Anda di halaman 1dari 11

Ahli matematik Mesir kuno (k.k.

1850 600 SM)


Matematik Mesir merujuk kepada matematik yang ditulis dalam bahasa Mesir. Dari tempoh
Hellenistik, bahasa Yunani menggantikan bahasa Mesir bagi bagi bahasa penulisan sarjana Mesir,
dan bermula detik ini matematik Mesir bergabung dengan Matematik Yunani dan Babylon, lalu
memberikan matematik Hellenstik. Pembelajaran matematik di Mesir kemudian diteruskan
bawah pemerintahan Khalifah Islam sebagai sebahagian matematik Islam apabila bahasa Arab
dijadikan bahasa penulisan sarjana Mesir.

Teks matematik tertua buat masa ini papirus Moscow, sebagai sebahagian papirus Kerajaan
Pertengahan Mesir bertarikh kk. 20001800 SM. Seperti teks matematik purba lain, ia
mengandungi apa yang kita kenali sebagai "permasalahan perkataan" atau "cerita permasalahan",
yang digunakan sebagai hiburan.

Satu permasalahan dikira penting kerana ia memberikan cara untuk mencari isi padu frustum:
"Jika kamu diberitahu: Sebuah piramid terpenggal yang 6 bagi ketinggian menegaknya dengan 4
bagi tapa dan 2 di atas. Kamu mengkuasa-duakan 4 ini akan menjadi 16. Kamu menggandakan 4,
hasilnya 8. Kamu mengkuasa-duakan 2, hasilnya 4. Kamu menambahkan 16, 8, dan 4, hasilnya
28. Kamu ambil satu pertiga dari enam, hasilnya dua. Kamu ambil 28 dua kali, hasilnya 56.
Tengok, ia 56. Kamu akan mendapatinya betul."

Papirus Rhind (kk. 1650 SM [3]) merupakan teks matematik utama lain, sebuah manual arahan
dalam aritmetik dan geometri. Sebagai tambahan untuk memberi rumus luas dan kaedah bagi
pendaraban, pembahagian dan menggunakan unit pecahan, ia juga mengandungi bukti bagi
pengetahuan matematik lain (lihat [4]), termasuklah nombor gubahan dan perdana; min
aritmetik, geometri dan harmoni; dan pemahaman mudah bagi kedua-dua Penapis Eratosthenes
dan teori nombor sempurna (dinamakan, itu yang bernombor 6)[5]. Ia juga menunjukkan
bagaimana untuk menyelesaikan persamaan linear tertib pertama [6] begitu juga dengan janjang
aritmetik dan geometri [7].

Juga, tiga unsur geometri terkandung dalam papirus Rhind mencadangkan pembuktian termudah
bagi geometri analisis: (1) paling pertama, bagaimana untuk mendapatkan penghampiran bagi
jitu hingga kurang dari satu peratus; (2) kedua, kerja purba mengkuasa-duakan bulatan; dan (3)
ketiga, penggunaan paling awal bagi kotangen.

Akhir sekali papirus Berlin (kk. 1300 SM [8] [9]) menunjukkan masyarakan Mesir purba mampu
menyelesaikan persamaan algebra tertib kedua [10].
Ahli matematik Babylon kuno (k.k. 1800 550 SM)

Matematik Babylonia merujuk kepada mana-mana matematik orang Mesopotamia (Iraq kini)
dari masa awal Sumer sehingga permulaan Zaman Keyunanian. Ia dinamai sebagai matematik
Babylonia kerana peranan utama Babylon sebagai sebuah tempat pengajian. Bagaimanapun,
tempat ini kemudian hilang sama sekali pada zaman Keyunanian dan sejak dari masa itu,
matematik Babylon bergabung dengan matematik Yunani dan Mesir untuk menghasilkan
matematik Keyunanian.

Berbeza dengan kekurangan sumber matematik Mesir, pengetahuan kita tentang matematik
Babylonia berasal daripada melebihi 400 buah tablet lempung yang diekskavasi sejak dari dekad
1850-an. Dituliskan dalam skrip tulisan pepaku, tablet-tablet itu ditulis semasa tanah liatnya
masih lembap dan dibakar di dalam ketuhar atau melalui haba matahari.

Sesetengah tablet tersebut kelihatan merupakan kerja sekolah yang disemak. Kebanyakannya
yang diekskavasi antara tahun 1800 SM hingga tahun 1600 SM merangkumi topik-topik yang
termasuk pecahan, algebra, persamaan kuadratik dan persamaan kuasa tiga, serta juga
penghitungan tigaan Pythagorus (sila lihat Plimpton 322). [7] Tablet-tablet itu juga merangkumi
jadual-jadual pendaraban dan trigonometri, serta kaedah-kaedah untuk menyelesaikan
persamaan-persamaan linear dan kuadratik. Tablet Babylonia YBC 7289 memberikan anggaran
2 yang tepat sehingga lima tempat perpuluhan.

Matematik Babylonia ditulis dengan menggunakan sistem angka perenampuluhan (asas-60).


Berdasarkan ini, kita menerbitkan kegunaan 60 saat seminit, 60 minit sejam, dan 360 (60 x 6)
darjah sebulatan. Kemajuan-kemajuan matematik Babylonia dipermudah oleh fakta bahawa
nombor 60 mempunyai banyak pembahagi. Berbeza dengan orang Mesir, Yunani, dan Rom,
orang Babylonia mempunyai sistem nilai tempat yang benar, dengan angka-angka yang ditulis
pada lajur kiri mewakil nilai yang lebih besar, iaitu serupa dengan sistem perpuluhan.
Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai titik perpuluhan dan oleh itu, nilai tempat sesuatu
simbol harus disimpul berdasarkan konteksnya.
Ahli matematik Cina kuno (k.k. 1300 SM 200 Masihi)

Mulanya dari zaman Shang (15001027 SM), extant terawal matematik Cina mengandungi
nombor-nombor yang dituliskan pada kerang kura-kura [11] [12]. Nombo-nombor ini
menggunakan sistem perpuluhan, supaya nombor 123 dituliskan (dari atas ke bawah) sebagai
lambang untuk 1 diikuti oleh angkanya untuk seratus, kemudian angkanya untuk 2 diikuti oleh
angka untuk sepuluh, akhirnya angka untuk 3. Ini adalah sistem bilangan yang termaju di dunia
dan membenarkan pengiraan diangkutkan pada suan pan atau sempoa Cina. Tarikh penciptaan
suan pan tidak tentu, tetapi rujukan terawal adalah pada AD 190 pada Supplementary Notes on
the Art of Figures yang ditulis oleh Xu Yue. Suan pan sudah tentu digunakan lebih awal dari
tarikh ini.

Di China, pada 212 SM, Maharaja Qin Shi Huang (Shi Huang-ti) mengarahkan bahawa semua
buku tersebut dibakarkan. Sedangkan arahan ini tidak dituruti dengan secara besar, sebagai
akibatnya sedikit yang diketahui dengan tentu mengenai matematik Cina kuno. Dari Dinasti
Zhou, karya matematik yang terlama yang telah diselamatkan dari pembakaran buku adalah I
Ching, yang menggunakan 64 pilih atur sebuah garis pejal atau putus-putus untuk tujuan
berfalsafah atau mistik.

Selepas tempoh pembakaran buku tersebut, Dinasti Han (206 BCAD 221) menghasilkan karya
matematik yang dianggapkan berkembang pada karya-karya yang hilang sekarang. Yang
terpenting dari kesemuanya adalah Sembilan Bab pada Kesenian Matematik. ia mengandungi
masalah 246 perkataan, termasuk pertanian, perniagaan dan kejuruteraan dan termasuk bahan
pada segi tiga kanan dan .
Ahli matematik India kuno (k.k. 900 SM 200 Masihi)

Shatapatha Brahmana (kk. kurun ke-9 SM) menganggarkan nilai hingga dua tempat
perpuluhan.[13] Sutra Sulba (kk. 800-500 SM) adalah teks geometri yang menggunakan nombor
bukan nisbah, nombor perdana, dan petua tigaan dan punca kuasa tiga; mengira punca kuasa dua
bagi 2 hingga lima tempat perpuluhan; memberikan kaedah bagi mengkuasa duakan bulatan;
menyelesaikan persamaan linear dan persamaan kuadratik; mengembangkan trirangkap
Pythagoras secara algebra dan memberikan bukti] pernyataan dan perangkaan bagi teorem
Pythagoras.

Pini (kk. abad ke-5 SM) merumuskan peraturan tatabahasa untuk Bahasa Sanskrit. Catatannya
mirip dengan catatan matematik moden, dan menggunakan peraturan meta, transformasi, dan
rekursi dengan canggihnya yang tatabahasanya mengadakan kuasa pengiraan bersamaan dengan
mesin Turing. Karya Panini juga digunakan pada perintis teori moden bagi tatabahasa formal
(penting dalam pengiraan), manakala bentuk Panini-Backus menggunakan oleh kebanyakan
bahasa pengaturcaraan moden yang juga membawa maksud serupa dengan petua tatabahasa
Panini.

Pingala (kira-kira abad ke-3 SM-abad pertama SM) dalam karangan prosodi yang menggunakan
peranti yang secocok dengan sistem berangka deduaan. His discussion of the combinatorics of
meters, corresponds to the binomial theorem. Pingala's work also contains the basic ideas of
Fibonacci numbers (called maatraameru). The Brhm script was developed at least from the
Maurya dynasty in the 4th century BC, with recent archeological evidence appearing to push
back that date to around 600 BC. The Brahmi numerals date to the 3rd century BC.

Between 400 BC and AD 200, Jaina mathematicians began studying mathematics for the sole
purpose of mathematics. They were the first to develop transfinite numbers, set theory,
logarithms, fundamental laws of indices, cubic equations, quartic equations, sequences and
progressions, permutations and combinations, squaring and extracting square roots, and finite
and infinite powers.

The Bakshali Manuscript written between 200 BC and AD 200 included solutions of linear
equations with up to five unknowns, the solution of the quadratic equation, arithmetic and
geometric progressions, compound series, quadratic indeterminate equations, simultaneous
equations, and the use of zero and negative numbers. Accurate computations for irrational
numbers could be found, which includes computing square roots of numbers as large as a million
to at least 11 decimal places.
Matematik Yunani dan Keyunanian
(k.k. 550 SM 300 Masihi)

Matematik Greek yang dikaji sebelum zaman keyunanian hanya merujuk kepada matematik
Greece. Sebaliknya, matematik Greek yang dikaji sejak zaman keyunanian (sejak 323 SM)
merujuk kepada semua matematik yang ditulis dalam bahasa Greek. Ini disebabkan matematik
Greek sejak masa itu bukan hanya ditulis oleh orang-orang Greek tetapi juga oleh para
cendekiawan bukan Greek di seluruh dunia keyunanian sehingga hujung timur Mediterranean.
Matematik Greek dari saat itu bergabung dengan matematik Mesir dan Babylon untuk
membentuk matematik keyunanian. Kebanyakan teks matematik yang ditulis dalam bahasa
Greek telah ditemui di Greece, Mesir, Mesopotamia, Asia Minor, Sicily dan Itali Selatan.

Walaupun teks matematik terawal dalam bahasa Greek yang telah ditemui ditulis selepas zaman
keyunanian, banyak teks ini dianggap sebagai salinan karya-karya yang ditulis semasa dan
sebelum zaman keyunanian. Bagaimanapun, tarikh-tarikh penulisan matematik Greek adalah
lebih pasti berbanding dengan tarikh-tarikh penulisan matematik yang lebih awal, kerana
terdapat sebilangan besar kronologi yang mencatat peristiwa dari setahun ke setahun sehingga
hari ini. Walaupun demikian, banyak tarikh masih tidak pasti, tetapi keraguan adalah pada tahap
beberapa dekad dan bukannya berabad-abad.

