Anda di halaman 1dari 6

1.

1 PENGENALAN

New Zealand adalah sebuah negara yang terletak di sebelah tenggara Australia,
samudera pasifik selatan. Pada tahun 1642, New Zealand telah ditemukan oleh
seorang pelaut Belanda yang bernama Abel Janszoon Tasman. Namun, setelah
kedatangan James Cook iaitu seorang Inggeris pada tahun 1769 New Zealand
telah menjadi daerah kekuasaan di bawah British. i New Zealand adalah sebuah
negara kepulauan di barat daya lautan pasifik dan mengandungi dua pulau besar
utama iaitu pulau utara dan selatan asal usul nama New Zealand berasal dari
catatan ahli kartografi pelukis peta Belanda yang memanggilnya sebagai Nova
Zeelandia dan ahli pelayaran British bernama James Cook telah
menginggeriskan nama itu kepada New Zealand.

Ianya terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil,terletak kira-


kira 2000 km atau 1250 batu tenggara Australia dan merentasi laut Tasman. ii
New zealand lebih dikenali sebagai sebuah negara yang membangunkan habitat
fauna yang tersendiri namun ianya pupus setelah kedatangan manusia di negara
tersebut. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat berketurunan
Eropah dan etnik peribumi maori yang menjadi kaum minoriti terbesar. Manakala
kaum minoriti masyarakat berketurunan Asia dan bukan Maori Polynesia juga
menjadi kaum minoriti yang signifikan,terutamanya di bandar-bandar besar.

Pada tahun 1831, seorang peniaga kecil iaitu Joel Samuel Polack yang
berbangsa Anglo-Yahudi telah tiba di New Zealand. Di awal kedatangan beliau ke
New Zealand, masyarakat Maori iaitu penduduk asal New Zealand todak
menyambut baik kedatangannya. Namun, disebabkan kebolehannya yang unik
iaitu boleh bertutur dengan pelbagai bahasa memudahkan ia berkomunikasi
dengan masyarakat Maori. Antara peneroka yang terawal tiba di New Zealand
adalah Joel Samuel Polack, Benjamin Ley dan Abraham Hort. Melalui penerokaan
ini, bermulanya kemunculan Yahudi di New Zealand. iii

2.1 PENGERTIAN YAHUDI

Yahudi adalah istilah yang merujuk kepada sebuah agama, etnisitas atau suku
bangsa. Sebagai agama, istilah ini merujuk kepada umat yang beragama Yahudi.
Berdasarkan etnisitas, kata Yahudi ini merujuk kepada suku bangsa yang berasal
daripada keturunan Eber merujuk kepada perjanjian lama di dalam Bible. iv Selain
itu, Yahudi juga dikatakan berasal daripada keturunan suku Israel yang paling
banyak keturunannya iaitu Yehuda. Yehuda ini adalah salah satu daripada 12
putera Yakup, seorang nabi yang hidup pada abad 18 sm dan digelar Israel.
Yahudi juga termasuk Yahudi tetapi beridentiti Yahudi dari segi tradisi.

Agama Yahudi adalah satu kombinasi di antara agama dan suku bangsa.
Kepercayaan semata-mata dalam agama Yahudi tidak menjadikan seseorang itu
menjadi Yahudi. Di samping itu, dengan memegang kepada prinsip-prinsip
agama, Yahudi tidak menjadikan seseorang itu kehilangan status Yahudinya.
Tetapi definisi Yahudi undang-undang kerajaan Israel tidak termasuk Yahudi yang
memeluk agama yang lain.

Bangsa Yahudi ini adalah seorang anak yang terlahir dari ayah dan ibu
Yahudi dan disebut sebagai Yahudi asli. Manakala seorang anak yang terlahir
daripada ayang Yahudi dan ibu bangsa lain pula disebut sebagai Yahudi
campuran. Seseorang yang layak digelar Yahudi adalah seseorang yang
memeluk gama Yahudi menurut hukum-hukum Yahudi.

1
3.1 FAKTOR KEMUNCULAN YAHUDI DI NEW ZEALAND

Masyarakat Yahudi yang datang ke New Zealand adalah berasal daripada


beberapa negara seperti England, Rusia, dan Poland. Masyarakat Yahudi yang
pertama ditubuhkan pada tahun 1843 di London yang diketuai oleh Abraham
Hort dan mereka datang ke New Zealand dengan menaiki kapal laut iaitu Prince
of Wales dan tiba di Wellington iaitu ibu kota New Zealand. Mereka bermigrasi ke
New Zealand disebabkan beberapa faktor iaitu peluang pekerjaan yang banyak,
lombong emas, perkahwinan dan penindasan.

3.1.1 Peluang pekerjaan

Pada awal kemunculan orang Yahudi di New Zealand adalah untuk meluaskan
perniagaannya. Mereka melihat New Zealand mempunyai potensi untuk
membuka perniagaan kerana kaya dengan sumber ekonominya seperti
perikanan iaitu penangkapan ikan paus yang sememangnya membawa pulangan
yang sangat lumayan pada ketika itu. Selain itu, orang-orang Yahudi juga melihat
New Zealand kaya dengan sumber kayu balak yang bermutu tinggi dan
mendapat permintaan daripada Britain dan Australia. Di samping itu, New
Zealand juga mempunyai sumber pokok kauri yang menghasilkan getah serta
lombong emas.

Melihat kepada peluang itu, pada tahun 1831 seorang peneroka Yahudi
iaitu Joel Samuel Polack telah mengusahakan perniagaan dengan menubuhkan
kedai-kedai runcit di Kororareka di Bay of Island. v Beliau pada mulanya adalah
seorang yang aktif dalam penangkapan ikan paus di Bay of Island dan terkenal di
antara peneroka-peneroka yang berasal daripada pelbagai negara seperti
Perancis. Seterusnya kegiatan ini diikuti oleh peneroka Yahudi yang lain seperti
John Israel Montefiore juga menjadi peniaga di Tauranga, Kororeka dan Auckland.
Migrasi masyarakat Yahudi ke New Zealand dimudahkan lagi dengan
termeterainya perjanjian Watangi pada tahun 1840 .Hal ini membawa kepada
kemunculan Yahudi di New Zealand.

3.1.2 Perkahwinan

Jumlah penduduk Yahudi di New Zealand adalah sedikit sewaktu kedatangan


pedagang Yahudi yang pertama pada abad ke-19. Populasi masyarakat Yahudi
semakin berkembang apabila berlakunya perkahwinan. Hal ini dapat dibuktikan
dengan perkahwinan pertama seorang peniaga Yahudi iaitu David Nathan
dengan Rosetta Aarons, balu kepada Kapten Michael Aarons pada 31 Oktober
1841 di tanah jajahan. Dengan perkahwinan itu, lahirlah Yahudi pertama di New
Zealand iaitu Sarah Nathan pada tahun Januari 1843. vi Populasi ini semakin
berkembang dengan perkahwinan kedua iaitu Esther Solomon dengan
pasangannya Benjamin Levy di Wellington.

Dengan berlakunya perkahwinan ini, populasi masyarakat Yahudi di New


Zealand semakin bertambah dengan diikuti perkahwinan campur di antara
masyarakat Yahudi dan bukan Yahudi. Perkahwinan ini adalah bertujuan untuk
menyambung keturunan Yahudi di New Zealand. Pada akhir abad ke-20, jumlah
masyarakat Yahudi di New Zealand mencapai angka 5000 ke 6000 orang.

2
Masyarakat Yahudi berkembang di dua tempat utama iaitu di Wellington dan
Auckland. Auckland merupakan penempatan terbesar penduduk Yahudi di New
Zealand. Hal ini membawa kepada kemunculan masyarakat Yahudi di New
Zealand.

3.1.3 Lombong emas

Peneroka Yahudi juga dikenali sebagai Gold Seekers iaitu pencari emas.
Peneroka Yahudi awal datang ke New Zealand seperti Joel Samuel Polack,
Abraham Hort dan Benjamin Levy adalah untuk mencari lombong emas. Hal ini
kerana, New Zealand adalah salah satu negara yang aktif dengan aktiviti
melombong emas. Sebelum ledakan melombong emas di New Zealand berlaku,
negara yang kaya dengan hasil emas adalah Australia yang dikenali sebagai
California Gold Rush sekitar tahun 1849-1850. Sekitar tahun 1860-an, peneroka
Yahudi beralih pula ke New Zealand untuk mencari emas di Centrel Otogo Gold
Rush. Setelah ledakan emas itu berakhir, peneroka-peneroka Yahudi ini beralih
menjadi ahli perniagaan utama di bandar-bandar besar seperti Christchurch.

