Anda di halaman 1dari 27

TOPIK : Penjagaan Pesakit Sebelum dan Selepas Pembedahan.

Masa : 3 jam.

Objektif:
Selepas menamatkan sesi kuliah ini, para pelatih dapat:
1. Menerangkan langkah-langkah persediaan sebelum pembedahan ke atas
pesakit.
2. Menerangkan langkah-langkah persediaan selepas pembedahan ke atas
pesakit.
3. Menerangkan komplikasi-komplikasi selepas pembedahan.
4. Menyedari / mengetahui kepentingan persediaan sebelum dan penjagaan
selepas pembedahan.

NOTA SYARAHAN:
A. PERSEDIAAN SEBELUM PEMBEDAHAN (AM):
Pesakit biasanya akan berhadapan dengan beberapa masalah apabila
menghadapi sesuatu pembedahan. Di antaranya ialah:
i. Masalah psikologikal.
Berasa takut, bimbang dan keluarganya risau.
ii. Masalah fizikal.
Gangguan kesihatan badan, pencemaran oleh mikro organisma
dan kotoran, komplikasi penyakit dan pembedahan.
iii. Masalah pentadbiran.
Menghormati hak pesakit, kesilapan, menghadapi kecemasan.

1. PERSEDIAAN PSIKOLOGIKAL:
1.1. Pesakit dimasukkan ke hospital 2 atau 3 hari lebih awal sekiranya
tarikh pembedahan telah diketahui.
1.2. Pesakit ditempatkan berdekatan dengan pesakit yang telah
sembuh daripada pembedahan yang sama.

1
1.3. Terangkan perkara yang berkaitan dengan pembedahan spt
kebaikan pembedahan, kesulitan yang mungkin timbul dan jangka
masa penyembuhan.
1.4. Ahli keluarga pesakit perlu diberi penerangan tettang pembedahan
pesakit, keadaan pesakit dan jangka masa pesakit akan dirawat.
1.5. Sokongan moral perlu diberi oleh doctor, jururawat dan ahli
keluarga pesakit.

2. PERSEDIAAN FIZIKAL.
2.1. Pesakit dilarang makan / minum sekurang-kurangnya 6 jam
sebelum pembedahan untuk mengelakkan pesakit muntah dan
tersedut ke dalam salur pernafasan. Pesakit biasanya diberi
makanan lembut pada petang sebelum hari pembedahan.
2.2. Jika masa untuk mengosongkan gaster adalah singkat, gaster perlu
dikosongkan dengan memasukkan tiub nasogastrik.
2.3. Kawasan kulit pembedahan perlu dicukur dan dibersihkan.
2.4. Pundi kencing dan usus perlu dikosongkan dengan memberi
enema atau suppository dan menggalakkan pesakit membuang
urin.
2.5. Pesakit diajar cara pernafasan yang betul (senaman pernafasan)
dan dilarang merokok.
2.6. Pemeriksaan dan pemerhatian rutin yang dijalankan:
Suhu, nadi, pernafasan & tekanan darah.
Urin.
Hemoglobin.
Pemeriksaan fizikal oleh doctor.
Darah untuk kumpulan & kesesuaian.
2.7. Gigi palsu ditanggal & disimpan.
2.8. Barang kemas, cermin mata & barang-barang berharga
ditanggalkan & disimpan di tempat yang selamat.

2
2.9. Pesakit dilarang memakai alat solek kerana ia akan menutup warna
asli kulit.
2.10. Pakaian untuk pembedahan pesakit diberi gaun pembedahan
(OT gaun). Rambut yang panjang diikat & ditutup dengan kain
(kap). Pesakit ditutup dengan selimut hingga paras dada.
2.11. Pemberian ubat-ubatan sebelum pembedahan (pre-medication)
diberi melalui suntikan, iaitu 30 minit sebelum pembedahan.
Suntikan ini hendaklah dicatat dalam nota pesakit.
2.12. Semasa membawa pesakit ke dewan bedah, pastikan kepala &
anggota (atas & bawah) pesakit terletak dalam kawasan troli untuk
mencegah sebarang kemalangan / kecederaan semasa dalam
perjalanan.

3. Persediaan Pentadbiran.
3.1. Akuan persetujuan (consert) perlu diambil daripada pesakit atau
warisnya. Dalam keadaan kecemasan doctor akan membuat
keputusan berdasarkan keselamatan nyawa pesakit.
3.2. Pengenalan pesakit tanda nama, nombor daftar dan wad
diletakkan di pergelangan tangan pesakit. Pastikan nama dan
tubuh badan pesakit betul.
3.3. Bahagian badan yang hendak dilakukan pembedahan hendaklah
disemak dengan rekod pesakit, misalnya samada paha kanan atau
kiri yang hendak dibedah.
3.4. Dokumen pesakit semua nota perubatan, X-ray, borang makmal
dan borang pemerhatian mesti dihantar bersama-sama pesakit ke
dewan bedah.

3
B. PERSEDIAAN SELEPAS PEMBEDAHAN.
1. Penjagaan awal.
1.1. Bawa talam post-op apabila pergi mengambil pesakit di dewan
bedah.
1.2. Selepas mengambil alih penjagaan pesakit di dewan bedah, ambil
tanda-tanda vital.
1.3. Setelah mendapat kebenaran membawa pesakit balik ke wad,
pastikan kedudukan anggota (atas & bawah) pesakit tidak
tercedera semasa menolak troli.
1.4. Sentiasa berada di bahagian kepala pesakit bagi memudahkan
pemerhatian.
1.5. Tentukan saluran pernafasan tidak tersekat dengan melakukan
salah satu daripada perkara yang berikut:
1.5.1. melatakkan jari di hujung dagu atau sudut tulang rahang pesakit
serta menarik ke hadapan dan ke atas.
1.5.2. sekiranya lidah menyekat saluran pernafasan , tarik lidah ke
hadapan dengan menggunakan kain kasa.
1.5.3. sekiranya pesakit muntah, gunakan forsep dan kain kasa atau
alat penyedut untuk membersihkan mulut dan tekak serta
rendahkan bahagian kepada bagi memudahkan cecair mengalir
keluat.
1.6. Letakkan pesakit di atas katil wad dalam keadaan baring separuh
meniarap atau baring terlentang dengan muka berpaling ke arah
sebelah.
1.7. Sentiasa berada di sisi pesakit sehingga ia sedar.
1.8. Lakukan pemerhatian setiap 15 atau 30 minit atau mengikut arahan
doctor termasuk kadar nadi dan pernafasan, tekanan darah, warna
kulit dan kesan pendarahan.
1.9. Rawatan mengikut keperluan pembedahan atau keadaan pesakit,
seperti pemberian oksigen, titisan infusi intravena dan sedutan
gaster.

4
2. Penjagaan setelah pesakit sedar daripada bius
2.1. Tentukan pesakit sedar dengan memerhatikan tanda-tanda seperti
batul, bergerak, membuka mata atau bertindak balas terhadap
rengsangan kesakitan. Pesakit kurang tolensi terhadap alat salur
udara dan cuba mengeluarkannya.
2.2. Pesakit yang telah sedar sepenuhnya boleh diletakkan dalam
kedudukan baring fowler bagi memudahkan pernafasan.
2.3. Pesakit dilap dan dibersihkan sedikit, kemudian ditukar dengan
pakaian yang bersih.
2.4. Pesakit boleh diberi air untuk berkumur, tetapi tidak boleh diberi air
untuk diminum.
3. Penjagaan sehingga pesakit menjadi kuat dan berdikari
3.1. Menjaga kebersihan pesakit termasuk membersihkan badan
pesakit di atas katil setiap hari , merawat tempat kudis tekanan
setiap empat jam, menjaga kebersihan mulut.
3.2. Memastikan keselesaan pesakit dan dapat tidur dengan cukup.
Lakukan pemerhatian kesekesaan pesakit dan pemberian ubat
tidur atau analgesik.
3.3. Latihan menarik nafas untuk mencegah vberlakunya pneumonia
hipostatik.
3.4. Pesakit digalakkan supaya bangun dan bergerak awal dari tempat
tidur untuk mencegah berlakunya komplikasi-komplikasi selepas
pembedahan.
3.5. Pemerhatian ke atas pundi kencing pesakit, pastikan tidak berlaku
retensi atau ketegangan pundi kencing. Sekiranya pesakit tidak
dapat membuang air kencing, laporkan keadaan ini untuk
mendapat tindakan selanjutnya.
3.6. Pemerhatian diterukan terhadap suhu, kadar nadi dan pernafasan,
tekanan darah setiap 4 jam sekali, termasuk cecair masuk dan
keluar dari badan.

5
3.7. Makanan perlu disuapkan kepada pesakit yang tidak berdaya.
Selepas mendapat arahan, mulakan menyuap air jernih, kemudian
diberi makanan yang lembut dan berkhasiat.
3.8. Pastikan pesakit dapat membuang air besar. Sekiranya pesakit
mengalami sembelit, berikan supositori ducolax mengikut arahan
doctor.
3.9. Pebjagaan luka pembedahan termasuk kain pembebat ditukar
sekiranya basah atau kotor, klip dibuka pada hari ke lima ( jika
ada ), jahitan dibuka pada hari ke 7 hingga hari ke 10.
3.10. Pemberian ubat-ubatan seperti yang dipreskripsikan perlu diberi
mengikut jadual. Biasanya ubat yang kerap digunakan ialah
antibiotik dan analgesik.

4. Komplikasi komplikasi selepas pembedahan


4.1. Pesakit tidak sedarkan diri.
4.2. Asfiksia.
4.3. Renjatan.
4.4. Kecederaan.
4.5. Pendarahan.
4.6. Muntah.
4.7. Jangkitan luka.
4.8. Kesakitan.
4.9. Retensi urin.
4.10. Pneumonia dan thrombopheblitis.

6
TOPIK : PENJAGAAN PESAKIT MENJALANI PEMBEDAHAN ABDOMEN.

OBJEKTIF:
Di akhir syarahan selama 2 jam, para pelatih sepatutnya dapat :-
1. Menerankan penjagaan pesakit sebelum menjalani
pembedahan abdomen.
2. Menerangkan penjagaan pesakit selepas menjalani
pembedahan abdomen.
3. Menyenaraikankan komplikasi-komplikasi selepas
pembedahan abdomen.
4. Menyedari tentang kepentingan penjagaan sebelum dan
selepas pembedahan abdomen.

NOTA SYARAHAN :

PENJAGAAN KHUSUS SEBELUM PEMBEDAHAN ABDOMEN.

1. Beri terapi parental bagi membetulkan imbangan cecair dan elektrolit.


2. Betulkan kekurangan nutrisi pemberian protein, selepas makan (tengahari
& malam).
3. Masukkan infusi darah bagi mengatasi kehilangan darah akibat pendarahan,
infeksi & neoplasme.
4. Nilaikan (secara diagnostik) tentang fungsi-fungsi kardiopumonari serta
hepatorenal.
5. Beri bantuan psikologikal bagi mengatasi tekanan (mungkin akibat
pembedahan yang akan dilakukan, diagnosis yang telah dibuat atau
kolostomi yang akan dilakukan).
6. Masukkan indwelling urinary catheter sebelum pesakit dihantar ke dewan
bedah.

7
7. Lakukan pemerhatian terhadap kebersihan am bagi mengurangkan jangkitan
kulit & luka bedah selepas pembedahan.
8. Elak jangkitan:
8.1. Pemberian antibiotik (gabungan kanamycin atau neomycin
bersama tetracycline, erytromycin atau lincomycin) bagi
melawan aerobic colon microflora.
8.2. Kurangkan kandungan kolon:
Beri makanan lembut
Laksatif apabila diarahkan.
Enema / irigasi kolon.
8.3. Dekompresi trek gastrousus dengan memasukkan indwelling
gastrointestinal tube bagi menghalang distensi abdomen &
muntah
9. Cukur dan dibersihkan bahagian dari 7.5 sm atas aras puting susu hingga
pertengahan paha termasuk kawasan pubis.
10. Pemeriksaan ECG dijalanakan ke atas pesakit untuk menilai tahap fungsi
jantung sebelum menjalani pembedahan.
11. Pemeriksaan darah pemeriksaan darah untuk grouping and cross
matching perlu dijalankan untuk pemberian transfusi darah yang mungkin
diperlukan sebelum, semasa atau selepas pembedahan.

8
PERSEDIAAN AM SEBELUM PEMBEDAHAN:

Pesakit biasanya akan berhadapan dengan beberapa masalah apabila


menghadapi sesuatu pembedahan. Di antaranya ialah:
i. Masalah psikologikal.
Berasa takut, bimbang dan keluarganya risau.
ii. Masalah fizikal.
Gangguan kesihatan badan, pencemaran oleh mikro organisma
dan kotoran, komplikasi penyakit dan pembedahan.
iii. Masalah pentadbiran.
Menghormati hak pesakit, kesilapan, menghadapi kecemasan.

3. PERSEDIAAN PSIKOLOGIKAL:
3.1. Pesakit dimasukkan ke hospital 2 atau 3 hari lebih awal sekiranya
tarikh pembedahan telah diketahui.
3.2. Pesakit ditempatkan berdekatan dengan pesakit yang telah
sembuh daripada pembedahan yang sama.
3.3. Terangkan perkara yang berkaitan dengan pembedahan spt
kebaikan pembedahan, kesulitan yang mungkin timbul dan jangka
masa penyembuhan.
3.4. Ahli keluarga pesakit perlu diberi penerangan tettang pembedahan
pesakit, keadaan pesakit dan jangka masa pesakit akan dirawat.
3.5. Sokongan moral perlu diberi oleh doctor, jururawat dan ahli
keluarga pesakit.

4. PERSEDIAAN FIZIKAL.
4.1. Pesakit dilarang makan / minum sekurang-kurangnya 6 jam
sebelum pembedahan untuk mengelakkan pesakit muntah dan
tersedut ke dalam salur pernafasan. Pesakit biasanya diberi
makanan lembut pada petang sebelum hari pembedahan.

9
4.2. Jika masa untuk mengosongkan gaster adalah singkat, gaster perlu
dikosongkan dengan memasukkan tiub nasogastrik.
4.3. Kawasan kulit pembedahan perlu dicukur dan dibersihkan.
4.4. Pundi kencing dan usus perlu dikosongkan dengan memberi
enema atau suppository dan menggalakkan pesakit membuang
urin.
4.5. Pesakit diajar cara pernafasan yang betul (senaman pernafasan)
dan dilarang merokok.
4.6. Pemeriksaan dan pemerhatian rutin yang dijalankan:
Suhu, nadi, pernafasan & tekanan darah.
Urin.
Hemoglobin.
Pemeriksaan fizikal oleh doctor.
Darah untuk kumpulan & kesesuaian.
4.7. Gigi palsu ditanggal & disimpan.
4.8. Barang kemas, cermin mata & barang-barang berharga
ditanggalkan & disimpan di tempat yang selamat.
4.9. Pesakit dilarang memakai alat solek kerana ia akan menutup warna
asli kulit.
4.10. Pakaian untuk pembedahan pesakit diberi gaun pembedahan
(OT gaun). Rambut yang panjang diikat & ditutup dengan kain
(kap). Pesakit ditutup dengan selimut hingga paras dada.
4.11. Pemberian ubat-ubatan sebelum pembedahan (pre-medication)
diberi melalui suntikan, iaitu 30 minit sebelum pembedahan.
Suntikan ini hendaklah dicatat dalam nota pesakit.
4.12. Semasa membawa pesakit ke dewan bedah, pastikan kepala &
anggota (atas & bawah) pesakit terletak dalam kawasan troli untuk
mencegah sebarang kemalangan / kecederaan semasa dalam
perjalanan.

