Anda di halaman 1dari 1

Tugasan 2 : Laporan Temu-Bual Kumpulan

Pertama sekali, guru-guru mestilah sentiasa menjaga pertuturan semasa bercakap di


kelas supaya tidak menyentuh isu perkauman ataupun latarbelakang murid-murid di kelas.
Apabila guru-guru memberikan penjelasan tentang sesuatu topik yang diajar, mereka haruslah
memastikan bahawa tidak menimbulkan perasaan sensitif kepada murid-murid. Apabila kami
menemu bual guru tersebut, beliau menyatakan bahawa terdapat seorang murid berumur 9
tahun yang baru mendaftar di sekolah tahun ini dan sedang mengikuti pelajaran dalam darjah 1
bersama adiknya Hal ini kerana, mereka berasal daripada keluarga yang tidak berpendidikan
dan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah atas paksaan guru-guru sekolah. Dalam
keadaan sebegini guru-guru seharusnya memotivasikan murid-murid tersebut malahan bertutur
dengan berhati-hati supaya tidak melukakan hati mereka. Contohnya, sewaktu mengajar
tentang topik isu pendidikan guru-guru tidak patutlah mengutuk orang yang tidak berpendidikan
dan juga tidak memberikan keutamaan kepada pendidikan di dalam kelas supaya tidak
menyentuh perasaan murid-murid yang berkenaan. Tindakan ini dapat menyebabkan mereka
dipandang rendah oleh rakan sekelas dan juga menjatuhkan semangat mereka untuk belajar.
Maka, rancangan pengajaran yang awal perlulah direka terlebih dahulu sebagai langkah
berhati-hati supaya guru dapat meminimum kesilapan pertuturan.

rancangan pengajaran yang awal perlu direka terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati
supaya guru dapat meminimumkan kesilapan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai