Anda di halaman 1dari 9

Apresiasi seni

Apresiasi atau penghayatan merupakan salah satu aktiviti melihat, merenung, menilai dan menghayati karya. Seni merupakan sesuatu yang diciptakan

manusia yang mempunyai nilai keindahan atau estetika. Jadi apresiasi seni merupakan suatu penilaian terhadap suatu karya seni, baik mengenali, menilai,

dan menghargai nilai-nlai seni yang terkandung dalam karya seni tersebut. Untuk memahami karya seni visual bentuk dan isi adalah perkara yang perlu

diutamakan. Bentuk dan isi merangkumi tatacara, peraturan, kaedah dan susun atur dalam penghasilan karya seni. Ini melibatkan unsur seni dan prinsip

rekaan.

Kefahaman terhadap fungsi sebenar karya

Untuk memulakan apresiasi seni kita perlu memahami terlebih dahulu fungsi sebenar karya seni. (Mohd Johari Abd Hamid,2008). Contohnya karya-

karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Secara umumnya penghasilan karya-karya dalam bidang tersebut adalah bertujuan untuk

memperkembangkan persepsi masyarakat terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut

masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas tentang konsep yang diperlukan apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model atau binaan. Dari

aspek lain karya-karya yang dihasilkan menerusi bidang menggambar dan membuat corak dan rekaan meningkatkan kemahiran penghasil-penghasil karya

seni dan dijadikan tujuan kelengkapan hidup. Misalnya hiasan dinding Arca suatu ketika dahulu banyak peranannya seperti tujuan keagamaan, perubatan,

kepercayaan dan banyak lagi. Menjelang abad ke dua puluh, muncullah hiaan dinding yang lebih menampilkan bentuk yang menarik dan mempunyai

pelbagai fungsi.
Berdasarkan karya My Homeland yang telah dihasilkan dapatlah disimpulkan bahawa karya tersebut adalah hiasan moden kerana lebih menunjukkan

nilai-nilai hiasan untuk diperagakan dan menjadi tatapan yang melihat. Karya ini dijadikan hiasan dinding dan dibina berdasarkan makna tersuratnya

berfungsi memuaskan kehendak masyarakat yang suka akan perhiasan. Namun secara tersiratnya, hiasan dinding ini dihasilkan bagi tujuan menyampaikan

mese kepada pengamatnya tentang keberuntungan sebagai anak yang lahir di tanah air ini iaitu Sabah. Sebagai masyarakat yang hidup dengan suasana yang

terdiri daripada pelbagai budaya, agama, kaum dan bangsa, adalah wajib untuk me ngetahui keunikan alam semulajadi yang terdapat di tanah air kita ini.

Misalnya orang utan yang memang begitu terkenal di Sabah ini dan bunga rafflesia yang unik ditambah dengan keindahan semulajadi seperti gunung

Kinabalu.

Kesimpulannya karya My Homeland yang bertemakan flora dan fauna ini menunjukkan nilai-nilai tujuan dalam pelbagai aspek seperti tujuan untuk

perhiasan, tujuan menyampaikan mesej tersirat iaitu nilai-nilai kepentingan menghargai alam semula jadi seperti flora dan fauna di Sabah.

Kefahaman Asas Seni Reka

Pemahaman asas seni reka bermaksud pengetahuan pelajar mengenai unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan,ruang dan warna serta prinsip-

prinsip rekaan iaitu harmoni, penegasan, irama dan pergerakan, kesatuan, kontra, imbangan dan kepelbagaian. Unsur seni yang utama ialah garisan. Garisan

ialah cantuman satu siri titik. Garisan boleh dihasilkan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik. Pengaplikasian unsur garisan bermula daripada proses

pada peringkat awal lagi iaitu daripada proses artistik sehinggalah penghasilan akhir karya. Namun unsur garisan yang jelas terpapar menerusi karya tersebut

ialah garisan melintang, berpenjuru, beralun, tebal, nipis dan sebagainya. Kefahaman terhadap garisan telah berjaya mencipta rupa dan bentuk hal benda
dalam karya tersebut. Selain itu unsur jalinan, ruang dan corak turut kelihatan menerusi garisan-garisan yang digunakan. Misalnya rupa gunung, orang utan

dan rafflesia yang berjaya dihasilkan menerusi garisan yang menemui titik awal garisan. Selain itu garisan yang beralun telah berjaya menghasilkan bentuk

koyakan kertas pada rupa orang utan dalam karya tersebut.