3.1.4 Penindasan Tsaris

Pada tahun 1881, berlaku kekacauan di Rusia yang melibatkan pembunuhan Tsar
Alexander II. Menurut ahli sejarah, satu gerakan yang dikenali sebagai gerakan
Pogrom iaitu Anti-Yahudi tahun 1881-1917 ditubuhkan adalah untuk mengusir
kaum Yahudi di Rusia. vii Hal ini kerana masyarakat dan pemerintahan Tsar
membenci kaum Yahudi disebabkan keengganan kaum ini untuk bercampur dan
berasimilasi dengan masyarakat Rusia. Kaum Yahudi ingin tetap
mempertahankan kemurnian agama, kebudayaan, adat istiadat dan kebiasaan
dari bangsa Yahudi. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selama berabad-abad
kaum Yahudi selalu dikasari oleh masyarakat Tsar. Diskriminasi tersebut semakin
menjadi-jadi setelah terbunuhnya Tsar Alexander II pada tahun 1881 oleh suatu
kelompok yang bernama Nihilist. Nihilist diertikan sebagai falsafah yang menolak
semua nilai dan kepercayaan yang sedia ada. Di dalam kelompok Nihilist
tersebut, terlibat seorang Yahudi yang bernama Hessia Helfman.

Pemerintahan Rusia menyimpulkan bahawa terbunuhnya Tsar Alexander II


akibat daripada rancangan Yahudi. Terbunuhnya Tsar Alexander II mengakibatkan
kaum Yahudi disalahkan dan gerakan anti Yahudi terjadi di beberapa wilayah di
Rusia seperti di Elisavetgrad, Kishinev, dan Odessa. Disebabkan oleh penindasan
ini, kaum Yahudi sedar bahawa mereka tidak pernah bebas daripada kebencian,
kekejaman yang dijatuhkan oleh masyarakat Rusia kepada mereka. Hal ini
menyebabkan ramai yang lari ke New Zealand akibat daripada penindasan dan
penganiayaan yang berlaku di Rusia. Faktor ini membawa kepada kemunculan
masyarakat Yahudi di New Zealand yang terdiri daripada Inggeris-Yahudi, Poland-
Yahudi dan Rusia-Yahudi.

4.1 KESAN KEDATANGAN YAHUDI DI NEW ZEALAND

Faktor kemunculan Yahudi membawa kepada kesan peningkatan populasi


masyarakat Yahudi di New Zealand. Menjelang akhir abad ke-20, populasi
masyarakat di New Zealand semakin meningkat dengan kehadiran Poland-Yahudi

3
dan Rusia-Yahudi dari Eropah Timur. Kedatangan Yahudi ke New Zealand
menyebabkan populasi masyarakat Yahudi semakin bertambah dari masa ke
semasa. Kedatangan Yahudi ke New Zealand membawa pelbagai kesan dari segi
politik, ekonomi dan sosial.

4.1.1 Politik

Selama pendudukan masyarakat Yahudi di New Zealand, kaum ini telah memberi
sumbangan dalam bidang politik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Hugo
Friedlander iaitu seorang ahli perniagaan syarikat gandum yang cemerlang telah
dilantik menjadi Datuk Bandar di daerah Ashburton setelah beliau mengasaskan
syarikat ini di daerah tersebut. Selain itu, kaum Yahudi juga telah dipilih untuk
menjawat jawatan Datuk Bandar dan Majlis sebagai ahli parlimen . Hal ini dapat
dibuktikan apabila pada tahun 1873 seorang parlimen Yahuid iaitu Julius Vogel
telah menjadi perdana menteri dan berkhidmat selama dua penggal dari April
1873 hingga Julai 1875. Sekali lagi beliau berkhidmat ,menjadi perdana menteri
pada Februari 1876 hingga September 1876. Oleh itu, kesan kedatangan kaum
Yahudi di New Zealand telah membawa kepada kesan positif dan diterima baik
oleh penduduk asal negara kiwi tersebut.

