Anda di halaman 1dari 7

Budaya Bukan Material Masyarakat Melayu

Budaya bukan material merupakan salah satu elemen dalam budaya. Budaya bukan material
ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal. Misalnya adat, kepercayaan, bahasa dan nilai.

Kepercayaan masyarakat Melayu

Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah animisme dimana
mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang
mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk. Roh atau semangat ini perlu
dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki.

Pengaruh agama Hindu tersebar sejak abad ke 6 lagi yang dibawa oleh pedagang India.
Penyebaran agama ini berkembang pesat ketika kedatangan golongan Brahmana dan
penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana
agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang
sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua
buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu yaitu kerajaan Langkasuka dan kerjaaan Kedah Tua.
Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat dilihat daripada
pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah.

Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat melayu dan mempunyai pertalian
dengan agama Hindu. Ini disebabkan agama ini mengalami pengakomodiran dengan unsur-unsur
agama Hindu. Agama ini diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang
manusia melakukan kekejaman.

Kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian amalan kepercayaan
Hindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu. Sehingga kini agama Islam telah
menjadi agama kepada masyarakat melayu di Malaysia. Kepercayaan utama Islam adalah Allah
yang Maha Esa dan Muhammad adalah pesuruh Allah.

Rukun Islam dan Rukun Iman adalah sesuatu yang perlu dihafal, dipelajari dan diamalkan oleh
umat Islam.

Rukun Isalm ada lima perkara iaitu


Bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesurah Allah.
Mengerjakan solat
Mengeluarkan zakat
Puasa di bulan Ramadhan
Menunaikan haji bagi yang berkemampuan
Rukun Iman pula ada enam iaitu
Beriman kepada Allah
Beriman kepada malaikat
Beriman kepada kitab al Quran
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada hari kiamat
Beriman kepada Qadha dan Qadar

Melalui sesi temuduga yang kami jalankan, kedua dua individu yang kami menemuduga sudah
memeluk islam sejak lahir. Malahan ibu bapa kedua dua individu juga Islam sejak lahir. Malah
salah seorang individu yang menemuduga menceritakan pengalam beliau mengenai perolehan
ilmu berkaitan agama Islam. Beliau menceritakan sebelum merdeka masyarakat Melayu
memperoleh ilmu Islam melalui surau, masjid dan sekolah agama. Perolehan ilmu mengenai
agama Islam agak terbatas pada ketika itu. Pada ketika ini kita dapat melihat agak mudah
untuk masyarakat Melayu memperoleh ilmu mengenai Islam melalui televisyen, radio dan
internet berbanding dahulu.

Antara kepercayaan khurafat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu


Mandi safar
Amalan mandi safar ialah mandi tolak bala pada hari Rabu terakhir dalam bulan Safar. Pada
ketika itu, orang ramai akan bermandi manda di pantai dan menulis surat untuk dihanyutkan
surat itu ke pantai. Pada ketika itu mereka percaya amalan itu dapat melindungi mereka
daripada bala. Menurut individu yang kami temuduga iaitu Wan Melah, pada ketika itu dia
hanya sekadar suka-suka dan mengikut apa yang dilakukan orang lain. Kesedaran Islam kini
berjaya menghapuskan amalan tersebut. Pada ketika ini Wan Melah sudah mengetahui bahawa
amalan itu tidak wajar dilakukan dan bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Percaya bunyi burung gagak petanda kematian
Masyarakat Melayu dulu percaya bahawa bunyi burung gagak petanda kematian. Menurut Wan
Udo salah seorang individu yang kami menemuduga mereka percaya pada perkara itu kerana
perkara itu pernah berlaku. Berdasarkan pengalaman beliau pernah terjadi di mana selepas
terdengar bunyi burung gagak berlaku kematian. Namun begitu kadangkala beliau terdengar
bunyi burung gagak tetapi tiada kematian yang berlaku dan Wan Udo menganggap jika terjadi
kematian selepas terdengar bunyi burung gagak adalah sebagai kebetulan sahaja.

Tangkal, bayu, kayu dan kristal mempunyai kuasa tertentu

Orang dahulu percaya perkara yang berkaitan tangkal, batu, kayu dan seumpama mempunyai
kuasa tertentu. Sememangnya batu batuan mempunyai khasiat tertentu namun tak bermakna
dengan memakainya, si pemakai benar-benar mendapat tuah, di murahkan rezeki yang
berkaitan dengan perkara-perara tersebut yang mana tuah atau rezeki dikurniakan oleh Nya
kepada hamba-hambaNya.
Tangkap gambar bertiga
Tidak boleh mengambil gambar bertiga. Tidak elok kata orang dulu-dulu. Itu satu kepantangan
yang kononnya salah seorang akan mati.
Mandi bunga
Tradisi mandi bunga dikalangan masyarakat Melayu telah diwarasi dari generasi ke generasi.
Mandi bunga dilakukan untuk mempercepatkan jodoh, menolak bala dan juga digunakan dalam
upacara perubatan. Namunbegitu, mandi bunga juga dilakukan hanya untuk menyegarkan dan
mengharumkan badan dan tidak terlibat unsur khurafat.

Berikut adalah contoh amalan khurafat orang Melayu dahulu. Namun begitu, kesederan Islam di
kalangan orang Melayu dari masa ke masa telah berjaya menghapuskan amalan-amalan
tersebut.

Adat Masyarakat Melayu


Adat ialah satu sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir, pegangan hidup seta amalan
sesuatu masyarakat. Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan dan
kebiasaan tersebut akan menjadi adat yang diterima secara bersama-sama oleh masyarakat.
Adat menjadi peraturan yand dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang mendungkungnya
tanpa paksaan. Antara adat resam masyarakat Melayu ialah adat perkahwinan, adat kelahiran
dan adat kematian.

Adat perkahwinan

1. Merisik - Keluarga pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Tujuannya adalah untuk
mengetahui sama ada gadis itu sudah berpunya ataupun belum.jika sudah ada persetujuan,
barulah tarikh peminangan ditetapkan.

2. Meminang - Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Semasa
meminang, tarikh menghantar tanda ditetapkan. Perkara yang dibincangkan termasuklah
hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang.

3. Bertunang - Sebentuk cincin dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangnya.
Kebiasaannya diiringi dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan
dibincangkan.

4. Akad nikah - Ijab Kabul dijalankan dan diikuti dengan upacara membatalkan air sembahyang.
Akad nikah ini wajib dilakukan oleh wali pihak perempuan.

5. Persandingan - Bersanding adalah kemuncak dalam adat perkahwinan Pasangan pengantin


duduk di atas pelamin dan upacara tepung tawar diadakan. Ketika di atas pelamin diadakan adat
bersuap suapan. Mak Andam mengambil sejemput nasi kunyit daripada pahar lalu diletakkan di
atas tangan pengantin perempuan. Tangan pengantin perempuan diangkat oleh Mak Andam ke
mulut mempelai sebagai isyarat menyuap suaminya. Mempelai juga melakukan perkara
demikian kepada isterinya. Sebelum majlis persandingan, pasangan pengantin turut akan
berinai.

Menurut Wan Melah adat perkahwinan dilakukan kerana mengikut adat orang dahulu.

Adat Kelahiran

1. Sebelum kelahiran
Melenggangkan perut (krim perut) iaitu upacara ini dilakukan kepada wanita
yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau
kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.
Aktiviti melenggang perut

2. Semasa Bersalin
Minum air selusuh, iaitu air jampi atau air penawaryang bertujuan untuk menyenangkan
kelahiran. Semasa kelahiran bayi, mengkuang atau daun lain akan digantung di bawah rumah,
iaitu tempat betul-betul di bawah rumah ibu tersebut bersalin.

3. Selepas Melahirkan

Bayi perempuan akan diiqamatkan manakala bayi lelaki akan diazankan oleh bapa bayi
berkenaan. Uri yang dilahirkan bersama-sama dengan bayi dibersihkan dan ditanam di tempat
yang sesuai mengikut cara tradisional, iaitu memasukkan uri ke daam belanga kecil dan
ditambah dengan asam garam serta benda lain yang merupakan harapan ibu bapa kelak.
Selepas tujuh hari bayi dilahirkan, adat bercukur rambut dan memberi nama diadakan.

Adat Kematian

Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup.
Menguruskan mayat adalah fardhu kifayah dan dalam masyarakat Melayu mereka sering
bekerjasama ketika ada kematian.

1. Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu tok imam agar kematian itu dapat
dimaklumkan kepada semua orang. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan
dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan
ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas
tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-
Quran.
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat
tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat
dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat.

Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih.
Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula
sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur
barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup
mayat. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.