Unsur bentuk konkrit telah berjaya dihasilkan menerusi bahan yang digunakan iaitu kertas, tisu, bunga, daun dan benang. . Bentuk objek sebenar dapat

disentuh, dirasa dan dilihat dalam karya tersebut. Ruang yang wujud pada karya tersebut ialah ruang fizikal. Perbezaan jarak dan kedudukan pada gubahan

subjek-subjek yang terlibat telah menimbulkan ruang tertutup iaitu yang sempit dan terhad tetapi masih menampakkan pembahagian reka letak subjek. Unsur

jalinan sentuh dan tampak berjaya divisualisasikan apabila terdapat jalinan atau tekstur daripada bahan plaster paris atau simen putih pada setiap permukaan

subjek yang dihasilkan. Unsur warna yang digunakan lebih menekankan prinsip harmoni kerana warna-warna yang digunakan adalah warna-warna tertier

iaitu warna yang lebih menimbulkan kesan yang lembut seperti kuning jingga, kuning hijau, merah ungu, merah jingga dan biru ungu. Warna-warna tersebut

telah mengurangkan kehebatan kuasa warna asas dan sekunder seperti hitam hijau dan jingga.

Prinsip rekaan yang berjaya ditimbulkan ialah harmoni. Harmoni dari segi warna khususnya kerana kebanyakkan warna yang diguna adalah warna yang

terdiri daripada roda warna yang sama. Prinsip kepelbagaian dari segi bentuk juga dapat dilihat menerusi karya tersebut kerana bentuk-bentuk yang terlibat

tidak mengandungi unsur pengulangan. Bentuk yang terlibat ialah bentuk geometri iaitu sompoton, gong separa bulat, silat, gendang dan gambus. Prinsip

imbangan tidak simetri dapat dilihat dalam karya. Reka letak tidak sama tepat di bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah tetapi berjaya menunjukkan

keadaan yang seimbang. Prinsip irama dan pergerakan dapat dilihat menerusi subjek silat. Irama motif yang sealiran pada rafflesia memberi nyawa kepada

rupanya dan bentuk visualnya sekaligus menimbulkan imej yang realistik dan menarik. Unsur kesatuan telah wujud dalam karya tersebut. Gubahan-gubahan
yang terlibat mempunyai tema dan idea yang sama serta menyeluruh. Tema dan idea yang digunakan ialah alat peralatan muzik tradisional. Tema yang

digunakan telah menghasilkan karya seni yang lengkap, teratur dan sempurna.

Persembahan

Aspek persembahan karya perlu dinilai kerana dalam penghasilan sesebuah karya, elemen ini amat penting kerana pengkarya akan menguasai beberapa

kemahiran seperti meneroka melalui penyelidikan. Setiap orang mempunyai interpretasi dan penilaian persepsi yang berlainan oleh itu produk yang

dihasilkan kelihatan berbeza bagi setiap individu dari pelbagai aspek seperti kualiti ekspresif dan stail. Dalam persembahan karya sepatutnya pengkarya akan

memasukkan elemen teori dan falsafah serta sumber pengalaman estetik dalam menghasilkan karya mereka.

Oleh itu menerusi karya yang telah dihasilkan, penerokaan terhadap bahasa seni visual, media, alat, teknik dan proses telah dibuat dengan baik. Bermula

dengan eksplorasi bahasa seni visual yang mana pengalaman melihat karya-karya yang dihasilkan mempunyai elemen-elemen unsur seni dan prinsipnya.

Misalnya lawatan ke tempat-tempat proses membentuk dan membuat binaan yang memberi peluang kepada siswa pendidik mengeksplorasi unsur-unsur seni

dan prinsipnya supaya lebih memahami konsep yang betul semasa menghasilkan karya. Berdasarkan pengalaman tersebut dapatlah sebuah karya dihasilkan

yang menggambarkan kefahaman dan pengetahuan terhadap asas dalam penghasilan karya.

Persembahan dari sudut kekemasan dan ketelitian dapat dilihat menerusi eksplorasi terhadap unsur bentuk dan jalinan. Bentuk yang dihasilkan

menunjukkan kekemasan kerana tepat dari segi saiz manakala jalinan menunjukkan ketelitian kerana dapat dilihat dan disentuh secara kasar.
Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim, buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan

Pendidkan Seni Visual Bidang Menggambar dan Membuat Corak dan Rekaan Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini, saya telah banyak menerima

pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar.

Pada mulanya, saya mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja kursus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas.

Setelah mendengar penerangan tersebut, kami mula berbincang dengan rakan untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek

pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang tugasan ini. Selain itu, saya juga mencari maklumat di internet.

Dengan cara ini, ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang

dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan mengsintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi.

Dalam masa yang sama, saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan semasa melakukan tugasan ini. Namun begitu, kelemahan-kelemahan yang

dihadapi adalah bersifat minor dan tidak memberi impak yang terlalu memudaratkan kepada penghasilan tugasan ini. Kekurangan yang dimiliki ialah

kurangnya pengalaman dan kurang pengetahuan tentang tugasan yang dilaksanakan untuk tugasan ini. Selain itu, kekangan yang dilalui untuk menyiapkan

tugasan ini ialah kelajuan talian internet semasa untuk berbincang dengan rakan dan pensyarah serta tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain.

Namun dengan berbekalkan semangat kecekalan untuk mempelajari benda baru ini, saya telah mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini.
Kerja kursus yang berkuatkuasa pada 27 Febuari 2017 ini perlu disiapkan dan dihantar secara keseluruhannya pada 10 Mac 2016. kerja kursus melibatkan 3

tugasan iaitu penghasilan folio, penghasilan karya, apresiasi dan penulisan refleksi. Memandangkan PBS pada kali ini melibatkan subjek major maka tugasan

menjadi bertambah. Walaupun sebenarnya tugasan telah diberikan awal sebelum tarikh sebenar namun ianya masih belum mencukupi untuk disiapkan.

Kelekaan dan kealpaan yang berlaku sepertinya tidak mempedulikan dan tidak mengkhuatiri tarikh yang semakin dekat untuk menghantar tugasan. Hal ini

telah menyebabkan saya agak tekanan kerana membuat kerja pada saat-saat akhir. Namun begitu tidak semua secara keseluruhannya saya laksanakan pada

saat-saat akhir hanya beberapa aspek yang ditinggalkan sebelum cuti bermula seperti penulisan, lakaran dan karya yang hendak dihasilkan.

Selain itu, kelambatan idea juga agak membantutkan perjalanan proses penghasilan karya ini. Lebih dua minggu barulah idea saya wujud. Kecelaruan

dalam memilih hal benda yang berunsurkan flora dan fauna yang sesuai dibina juga mengganggu perjalanan proses. Namun masalah ini dapat diatasi setelah

saya membuat beberapa kajian dan menyesuaikan dapatan dengan kemampuan dan kemahiran saya. Setelah mendapat maklumat mengenai flora dan fauna

yang dipilih, satu lagi kekangan yang saya hadapi ialah bagaimana mahu menggambar dan mencorak flora dan fauna yang dipilih. Idea untuk membuat orang

utan dan rafllesia wujud apabila saya melihat pada keunikan yang terdapat disabah dan keistimewaan lahirnya di Sabah. Oleh kerana tanah kelahiran ialah

Sandakan jadi serta merta saya terus memilih orang utan dan rafllesia sebagai lambang umum bagi bunga yang sangat dikenali. Sebelum melaksanakan

penghasilan karya ini proses pertama yang dibuat ialah menyiapkan folio artistik. Tidak banyak masalah yang dihadapi semasa menyiapkan folio ini kerana

pengalaman-pengalaman sebelumnya sedikit membantu saya dalam menyempurnakannya. Namun semasa menjalankan proses menggmabar dan membuat

corak dan rekaan saya menghadapi beberapa masalah iaitu pertama kesukaran mereka corak yang diinginkan kerana pengalaman yang kurang. Langkah yang

diambil supaya memudahkan kerja mencuba seberapa banyak kaedah ikat celup dan cetakan. Setelah mencuba barulah kaedah yang sesuai dipilih untuk
dibuat pada karya yang sebenar. Oleh kerana pencarian maklumat yang terlalu sedikit, kain yang diikat celup menggunakan warna yang berlainan dan terlalu

cair menyebabkan warna pada kain menjadi kabur dan tidak terang. Selain daripada masalah diatas, tiada lagi sebarang kelemahan yang dihadapi bahkan

selebihnya berjalan dengan baik kerana kajian hal benda flora dan fauna telah dibuat dengan meluas sehingga keluar negara iaitu di Bali, Denpasar. Kembara

Seni Denpasar yang dijalankan selama 6 hari 5 malam sangat memberi peluang dan ruang menagamati keindhan alam dan sekaligus mengkaji alam

semulajadi yang terdapat disana.

Untuk penulisan sepertinya saya tidak begitu banyak menghadapi masalah kerana bantuan daripada buku dan internet serta perpustakaan memudahkan

saya mencari maklumat lebih-lebih lagi maklumat tentang bidang membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional sangat banyak. Cuma satu masalah

yang memang sering saya hadapi ialah masalah laptop yang selalu hank dan kelemahan saya dalam membuat penulisan. saya agak kurang dalam berbahasa

dan membuat penulisan, namun hal ini tidak memutuskan semangat saya untuk menyiapkan penulisan ini.

Secara kesuluruhannya segala masalah yang saya terima telah menambah pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang menghasilkan karya ini.

Walaupun karya ini tidaklah sehebat mana namun saya tetap bangga dengan usaha yang saya lakukan dalam menghasilkan kraf ini.