Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN POS GEDONG,

PETI SURAT 20,


35500 BIDOR,
PERAK DARUL RIDZUAN
Laman Web: www.skposgedong2.net KOD SEKOLAH: ABA 0125

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PENERIMA BANTUAN KWAMP


BIL. 1/2017

Tarikh : 16 Januari 2017


Masa : 2.15 3.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Pos Gedong
Kehadiran :
1. En.Mohd.Ariff Bin Abd.Hamid (Guru Besar)
2. En. Muhammad Ridhuan bin Zikri (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En.Zambri Bin Halim ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. En.Zainal Mokhtar Bin Ibrahim( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
5. En.Bah Heck a/l Bah Gunung( YDP PIBG SKPG)
6. En. Mohamad Ridzuan Bin Mohamad Razali
7. En. Abdullah Haris Bin Mohammed Saidi
8. En.Saiful Onny bin Abd Halim
9. En.Muhammad Nizam Bin Zamir
10. En.Muhammad Syahmi Bin Mustaffa
11. En.Roszi Bin Kamarudin

1. Ucapan Pengerusi (GK HEM)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan


terima kasih diatas kesanggupan semua AJK hadir ke Mesyuarat Unit
KWAPM Kali Pertama 2017.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk
mengemaskinikan sistem fail Unit KWAPM .

1.3 Di samping itu juga, tujuan utama mesyuarat KWAPM pada kali ini ialah untuk
membuat pemilihan murid-murid yang layak memohon bantuan KWAPM bagi
tahun 2017.

1.4 Pendapatan penjaga yang layak ialah RM720 ke bawah atau pendapatan
perkapita RM180 ke bawah.

1.5 Sehubungan dengan itu, AJK mesyuarat mengucapkan berbanyak terima


kasih kepada semua guru yang terlibat melengkapkan data murid.

1.6 Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YDP PIBG kerana sudi
meluangkan masa dan mewakili pihak ibubapa bagi mendengar penjelasan
dan maklumat tentang perjalan KWAPM 2017.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

2.1 Minit disahkan oleh : Pn. Hanizah bt. Mohamad


Minit disokong oleh : Pn. Siti Fatimah bt. Ali Hassan

3. Kelulusan Permohonan Bantuan Kwapm bagi tahun 2009

3.1 Senarai nama murid yang layak telah pun diterima oleh pihak sekolah.
Bilangannya ialah seramai 83 orang termasuk 24 orang murid yang telah
masuk ke tingkatan 1, 2011.

3.2 Pihak sekolah telah diminta melengkapkan borang rumusan yang telah
dikeluarkan itu dengan memasukkan nama dan nombor kad pengenalan
penjaga murid yang terlibat.

4. Mesyuarat memutuskan bahawa:

4.1 Seramai 99 orang murid diperakukan layak bagi memohon bantuan KWAPM
bagi tahun 2011. Senarai nama adalah seperti di Lampiran A.
4.2 Seramai 7 orang murid didapati tidak layak memohon kerana penjaga telah
mengalami pertambahan pendapatan iaitu melebihi RM720/RM80.

4.3 Pn. Saedah dengan bantuan Pn. Norhayati telah diminta untuk
mengumpulkan boring-borang permohonan yang telah lengkap dan
menyimpannya dalam satu fail.

5. Agihan bantuan KWAPM akan dibuat sebaik sahaja mendapat arahan daripada
PPD.

6. Hal-hal lain

6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemilihan ini adalah dibuat berdasarkan


data SMM 2011 dan sebarang kemusykilan yang ditimbulkan oleh penjaga
bolehlah segera merujuk kepada GPK HEM.

7. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK telah dapat
membeeri kerjasama dan idea yang bernas sepanjang mesyuarat kali ini
berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................................ ................................................................
(MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD RAZALI) ( ZAMBRI BIN HALIM)
Setiausaha, Guru Kanan Hal Ehwal Murid.
Jawatankuasa RMT. SK Pos Gedong.
.

Disahkan oleh,

................................................................
(MOHD.ARIFF BIN ABD.HAMID)
Guru Besar,
SK Pos Gedong.

Anda mungkin juga menyukai