Anda di halaman 1dari 13

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML 3303

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Nama : ROHANA BT MOHD ZALI

No. Kad Pengenalan : 771204 11 5412

Nombor Matrik : 771204115412001

Nombor Telefon : 0199563172

Alamat E-mail : rohanamohdzali@ymail.com

Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER JANUARI 2017


ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Teori Psikolinguistik

2.1 Teori Strukural ( Bloomfield ) 4

2.2 Teori Transformasi Generatif ( Chomsky ) 5

2.3 Teori Fungsional (Halliday) 6

2.4 Perbandingan antara Teori 7-8

3.0 Prinsip Teori Psikolinguistik 8 - 11

4.0 Kesimpulan 12

5.0 Rujukan 13

1.0 PENGENALAN

Psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal berkaitan dengan akal budi atau jiwa
serta tingkah laku manusia. Ilmu linguistik pula merupakan bidang yang mengkaji tentang
bahasa dan cara bahasa itu berfungsi bagi membantu manusia mencapai matlamat serta
hasrat dalam kehidupan hariannya. Dengan ini dapatlah di huraikan bahawa bidang
psikolinguistik adalah gabungan dua bidang ilmu, iaitu bidang psikologi dan linguistik.
Perlu diingatkan bahawa kedua-dua bidang ini berlainan dan berdiri sebagai disiplin yang

2
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
tersendiri. Oleh yang demikian, disiplin psikolinguistik meneliti perkara-perkara yang dikaji
dalam disiplin linguistik dan psikologi kerana kedua-dua bidang ini adalah saling
bekerjasama dalam menyelesaikan persoalan bahasa.

Bagi menghasilan kerjasama yang lebih baik dan sistematik perlulah melahirkan satu
disiplin ilmu baru yang disebut psikolinguistik. Istilah psikolinguistik itu sendiri baru lahir
tahun 1945, iaitu tahun terbitnya buku psycholinguistics : A Survey of Theory and Reserch
Problems yang disunting oleh Charles E. Osgood dan Thomas A. sebeok, di Bloomington,
Amerika Serikat.

Tujuan utama psikolinguistik adalah mencari satu teori bahasa secara linguistik yang dapat
diterima secara psikologi serta menerangkan hakikat bahasa pemerolehannya. Dengan kata
lain, psikolinguistik cuba menerapkan pengetahuan linguistik dan psikologi dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, permulaan pengajaran membaca dan membaca lanjut,
kedwibahasaan dan kemultibahasaan, penyakit bertutur seperti gagap serta bahasa untuk
pendidikan, pembangunan nusa dan bangsa.

Psikolinguistik adalah satu teori informasi yang menganggap bahasa sebagai sebuah alat
untuk menyampaikan suatu benda. Tahap perkembangan psikolinguistik mempunyai tiga
generasi iaitu generasi pertama berkait erat dengan aliran behaviorisme iaitu aliran perilaku.
Manusia yang normal sejak lahir telah dilengkapi dengan kemampuan belajar. Oleh sebab
itu, kemampuan berbahasa dicapai melalui proses belajar. Hal ini menunjukkan bahawa itu
harus dipelajari. Antara tokoh utama utama dalam generasi ini ialah B. F. Skinner.

Manakala generasi kedua berkaitan dengan proses berbahasa serta kaedah yang digunakan
oleh tokoh utamanya iaitu Noam Chomsky dan George Miller. Setelah Kelahiran
psikolinguistik generasi ketiga ini oleh G. Werstch dalam bukunya Two Problems for the
New Psycholinguistics diberi nama New Psycholinguistics. Ciri ciri psikolinguistik
generasi ketiga membincangkan tentang informasi linguistik dan psikologi. Ciri utama
menunjukkan berlaku peningkatan kualitatif dalam perkembangan psikolinguistik di negara
negara Barat.

Menurut Brown (1980) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
merupakan suatu proses yang amat rencam. Ia melibatkan pelbagai pemboleh ubah, dan
setiap pemboleh ubah akan mempengaruhi pelbagai kumpulan pelajar yang berlainan
dengan cara yang agak berbeza. Pelbagai pandangan yang diutarakan oleh disiplin
psikolinguistik tentang proses pendidikan bahasa dan bagaimana pandangan ini dapat

3
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
diterapkan dalam program pendidikan bahasa Melayu. Harapan agar penerapan teori
psikolinguistik dianggap sebagai teori moden berjaya dihasilkan mengenai hakikat kognitif
manusia.

2.0 Teori Psikolinguistik

Teori bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa.
Melalui teori dikemukakan , kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat
yang memerihalkan tentang teori dalam bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh
tentang huraian bahasa.Berikut merupakan pandangan 3 teori tentang psikolinguistik :

2.1 Teori Strukural ( Bloomfield )

Leonard Bloomfield (1887 1949) merupakan salah seorang ahli linguistik struktural yang
terkenal di Amerika Serikat. Pengaruhnya sangat kuat sehinggakan beliau mempunyai
ramai pengikut sehingga kini. Karyanya meliputi bahasa-bahasa India, Bahasa Tagalog,
Linguistik Umum dan Kesusastraan. Beberapa karyanya dikumpulkan oleh C.F. Hockett
dalam A. Leonard Bloomfield Anthology. Dalam pengkajian bahasa, Bloomfiled
menggunakan konsep Ferdinand de Saussure sebagai asas pengkajian, iaitu dalam struktur
bahasa.

Selain menjadi seorang ahli linguistik, Bloomfield juga terkenal dengan teori behaviorisme
yang percaya bahawa proses bahasa ini berpuncak dari proses peniruan atau mimetic. Setiap
perkataan yang dilafazkan mempunyai struktur. Sebagai contoh, seseorang individu itu
menyebut rumah, strukturnya mesti rumah, bukan hamur atau maruh. Beliau lebih
mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajian dan menyebabkan wujudnya Linguistik
Deskriptif. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Saussure dan Otto
Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang
tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem
sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara
konstituen terdekat. Dalam kajian nahu pula, mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai
sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka
menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga
4
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat
bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran

Berdasarkan pembahasan dan analisis data, dapat disimpulkan bahawa aliran strukturalisme
Bloomfield muncul sebagai penolakan atas telaah bahasa yang bersifat diakronis. Aliran
strukturalisme Bloomfield memilih menggunakan telaah sinkronis. Telaah sinkronik adalah
mempelajari suatu bahasa dalam kurun waktu tertentu. Salah satu ciri aliran Struktural
Bloomfield menganggap bahasa merupakan sekumpulan ujaran yang muncul dalam suatu
masyarakat tutur (speech community). Ujaran inilah yang harus dikaji untuk mengetahui
bagian-bagiannya. Dengan demikian yang menjadi objek kajian adalah bahasa-bahasa yang
masih ada masyarakat pemakainya, bukan bahasa yang mati.

2.2 Teori Transformasi Generatif ( Chomsky )

Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan
kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan
memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus
bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu.
Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol
atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan
memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman.

Teori Generatif-Transformasi yang diletakan oleh Chomsky adalah teori moden dan paling
menonjol yang mencerminkan kemampuan akal, membicarakan masalah kebahasaan dan
pemerolehannya, serta hubungannya dengan akal dan pengetahuan manusia.

Semua bahasa memiliki kaedah yang sama dan bersifat universal. Tidak ada pengkhususan
bagi bahasa tertentu walaupun menggunakan bahasa yang berbeza dalam pendidikan. Ini
bermaknan kaedah dan cara menggunakan sistem yang ada dalam akal manusia

Teori Chomski mempunyai kaitan dengan kajian psikologi dalam beberapa pendapat yang
agak berbeza. Ini disebabkan keduanya disajikan dalam satu bingkai. Masalah psikologi
membicarakan sesuatu yang sangat abstrak dan unik. Maka, wajar menurut penurut, bila
teori ini sangat menarik dan mengundang banyak kontroversi (kritik), oleh orang awam
tentang teori sekalipun. Terlebih bahasa itu adalah bahasa manusia yang terus mengalami
perkembangan sesuai dengan konteks manusia itu sendiri.

5
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303

2.3 Teori Fungsional (Halliday)

Halliday dan Wilkins mempelopori teori fungsional. Teori ini berkembang pada tahun 1960-
an dan 1970-an. Penggubal teori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa
sebagai alat komunikasi.

Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan. Dapatan
mereka ini lebih mementingkan aspek semantik dan bersetuju bahawa kewujudan variasi
dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan.

Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Golongan ini
beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-verbal. Aliran dan
golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi perhatian
juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah
perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu
berkomunikasi.

Malahan beliau juga berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka
mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran
mereka. Oleh yang demikian, proses kognitif penting dalam perkembangan bahasa,
khususnya dalam usaha kanak-kanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial
mereka serta kemudian menggambarkan maakna tersebut dalam bentuk bahasa.

2.2 Perbandingan Teori Psikolinguistik

PERBEZAAN
TEORI

STRUKTURAL TRANSFORMASI FUNGSIONAL


GENERATIF
Bahasa adalah Manusia dilahirkan dengan Ahli fungsional mengkaji
BIDANG sistematik,mempunyai kecekapan semulajadi pada perubahan struktur
KAJIAN tatabahasa dan berubah. untuk berbahasa. bahasa ketika seseorang
Ahli linguistik berkomunikasi kerana
beranggapan bahawa Penutur natif berkebolehan bahasa merupakan alat
struktur bahasa merupakan membentuk dan perhubungan.
kaitan antara fonem memahami peraturan baru.
sebagai unit bunyi dengan Penekanan diberikan

6
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
fonem sebagai unit kepada aspek bahasa yang
tatabahasa. Asas kajian dituturkan ketika
mereka tiap-tiap bahasa berkomunikasi.
terdiri daripada satu
pertalian struktur yang
tersendiri.

PELOPOR Edward Sapir, Bloomfield Noam Chomsky (1950an) Haliday dan Wilkins
dan Leonard de Saussure (1960an-1970an)
(abad ke-20)

CIRI-CIRI Tumpuan terhadap Pembentukan rumus- Bahasa sebagai media


fonologi, morfologi dan rumus bahasa secara perhubungan.
sintaksis. transformasi yang Mementingkan aspek
Huraian bahasa lengkap. semantik.
dilakukansebagai Penguasaan bahasa Pengukuhan bahasa
induktif. adalah melalui berlakusecara verbal
Huraian bahasa tidak penguasaan bahasa dan non-verbal.
mementingkan makna pertama terlebih Bahasa berfungsi
dan huraian bahasa dahulu. sebagai alat
dibuat secara luaran. Setiap ayat mempunyai komunikasi.
struktur dalaman dan
luaran yang kuat.
Bahasa bersifat sejagat
dan kreatif.
Binaan ayat
mempunyai hubungan
erat dan menggunakan
simbol untuk
menganalisis nahu.

KESIMPULAN Bahasa ialah satu sistem Manusia berkeupayaan


bunyi yang bersifat berbahasa secara semula Bahasa sebagai media
arbitrari. Bahasa juga jadi dan boleh dikuasai komunikasi. Pengukuhan
merupakan salah satu melalui penguasaan bahasa boleh dicapai
media perhubungan. tatabahasa. melalui verbal dan
nonverbal.

3.0 PRINSIP PRINSIP TEORI PSIKOLINGUISTIK

Teori adalah satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan sedia ada dalam diri
seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan serta mendapatkan

7
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
sesuatu maklumat baru. Manakala Psikologi merupakan perubahan tetap atau penguasaan
ilmu dan perlakuan yang relatif. Relatif bermaksud pembelajaran bukan muktamad dan
maklumat dikuasai pada masa sekarang boleh diubah dengan maklumat yang didapati pada
masa hadapan. Dalam konteks pendidikan , guru-guru akan mengajar supaya seseorang
murid dapat belajar dan menguasai isi pelajaran sehingga dia mencapai objektif yang
ditetapkan oleh guru. Di samping itu, pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara
berterusan sepanjang hidup seseorang murid. Oleh yang demikian Proses pembelajaran
berkait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan mengapa
perubahan tingkah laku berlaku.

3.1 Prinsip Teori Bloomfield

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang


terjalin yang saling bergantung dalam penguasaan ilmu untuk mendapatkan maklumat. Ia
bertujuan untuk mengkelaskan pelbagai pemerhatian yang dibuat dalam pembelajaran serta
faktor-faktor yang mempengaruhinya. Antara ahli bahasa yang mendominasi teori ini ialah
Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Mereka berpegang kepada beberapa prinsip
pokok terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa.

Polisemi dalam prinsip ini iaitu menggunakan prinsip peniruan dan proses pengulangan. Ia
mempunyai persamaan dengan teori behaviorisme iaitu bahasa dikuasai melalui prinsip
pengulangan. Pengulangan boleh dilakukan sebanyak mungkin mengikut kemahiran bahasa
sehingga menjadi satu kebiasaan.
Prinsip seterusnya berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang
kanak-kanak melalui proses peniruan. Seseorang kanak-kanak itu memperolehi bahasa
daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain melalui proses peniruan yang berulang-ulang.
sejak dia mula belajar menyebut bunyi-bunyi, perkataan-perkataan dan seterusnya
membentuk ayat-ayat. Mengikut teori ini, pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan
atau pengulangan yang banyak kerana penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang
tidak memerlukan daya mental.

Kemahiran berbahasa diperoleh melalui pembentukan biasan sebagaimana kita menguasai


kemahiran-kemahiran psikomotor seperti berlari, berenang, memandu dan sebagainya.
Tentang bagaimana pentingnya bentukan biasan dalam penguasaan bahasa ini nyata

8
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
daripada pendapat Brooks (1960) yang mengatakan bahawa satu fakta yang dominan
mengenai bahasa ialah berhubung dengan bentukan dan prestasi biasan, tidak berkaitan
dengan penyelesaian masalah.

Bagi golongan ini, bahasa adalah sesuatu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah
laku yang lain dan boleh dkuasai melalui latihan serta pengulangan. Sekiranya tingkah laku
manusia berpunca daripada wujudnya rangsangan dan gerak balas, maka bahasa juga lahir
sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Tegasnya, tingkah laku bahasa wujud
ketika ucapan terkahir daripada mulut seseorang dan ucapan itu diterima dan difahami oleh
pendengar.

Apa yang lebih penting bagi golongan ini ialah bahasa sebagai alat komunikasi dan
menekankan aspek lisan. Bagi Bloomfield , misalnya bahasa adalah sejumlah isyarat atau
tanda yang berupa unsur-unsur bunyi yang dinamakan bentuk linguistik. Dalam
pembelajaran, golongan ini mementingkan pengukuhan yang diberikan dalam bentuk
ganjaran sekiranya seseorang pelajar dapat memberikan gerak balas yang betul.

Daripada aspek huraian bahasa, golongan ini berpegang kepada huraian bahasa secara
deskriptif atau struktural. Tumpuan diberikan kepada aspek fonologi, morfologi dan
sintaksis. Huraian bahasa pula dilakukan secara Induktif yang lebih mementingkan makna.
Ini seiringan dengan munculnya golongab behaviouris iaitu pada tahun 1930-an. Bagi
golongan struktural, bahasa itu adalah lisan. Fries (1940) menegaskan bahawa :
pertuturan adalah bahas, tulisan juga bahasa tetapi sebagai secondary

3.2 Prinsip Teori Transformasi Generatif ( Chomsky )

Teori ini dikenali sebagai Teori kognitif yang menjelaskan bahawa bahasa sebagai
pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Pelopor teori ini adalah Noam
Chomsky (1960-an), Miller, Katz dan Lakoff. Tanggapan yang menjadi prinsip asas
golongan ini ialah manusia sejak lahir lagi sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai
bahasa. Menurut mereka , kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus
dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka perolehi dengan syarat
mereka itu terdedah kepada penggunaan bahasa.

9
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303

J. Piaget pula berpendapat bahawa manusia memiliki peringkat otak (mental) dan saraf yang
tinggi menyebabkan manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara.
Tegasnya, proses pembelajaran ialah proses mental bukannya proses mekanis. Sementara
N. Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan kecekapan
semula jadi unutk menguasai bahasa apabial sampai peringkat kematangannya. Pada
peringkat kematangan, kanak-kanak akan membentuk hipotesis terhadap peraturan-
peraturan ahli masyarakatnya. Segala pembetulan kesalahan yang dibuat oleh ahli
masyarakatnya akan memperkukuhkan lagi rumus-rumus bahasa yang tersimpan di dalam
otaknya.

Daripada huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa teori ini memiliki kecekapan
semulajadi. Walaupun menggunakan kaedah yang sama dan bersifat berkebolehan untuk
membentuk universal. Pembentukan rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.
Penguasaan bahasa adalah melalui penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu.Setiap ayat
mempunyai struktur dalaman dan luaran yang kuat. Manakala bahasa digunakan bersifat sejagat dan
kreatif. Dalam pembinaan ayat mempunyai hubungan erat untuk menggunakan simbol bagi
menganalisis nahu.Dapatlah dirumruskan bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan
semulajadi untuk berbahasa. Bagi penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami
peraturan baru melalui penguasaan tatabahasa.
3.3 Prinsip Teori Fungsional ( Halliday )

Terdapat beberapa teori ahli bahasa yang mempelopori teori ini iaitu bloom, Bowennan,
Cromer dan Halliday. Prinsip teori ini berpendapat bahawa persekitaran luaran dan faktor
semulajadi memainkan peranan penting untuk pemerolehaan bahasa.

Golongan interaksionalis mengambil jalan tengah dan berkompromi antara Teori Behavioris
dengan Teori Mentalis. Faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif
memainkan peranan dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Pemahaman kanak-kanak
tentang bahasa berakar umbi lahir daripada persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu
bapa mereka. Oleh itu, interaksi sosial memberi pengalaman bahasa bagi kanak-kanak
tersebut.