Matematik Greek dianggap dimulakan oleh Thales (k.k.. 624 k.k. 546 SM) dan Pythagoras
(k.k. 582 k.k. 507 BC) walapun takat pengaruh mereka masih dipertikaikan. Mereka mungkin
dipengaruhi oleh idea-idea Mesir, Mesopotamia, dan India. Thales menggunakan geometri untuk
menyelesaikan masalah-masalah seperti mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai.
Menurut ulasan Proclus tentang Euclid, Pythagoras mengemukakan teorem Pythagorus dan
membina tigaan Pythagorus melalui algebra. Adalah diaku secara umum bahawa matematik
Greek berbeza dengan matematik jiran-jirannya dari segi desakannya terhadap bukti-bukti
aksioman. [8]

Ahli-ahli matematik Greek dan keyunanian merupakan orang-orang pertama bukan sahaja untuk
memberi bukti kepada nisbah (hasil usaha para penyokong Pythagorus), tetapi juga untuk
mengembangkan kaedah menerusi habisan, serta saringan Eratosthenes untuk menentukan
nombor perdana. Mereka menggunakan kaedah ad hoc untuk membina sebuah bulatan atau elips
dan mengembangkan sebuah teori kon yang menyeluruh; mereka mengambil banyak formula
yang berbagai untuk keluasan dan isi padu, dan menyimpulkan kaedah-kaedah untuk
mengasingkan formula yang betul daripada yang salah, serta menghasilkan formula-formula am.

Bukti-bukti abstrak tercatat yang pertama adalah dalam bahasa Greek, dan semua kajian logik
yang masih wujud berasal daripada kaedah-kaedah yang disediakan oleh Aristotle. Dalam
karyanya, Unsur-unsur, Euclid menulis sebuah buku yang telah dipergunakan sebagai buku teks
matematiks di seluruh Eropah, Timur Dekat, dan Afrika Utara selama hampir dua ribu tahun.
Selain daripada teorem-teorem geometri yang biasa seperti teorem Pythagorus, Unsur-unsur
merangkumi suatu bukti yang menunjukkan bahawa punca kuasa dua adalah suatu nisbah, dan
bilangan nombor perdana adalah tidak terhingga.

Sesetengah cendekiawan mengatakan bahawa Archimedes (287 212 SM) dari Syracuse ialah
ahli matematik Greek yang terunggul, jika bukan ahli matematik yang terunggul di seluruh dunia
sehingga masa ini. Menurut Plutarch, Archimedes dilembing oleh seorang askar Rom semasa
menulis formula-formula matematik pada debu ketika berumur 75 tahun. Masyarakat Rom tidak
meninggalkan banyak bukti tentang minat mereka terhadap matematik tulen.
Matematik Klasik Cina (k.k. 400 1300)

Zu Chongzhi (abad ke-5) dari Dinasti Selatan dan Utara menghitung nilai hingga tujuh tempat
perpuluhan yang merupakan nilai yang paling tepat selama hampir 1,000 tahun.

Selama seribu tahun yang menyusul dinasti Han, mulai dari dinasti Tang sehingga dinasti Song,
matematik Cina berkembang maju ketika zaman matematik Eropah masih belum wujud.
Perkembangan-perkembangan yang mula-mulanya dibuat di China dan hanya kemudian
diketahui di dunia Barat, termasuk nombor negatif, teorem bionomial, kaedah-kaedah matriks
untuk menyelesaikan sistem persamaan linear dan teorem baki Cina. Orang Cina juga
mengembangkan segi tiga Pascal dan peraturan tiga lama sebelum ia dikenali di Eropah.

