Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Perasmian

Temasya Sukan Olahraga Tahunan Yang Ke 19 SK Kulai 1


4 MEI 2017, 8.30PAGI
Padang SK Kulai 1

Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Yang Berusaha Pn. Noriza binti Taib,


Guru Besar SK Kulai 1

Yang Dihormati En._____________________,


Yang Dipertua PIBG, SK Kulai 1

Guru-guru Penolong Kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan para


pelajar yang dikasihi, serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi
keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima
kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah berbesar hati
menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-19, SK Kulai 1

Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak didik sekalian,

Temasya Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan


yang dijalankan di sekolah. Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan
permainan, sukaneka atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan
negara, khususnya generasi pewaris yang tercinta; walaubagaimana pun,
matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur kemampuan pelajar
bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang
berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan
kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan
agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekaligus
mengeratkan silaturrahim dan muhibah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga difahamkan bahawa SK Kulai 1 walaupun berlatarbelakangkan


sekolah sederhana dari segi fizikal bangunan dan prasarana pendidikan
namun cukup berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-
murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah
cemerlang juga dalam kegiatan sukan dan kokurikulum di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Sebagai contoh, program pembangunan bola sepak
yang tersusun dan baru-baru ini juga pasukan hoki SK Kulai 1 telah
menjuarai kejohanan hoki MSSD Kulai dan akan terpilih mewakili daerah Kulai
ke peringkat negeri. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada setiap anak
didik, guru dan warga iltizam SK Kulai 1.

Saya sangat berharap SK Kulai 1 akan berada seiring dengan sekolah-sekolah


lain dalam daerah Kulai di Negeri Johor dalam bidang akademik dan sukan.
Semoga dengan kerjasama semua pihak kita dapat melonjakkan
kecemerlangan SK Kulai 1 dalam semua lapangan yang diceburi.

Kepada pelajar yang akan bertanding hari ini, gunakanlah gelanggang ini
untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!.
Diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua murid-
murid untuk meningkatkan keupayaan diri agar dapat terus maju di alam
persekolahan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-19, SK Kulai 1.

Majulah Sukan Untuk Negara!

Sekian, wabillahi taufik walhidayah.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai