Anda di halaman 1dari 2

SK (L) BUKIT BINTANG SATU

PERATURAN PEPERIKSAAN
PANDUAN GURU
1. Susun kedudukkan meja pelajar sehari sebelum peperiksaan bermula.
2. Pastikan semua fail , buku dan beg pelajar diletakkan di hadapan bilik darjah.
Ruangan sudut mata pelajaran dan pembelajaran akses kendiri di dalam kelas
hendaklah di tutup dengan surat khabar terpakai.
3. Meniru semasa peperiksaan merupakan kesalahan serius. Tindakan yang tegas
akan diambil. Markah sifar akan diberi kepada pelajar meniru, cuba meniru serta
pelajar yang bersubahat. Tindakan disiplin juga akan diambil .
4. Pelajar-pelajar mesti berada di dalam bilik darjah sekurang-kurangnya sepuluh
minit awal dari masa permulaan peperiksaan.
5. Pelajar tidak dibenarkan meminjam alat tulis daripada pelajar lain semasa
peperiksaan sedang berlangsung terutama subjek seni.
6. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan. Mereka dibenarkan pergi
tandas jika benar-benar perlu buat demikian.
7. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan sebelum masa
peperiksaan tamat.
8. Pelajar hanya dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan selepas guru yang
mengawas berpuas hati semua kertas jawapan dan bahan peperiksaan telah
dikutip dan bilangannya dikira betul.
9. Bilik Kebal diisytiharkan sebagai KAWASAN LARANGAN semua pelajar tidak
dibenarkan mengambil kertas soalan peperiksaan dari bilik tersebut.
10. Pelajar yang TIDAK HADIR boleh dibenarkan menduduki peperiksaan pada satu
hari yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah sekiranya ada surat doktor.
11. Kertas tulis untuk jawapan, kertas lukisan dan kertas objektif akan disediakan
oleh pihak sekolah untuk setiap peperiksaan dan peperiksaan percubaan.
12. Setiap kelas akan diberikan satu salinan jadual peperiksaan dan jadual tersebut
hendaklah ditampal di papan notis kelas sepanjang masa peperiksaan
berlangsung .
13. Semasa peperiksaan berlangsung tidak ada perhimpunan sekolah, kelas
tambahan dan aktiviti ko-kurikulum.
14. Pelajar mesti datang dan balik mengikut masa persekolahan biasa. Pelajar tidak
boleh datang lewat walaupun tiada peperiksaan atau balik awal walaupun kertas
peperiksaan sudah tamat.
15. Semua guru perlu mengambil kertas peperiksan dan juga menyerahkan ker
16. tas jawapan kebilik kebal kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
17. Pastikan guru-guru bersedia 5 minit lebih awal sebelum masa masuk kelas
mengikut jadual kelas/relif.
SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN

________________________________
SK (L) BUKIT BINTANG SATU
(LEE SUET PENG)
GURU BESAR
SK (L) BUKIT BINTANG SATU
PERATURAN PERATURAN SEMASA PEPERIKSAAN

1. Semua beg /fail perlu diletakkan di hadapan kelas.


2. Calon- calon hanya perlu ada beberapa batang pensel 2B, pemadam dan

pembaris serta pensel warna (jika perlu).


3. Angkat tangan jika ada sebarang masalah
4. Calon-calon tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan sehingga tamat masa

kertas peperiksaan tersebut.


5. Semua laci meja mesti mengadap depan kelas.
6. Pastikan sampah-sarap dibuang ke dalam tong sampah sebelum balik
7. Semua kerusi dan meja berada dalam keadaan tersusun sebelum balik.
8. Pelajar hendaklah berada ditempat duduk pada masa yang ditetapkan semasa

peperiksaan.
9. Pelajar yang tidak hadir perlu memberi surat doktor.
10. Tulis nama dengan jelas pada kertas jawapan.
11. Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
12. Pelajar dilarang meniru atau melakukan sebarang perbuatan yang tidak patut

semasa peperiksaan
13. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan tidur apabila siap menjawab kertas peperiksaan.

Gunakan masa dengan bijak.


SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN

________________________________

(LEE SUET PENG)


GURU BESAR
SK (L) BUKIT BINTANG SATU

Anda mungkin juga menyukai