4.1.2 Ekonomi

Kedatangan kaum Yahudi ke New Zealand adalah disebabkan oleh peluang


pekerjaan. Para peneroka Yahudi yang pertama tiba di New Zealand adalah untuk
mencari peluang pekerjaan dan membuka perniagaan. viii Setelah lama menetap
di New Zealand, para peniaga Yahudi telah berjaya membuka syarikat-syarikat
yang besar di Auckland dan Dunedin. Tradisi ini bermula apabila David Nathan
membuka beberapa kedai di Auckland pada tahun 1840 dan perniagaannya
berjalan dengan lancar. Selain itu, Keluarga Yahudi di Auckland iaitu Keesing dan
Ashers juga telah membuka perniagaan mereka. Begitu juga dengan keluarga
The Fels, De Beer, Hallenstein, Brasch dan Theomin yang berjaya dalam
perniagaan dan terkemuka.

4.1.3 Sosial

Kesan daripada aspek sosial pula adalah penubuhan pembangunan seperti


rumah-rumah ibadat telah ditubuhkan di New Zealand. Penubuhan ini membawa
maksud bahawa masyarakat Yahudi telah diterima baik penempatannya di New
Zealand. Selain itu, seorang wanita berketurunan Yahudi iaitu Emily Siedeberg
telah memberi sumbangan dalam aspek sosial dari segi perubatan dengan
berkhidmat sebagai seorang doktor di New Zealand. Manakala Ethel Benjamin
yang juga seorang wanita berketurunan Yahudi telah menjadi peguam wanita
pertama di New Zealand.ix Sumbangan ini diteruskan lagi dengan perlantikan
Michael Myers yang menjadi ketua hakim pada ketika itu yang juga merupakan
seorang Yahudi pada tahun 1929.

4
Seorang penyokong seni iaitu Fred Turnovsky datang ke New Zealand
dengan kejayaannya dalam perniagaan kulit. Beliau adalah salah satu daripada
banyak pelarian Yahudi daripada Nazisme yang melakukan banyak kemudahan
untuk memperkayakan kehidupan kebudayaan di Wellington semasa dan selepas
perang dunia kedua. Hal ini membawa kepada kesan kedatangan Yahudi ke New
Zealand dengan sumbangan yang diberikan oleh masyarakat Yahudi.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa asal usul Yahudi di New Zealand


disebabkan oleh beberapa faktor iaitu perniagaan, perkahwinan dan penindasan.
Hal ini membawa kepada migrasi Yahudi ke New Zealand pada abad ke-19 pada
ketika itu. Populasi masyarakat Yahudi di New Zealand semakin bertambah
apabila berlakunya perkahwinan campur di antara Yahudi dan bukan Yahudi serta
pelarian kaum Yahudi yang ditindas di Rusia membawa kepada kemasukan
masyarakat ini ke New Zealand. Kependudukan masyarakat Yahudi di New
Zealand telah berkembang dengan memberi sumbangan dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial yang membawa kepada kekukuhan masyarakat Yahudi di
New Zealand.

5
i Sejarah Negara, www.sejarah-negara.com/tentang-negara-selandia-baru-new-zealand/ . Di
akses pada 1 Disember 2016.

ii Feature European ,http://www.newzealand.com/id/feature/europeans-arrive-to-aotearoa/. Di akses pada


25 November 2016.

iii Jews, www.teara.govt.nz./en/jews/page-1. Di akses pada 31 November 2016.

iv Sejarah Yahudi, www.pengertianseajarah.com/sejarah-yahudi.html# .Di Akses pada 31


November 2016.

v Jewish In New Zealand, www.haruth.com/jw/JewsNewZealand.html . Di akses pada 28


November 2016.

vi History Of The Jews In New Zealand,


https://en.m.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Jews_in_New_Zealand/ . Di akses pada 1
Disember 2016.

viiRespon Elit Yahudi Terhadap Gerakan Pogrom di Rusia 1881-1917,a-


research.upi.edu/skripsiview.php?export=html&no_skripsi=11546. Di Akses pada 31 November
2016.

viii Immigrating to Auckland, New Zealand?, www.aji.org.nz . Diakses pada 22 November 2016.

ix New Zealand :Modern (Nineteenth and twentieth centuries),


https://jwa.org/encyclopedia/article/new-zealand-modern- Nineteenth-and -twentieth-
centuries/ . Di akses pada 8 Disember 2016.