10
5. PERSEDIAAN PENTADBIRAN.
5.1. Akuan persetujuan (consert) perlu diambil daripada pesakit atau
warisnya. Dalam keadaan kecemasan doctor akan membuat
keputusan berdasarkan keselamatan nyawa pesakit.
5.2. Pengenalan pesakit tanda nama, nombor daftar dan wad
diletakkan di pergelangan tangan pesakit. Pastikan nama dan tubuh
badan pesakit betul.
5.3. Bahagian badan yang hendak dilakukan pembedahan hendaklah
disemak dengan rekod pesakit, misalnya samada paha kanan atau kiri
yang hendak dibedah.
5.4. Dokumen pesakit semua nota perubatan, X-ray, borang makmal
dan borang pemerhatian mesti dihantar bersama-sama pesakit ke
dewan bedah.

PENJAGAAN KHUSUS SELEPAS PEMBEDAHAN ABDOMEN:


1. Sediakan peralatan-perlatan berikut untuk menerima pesakit selepas
menjalani pembedahan:
1.1. Mesin / alat penyedut (suction) dan kateter untuk membersihkan
mukus yang mungkin bertakung di dalam tekak.
1.2. Alat tranfusi intravena untuk tranfusi cecair intravena jika perlu.
2. Keperluan pemakanan:
2.1. Teruskan pemberian cecair intravena untuk beberapa hari. Pantau
tisu untuk infiltrasi cecair ke tisu (kemasukkan cecair ke tisu).
2.2. Jagaan kebersihan kaviti oral semasa pesakit masih tidak
dibenarkan makan / minum secara oral.
2.3. Beri sedikit air (sip of water) bagi keselesaan mulut.
3. Mengelak komplikasi:
3.1. Komplikasi:
Pendarahan.
Renjatan.
Jangkitan.

11
Penyekatan usus / paralysis ileuses.
Suture terbuka akibat distensi abdomen.
Bed sore
Muntah & aspiration pneumonia.
3.2. Pantau tanda-tanda pendarahan, jangkitan, renjatan, penyekatan
usus dan sebagainya dengan memantau tanda-tanda vital pesakit.
3.3. Elak pesakit dari mengalami tekanan psikologi, kekal tahap
imbangan cecair elektrolit, galak pesakit batuk, jaga kebersihan dan
pergerakkan / senaman kaki.
3.4. Teruskan pemberian antibiotik
4. Lakukan dekompresi nasogastrik dan tingkatkan keselesaan pesakit.
4.1. Cerap dan rekod kualiti & kuantiti bahan sedutan.
4.2. Gunakan water-soluble lubricant bagi melicinkan rongga hidung.
4.3. Sediakan bilik yang lembap bagi mengelakkan kekeringan
membran mucus.
4.4. Ubah posisi pesakit dengan kerap bagi keselesaan.
4.5. Keluarkan tiub (jika perlu) setelah tiada paralysis ileus (dinilai
dengan auskultasi dan kehadiran flatus).
4.6. Beri analgesik seperti IM Pethidine atau Morphine mungkin dalam
tempoh 48 jam yang pertama untuk melegakan kesakitan yang dialami
pesakit atau mengikut keperluan.
4.7. Galakkan pesakit rehat & kurangkan gerakan pesakit bagi
mengurangkan kesakitan (lebih baik daripada pemberian sedatif /
hipnotik).
5. Pemulihan dan susulan:
5.1. Ajar pesakit tentang kaedah-kaedah pemulihan.
5.2. Galak pesakit berjalan & melakukan aktiviti ringan.
5.3. Rangsang selera makan pesakit dengan pemberian makanan yang
dia gemari serta apa yang dia patut makan.
5.4. Tolong pesakit lakukan apa yang dia patut buat.

12
5.5. Beritahu pesakit tentang kepentingan rawatan susulan untuk
memantau proses penyembuhan, keadaan am & psikologokal.

TOPIK : PENJAGAAN PESAKIT MENJALANI PEMBEDAHAN GENITOURINARI.

13
MASA : 1 JAM.

OBJEKTIF:
Di akhir syarahan selama 1 jam, para pelatih sepatutnya dapat :-
1. Menerangkan jagaan pesakit sebelum menjalani pembedahan
genitourinari.
2. Menerangkan jagaan pesakit selepas menjalani pembedahan
genitourinari.
3. Menerangkan komplikasi-komplikasi selepas pembedahan
genitourinari.
4. Menyedari tentang kepentingan penjagaan sebelum dan selepas
pembedahan genitourinari.

