Anda di halaman 1dari 14

Klik di sini untuk Folio Sejarah PMR 2009

Latar Belakang Wau

Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat


dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan
menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-
layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut
akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung.


Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan
dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim
bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna
mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang
dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di
kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah
padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah
mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke
peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang
diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara.

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-
usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia
berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan
dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi
layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani
di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi,
mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah
dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak
gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain
iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan
perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut
arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak
menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka
sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta
maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan
diterbangkan menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.
Wau Bulan

Wau kucing

Wau daun

Wau helang

Wau Jalabudi
Wau kenyalang

Wau merak

Wau puyuh

Layang-layang

Bahagian Perincian Wau


Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau,
busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan,
gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan
sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama
untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-
larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti
di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk,
hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut
akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum


diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk
mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk
memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.


2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak
diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah
benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan
mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan
di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk
memudahkan ia dibentuk.
5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan
digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang
belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan
dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu
keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan
buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian
tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan
buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah
pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan
keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau.
Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal
dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut
unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula,
corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak
asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu
gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk
elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap.
Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya
diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan.
Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu
kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak
diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang
wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat
lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat
daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk
rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau
tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah
dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini
permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar
bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula
memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai
salah satu aktiviti pada waktu terluang.

Cara bermain wau. Kawasan yang sesuai.

Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah
padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk
menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak
lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di
permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

Daya tarikan graviti

Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan.

Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi.
Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan
menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah
diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu,
pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat.


Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan
untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan
pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan
memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan

Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau.
Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau
mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup
lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali
wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau.

Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi
penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali
ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau
laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan,
tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca
halus.

CONTOH JAWAPAN.

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan kerja kursus ini.  Penghargaan
dan ucapan terima kasih yang khusus saya tujukan kepada: Guru subjek sejarah Tingkatan 3,
Nama Guru Beliau telah menolong saya sejak mula menerima tugasan daripada pihak
sekolah.  Banyak nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada saya selama saya
melaksanakan tugasan ini.  Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada beliau.  Jasanya
cukuplah besar. Orang sumber yang saya temu bual, Encik. Encik ialah orang sumber yang
saya temu bual.  Beliau memang mahir berkenaan permainan wau.  Beliau yang bekerja
sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam permainan tradisional ini
kerana beliau pernah terlibat dalam penganjuran pertandingan wau kebangsaan di
Terengganu. Ibu Bapa saya, Kedua-dua orang tua saya telah banyak mengeluarkan biaya
untuk saya membeli bahan-bahan.  Bapa saya menyediakan pengangkutan percuma untuk
kami pergi ke perpustakaan.  Bapa saya mempunyai kereta persendirian.  Jadi mudahlah saya
bergerak untuk mengumpul sumber-sumber yang saya perlukan.  Selain itu, kos penggunaan
internet juga di bawah tanggungan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dapat memperkaya pengalaman hidup saya terutama mengajar saya kemahiran
berkomunikasi dengan orang lain.  Saya perlu cekap mendengar dan mencatat perbualan
rakan-rakan dengan tokoh yang ditemu bual.  Saya juga mendapat pendedahan tentang
persediaan yang perlu dibuat sebelum menjalankan sesi temu bual. Kajian ini membolehkan
saya mengetahui kepelbagaian permainan tradisional yang dimiliki serta asal-usul sesuatu
permainan tradisional. Saya juga dapat mengetahui secara dekat peraturan permainan, tujuan
permainan dan peralatan yang digunakan.  Maklumat ini sangat penting kepada generasi
muda seperti saya untuk mengetahui kekayaan khazanah budaya negara Malaysia khususnya
dalam permainan tradisional.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah menebual orang sumber. Sebelum kaedah ini dilaksanakan, saya telah meneliti
kehendak tugasan.  Kemudian saya telah membina soalan.  Saya juga mendapatkan
pandangan guru pembimbing.  Setelah beliau berpuas hati, barulah saya pergi ke rumah orang
sumber untuk menjalankan sesi temu bual.  Saya telah mencatat, merakam dan mengambil
gambar. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan. Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan
Awam Wilayah Tawau.   Saya cuba mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan
permainan tradisional. Saya telah membuat fotocopy pada bahagian yang mengandungi
bahan-bahan yang releven dengan tugasan kami untuk dibawa balik dan dibaca isi
kandungannya. Kaedah Melayari Internet. Saya telah menggunakan kemudahan internet di
sekolah untuk melayari laman web yang memaparkan artikel  berkenaan permainan
tradisional.  Kami berjaya mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web
carian Google dan Yahoo.  Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan kami telah memuat
turun bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan.  Guru komputer telah mengajar kami cara
untuk muat turun bahan tersebut.

Seramik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani,
dan secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun,
penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam
bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional,
yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama
dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar.

Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai
seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan
meningkatkan kekuatan bahan seramik.

The word ceramic is derived from the Greek word κεραμικός (keramikos). The term covers
inorganic non-metallic materials which are formed by the action of heat. Up until the 1950s
or so, the most important of these were the traditional clays, made into pottery, bricks, tiles
and the like, along with cements and glass. Clay-based ceramics are described in the article
on pottery. A composite material of ceramic and metal is known as cermet. The word
ceramic can be an adjective, and can also be used as a noun to refer to a ceramic material, or
a product of ceramic manufacture. Ceramics may also be used as a singular noun referring to
the art of making things out of ceramic materials. The technology of manufacturing and
usage of ceramic materials is part of the field of ceramic engineering.
Many ceramic materials are hard, porous, and brittle. The study and development of ceramics
includes methods to mitigate problems associated with these characteristics, and to accentuate
the strengths of the materials as well as to investigate novel applications.

The American Society for Testing and Materials (ASTM) defines a ceramic article as “an
article having a glazed or unglazed body of crystalline or partly crystalline structure, or of
glass, which body is produced from essentially inorganic, non-metallic substances and either
is formed from a molten mass which solidifies on cooling, or is formed and simultaneously or
subsequently matured by the action of the heat.”[1]

Contoh wau burung, wau kenyalang.

Kebanyakan jenis wau burung dihiasi dengan motif tumbuhan menjalar bagi bentuk tradisi,
atau gambar burung yang menjadi nama jenis wau tersebut bagi jenis bentuk baru.

Mengukur, melukis dan menyobek corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut
unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu
ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis
mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi
wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di
belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan
daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna
diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan
menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan
warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian
tepinya sahaja.
Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang
tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran
sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang
mempunyai sehingga lapan warna.
Permainan Wau

Pengenalan
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau
amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini
dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri
seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau
kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau
barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka
corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan
wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain
dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan
hiasan dinding

Anda mungkin juga menyukai