Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH SYARAHAN

ZUL KHAIRI :

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, yang berbahagia Pengetua SMK


Sultan Ismail 2, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Pada pagi yang
cukup cerah ini, saya, Hariharan Menon, akan menyampaikan syarahan
saya kepada anda semua yang bertajuk "Budi Bahasa,Budaya Kita".

Hadirin yang dihormati,

Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini


pernah mendengar ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah
anda mengetahui maksud ungkapan ini? Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya
Kita ' ini merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia
bagi menyerapkan sikap budi bahasa dalam kehidupan golongan
masyarakat.

KAEDAH SOKRATIK

Tuan-tuan dan puan-puan yang di berada dalam dewan ini .Adakah sikap
budi bahasa ini senang untuk dipupuk dan disemai ?

ADHAM & SAIFI :

Susah untuk dipraktikkan Prof. !!

ZUL KHAIRI

Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah sangat. Perbuatan mudah


seperti mengucapkan terima kasih dan memberi salam juga dikira sebagai
bersikap budi bahasa. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih
menganjurkan kempen ' Budi Bahasa Budaya Kita ' kerana golongan muda
sekarang semakin terlibat dalam masalah sosial dan tidak lagi
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.
Sebagai mengakhiri syarahan saya, saya mohon maaf jika tersilap kata
dan terlanjur bicara.
Sekian, terima kasih.

KAEDAH SOAL JAWAB

ADHAM
Assalamualaikum Prof Zul,saya Mad berasal dari Bukit Mertajam ingin
mengajukan soalan bagaimana untuk mengajar anak untuk berbudi
bahasa ? Sekian terima kasih .

ZUL KHAIRI

Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang


berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk
mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai
bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.
Erti Rasa Hormat
Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada
anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan
perkara sama kepada orang lain.
Berkongsi Permainan
Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain.
Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya
disukai ramai.

TAMAT

KAEDAH SIMULASI

Adham : Kamu tahu tak P Ramle merupakan penghibur termashyur tanah air era
60-an ketika itu .Pada hari ini Cikgu Mad mahu kamu semua bentuk kumpulan
untuk melakonkan sketsa .Zul dan saifi awak perlu berlakon cerita P Ramlee .

Judul Filem : Ibu Mertuaku

Nyonay Mansur :Zul Khairi

Sabariah : Saifi

Nyonya Mansur : apa? doktor kau tu dah gila agaknya! "Kassim Selamat? Siapa
dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?" - Nyonya Mansoor "Ahli muzik"

Sabariah "Ahli muzik?

Nonya Mansur :Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak
mengenang jasa!!"

Judul Filem :Bujang Lapok


Ahmad Nisfu : Adham

Majid : Saifi

Ajis :Zul

Ramlee : Saifi
A. NISFU .. mana dia setan-setan tu...

MAJID Sudah datang tuan...

A. NISFU Aikk.. ini cat ka kapur ?

AJIS Bedak tuan....

A. NISFU Yang ini macam Russian terlepas...

RAMLEE Baru turun dari bulan tuan....

A. NISFU Hmm.. Eh !! itu misai ka tanglung...

RAMLEE Yang ni tuan ? Misai pun boleh tanglung pun boleh... tuan...

KAEDAH INTERKTIF

Kaedah Perbincangan

Saifi

Hari ini cikgu akan mengupas tajuk mengenai proses fotosentesis ,diminta
semua pelajar dalam kelas terlibat dalam perbincangan ini .

Adham

Nampaknya ,kita perlu mengeluarkan pendapat dan kritikan positif nanti jika
belajar dalam perbincangan .

Zul

Begitu nampaknya ,perlu ada rumusan pada sesi akhir perbincangan inin

Kaedah Brainstroming

Saifi
Petang ini ,cikgu mengajar kamu mengenai kepentingan memanaskan badan
sebelum kita ke padang bola .Mohon semua membentuk kumpulan 4 atau 7
orang pelajar .

Adham ,Zul

Baik cikgu!

Kaedah Buzz

Boleh tak ,kamu semua membentuk kumpulan buzz yang terdiri dari 2 hingga 4
orang .Anda juga perlu melantik pengerusi ,penasihat dan ahli jawatan kuasa
untuk tujuan kemahiran insaniah bagi program koperasi sekolah nanti

Adham ,Zul

Baik cikgu !