Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan bagaimana siklon tropika berlaku dan ciri-ciri taufan atau hurikan

Siklon tropika merujuk kepada ribut ganas yang berputar dan dianggarkan berdiameter
beberapa ratus kilometer. Siklon tropika ini biasanya terbentuk di kawasan perairan tropika.
Siklon tropika akan kelihatan seperti sistem gegelung yang ketat dan berkuasa apabila dilihat
melalui sistem satelit. Siklon tropika dapat dikelaskan kepada tiga iaitu lekukan tropika, ribut
tropika dan taufan. Lekukan tropika merupakan satu sistem yang terdiri daripada awan dan
ribut petir yang berputar. Kebiasaannya lekukan tropika ini mampu membawa angin pada
kelajuan maksimum 63 kmpj atau pun kurang. Manakala ribut tropika pula digambarkan
sebagai satu sistem ribut petir yang kuat dengan kelajuan angin maksimum antara 64-117
kmpj. Taufan pula merupakan merupakan satu sistem cuaca yang hebat yang berputar dan
mampu membawa kelajuan angin maksimum sehingga 118 kmpj atau lebih dari itu.

Pembentukan Siklon
Siklon tropika biasanya terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaannya 26 C
atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali sebagai taufan dan biasanya terjadi
semasa musim panas Hemisfera Utara yang mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas.
Seterusnya sistem tekanan rendah yang terbentuk di kawasan lautan tropika yang panas akan
bergerak ke arah barat, berkembang daripada lekukan tropika kepada ribut tropika dan
akhirnya menjadi taufan yang matang. Perkembangan Lekukan Tropika Kepada Taufan
bergantung Kepada Tiga Keadaan iaitu laut Panas, kelengasan dan corak angin berhampiran
permukaan laut.

Semasa pembentukan, siklon mengumpulkan haba dan tenaga melalui hubungan


dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang di hasilkan hasil penyejatan
permukaan laut memberi tenaga kepadanya. Pembentukan kelompok-kelompok ribut petir
membolehkan udara menjadi lebih panas lagi dan naik ke ruang atmosfera. Seterusnya mata
siklon yang berdiameter antara 30 - 100kilometer adalah merupakan pusat tekanan rendah
ribut tropika tersebut. Aktiviti yang paling hebat berlaku di kawasan sekitar mata
yang juga dipanggil dinding mata. Di sini, udara berputar ke arah atas dan luar dengan
kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam
ke dalam mata,membentuk kawasan bebas awan
Ciri-ciri taufan

Pada kebiasaannya, taufan mula muncul di sebelah barat Pasifik Utara pada awal bulan Mei.
Bilangannya bertambah dan mencapai maksima disekitar bulan September. Kebanyakan
taufan terbentuk di kawasan latitud 5oU dan 20oU dan longitud 130oT dan 170oT. Laluan biasa
bagi taufan adalah bergerak menghala ke arah barat merentasi Filipina dan seterusnya
membeluk ke arah timur laut apabila menuju daratan Asia.

Taufan juga adalah bencana alam yang membawa kemusnahan apabila sampai ke
daratan. Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta
ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan
kapal.Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan
harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu,
taufan juga mengakibatkan banjir besar. Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab
menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.