Menurut Halliday pula, proses kognitif penting dalam perkembangan bahasa, terutama
dalam usaha kanak-kanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial untuk
menggambarkan bentuk bahasa.Bahasa ialah alat pertuturan yang lebih mementingkan

10
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
aspek semantik dan menjadikan bahasa sebagai alat berkomunikasi. Selain itu, bahasa
merupakan alat perhubungan dan penekanan yang diberikan salam aspek bahasa yang
dituturkan ketika berkomunikasi Oleh itu, pengukuhan bahasa akan dicapai secara verbal
dan non verbal.

4.0 Kesimpulan

Pelbagai pandangan yang telah dikemukakan untuk menjamin kejayaan sesuatu program
pendidikan bahasa. Program tersebut mestilah dirancang dan dilaksana dengan teliti agar
teori dan dapatan kajian daripada bidang psikolinguistik dapat memberikan sumbangan
yang besar dan bermakna bagi menjamin kejayaan sesuatu program pendidikan
bahasa,khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia

Beberapa perkara utama yang dipertimbangkan semasa kita merancang dan melaksana
sesuatu program pendidikan bahasa. Kita harus membezakan pelajar natif dan bukan natif
kerana latar belakang kebahasaan mereka yang berbeza. Di samping aspek nahu, aspek
kecekapan berbahasa juga harus diberikan penekanan yang sama penting dalam sesuatu
program pendidikan bahasa. Pendekatan pengkayaan bahasa dan pembinaan biasaan
berbahasa harus diterapkan mengikut kesesuaian kelas.

11
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
.
Daripada perbincangan di atas jelas bahawa hubungan antara psikologi dan pembelajaran
serta pengajaran adalah amat rapat. Hasil penyelidikan psikologi memberi beberapa
keterangan tentang proses pembelajaran yang kemudiannya menentukan kaedah pengajaran.
Di samping itu pula terdapat beberapa faktor penting dalam menentukan kejayaan
pengajaran dan pembelajaran tersebut iaitu aptitud, dorongan, dan sokongannya.

Kesimpulannya, pemerolehan bahasa pertama ialah proses yang berlaku di dalam otak
kanak-kanak yang sering berlaku dan menjadikannya satu kebiasaan bagi kanak-kanak
tersebut. Proses ini merupakan satu proses mental dan melalui perbuatan yang dilihat oleh
kanak-kanak, maka mereka memperolehbahasa pertama mereka. Proses yang dilalui oleh
kanak-kanak ini akan menjadi lebih mudah sekiranya mereka sudah terdedah kepada bahasa
tersebut dan mereka akan lebih senang untuk memperoleh bahasa pertama mereka.Dengan
kerjasama antara kedua disiplin diharapkan memperolehi hasil kajian yang lebih baik dan
lebih bermanfaat.
Sebagai hasil kerjasama yang baik, lebih terarah, dan lebih sistematis diantara kedua ilmu
itu, lahirlah satu disiplin ilmu baru yang disebut psikolinguistik, sebagai ilmu antardisiplin
antara psikologi dan linguistik. Istilah psikolinguistik itu sendiri baru lahir tahun 1945,
yakni tahun terbitnya buku psycholinguistics : A Survey of Theory and Reserch Problems
yang disunting oleh Charles E. Osgood dan Thomas A. sebeok, di Bloomington, Amerika
Syarikat.

RUJUKAN

Asmah Hj. Omar. 1982. Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Bloomfield, Leonard, Language, New York: Holt,Rinehat and Winston, 1933

Buroh Kencana ( 2011 ), Sejarah Perkembangan Psikolinguistik. Dicapai dari http ://

Burahkencana.blogspot.com /2012/03 sejarah perkembangan-psikolinguistik.html

Chaer, Abdul, Linguistik Umum, Jakarta: Rineka Cipta, 2003

12
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3303
Chomsky, N. 1985. Aspect of the theory of syntax. Massachusset: Massachusset Institute of
Technology Press.191

Kamaruddin Hj Husin. ( 1988 ), Pedagogi Bahasa, Petaling Jaya : Longman.

Mangantar Sijamuntak, ( 1987 ), Pengantar psikolinguistik moden : Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.academia.edu/3632003/Teori_Leonard_Bloomfield#signup/email

https://pelangiindonesia2013.wordpress.com/2014/03/03/aliran-bloomfield/

13