Anda di halaman 1dari 3

[SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH

6.1 REFLEKSI UMUM

Jika diukur melalui pengalaman lepas, iaitu pengalaman 6 bulan di sekolah semasa
kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan di peringkat IPG adalah sangat-sangat berharga dan
penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya sekolah dan Pengajaran & Pembelajaran
(P&P) subjek yang ditugaskan. Program Pembangunan Guru Baharu adalah satu inisiatif
untuk saya lihat sebagai satu yang amat bagus dan melambangkan keprihatian Kementerian
Pelajaran Malaysia dan semua pegawai dari peringkat pusat, ke Pejabat Pendidikan Daerah
dan dari sekolah sendiri. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya meletakkan diri saya
sebagai guru baharu yang mempunyai kekuatan untuk menunjangi tugas-tugas penting dalam
membina sahsiah murid yang lebih terkehadapan kemajuannya baik dari segi akademiknya,
kokurikulumnya, akhlaknya dan lain-lain lagi elemen penting yang perlu ada.

Sebagai guru novis, pemerhatian menunjukkan pementoran amat berkesan bagi saya
kerana merasakan adanya figure untuk saya merujuk apa sahaja kekusutan dan masalah
yang saya hadapi selama saya menyesuaikan diri kerana sememangnya sebagai guru baharu,
segalanya adalah baru bagi saya. Pengalaman semasa Praktikum 6 bulan adalah terbatas dan
tidak merangkumi segala yang guru harus laksanakan secara realitinya di sekolah.
Kemasukan saya dalam dunia baharu iaitu dunia pekerjaan akan mengukur keupayaan saya
dalam urusan pengurusan penyampaian ilmiah, penyampaian kemahiran dan lain-lain lagi.
Jika dahulunya, melaksanakan urusan pengajaran dan pembelajaran secara bimbingan
pensyarah dan dilaksanakan dalam suasana masih belajar, kini mengalami perubahan
suasana dunia pekerjaan yang sebenar. Melalui guru mentor, saya tidak akan merasa malu
untuk bertanya kerana mentor sememangnya sedar akan keterbatasan saya.

Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapat pengalaman
yang sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk jangka masa yang lebih lama.
Peruntukan masa yang diberikan untuk sesi pementoran ini tidak terbatas membawa kepada
bimbingan yang berterusan dari seorang Tok Guru kepada Anak Murid nya. Seperti yang
diketahui umum, saya merupakan guru novis yang perlu kepada kemajuan secara
berperingkat sememangnya memerlukan tunjuk ajar yang telus dan ampuh di bawah telunjuk
guru mentor. Tugas sebagai guru dirasakan amat sesuai bagi saya yang berjiwa kental dan
mengutamakan pendidikan berdasarkan konsep Guru Penyayang. Pelajar harus dianggap
seperti anak sendiri supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan. Selain
pengajaran dan pembelajaran, saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari berada
[SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH

di dalam kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul pengurusan sekolah secara bekerjasama
kerana kejayaan sesuatau sekolah adalah hasil usahasama semua pihak, bukan hanya
pengetua, atau sesetengah guru, atau pelajar sahaja. Semua guru memikul tanggungjawab ini
dah harus ikhlas dalam melaksanakan semua tugas yang tidak terbatas kepada P&P sahaja.
Ini juga memberi pendedahan kepada saya tentang pengurusan organisasi yang cemerlang.

6.2 KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN / ISU BERBANGKIT

Saya merasakan kekuatan hasil daripada program orentasi ini dapat menjadikan tugas
guru menjadi lebih lancar. Menambahkan ilmu pengetahuan guru baharu. Tugas guru lebih
sistematik dengan adanya program ini. Selain itu, tanggungjawab sebagai guru dapat
dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan memberikan keyakinan dan motivasi kepada guru
baharu. Kekuatan program ini membolehkan guru novis menyesuaikan diri selari dengan
suasana budaya sekolah. Guru barharu dan budaya sekolah baharu merupakan satu
gabungjalin yang perlu diberi perhatian supaya kemampuan kekuatan guru segar ini dapat
diterjemah dalam misi sekolah. Tempoh masa yang tidak terbatas membolehkan guru novis
atau guru permulaan membina langkah penyesuaian diri yang baik secara berkesan kerana
melalui peringkat-peringkat yang tertentu.

Manakala kelemahan program ini ialah jadual program tidak dapat diikuti sepenuhnya
kerana kekangan masa yang timbul. Guru perlu menyediakan diri dalam pelbagai keutamaan
kerja dan tugas antaranya menyediakan rancangan pengajaran mengikut jadual. Tugas ini pun
memerlukan masa yang secukupnya kerana perubahan dan perbezaan yang ketara antara
rancangan pengajaran kini dengan rancangan pengajaran semasa praktikum dulu. Semasa
program praktikum, saya tidak didedahkan secara amali tentang melaksanakan rancangan
pengajaran KSSR memandangkan saya tidak terlibat dengan kelas yang beroperasi secara
KSSR.

Walaupun program ini mempunyai banyak manfaat, saya selaku guru baharu tetap
mempunyai kekangan-kekangan yang dihadapi untuk melaksanakan tugasan ini dengan
sempurna. Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain menyiapkan
tugasan PPGB ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi keutamanaan kerja kerana
semuanya harus dilaksanakan secepat mungkin. Waktu P&P sudah memenuhi waktu
[SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH

persekolahan/kerja guru jadi masa untuk membuat tugasan lain agak terhad. Tetapi tidak
dinafikan segalanya sangat mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

6.3 CADANGAN

Saya mengharapkan kursus khas untuk PPGB dilaksanakan dengan lebih terperinci
supaya guru baharu boleh memahami tuntutan yang dikehendaki oleh pihak kementrian.
Kursus secara amali untuk pembinaan kefahaman sebenar program ini sangat perlu kerana
tanpa kursus khas, guru baharu mungkin membuat andaian yang salah tentang program ini
seumpamanya ialah program ini membebankan walhal ia amat berguna dan bermanfaat. Saya
juga menharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentang apa yang
diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliru apa yang saya harus
tuliskan diruangan Bidang/Aspek.

Keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini memberi kelebihan bagi


saya sebagai guru novis kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak pengurusan
sekolah membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran sekolah.
Selain itu, pendekatan yang diberikan juga selari dengan saranan kementrian untuk
menzahirkan guru yang lengkap sahsiah dan lengkap ilmu untuk membawa watak generasi
baru kearah corak yang lebih menjalar jauh ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai