Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di


sebuah kilang yang terletak di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu
hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,
Selangor.

Aku dihantar ke kedai tersebut dengan menggunakan sebuah


lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai
pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak
mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal,
iaitu RM800.

Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelakinya yang


berumur 10 tahun telah membeliku. Dia membeli aku lalu membawa
aku pulang ke rumahnya. Aku telah diberikan kepada anak lelakinya
itu tadi yang bernama Kamal.

Kamal selalu menunggang aku ke sekolah dan bersiar-siar di


sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa
bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat
bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan
begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.

Beberapa tahun kemudian, badanku telah berkarat. Cat pada


badanku juga telah mula pudar. Aku tidak secantik dahulu lagi. Kini,
aku telah ditempatkan di dalam stor ayah Kamal. Di sinilah aku
menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.