Anda di halaman 1dari 7

Salam sejahtera.

Saya telah mengiring 3 orang murid LINUS Tegar ke Kem LINUS 2011,
iaitu kem pertama yang pernah dilaksanakan sejak program LINUS mula dilaksanakan di
bawah NKRA dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah
dilaksanakan. Sebahagian daripada aktiviti tersebut sudah pernah dipelajari di institut
perguruan tempatan dan sebahagian mungkin belum pernah dipelajari di institut perguruan.
Mari kita perhatikan beberapa gambar yang telah ditangkap semasa kem tersebut.

Gambar 2: Aktiviti Senamrobik.

Aktiviti pertama semestinya adalah senamrobik. Mengapa harus laksanakan senamrobik?


Ini adalah supaya otak murid cergas dan bersemangat semasa melaksanakan aktiviti
sepanjang kem nanti.

Gambar 3: Praujian LINUS Tegar

Seterusnya adalah praujian. Praujian penting untuk menilai prestasi dan tahap pencapaian
murid sebelum kem dilaksanakan.
Gambar 4: Kolaj Huruf

Kolaj merupakan satu aktiviti yang menarik dan berkesan kerana ia bukan sahaja dapat
menarik minat murid (yang meminati seni visual), ia juga dapat merangsang deria murid,
lebih-lebih lagi jika murid mempunyai masalah seperti disleksia atau pengamatan
penglihatan.

Gambar 5: Domino Nombor

Domino Nombor merupakan satu permainan yang menarik, di mana murid boleh belajar
memadankan nombor dengan bilangan titik yang tepat.
Gambar 6: Kod Misteri

Gambar 7: Kod Misteri - Mencari Perkataan Misteri

Mencari perkataan misteri dengan menggunakan kod misteri merupakan satu aktiviti yang
menarik. Ini merangsang minda murid untuk mengenali simbol sambil mencari huruf misteri
sehingga perkataan terbentuk. Setelah mendapat perkataan yang dicari, murid
membacakan perkataan tersebut di hadapan fasilitator.
Gambar 8: Bowling (untuk Matematik)

Permainan bowling amat sesuai untuk mata pelajaran Matematik. Murid perlu menjatuhkan
botol dengan menggunakan bola yang disediakan dan mengira bilangan botol yang jatuh.
Murid kemudiannya diminta menulis bilangan botol yang dijatuhkan di lembaran yang
disediakan oleh fasilitator.

Gambar 9: Memancing (memadankan huruf besar dengan huruf kecil)


Gambar 10: Memancing (murid memadankan huruf)

Murid-murid saya amat suka dengan permainan memancing untuk kedua-dua mata
pelajaran. Murid dikehendaki memadankan huruf kecil dengan huruf besar dalam aktiviti
memancing mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ikan huruf besar disediakan di dalam bakul
setiap murid dan murid dikehendaki memancing ikan huruf kecil yang ada di dalam "kolam"
untuk memadankan ikan huruf besar dengan ikan huruf kecil yang tepat.

Gambar 11: Memancing (untuk Matematik)


Gamabr 12: Memancing (memadankan nombor dengan bilangan objek)

Dalam aktiviti memancing mata pelajaran Matematik pula, murid dikehendaki memancing
mana-mana ikan (bernombor) di dalam "kolam" yang disediakan. Setelah mendapat ikan,
murid menamakan nombor tersebut dan seterusnya mencari kad yang mempunyai bilangan
objek yang berpadanan dengan nombor yang dipancing. Murid mengira objek di hadapan
fasilitator.

Gambar 13: Bowling (untuk Bahasa Malaysia)


Gambar 14: Bowling (murid mencari perkataan yang tepat berdasarkan gambar pada botol
yang dijatuhkan)

Dalam permainan bowling untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia pula, murid dekehendaki
menjatuhkan botol dengan menggunakan bola dan kemudiannya menamakan objek dalam
gambar yang ada pada botol yang dijatuhkan. Murid kemudiannya dikehendaki mengeja
perkataan yang disebut dan mencari perkataan yang tepat di dalam bakul yang disediakan
oleh fasilitator.