Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah mengadakan Majlis Perjumpaan Waris


Murid Tahun 6 bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing pada 19 Januari
yang lalu. Majlis tersebut dimulakan dengan sesi ucapan alu-aluan untuk semua
yang hadir di Dewan Besar SK Taman Bersatu a yang telah disampaikan oleh Guru
Besar, Tn Hj Ramlee bin Abu Bakar. Dalam ucapannya, beliau menerangkan
bahawa antara objektif utama majlis tersebut diadakan ialah untuk berkongsi
maklumat tentang program-program persekolahan yang disediakan untuk para
pelajar, khususnya dalam bidang akademik sebagai persediaan ke arah menduduki
peperiksaan UPSR.

Majlis diteruskan dengan sesi perbincangan antara para guru dan ibu bapa di kelas
anak masing-masing, di mana para ibu bapa dan penjaga murid yang hadir telah
berpeluang untuk membangkitkan sebarang kemusykilan tentang perancangan dan
prestasi persekolahan anak mereka.. Pada akhir program, murid-murid turut
bergerak ke kelas masing-masing untuk membaca ikrar dan menandatangani
akujanji pelajar.

Objektif Program:
1. Ibu bapa mengambil tahu/prihatin tahap anak mereka dalam persediaan untuk
menghadapi UPSR
2. Ibu bapa memahami serba sedikit penataran UPSR format terkini UPSR 2017
3. Ibu bapa dapat memberikan tindakan sewajarnya kepada anak di bawah
jagaanya agar seiring dengan target sekolah

Anda mungkin juga menyukai