Anda di halaman 1dari 2

Anda ingin mencadangkan SATU mata pelajaran bari dalam kurikulum sekolah rendah.

Sila berikan justifikasi cadangan anda, dari segi sumbangannya kepada dimensi keperluan masyarakat negara ini,
serta senaraikan isi kandungan yang perlu ada dalam mata pelajaran berkenaan

Sastera Sebagai Subjek Baru Untuk Para Pelajar Sekolah Rendah.

Pada pandangan saya,subjek tambahan yang perlu diperkenalkan di sekolah rendah


ialah sastera kerana berdasarkan peratus kelulusan subjek Bahasa Malaysia dalam
UPSR sama ada dari segi pemahaman atau penulisan juga agak merosot. Justeru
dengan mengaplikasikan pengajaran subjek Sastera maka peratusan kelulusan dan
kualiti gred dapat ditingkatkan. Para pelajar juga mungkin lebih cenderung
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa lain seperti bahasa Mandarin atau
bahasa Jepun untuk memenuhi keperluan semasa .

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menyatakan


sokongan terhadap cadangan menjadikan sastera sebagai mata pelajaran wajib
bermula di peringkat prasekolah atau sekolah rendah. Presidennya, Hashim Adnan,
berkata cadangan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) itu
akan meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan murid sejak peringkat kanak-
kanak.

Pelaksanaan mata pelajaran sastera ini tidak harus dijadikan subjek baru tetapi
sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) supaya tidak
membebankan guru.Pengajaran unsur sastera boleh diajar satu atau dua waktu
daripada tujuh waktu subjek BM sekarang.Ini untuk mengelakkan pengeluaran kos
besar oleh Kementerian Pelajaran untuk mengadakan latihan guru serta
penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baru.

Guru BM sedia ada pula telah mempunyai kemahiran untuk mengajar unsur sastera
jika sebahagian daripada waktu subjek ini digunakan untuk menyampaikan elemen
sastera seperti cerpen, novel pendek, drama atau puisi.

Ketua Satu GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar sebelum ini berkata,
sastera patut dijadikan mata pelajaran wajib bermula prasekolah dan cadangan itu
menjadi salah satu resolusi Hari Sastera Nasional Ke-15.

Subjek sastera yang hendak diperkenal di peringkat sekolah rendah itu patut
memasukkan bahan yang menyentuh sejarah dan budaya kaum utama di negara ini
seperti Cina, India, Iban, Kadazan atau Sikh.

Bahan bacaan sastera itu akan mendedahkan kanak-kanak dengan bahasa, cara
hidup dan adab kaum lain supaya mereka lebih faham dengan budaya orang lain
dan dapat mengekal dan mengeratkan lagi perpaduan dalam negara .Unsur sastera
dalam subjek BM akan melahirkan kanak-kanak yang boleh hidup secara integrasi
dengan adat atau budaya kaum lain.

Budaya hidup yang lebih positif dapat dibentuk jika mereka hidup saling hormat
menghormati dan dapat bertoleransi sesama mereka.

Generasi masa kini juga dapat meneruskan budaya dan adat nenek moyang agama
masing masing. Justeru lahirlah masyarakat yang sayang adat dan budaya nenek
moyang serta menjaganya sebagai warisan negara.

Anda mungkin juga menyukai