Anda di halaman 1dari 2

Gaya pembelajaran guru dan murid

Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu


belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012).
Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di
mana murid-murid belajar dengan cara yang paling optima.

Artikel ini menerangkan tentang gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran
murid. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran
antaranya ialah interaksi antara guru dan pelajar, gaya persepsi pelajar,
kedudukan pelajar dalam bilik darjah, prosedur dan pengurusan kelas, kumpulan
perbincangan dan proses dan pemahaman pelajar. Tiada satu gaya
pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya
pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tertentu. Gaya
pembelajaran bagi setiap murid adalah berbeza. Gaya pembelajaran harus
diberikan perhatian kepada murid-murid yang merupakan individu yang berbeza
oleh seorang pendidik supaya murid dapat belajar dengan lebih berkesan. Setiap
individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran
adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka adalah
sama.

Ciri guru yang berkesan itu bergantung kepada gaya pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan melalui pengalaman dan pengetahuan yang
dimiliki. Kekerapan dalam menerapkan gaya pengajaran banyak mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Teknik dan kaedah
pengajaran boleh diubahsuai mengikut tahap kebolehan dan kemahiran murid.
Menurut Ruslin (2007), seseorang guru harus peka dan memahami setiap cara
belajar pelajaranya dan mengesan gangguan yang wujud bagi mengelakkan
pelajar sukar memahami sesuatu pembelajaran. Peranan guru dalam memilih
kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan perkara yang penting
untuk menjamin keberkesanan pembelajaran.

Terdapat tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya pembelajaran
visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Kebanyakkan pelajar suka menerima maklumat melalui visual dan mendengar.
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat
pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang
hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran sahaja. Faktor persekitaran
langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa pembelajaran
juga amat mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Selain itu guru-guru
perlu merancang pengajarannya dengan mengambil kira kecenderungan murid-
murid berdasarkan kecerdasan yang pelbagai. Teori kepelbagaian kecerdasan
(multiple intelligence theory ) oleh Howard Gardner (1983) berkaitan dengan
kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal,
intrapersonal dan kecerdasan naturalistik.
Gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:

a) Persekitaran

b) Emosi

c) Sosiologi

d) Fizikal

e) Psikologi

Saya bersetuju dengan cikgu Noorzira. Artikel ini membincangkan tentang gaya
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Ciri guru yang berkesan itu
bergantung kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan melalui
pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki. Kekerapan dalam menerapkan
gaya pengajaran banyak mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru. Teknik dan kaedah pengajaran boleh diubahsuai
mengikut tahap kebolehan dan kemahiran murid. Di sekolah, para pelajar
membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat
dengan bantuan guru yang juga mempunyai gaya pengajaran tersendiri.
Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah pengajaran
yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru dengan
gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).

Saya bersetuju dengan cikgu Norizan guru perlu memilih kaedah dan aktiviti
pengajaran yang sesuai untuk menjamin keberkesanan pembelajaran. Selain
mrnggunakan gaya pembelajaran umum seperti gaya pembelajaran visual, gaya
pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik yang sesuai dengan
murid, guru-guru perlu merancang pengajarannya dengan mengambil kira
kecenderungan murid-murid berdasarkan kecerdasan yang pelbagai. Teori
kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence theory ) oleh Howard Gardner
(1983) berkaitan dengan kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik,
interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan naturalistik.

Guru harus memeroka sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya.


Satu cara untuk meneroka adalah dengan mencuba. Walaupun gaya
pembelajaran itu wajar dipertimbangkan khususnya apabila guru bercadang
melaksanakan kerja-kerja pengajaran yang terarah kendiri ( self-directed learning
), self-propelling learning , pembelajaran masteri dan lain-lain yang
merupakan pembelajaran aktif berpusatkan murid, maka satu perkara penting
yang wajar ditekankan juga ialah mempelajari cara belajar.

Anda mungkin juga menyukai