Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN SEKOLAH

1. KEHADIRAN

1.1 Murid dikehendaki berada dikawasan sekolah sebelum 7.30 pagi.

1.2 Loceng pertama akan dibunyikan pada 7.20 pagi dan diikuti loceng kedua
pada pukul 7.30 pagi.

1.4 Tidak seorang murid boleh keluar atau meninggalkan perkarangan sekolah
dalam waktu persekolahan kecuali ada permohonan daripada ibubapa dan
kebenaran dari Guru Besar setelah menuliskan maklumat di dalam Buku
Kebenaran Membawa Murid Keluar.

1.5 Murid tidak hadir mesti menunjukkan dokumen sebagai bukti


ketidakhadirannya samaada kenyataan bertulis dari ibubapa / penjaga atau
surat akuan doktor.

1.6 Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa kenyataan, akan
diberi surat amaran pertama. Sekiranya masih tidak hadir 3 hari berikutnya
surat amaran kedua seterusnya surat amaran terakhir sebelum tindakan
disiplin dikenakan.

2. PAKAIAN

2.1 Murid lelaki :Kemeja putih , seluar panjang warna biru tua, sarung kaki dan
kasut kanvas berwarna putih.

2.2 Murid Perempuan : Baju kurung pesak, kain biru tua, sarung kaki putih tanpa
corak dan kasut kanvas putih.

2.3 Baju kurung hendaklah berbutang putih atau butang ketap. Pemakaian
brooch samaada pada baju atau tudung dilarang sama sekali.

2.4 Bagi bukan Islam :Baju putih, pinafore biru tua, sarung kaki putih tanpa corak
dan kasut kanvas putih

2.5 Tudung / mini telekung digalakkan bagi murid Islam

2.6 Bagi murid lelaki, warna songkok yang dibolehkan adalah berwarna hitam.
Pemakaian ketayap, serban, topi / cap adalah dilarang.

2.7 Semua murid diwajibkan memakai lencana dan tanda nama sepanjang hari
persekolahan.
3. RAMBUT / KUKU / GIGI

3.1 Murid lelaki hendaklah berambut pendek tidak mencecah kolar baju dan
sentiasa kemas / rapi.

3.2 Murid perempuan digalakkan berambut pendek dan dikehendaki menyikat


dan mengikat rambut dengan kemas jika tidak bertudung.

3.3 Jika berambut panjang, rambut mestilah sentiasa diikat supaya kemas dan
terurus. Warna pengikat atau reben ialah hitam atau biru tua.

3.4 Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut atau menggunakan GEL.

3.5 Potongan rambut mengikut trend semasa seperti punk, skin-head dan
sebagainya dilarang. (Rujuk pekeliling peraturan pakaian murid sekolah)

3.6 Semua murid hendaklah berkuku pendek, bersih dan tidak memakai pewarna
kuku.

3.7 Gigi hendaklah sentiasa bersih dan putih.

4. ALAT SOLEK DAN BARANG KEMAS.

4.1 Semua murid dilarang mengenakan sebarang persolekan ketika ke sekolah.

4.2 Semua jenis barang kemas dan hiasan adalah dilarang.

5. BASIKAL

5.1 Basikal hendaklah dilengkapkan dengan kunci, brek, loceng, kaki penongkat
dan lain-lain.

5.2 Letakkan basikal ditempat letak basikal yang telah ditentukan.

5.3 Dilarang menaiki atau bermain basikal dikawasan sekolah.

5.4 Apabila memasuki kawasan sekolah, basikal hendaklah ditolak bukan


ditunggang.

5.5 Murid-murid dilarang menunggang basikal secara bersaing / bergandingan


dan berlumba dijalan raya.
PERHIMPUNAN

6.1 Setiap murid menghadirkan diri di dalam Perhimpunan Mingguan pada jam
7.20 pagi hari Isnin.

6.2 Sebagai rakyat Malaysia, setiap murid mesti tahu dan boleh menyanyikan
lagu Negaraku, lagu Negeri sembilan dan lagu sekolah serta ikrar dengan
betul.

6.3 Apabila lagu-lagu diatas dinyanyikan murid-murid hendaklah berdiri tegak.

6.4 Murid-murid hendaklah berdiri dengan senyap semasa guru berucap atau
menyampaikan maklumat.

6.5 Selepas perhimpunan berakhir, murid-murid hendaklah berbaris dan berjalan


dengan senyap masuk ke bilik darjah.

WAKTU REHAT

7.1 Murid-murid tidak dibenarkan bermain atau duduk di dalam bilik darjah.

7.2 Berbaris dan berjalan dengan senyap dari kelas ke kantin dan ketika membeli
makanan.

7.3 Makan secara tertib di kantin.

7.4 Jangan tinggalkan sisa makanan diatas meja.

7.5 Buangkan segala bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang


disediakan.

7.6 Dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu


persekolahan.
TATATERTIB DI BILIK DARJAH DAN BILIK-BILIK KHAS

8.1 Semua murid hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih, kerusi /
meja kemas dan tersusun.

8.2 Dilarang sama sekali membuat bising didalam bilik darjah.

8.3 Dengar dengan teliti dan fahami apa yang diajar oleh guru.

8.4 Tidak boleh menggangu murid lain ketika pembelajaran berjalan.

8.5 Murid hanya dibenarkan keluar kelas dengan kebenaran guru dan memakai
Pas Keluar.

8.6 Apabila bergerak ke bilik-bilik khas seperti Bilik Kemahiran Hidup, Muzik,
Perpustakaan, Makmal Sains, Makmal Komputer dan sebagainya, hendaklah
bergerak dalam barisan, senyap dan berdisplin.

TANDAS

9.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan tandas.

9.2 Dilarang mandi di dalam tandas.

9.3 Gunakan tandas untuk membuang air kecil atau air besar sahaja. Pam
tandas selepas digunakan dengan betul.
PENDIDIKAN JASMANI

10.1 Murid yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah memakai


pakaian Pendidikan Jasmani yang telah ditentukan oleh sekolah T-shirt
warna putih / trek bottom biru/hitam.

10.2 Murid-murid hendaklah beratur semasa hendak turun ke padang atau selepas
menjalani pembelajaran Pendidikan Jasmani.

10.3 Murid yang tidak boleh menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani kerana sakit
hendaklah menunjukkan surat akuan doktor dan tidak dibenarkan duduk
didalam bilik darjah kecuali dengan kebanaran guru.

10.4 Murid-murid mesti berkerjasama menjaga keselamatan alat-alat Pendidikan


Jasmani.

11. MEROSAKKAN HARTA GURU / KAWAN / SEKOLAH

11.1 Murid-murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah seperti


memecahkan cermin tingkap, pasu bunga, kerusi, meja dan lain-lain
dikehendaki menggantikannya mengikut nilai barang yang dirosakkan.
11.2

KEGIATAN KUMPULAN

12.1 Murid-murid Tahap Dua diwajibkan menyertai kegiatan ko-kurikulum


mengikut jadual yang telah ditetapkan.

12.2 Murid- murid dikehendaki seberapa segera balik setelah menjalani kegiatan
ko-kurikulum.

12.3 Murid yang mewakili sekolah dalam kegiatan ko-kurikulum tidak dibenarkan
menarik diri kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
SAMPAH

12.1 Murid tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata.

13.2 Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

13. TINGKAH LAKU

14.1 Setiap murid hendaklah menunjukkan tingkah laku yang baik, bersopan-
santun dan berakhlak mulia.

14.2 Menghormati semua guru dengan memberi salam atau ucap selamat samada
di dalam bilik darjah, atau semasa berselisih di dalam dan di luar kawasan
sekolah.

14.3 Menghormati pekerja dan kakitangan di sekolah.

14.4 Menghormati ibubapa / penjaga dan orang yang lebih tua.

14.5 Menghormati kawan sedarjah, sepermainan, satu sekolah tidak kira kecil atau
besar serta keturunan.

14.6 Patuh dan taat segala nasihat, arahan guru, ibubapa, pengawas dan ketua
darjah.

14.7 Sentiasa sanggup membantu dan berkerjasama dalam apa sahaja yang
memberi kebaikan kepada diri, sekolah dan masyarakat.

14.8 Menghormati lagu dan bendera negeri, negara dan sekolah.


PUSAT SUMBER SEKOLAH

15.1 Dilarang memasuki Pusat Sumber tanpa guru pengiring.

15.2 Dilarang bermain atau membuat bising ketika berada di Pusat Sumber

15.3 Dilarang mengoyak atau menconteng buku/bahan bacaan yang lain ketika
berada di Pusat Sumber.

15.4 Semua murid hendaklah mematuhi segala arahan yang diberi oleh Guru
Penyelaras Pusat Sumber dan Guru pengiring ketika berada di Pusat Sumber.

15 LARANGAN

16.1 Masuk ke bilik guru besar, GPK, pejabat sekolah, bilik guru dan Pusat Sumber
Sekolah tanpa kebenaran.

16.2 Menggunakan tandas guru.

16.3 Membawa dan menggunakan telefon bimbit.

16.4 Liquid paper, pen marker dan semua jenis cat.

16.5 Sebarang bentuk perjudian dan penjualan.

16.6 Kaset, walkman, bahan-bahan yang tidak bermoral dan tidak berkaitan
dengan P&P

16.7 Membawa benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting, pembaris besi dan
sebagainya kecuali mata pelajaran Pemdidikan Seni, Kemahiran Hidup / Sains
dengan kebenaran guru atau arahan guru.
PERKARA-PERKARA AM

17.1 Murid dilarang bergaduh, mengugut, mengancam, membuat komplot atau


geng.

17.2 Murid-murid dilarang mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru, kawan dan
orang awam.

17.3 Murid diharamkan mencuri barang-barang di dalam atau di luar kawasan


sekolah.

17.4 Murid-murid mesti mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

17.5 Semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kecuali kenderaan kakitangan SK


Senawang

17.6 Ibubapa / penjaga diminta menghantar anak sehingga di pintu pagar sekolah
sahaja begitu juga ketika mengambil waktu pulang dari sekolah.

17.7 Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan menunggu anak di sekolah atau masuk
kawasan sekolah tanpa urusan penting.

17.8 Ibubapa / penjaga murid Tahun Satu hanya dibenarkan menunggu anak
mereka di kantin pada minggu pertama sahaja. Mereka dilarang berada di
dalam bilik darjah atau kaki lima bangunan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

Anda mungkin juga menyukai