Walaupun selepas matematik Eropah mula berkembang maju semasa Zaman Perbaharuan
Eropah, matematik Eropah dan Cina merupakan dua tradisi yang berlainan, dengan keluaran
matematik Cina yang penting mengalami kemerosotan sehingga para mubaligh Jesuit membawa
idea-idea matematik ulang-alik antara kedua-dua budaya itu dari abad ke-16 hingga abad ke-18.
Matematik Klasik India (k.k. 400 1600)

Surya Siddhanta (k.k. 400) memperkenalkan fungsi trigonometri bagi sinus, kosinus, serta sinus
songsang, dan menyediakan peraturan untuk menentukan pergerakan cakerawala kilau yang
mengikut posisi-posisinya yang sebenar di langit. Kitaran waktu kosmologi yang dijelaskan
dalam teksnya yang disalin daripada karya yang lebih awal adalah 365.2563627 hari bagi setiap
tahun purata mengikut bintang, iaitu hanya 1.4 saat lebih lama daripada nilai moden sebanyak
365.25636305 hari. Karya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Latin sewaktu
Zaman Pertengahan.

Pada tahun 499, Aryabhata memperkenalkan fungsi versinus dan menghasilkan jadual sinus
trigonometri yang pertama, mengembangkan teknik dan algoritma algebra, infinitesimal,
persamaan pembezaan, dan memperolehi penyelesaian nombor bulat untuk persamaan linear
dengan suatu cara yang serupa dengan cara moden, bersamaan dengan perkiraan astronomi tepat
berasaskan sebuah sistem kegravitian heliosentrik. Sebuah terjemahan Aryabhatiya dalam bahasa
Arab dari abad ke-8 dapat diperolehi, diikuti dengan terjemahan dalam bahasa Latin dari abad
ke-13. Beliau juga mengira nilai hingga empat tempat perpuluhan sebagai 3.1416. Kemudian
pada abad ke-14, Madhava menghitung nilai sehingga sebelas tempat perpuluhan sebagai
3.14159265359.

Pada abad ke-7, Brahmagupta memperkenalkan teorem Brahmagupta, identiti Brahmagupta,


serta rumus Brahmagupta dan dalam karyanya, Brahma-sphuta-siddhanta, beliau buat pertama
kali menerangkan dengan jelas tentang sistem angka Hindu-Arab serta penggunaan sifar sebagai
pemegang tempat dan angka perpuluhan. Adalah daripada terjemahan teks matematik India ini
(sekitar 770) bahawa ahli-ahli matematik Islam telah diperkenalkan kepada sistem angka ini
yang kemudian disesuaikan oleh mereka menjadi angka Arab. Cendekiawan-cendekiawan Islam
membawa ilmu sistem nombor ini ke Eropah menjelang abad ke-12 dan kini, sistem ini telah
menggantikan semua sistem nombor yang lebih lama di seluruh dunia. Pada abad ke-10, ulasan
Halayudha bagi karya Pingala mengandungi sebuah kajian jujukan Fibonacci dan segi tiga
Pascal, serta menggambarkan pembentukan matriks.

Pada abad ke-12, Bhaskara merupakan tokoh pertama untuk memikirkan kalkulus pembezaan,
bersamaan dengan konsep-konsep terbitan, pekali pembezaan dan pembezaan. Beliau juga
membuktikan teorem Rolle (kes khas untuk teorem nilai min), mengkaji persamaan Pell, dan
menyiasat terbitan fungsi sinus. Sejak abad ke-14, Madhava serta ahli-ahli matematik Pusat
Pengajian Kerala yang lain mengembangkan ideanya dengan lebih lanjut.

Mereka mengembangkan konsep-konsep analisis matematik dan nombor titik apung, serta
konsep asas bagi seluruh perkembangan kalkulus, termasuk teorem nilai min, pengamiran
sebutan demi sebutan, perhubungan antara keluasan di bawah lengkuk dengan kamirannya, ujian
untuk ketumpuan, kaedah lelaran bagi penyelesaian persamaan tak linear, serta sebilangan siri
tak terhingga, siri kuasa, siri Taylor dan siri trigonometri. Pada abad ke-16, Jyeshtadeva
menggabungkan banyak perkembangan dan teorem Pusat Pengajian Kerala dalam karya
Yuktibhasa, sebuah teks kalkulus pembezaan pertama di dunia yang juga merangkumi konsep-
konsep kalkulus kamiran.