2. Semasa Pengebumian

Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan.
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang
digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut yang bercanggah dengan Islam.
Sebelum dikambus, siak akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan
mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan disendal dengan
tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan
tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan
dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya tok imam akan menjalankan upacara membaca
talkin.

Mayat dikebumikan di dalam liang lahad

3. Selepas Kematian

Keluarga si mati akan mengadakan kenduri arwah dan doa selamat selepas jenazah selamat
dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau
keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam
barzakh. Selepas seratus hari kematian si mati, kepok akan dibina di sekeliling pusara
seseorang yang meninggal dunia.

Nilai Kekeluargaan

Nilai kekeluargaan adalah hubungan yang terbentuk dalam suatu keluarga dimana bertujuan
untuk menanamkan bentuk kebaikan yang akan menjadi alat penyatuan dalam sebuah keluarga.
Menurut Wan Melah, nilai kekeluargaan dalam masyarakat Melayu pertama sekali anak
seharusnya menghormati ibu bapa Seorang anak patut patuh kepada arahan ibu bapanya. Dan
seorang anak seharusnya rajin membantu ibu banya bagi meringankan tugas ibu bapanya.
Contohnya anak perempuan membantu ibunya masak. Seterusnya menjaga hubungan baik
dengan adik beradik iaitu mesra dengan adik beradik dan menghormati adik beradik. Dan
terdapat panggilan nama untuk setiap orang adik beradik mengikut turutan kelahiran. Dengan
menggunakan panggilan ini akan menjadi hubungan adik beradik lebih mesra. Contohnya :
Anak sulung dipanggil along bagi lelaki dan bagi perempuan kaklong.
Anak kedua dipanggil angah bagi lelaki dan perempuan dipanggil kakngah.
Anak ketiga dipanggil alang bagi lelaki dan perempuan dipanggil kaklang
Anak keempat dipanggil andak
Anak bongsu dipanggil ucu

Nilai Kemasyarakatan

Nilai kemasyarakatan dapat dilihat dalam hubungan antara individu dalam kelompok masyarakat
yang tinggal di sekitar sesuatu kawasan. Ia merupakan satu hubungan kemasyarakatan yang
penting kerana ia dapat memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat tidak kira
bangsa dan agama. Dalam konteks masyarakat Melayu semasa zaman awal kemerdekaan, nilai
kemasyarakatan dipercayai telah pun berkembang antara masyarakat Melayu dengan Melayu
dan anta masyarakat Melayu dengan bangsa lain.

Menurut hasil temuramah kami, nilai kemasyarakatan dalam kalangan masyarakat Melayu ketika
itu adalah baik. Selain itu, mereka telah menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk
mengeratkan lagi hubungan antara penduduk sekitar terutama sekali gotong royong
membersihkan kawasan sekitar. Aktiviti gotong-royong dikatakan adalah saluran dan peluang
kepada masyarakat di kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama
lain. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama diantara jiran tetanga untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka. Aktiviti
gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan bersama-
sama.
Aktiviti gotong-royong kerap diadakan dalam kalangan masyarakat Melayu

Selain itu, mereka juga selalu menjayakan aktiviti rewang di majlis-majlis kenduri kahwin
iaitu bekerjasama memasak makanan kenduri bersama-sama. Aktiviti ini telah memupuk
semangat kemasyarakatan yang jitu di kalangan masyarakat semasa awal kemerdekaan tetapi
semakin lenyap ditelan arus zaman.

Aktiviti rewang di kenduri perkahwinan orang Melayu

Seterusnya, nilai kemasyarakatan antara kaum Melayu dan kaum lain di kawasan itu adalah di tahap
sederhana sahaja. Masyarakat Melayu pada ketika itu berkomunikasi dan menerima masyarakat kaum lain
dengan hati terbuka tanpa pergaduhan. Hubungan seharian mereka banyak berlaku di tempat kerja sahaja,
kerana masyarakat Melayu dan masyarakat kaum lain tidak bercampur di kawasan kediaman masing-
masing. Menurut Wan Melah, terdapat segelintir sahaja kaum lain yang berinteraksi dengan masyarakat
Mleayu yang juga tinggal bersama di sekitar kawasan masyarakat Melayu. Kesimpulannya, nilai
kemasyakatan ini semakin berkembang dengan baik dan kekal sehingga ke hari ini dengan wujudnya
pertempatan masyarakat majmuk di setiap kawasan.