NOTA SYARAHAN :

PENJAGAAN KHUSUS SEBELUM PEMBEDAHAN GENITO URINARI.

1. Penilaian preoperative:
1.1 Bantu pesakit bagi pemeriksaan diagnostik Trek Urinari.
1.2 Nilaikan tahap kebolehan pesakit menjalani aktiviti fizikal
pesakit tanpa tekanan.
1.3 Perhatikan samada pesakit dispnoea, batuk berkahak & lain-
lain simtom kardiak.
1.4 Pemeriksaan ECG dijalankan ke atas pesakit untuk
menilai tahap fungsi jantung sebelum menjalani
pembedahan (50 tahun keatas).
1.5 Lakukan X-ray dada.
1.6 Pemeriksaan fungsi pulmonary & analisis gas-gas darah
bagi pesakit yang menghadapi masalah respiratori.

14
1.7 Nilaikan status sistem vaskular anggota bawah (khususnya
vena varikos).
Tinggikan kaki pesakit & pasangkan stokin elastik bagi
meminimumkan statis vena superfisial.
Galakkan pesakit melakukan senaman kaki.
1.8. Ambil sejarah tentang masalah pendarahan.
1.9. Nilaikan imbangan cecair dan elektrolit.
Timbang berat badan harian bagi menilai perubahan.
Nilai status membran mukus dan kekenyalan kulit;
selaraskan paras haematokrit pada tahap optimal.
Sukat & rekod Intake & Output bagi memantau hidrasi.
2. Intervensi Kejururawatan Preoperatif:
2.1. Galak pengambilan banyak air untuk meningkatkan buangan
sisa sebelum pembedahan & bagi memastikan pesakit dalam
keadaan hidrasi yang baik.
2.2. Beri terapi antibiotik bagi mengelakkan jangkitan terutamanya
renal.
2.3. Ajar pesakit senaman pernafasan dan batuk (penting bagi
mengeluarkan kahak).
2.4. Galak pesakit mencurah perasaan & kebimbangan tentang
pembedahan yang akan dilakukan:
Perlu diingatkan bahawa pesakit yang menghidapi masalah
urologi masuk ke hospital biasanya dalam kesakitan, demam,
heamaturia, kesukaran buang kencing dsb.
Yakinkan pesakit dengan menjalinkan perhubungan & beri
layanan baik bagi mendapatkan kepercayaan pesakit.
Tingkatkan pemahaman pesakit tentang keadaan-keadaan
sebelum & selepas pembedahan.
Nilaikan keadaan pesakit; selera makan serta keadaan am.
Elak ketidakaktifan.

15
Beri ubat-ubatan preoperative seperti yang dipreskripkan bagi
mengurangkan kebimbangan.

PERSEDIAAN AM SEBELUM PEMBEDAHAN:


Pesakit biasanya akan berhadapan dengan beberapa masalah apabila
menghadapi sesuatu pembedahan. Di antaranya ialah:
i. Masalah psikologikal.
Berasa takut, bimbang dan keluarganya risau.
ii. Masalah fizikal.
Gangguan kesihatan badan, pencemaran oleh mikro organisma
dan kotoran, komplikasi penyakit dan pembedahan.
iii. Masalah pentadbiran.
Menghormati hak pesakit, kesilapan, menghadapi kecemasan.

1. PERSEDIAAN PSIKOLOGIKAL:
1.1 Pesakit dimasukkan ke hospital 2 atau 3 hari lebih awal sekiranya
tarikh pembedahan telah diketahui.
1.2 Pesakit ditempatkan berdekatan dengan pesakit yang telah
sembuh daripada pembedahan yang sama.
1.3 Terangkan perkara yang berkaitan dengan pembedahan spt
kebaikan pembedahan, kesulitan yang mungkin timbul dan jangka
masa penyembuhan.
1.4 Ahli keluarga pesakit perlu diberi penerangan tettang pembedahan
pesakit, keadaan pesakit dan jangka masa pesakit akan dirawat.
1.5 Sokongan moral perlu diberi oleh doctor, jururawat dan ahli
keluarga pesakit.

1. PERSEDIAAN FIZIKAL.

16
2.1 Pesakit dilarang makan / minum sekurang-kurangnya 6 jam
sebelum pembedahan untuk mengelakkan pesakit muntah dan
tersedut ke dalam salur pernafasan. Pesakit biasanya diberi
makanan lembut pada petang sebelum hari pembedahan.
2.2 Jika masa untuk mengosongkan gaster adalah singkat, gaster perlu
dikosongkan dengan memasukkan tiub nasogastrik.
2.3 Kawasan kulit pembedahan perlu dicukur dan dibersihkan.
2.4 Pundi kencing dan usus perlu dikosongkan dengan memberi
enema atau suppository dan menggalakkan pesakit membuang
urin.
2.5 Pesakit diajar cara pernafasan yang betul (senaman pernafasan)
dan dilarang merokok.
2.6 Pemeriksaan dan pemerhatian rutin yang dijalankan:
Suhu, nadi, pernafasan & tekanan darah.
Urin.
Hemoglobin.
Pemeriksaan fizikal oleh doctor.
Darah untuk kumpulan & kesesuaian.
2.7. Gigi palsu ditanggal & disimpan.
2.8. Barang kemas, cermin mata & barang-barang berharga
ditanggalkan & disimpan di tempat yang selamat.
2.9. Pesakit dilarang memakai alat solek kerana ia akan menutup warna
asli kulit.
2.10. Pakaian untuk pembedahan pesakit diberi gaun pembedahan
(OT gaun). Rambut yang panjang diikat & ditutup dengan kain
(kap). Pesakit ditutup dengan selimut hingga paras dada.
2.11. Pemberian ubat-ubatan sebelum pembedahan (pre-medication)
diberi melalui suntikan, iaitu 30 minit sebelum pembedahan.
Suntikan ini hendaklah dicatat dalam nota pesakit.
2.12. Semasa membawa pesakit ke dewan bedah, pastikan kepala &
anggota (atas & bawah) pesakit terletak dalam kawasan troli untuk

17
mencegah sebarang kemalangan / kecederaan semasa dalam
perjalanan.

3. PERSEDIAAN PENTADBIRAN.
3.1. Akuan persetujuan (consert) perlu diambil daripada pesakit atau
warisnya. Dalam keadaan kecemasan doctor akan membuat
keputusan berdasarkan keselamatan nyawa pesakit.
3.2. Pengenalan pesakit tanda nama, nombor daftar dan wad
diletakkan di pergelangan tangan pesakit. Pastikan nama dan
tubuh badan pesakit betul.
3.3. Bahagian badan yang hendak dilakukan pembedahan hendaklah
disemak dengan rekod pesakit, misalnya samada paha kanan atau
kiri yang hendak dibedah.
3.4. Dokumen pesakit semua nota perubatan, X-ray, borang makmal
dan borang pemerhatian mesti dihantar bersama-sama pesakit ke
dewan bedah.

PENJAGAAN KHUSUS SELEPAS PEMBEDAHAN GENITO URINARI:


1. Sediakan peralatan-perlatan berikut untuk menerima pesakit selepas
menjalani pembedahan:
1.1 Alat penyedut (suction) dan kateter untuk membersihkan mukus yang
mungkin bertakung di dalam tekak.
1.2 Alat tranfusi intravena untuk tranfusi cecair intravens jika perlu.
2. Elak komplikasi:
2.1 Pantau tanda-tanda vital bagi mengesan segara pendarahan
(selalu berlaku bagi pembedahan renal).
Lihat tanda-tanda spt kesakitan, kehilangan darah dari saliran
pembedahan, bonjolan di bahagian rusuk, renjatan.
Sedia bagi pembedahan semula jika terdapat pendarahan yang
banyak.

18
2.2. Nilaikan komplikasi pulmonari (atelectasis postoperative
pneumotoraks, pneumonia).
2.3. Awasi simtom postoperative ileus:
Nilaikan distensi abdomen, kesakitan dan kekurangan
pergerakkan peristalsis.
Elakkan pengambilan oral sehingga terdapat bunyi usus (aktif)
& flatus.
Beri cecair & elektrolit yang mencukupi spt diarahkan.
Lakukan dekompresi abdomen melalui tiub nasogastrik bagi
mengelak distensi abdomen.
2.4. Awasi episod thromboembolic.
Galak berjalan & senaman ringan (kontraindikasi bagi
pembedahan prostat).
Galak senaman kaki.
2.5. Awasi kenaikan suhu badan dan perhatikan tiub saliran serta
output urin bagi mengesan jangkitan.
3. Legakan kesakitan & ketidakselesaan:
3.1. Beri sedatif, kawal kesakitan & bantu pesakit dalam melakukan
pergerakkan / senaman pernafasan dan batuk sebab kawasan
pembedahan adalah dekat dengan diafram:
Beri analgesik dengan selang yang tetap bagi membantu
pesakit melakukan senaman pernafasan & batuk dengan >
efektif.
Gunakan demah panas, urutan & analgesik bagi mengurangkan
kesakitan otot akibat keadaan posisi semasa di meja bedah.
Awasi kesakitan yang serupa dengan kesakitan renal colic
yang diakibatkan oleh penurunan darah beku melalui ureter; ini
memerlukan dos analgesik yang tinggi.
Galakkan pesakit batuk bagi melonggarkan kahak setiap kali
selepas penarikan nafas yang dalam.

19
4. Pengendalian tiub saliran dan kateter.
4.1. Pastikan bahawa tiub adalah berfungsi.
4.1.1. Pastikan kateter adalah mengalir tanpa sekatan.
Teguhksn tiub ke paha bagi mengendurkan tarikan pada
pundi kencing. Pesakit lelaki yang baring supine,
teguhkan kateter pada bahagian bawah abdomen. Bagi
wanita, teguhkan kateter pada bahagian paha bagi
memberi ruang yang mencukupi bagi pergerakan.
Lakukan penjagaan kateter yang rapi.
4.1.2. Tukar pembalut jika perlu (bila keadaan pembalut basah).
4.1.3. Bagi pesakit yang mempunyai tiub saliran nefrostomi (tiub terus ke
ginjal samada sementara atau tetap bagi mengeluarkan urin),
salirkan urin ke pusat gravity terdekat atau ke beg urostomi
(mungkin tiub U atau tiub peredaran nefrostomi digunakan)
i. Tujuan saliran nefrostomi:
Bagi penyaliran dari ginjal selepas pembedahan.
Bagi membolehkan penyembuhan tisu renal yang
cedera akibat penyekatan.
Bagi penyaliran bila ureter tidak lagi berfungsi.
ii. Awasi perdarahan dari bahagian nefrostomi
(komplikasi utama).
iii. Pastikan tiub nefrostomi mengalir dengan bebas
(penyekatan tiub nefrostomi boleh menyebabkan
kesakitan, trauma, sutur terputus dan infeksi):
Beritahu doctor jika tiub tidak mengalir.
Jangan ditutup (claimp) tiub nefrostomi.
Lakukan irigasi tiub cuma bila diarahkan oleh
doctor (gunakan saline suam yang steril 10 ml
bagi mengelak kerosakkan renal atau infeksi dari
pengaliran balik / backflow pyelorenal).

20
Galak pengambilan air yang banyak bagi
mencairkan elemen urin yang boleh menyebabkan
caculus.
Jika terdapat 2 tiub nefrostomi yang berasingan
bagi kedua-dua renal, asingkan rekod bagi tiap
satu tiub.
4.2. Awasi pesakit yang mempunyai indwelling uretral catheter (bagi
menyalirkan urin dari renal):
Kateter uretra perlu dimasukkan dengan cystoscope dan perlu
dibiarkan untuk beberapa ketika bagi penyaliran urin dan perlu
diteguhkan dengan plaster.
Teguhkan kateter pada paha bagi mengelakkan ia menjadi
tegang.
Buat catatan mengatakan bahawa kateter tersebut adalah
kateter uretra.
Jangan lakukan irigasi kateter uretra tersebut kerana ini Cuma
dilakukan dengan arahan urologist.
4.3. Awasi komplikasi melalui kateter uretra tersebut; infeksi (daripada benda
asing dalam trek genitourinary), perdarahan / pembekuan darah dalam
kateter, pintaran pada kateter.
5. Pendidikan pesakit.
5.1. Ajar pesakit / waris tentang penjagaan kateter / tiub dan cara mengendali
balutan jika pesakit balik dengan tiub tersebut.
5.2. Teruskan pengambilan cecair.
5.3. Rehat untuk beberapa ketika & lakukan senaman ringan secara beransur-
ansur.
5.4. Elak mengangkat barangan berat sehingga dibenarkan berbuat demikian.
6. Penilaian (keadaan yang dijangka berlaku):
6.1. Pesakit bebas daripada komplikasi.
6.2. Pesakit tiada kesakitan, tiada ketidakselesaan; mendapatkan ubat jika
terdapat kesakitan; boleh bergerak bebas.

21
6.3. Pesakit boleh menyatakan persaannya dan boleh menjaga tiub penyaliran
/ kateter.

22
TOPIK : PENJAGAAN PESAKIT MENJALANI PEMBEDAHAN TIROID.
MASA : 1 Jam.

OBJEKTIF:
Di akhir syarahan selama 1 jam, para pelatih sepatutnya dapat :-
1. Menerankan penjagaan pesakit sebelum menjalani
pembedahan Tiroid.
2. Menerangkan penjagaan pesakit selepas menjalani
pembedahan.
3. Menerangkan komplikasi-komplikasi selepas pembedahan
Tiroid.
4. Menyedari tentang kepentingan penjagaan sebelum dan
selepas pembedahan Tiroid.

NOTA SYARAHAN :

1. Penjagaan Khusus Sebelum Pembedahan Tiroid

1.1. Ubat Anti Tiroid Pesakit akan diberi ubat anti-tiroid sehingga ke
peringkat eutiroid bertujuan untuk mengurangkan kadar
metabolisma di dalam kelenjar tiroid. Pemberian ubat ini akan
dihentikan 10 hingga 14 hari sebelum pesakit menjalani
pembedahan.
1.2. Potassium Iodine ( Lugols Iodine) selepas pemberian ubat anti-
tiroid, Lugoss Iodine 60 mg tds akan diberikan kepada pesakit
bertujuan untuk mengurangkan saiz dan vaskulariti kelenjar tiroid
supaya pendarahan kurang berlaku semasa pembedahan.
Pemberian Lugols Iodine biasanya dicampur dengan jus buah-
buahan atau susu untuk mengurangkan ketidakselesaan rasanya
ketika diminum.

23
1.3. Pemeriksaan ECG dijalanakn ke atas pesakit untuk menilai tahap
fungsi jantung sebelum menjalani pembedahan.
1.4. Pemeriksaan darah pemeriksaan darah untuk grouping and
cross matching perlu dijalankan untuk pemberian transfusi darah
yang mungkin diperlukan segera semasa atau selepas
pembedahan.
1.5. Persediaan psikologi Pesakit perlu diberitahu dan diberi
penjelasan tentang kehadiran parut di bahagian leher selepas
pembedahan, terutamanya pesakit perempuan yang muda.
Ketidakselesaan mungkin dialami untuk menggerakkan kepala
selepas pembedahan.
2. Penjagaan Khusus Selepas Pembedahan Tiroid
2.1. Sediakan peralatan-perlatan berikut untuk menerima pesakit
selepas menjalani pembedahan:
2.1.1. Sandbag / bantal kecil untuk menyokong kepada pesakit.
2.1.2. Alat penyedut (suction) dan kateter untuk membersihkan
mucus yang mungkin bertakung di dalam tekak.
2.1.3. Alat Pembuka klip dan gunting steril untuk membuka atau
menanggalkan klip / sutur jahitan jika berlaku hematoma
yang menekan trakea.
2.1.4. Alat tranfusi intravena untuk tranfusi cecair intravens jika
perlu.
2.1.5. Alat-alat intubasi dan trakeastomi steril untuk rawatan
kecemasan sekatan pernafasan.
2.1.6. Alat-alat mengambil spesimen darah untuk memeriksa
paras kalsium darah.
2.1.7. Ampoules Calcium Chloride / Calcium Gluconate perlu
disediakan untuk kegunaan rawatan kecemasan komplikasi
hipikalsemoa (Tetani)
2.2. Pemerhatian tanda-tanda vital:

24
Tekanan darah, kadar nadi, kadar pernafasan perlu diambil setiap
15 minit, manakala suhu badan diambil setiap 4 jam. Pemerhatian
keadaan am pesakit, mungkin pesakit kelihatan gelisah, tanda
kesukaran pernafasan dan sekatan pernafasan yang disebabkan
kelumpuhan larink atau tekanan oleh pendarahan. Biasanya
pesakit akan mengalami suara parau sehingga 3 hari.
2.3. Pemulihan aktiviti pernafasan:
Bantu pesakit untuk ke posisi duduk. Galakkan p0esakit untuk
bernafas dalam dan batuk untuk mengeluarkan kahak. Gunakan
penyedut mucus jika perlu untuk mengeluarkan kahak di dalam
mulut pesakit. Pemerhatian drainage dan luka pembedahan perlu
dilakukan dari masa ke semasa untuk mengesan sebarang
hematoma.
2.4. Mengurangkan kesakitan:
Analgesik seperti IM Pethidine atau Morphine mungkin diberikan
dalam 48 jam yang pertama untuk melegakan kesakitan yang
dialami pesakit.
2.5. Langkah untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka:
Posisikan pesakit ke posisi semi-prone untuk memudahkan
bernafas.
Sokong sisi kepala dan leher dengan bantal.
Sokong bahagian belakang kepala dan leherketika pesakit
pergerak.
Lakukan senaman leher selepas jahitan dibuka (fleksi, hiperektensi
dan putaran).
2.6. Pemakanan:
Pengambilan cecair jika pesakit mengalami kesukaran menelan.
Pemberian infusi intravena jika perlu.
Makanan lembut dan sepenuhnya boleh diberikan selepas 2 hingga
3 hari.
2.7. Pemerhatian sebarang komplikasi selepas pembedahan:

25
Pendarahan pesakitmengalami takikardia, pendarahan dan
sekatan pernafasan ( dispnea dan sianosis ). Pengumpulan
darah yang banyak di bawah kulit luka pempedahan boleh
menyebabkan sekatan pernafasan. Klip atau jahitan perlu
ditanggalkan dan dijahit semula di dewan bedah.
Kecederaan saraf larink saraf larink mengawal otot otot
larink, pembukaan glottis dan penghasilan suara. Kelumpuhan
saraf larink menyebabkan suara parau, lemah dan sekatan
pernafasan (glottis tertutup).
Hipokalsemia kekurangan paras kalsium dalam darah akan
menyebabkan gangguan neuromaskular (tetani). Tanda-tanda
awal termasuk kebas di bahagian tangan dan kaki, spasma
otot-otot dan ketegangan abdomen. Rawatan kecemasan ialah
pemberian suntikan intravena Calcium Gluconate.
Krisis tiroid peningkatan hormon tiroid dalam darah secara
mendadak yang berlaku selepas pembedahan. Keadaan ini
sekarang jarang berlaku dengan persediaan sebelum
pembedahan yang lebih baik.

* Rawatan radiasi terhad kepada pesakit berumur 40 tahun keatas. Kira-


kira 80% pesakit mengalami hipotiroidisma selepas 15 tahun. Pembedahan
adalah rawatan terbaik untuk pesakit berumur di bawah 40 tahun.
* Komplikasi jarang berlaku, didapati 20 hingga 25 % pesakit mengalami
hipitiroidisma selepas pembedahan. 95 % pesakit sembuh selepas
pembedahan.

26
RUJUKAN:
1. Kozier B., Erb G., (1979), Fundamental Of Nursing and Procedures.
Addison Wesley Publishing Company : USA.
2. Philip W., Long B and Wood F., (1980), Shafers Medical-Surgical
Nursing, 7th Ed. The Mosby Company : USA.
3. Smelter S., Bare B., (1995), Medical-Surgical Nursing, 8th Ed.
Lippincott Raven Publisher : USA.
4. Anne G. Perry, Patricia A. Potter, (1990), Clinical Nursing Skills and
Techniques , 2nd Ed. The C.T Mosby Company : USA.

27