Kemajuan matematik di India menjadi lembap sejak akhir abad ke-16, akibat pergolakan politik.
Matematik Islam (k.k. 700 1600)

Kekalifahan Islam (Empayar Islam) yang diasaskan di Timur Tengah, Afrika Utara, Iberia, dan
sesetengah bahagian India (di Pakistan) pada abad ke-8 mengekalkan dan menterjemahkan
banyak teks matematik keyunanian (daripada bahasa Greek kepada bahasa Arab) yang
kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa itu.

Penterjemahan berbagai-bagai teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan kesan yang
utama kepada matematik Islam, termasuk pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya
Brahmagupta diterjemahkan dalam bahasa Arab pada kira-kira tahun 766. Karya-karya India dan
keyunanian menyediakan asas untuk penyumbangan Islam yang penting dalam bidang
matematik yang menyusul. Serupa dengan ahli-ahli matematik India pada waktu itu, ahli-ahli
Islam minat akan astronomi khususnya.

Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab, bukan semuanya ditulis
oleh orang Arab kerana, serupa dengan status bahasa Greek di dunia keyunanian, bahasa Arab
dipergunakan sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-cendekiawan bukan Arab di seluruh
dunia Islam pada waktu itu. Sesetengah ahli matematik yang terpenting adalah orang Parsi.

Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, ahli astronomi Parsi abad ke-9 dari Kekalifahan Baghdad,
menulis banyak buku yang penting mengenai angka Hindu-Arab dan kaedah untuk
menyelesaikan persamaan. Perkataan algoritma berasal daripada namanya, manakala perkataan
algebra berasal daripada judul Al-Jabr wa-al-Muqabilah, salah satu karyanya. Al-Khwarizmi
sering dianggap sebagai bapa algebra moden dan algoritma moden.

Perkembangan algebra yang lebih lanjut telah dibuat oleh Abu Bakr al-Karaji (9531029)
dalam karyanya, al-Fakhri, yang memperluas kaedah algebra untuk merangkumi kuasa kamiran
serta punca kuasa bagi kuantiti yang tidak diketahui. Pada abad ke-10, Abul Wafa
menterjemahkan karya-karya Diophantus dalam bahasa Arab dan mengembangkan fungsi
tangen.

Omar Khayyam, pemuisi serta ahli matematik abad ke-12, menulis Perbincangan mengenai
Kesukaran dalam Euclid, sebuah buku mengenai kecacatan dalam karya Unsur-unsur Euclid.
Beliau memberi penyelesaian geometri untuk persamaan kuasa tiga yang merupakan salah satu
perkembangan yang paling asli dalam matematik Islam. Khayyam amat terpengaruh dalam
pembaharuan takwim. Sebahagian besar trigonometri sfera dikembangkan oleh Nasir al-Din Tusi
(Nasireddin), salah seorang ahli matematik Parsi pada abad ke-13. Beliau juga menulis sebuah
karya yang terpengaruh mengenai postulat selari Euclid.

Dalam abad ke-15, Ghiyath al-Kashi mengira nilai sehingga tempat perpuluhan ke-16. Kashi
juga mencipta algoritma untuk mengira punca kuasa ke-n yang merupakan kes yang khas untuk
kaedah-kaedah yang diberikan berabad-abad kemudian oleh Ruffini dan Horner. Ahli-ahli
matematik Islam lain yang terkenal termasuk al-Samawal, Abu'l-Hasan al-Uqlidisi, Jamshid al-
Kashi, Thabit ibn Qurra, Abu Kamil dan Abu Sahl al-Kuhi.

Pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam abad ke 15, perkembangan matematik Islam
menjadi lembap. Ini adalah selari dengan kelembapan perkembangan matematik ketika orang
Rom menaklukkan dunia keyunanian.

Anda mungkin juga menyukai