


Pengajaran

(5 minit)

LEMBARAN KERJA A

LEMBARAN KERJA B

8.0 PENILAIAN / PENTAKSIRAN

8.1 Pentaksiran Formatif

Penilaian formatif adalah penilaian yang dijalankan secara berterusan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat

memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran

telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan

COURSE PROJECT
31
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan

yang sewajarnya sama ada aktiviti pengukuhan atau pengayaan.

Antara alat yang digunakan semasa penilaian formatif dilakukan

seperti ujian bertulis, senarai semak, pemerhatian, rubrik dan sebagainya.

Ujian bertulis bermaksud guru mengedarkan lembaran kerja sama ada

dipetik dari buku kerja atau buku aktiviti. Soalan biasanya berbentuk

subjektif. (Lampiran 3)

8.2 Pentaksiran Sumatif

Penilaian sumatif sesuai dilakukan bagi menguji kefahaman murid

berkaitan topik ini. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir

semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan

pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk

membuat pemilihan. Dalam konteks silibus baru ini, beberapa soalan yang

berkaitan topik Operasi Bahagi, pengkaji melakukan ujian akhir tahun yang

biasanya digunakan untuk memilih murid yang terbaik bagi tahun tersebut.

9.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada keseluruhan yang dinyatakan oleh pengkaji iaitu

berkaitan dengan tujuan kurikulum Matematik, matlamat kurikulum

COURSE PROJECT
32
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Matematik, objektif kurikulum dan objektif pembelajaran serta hasil

pembelajaran murid, maka dapat disimpulkan bahawa kurikulum Matematik

di Malaysia merupakan satu kurikulum yang cukup lengkap dan hebat untuk

dipelajari oleh semua murid dan perlu dikuasai oleh mereka. Walaupun

terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan kurikulum dalam aspek

objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran, namun ianya masih lagi

berlandaskan kepada kurikulum yang asal. Maka, semua murid harus

menerima hakikat bahawa pembelajaran Matematik sangat menghiburkan

dan memberi manfaat kepada semua murid dan melahirkan generasi yang

mantap dan berkualiti di Malaysia.

RUJUKAN

Allan C. Ornstein, & Francis P. Hunkins. (2014). Curriculum foundations,

principles, and issues (6th ed.). United States of America: Penerbit

Pearson New International Edition.

Creswell, J. W. and V. L. P. Clark (2011). Designing and Conducting Mixed

Methods Research. SAGE Publications.

Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2012). Matematik

Tahun 3 KSSR. Kementerian Pelajaran Malaysia.

COURSE PROJECT
33
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

Johari Hassan & Norsuriani Ab Aziz. (2011). Faktor-faktor yang

mempengaruhi minat terhadap Matematik di kalangan pelajar sekolah

menengah. Jurnal Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Marzita Puteh, Chan Yook Lean & Rosli Maun. (2012). Kurikulum Standard

Sekolah Rendah Matematik Tahun 3. Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN 1 : Kaedah Panjang untuk Operasi Bahagi Tahun 3

COURSE PROJECT
34
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

LAMPIRAN 2 : Kaedah Palang untuk Operasi Bahagi Tahun 3

COURSE PROJECT
35
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE)

COURSE PROJECT
36

Anda mungkin juga menyukai