Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENGENALAN OLAHRAGA
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau
di Greece. Oleh itu, ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia.
Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece.
Berdasarkan The Encyclopedia of Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai
sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya melompat
sejauh 23 kaki 1 inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.
Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah Perkara yang penting dalam sukan
bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam
hidup ialah berusaha. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang
menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan yang
memang menjadi idaman mereka.
Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne dalam 4
acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu, Malaysia tidak
pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana
membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini Malaysia
hanya pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.
1
1.1 Acara-acara Olahraga
1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter
Acara ini dimulakan dengan mulaan berdiri yang didapati sesuai dengan
murid-murid sekolah rendah. Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid
masih tidak mempunyai kekuatan tangan yang cukup untuk menyokong berat
badan mereka. Sebelum acara dimulakan, para atlit akan berdiri di belakang
garisan permulaan dan membongkokkan badan mereka. Sebelah tangan ke
depan dan sebelah lagi ke belakang.
Bagi sesi ke garisan, atlet akan bergerak ke garis permulaan dan
menetapkan kedudukan kaki depan (biasanya diantara 16cm hingga 20cm atau
11/2 tapak kaki selari garisan permulaan). Kemudian atlet akan mendekam
dengan meletakkan lutut kaki belakang di sebelasnya, atlet akan meletakkan
kedua-dua tangan di belakang disebelah tapak kaki depan. Jarak diantara dua
kaki ini ialah satu genggaman tangan.
Seterusnya, atlet akan meletakkan kedua-dua tangan di belakang garis
permulaan dengan ibu jari kearah satu sama lain. Jari dirapatkan dan bahu
hampir selari dengan garis permulaan dan kepala ditundukkan dan mata
pandang ke bawah. Bagi penggunaan tenaga pula, atlet disyorkan
menggunakan seratus peratus tenaga dari awal hingga ke akhir bagi acara
larian 100M. Manakala, bagi acara larian 200M, atlet disyorkan memecut dari
awal kerana pergerakan akan menjadi pelahan secara automatik di selekoh, di
akhir selekoh atlet perlu memecut pada kadar seratus peratus melalui
pergerakan tangan dan kaki yang kuat.
2
dan boleh berlari berlari lurus dengan yakin. Biasanya merupakan individu yang
terpantas dalam pasukan dan boleh menerima baton dengan tangan kiri.
Terdapat beberapa cara untuk memegang baton. Cara yang pertama
adalah dengan memegang baton menggunakan ibu jari dan jari ketiga. Selain
itu, baton boleh juga diggengam dengan jari ketiga dan keempat. Ketiga, baton
boleh dipegang dengan jari keempat dan kelima. Di samping itu, baton juga
boleh digengam, dengan ibu jario dan jari telunjuk.
Antara cara yang digunakan untuk menukar baton ialah pelari yang
membawa baton akan meletakkannya di sisi dan meletakkan baton di tangan
pelari didepan. Setelah menerima baton, pelari kedua akan meletatkkan baton
di tangan kanan sebelum menghantarkannya kepada pelari ketiga. Dalam
kaedah ini, pelari yang menunggu akan berdiri didalam petak pertukaran.
Individu tersebut akan mula berlari anak dengan memandang ke belakang
supaya dapat melihat pelari yang membawa baton. Apabila pelari berkenaan
tiba di tempat tandaan, pelari yang menunggu akan mula berlari secara pelahan
dan menerima baton sambil berlari. Sungguhpun kaedah ini agak lambat,
Individu tersebut dapat mengurangkan risiko baton jatuh serta pembatalan.
3. Lari Berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter
Oleh itu, atlet haruslah memulakan acara dengan tepat dan pantas.
Biasanya lapan langkah diambil sebelum melepasi pagar yang pertama. Fasa
ini memerlukan kederasan tindakan kaki dan tangan. Pagar pertama hendaklah
dihampiri dengan penuh kuasa, badan dibengkokkan dan kaki belakang ditarik
3
ke depan serta-merta untuk meneruskan larian. Atlet-atlet biasanya melangkah
2 meter didepan pagar dan mendarat 1.2 meter dibelakang pagar. Apabila
menghampiri garis penamat, atlet hendaklah memecut dengan lebih pantas.
Terdapat beberapa peraturan dalam acara lari berpagar. Antaranya :
Atlet hendaklah melepasi pagar di bahagian atas.
Jika pagar-pagar itu disokong dengan beban (berat) semua pagar boleh
dijatuhkan semua pagar boleh dijatuhkan dan ini tidak dikira batal.
Peserta itu dikira batal jika menjatuhkan tiga atau lebih pagar yang tidak
disokong dengan beban.
Atlet harus berlari dalam lorong masing-masing.
Peraturan lain mengenai permulaan dan penamat adalah sama seperti
acara balapan yang lain.
Lari jarak sederhana merupakan satu cabang acara balapan dalam sukan
olahraga. Acara lari jarak sederhana ini sering dikategorikan sebagai lari jarak
jauh malah banyak buku tentang sukan olahraga yang ditulis dan diterbitkan di
Barat mengkategorikan acara ini sebagai acara jarak jauh. Namun hakikatnya
lari jarak sederhana dan lari jarak jauh berbeza dari segi teknik larian walaupun
kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi permulaan, bentuk larian, teknik
larian dan kaedah latihan.
Kedua-dua acara kategori lari jarak sederhana ini disertai oleh lelaki dan
perempuan serta kedua-dua acara ini turut juga disertai oleh murid lelaki dan
perempuan di peringkat sekolah. Seperti acara-acara balapan yang lain, acara
4
800 meter dan 1500 m di pertandingkan sama ada di atas padang ataupun
balapan berturap. Pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan
manakala acara 1500 meter pula ialah 3 3/4 pusingan balapan. Jika dalam
acara pecut pelari akan melakukan larian pada kederasan yang maksimum
yang boleh di sepanjang jarak yang ditetapkan. Namun dalam lari sederhana
(acara 800 meter dan 1500 meter) pelari harus bijak membahagikan corak
larian.
Di samping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800
meter harus bijak mengatur langkah dengan mengekalkan ketahanan dan
konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain. Para pelari dalam
acara jarak sederhana perlu berusaha mengekalkan ketahanan larian pada
hampir sepanjang jarak acara itu. Peningkatan kepantasan dan
mengekalkannya sehingga ke garisan penamat merupakan aset utama jika
berkemampuan. Malah ada yang perlu ditentukan dengan cara photo-finish.
Merentas desa
Bagi acara merentas desa pula, jarak yang ditetapkan bagi kejohanan
Berpasukan Merentas Desa Dunia yang telah di persetujui oleh IAAF ialah:
Kategori jarak larian:
Lelaki 12 KM
Lelaki Junior 8 KM
Wanita 8 KM
Wanita Junior 6 KM
Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di kawasan
hutan kayu, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan
semulajadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan
perlumbaan yang menarik. Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan
bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi juga segala kemudahan yang
digunakan.
Marathon
Jarak untuk marathon ialah 10 KM, 15 KM dan 20 KM untuk lelaki dan
perempuan. Jarak marathon utama ialah 42.195km.
5
Medley Relay
Acara ini sama seperti acara 4x100m atau 4x400m yang memerlukan 4 orang
atlet sebagai pelari. Jarak larian untuk setiap pelari ialah sama ada 100m,
200m, 300m & 400m atau sebaliknya mengikut kehendak penganjur. Peraturan
larian dalam acara ini juga sama seperti 4x100m dan 4x400m
6
1.1.2 Acara Padang
1. Lompat Tinggi
Dalam acara lompat tinggi, aspek keselamatan amat penting. Gaya flop hanya
selamat digunakan sekiranya tilam untuk mendarat itu tebal. Bagi gaya gunting
dan pelana, kawasan mendarat dengan getah tiruan atau foam boleh
digunakan. Jika foam digunakan, unit-unit berasingan itu (seperti guni-guni diisi
dengan foam) hendaklah diikat supaya ianya tidak beralih apabila atlet
mendarat. Kawasan mendarat hendaklah rata dan tidak beralih. Ukuran 54 M
mencukupi untuk kebanyakan gaya lompatan. Namun begitu, titik melonjak
merupakan faktor yang penting dalam persediaan tilam mendarat.
2. Lompat Jauh
Acara lompat jauh mempunyai perbezaan dalam jarak larian landas mengikut
umur, jantina dan kebolehan atlet itu sendiri. Bagi murid-murid sekolah rendah,
mereka hanyak memerlukan larian landas yang pendek seperti 7 hingga 11
langkah.
Terdapat dua cara permulaan iaitu cara statik dan cara bergerak. Cara
statik akan membuatkan atlet berdiri tegak dengan kedua-dua kaki rapat
sebelum mengambil langkah yang pertama. Atlet juga boleh berdiri dengan
sebelah kaki ke depan dan satu lagi ke belakang. Bagi cara bergerak, atlet
berjalan atau berlari anak ke tanda permulaan sebelum mengambil langkah
larian landas yang pertama.
Langkah pertama hendaklah sentiasa konsisten dan jika pendek, besar
kemungkinan atlet itu tidak akan memijak papan lonjak dengan tepat. Segala
gerakan penerbangan di udara bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan
bada serta putaran kearah depan. Atlet boleh menggunakan gaya Gantung atau
Lenting. Apabila kedua-dua kaki dibawa ke depan, badan akan berputar ke
depan. Tumit kaki haruslah dibawa setinggi yang boleh sehingga menginjak ke
pasir.
7
3. Lompat Kijang
Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan
kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang
adalah hampir sama dengan peserta pelompat jauh. Antaranya ialah
kepantasan serta kuasa lonjakan (spring) yang baik. Secara amnya pelompat-
pelompat antarabangsa adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang dengan
kelembutan yang baik. Kelengkapan atlet termasuk seluar pendek, singlet dan
kasut lari. Kasut yang digunakan hendaklah memberi sokongan yang baik
kepada tumit kaki. Pita pengukur juga disediakan untuk menetapkan jarak
landas lari.
Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan
iaitu berjingkat (hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik
melakukannya ialah berjingkat (hop) dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki
kiri mendarat disusuli dengan melangkahkan kaki kanan ke depan dan dengan
kaki kanan ini pula gerakan melompat dilakukan. Akhirnya pelompat mendarat
dengan kedua-dua belah kaki di kawasan mendarat.
4. Lompat Galah
Lompat bergalah adalah salah satu acara sukan yang menggunakan galah yang
panjang dan fleksibel (dimana galah pada hari ini kebiasaannya diperbuat
daripada gentian kaca atau gentian karbon) sebagai salah satu alat untuk
melompat melepasi bar. Ia telah menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik
sejak tahun 1896 untuk lelaki dan mula diperkenalkan kepada wanita pada
tahun 2000.
Lompat bergalah juga adalah acara kelapan dalam Acara Dekathlon. Semasa
pertandingan, ketinggian paras palang untuk dilepasi akan ditentukan oleh
pegawai acara.
Ketinggian pertama yang lebih dikenali sebagai ketinggian pembukaan
kebiasaannya berada pada tahap ketinggian yang boleh dilepasi oleh semua
atlet. Atlet boleh mula menyertai lompatan pada mana-mana tahap ketinggian
yang dikehendakinya dari ketinggian standard yang telah ditetapkan pada
awalnya. Apabila atlet telah mula menyertai pusingan lompatan itu, atlet akan
diberikan 3 peluang untuk melepasi ketinggian yang telah ditetapkan.
Jika atlet berjaya melepasi halangan walaupun terpaksa menggunakan
satu daripada 3 peluang pecubaan yang telah diberikan, atlet akan mendapat 3
peluang lompatan semula yang baru pada tahap ketinggian yang seterusnya.
Pada bila-bila masa, atlet boleh membuat keputusan untuk melepasi ketinggian
paling maksimum yang diingininya. "Tiada ketinggian" atau lebih dikenali
sebagai NH (no height) dirujuk kepada peserta yang gagal melepasi palang
pada sebarang ketinggian yang telah ditetapkan semasa pertandingan. Peserta
yang berjaya melepasi palang pada paras yang paling tinggi akan dinobatkan
sebagai juara.
5. Melontar Peluru
8
Lontar peluru merupakan satu acara yang melibatkan gerakkan melontar satu
bola logam besi yang berat, sejauh yang boleh. Teknik yang melontar yang
kekal sehingga hari ini dikatakan bermula daripada Perry O Brien yang berjaya
mencipta rekod baru pada tahun 1950an. Gelanggang lontar peluru terdiri
daripada bulatan untuk melontar dan kawasan mendarat. Bulatan melontar
dikelilingi oleh garis bilat meliputi kawasan yang berdiameter 2.135 meter.
Pada bahagian hadapan kawasan melontar akan dipasang papan
penahan untuk menentukan sama ada lontaran itu sah atau batal. Apabila
peserta memijak atau kakinya melepasi papan penahan, lontaran dikira batal.
Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas dari sebarang halangan dan
gangguan serta bersudut 40 dari titik tengah bulatan melontar. Setiap lontaran
hendaklah jatuh didalam kawasan pendaratan ini, lontaran yang keluar atau
mengenai garisan akan dibatalkan.
Dalam acara ini, pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak
balingan yang dibuat oleh peserta. Ukuran dibuat dari titik tengan bulatan tetapi
bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru
mendarat. Peluru mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari
dan jari kelingking berperanan sebagai penyokong. Antara teknik yang
digunakan dalam acara lontar peluru adalah tekni berdiri, teknik lontaran sisi,
teknik O Brien, Teknik membelakangi kawasan lontaran.
6. Melempar Cakera
Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu
seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah
berukuran 2.50 meter dan atlet dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah
mengarahkan cakera ke kawasan sector yang bersudut 40 darjah di hadapan
bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan
ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor
mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar
cakera. Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian,
kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan
dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan.
Jika cakera itu bergerak dalam bentuk bulan punama apabila dilempar,
sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan
memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang
dapat digerakan secara memotong udara akan kurang rintangan udara dan
mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
7. Merejam Lembing
Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti
melontar peluru dan melepar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara
bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-
tiga acara sukan tersebut. Biasanya, dalam acara melontar peluru tindakan
menolak untuk menggerakkan peluru itu digunakan manakala untuk acara
9
melempar cakera ia melibatkan pergerakan melempar. Bagi acara merejam
lembing pula, aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan
membaling sebiji batu atau bola tenis digunakan.
Walaupun lembing berukuran kecil yang beratnya di antara 400 500 gm tidak
terlalu berat, namun belum tentu ia dapat dibaling dengan mudah ke arah suatu
jarak yang tertentu. Semasa merejam lembing, teknik keseluruhan badan
digunakan untuk menghasilkan tindakan yang berkesan.
Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mempelajari tentang
cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri
dan seterusnya berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya
meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan
yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu
pergerakan badan adalah perlu ditekankan.
10
3.0 PERALATAN OLAHRAGA
3.1 Peralatan Umum Acara Balapan
Jam randik
11
hon dan lampu isyarat
kotak lorong
12
Pagar
13
3.2 Khusus untuk Acara
3.2.1 Acara Balapan
i. Acara 400m dan kurang 400m:
blok mula (8 hingga 10 set)
ii. Acara 5000m, 5000m jalan kaki dan 10000m jalan kaki
baldi atau bekas air
cawan kertas
span (sponge)
meja
14
80 hingga 100 set pagar yang boleh diubah ketinggian dan pemberat yang
telah ditetapkan
15
sekurang-kurangnya 2 biji peluru bagi setiap acara
Bil Berat Peluru Kelas
besi penanda
bendera merah dan putih 3 set
bendera kuning 1
jam countdown atau jam randik
16
kad teknik 2 set dan klip board 2 set
air-horn atau alat yang sesuai
pita ukur 50m hingga 100m atau EDM (alat pengukur elektronik)
17
iii. Acara merejam lembing
sekurang-kurangnya 2 batang lembing bagi setiap acara
Bil Berat cakera Kelas
pita ukur 50m atau 100m atau EDM (alat pengukur elektonik)
18
tilam (sekurang-kurangnya 3m x 5m)
pita ukur 5m atau kayu pengukur
penanda
kad teknikal dan papan klip 2 set
penimbang air
sarung angin (wind sock)
bangku panjang dan khemah/payung untuk peserta
skor board
tangga 5m
galah untuk mengangkat palang
bendera merah dan putih 2 set
bendera kuning 1 set
jam randik atau countdown clock
19
penanda
kad teknikal
penimbang air
sarung angin (wind sock)
skor board
klip board pegawai
20
skor board
klip board pegawai
penyapu, berus, dan bakul sampah
21
RUJUKAN
Internet
Azam Ismail. (8 April , 2012). Alatan Acara Balapan . Retrieved from Teh O Ais:
http://kssr4acarabalapan.blogspot.my/2012/04/alatan-acara-balapan.html
Zati Denan. (6 June, 2012). Acara-acara dalam olahraga. Retrieved from Nota nota
PISMP: http://nota-notapismppj.blogspot.my/2012/06/acara-acara-dalam-
olahraga.html
Buku
Azali Rahmat Mohd Rushdan Ainuddin.Pengurusan Dan Pengelolaan Olahraga
Kokurikulum.(2014).Perak:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
22