Anda di halaman 1dari 2

Masalah sekarang : -Powerpoint tak siap, belajar menggunakan powerpoint, isi tak

siap
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada cikgu Rosashikin dan rakan-rakan
seperjuangan. Terlebih dahulu saya ingin panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat saya berdiri di sini serta dapat kita bert
emu pada pagi yang berbahagia ini. Tujuan saya berdiri di sini, pada hari ini ad
alah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, Pendidikan Maya .
Pertama sekali, saya ingin takrifkan maksud pendidikan maya agar kita semua d
apat memahaminya dengan lebih mendalam. Pendidikan maya bermaksud sistem pengaja
ran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah (
melalui talian internet). Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa
depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pen
gajaran dan pembelajaran.
Hadirin sekalian.
Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) yang telah dilancarkan pada t
ahun 1996 menggariskan beberapa panduan bagaimana Malaysia boleh muncul sebagai
sebuah negara yang maju. Salah satu agenda awal adalah mewujudkan pendidikan may
a. Dengan kata lain, pendidikan maya telah dikenal pasti mempunyai banyak kepent
ingan untuk masa hadapan negara.
Antara kelebihan pendidikan maya adalah kita dapat mempergunakan talian inter
net sebagai satu kaedah untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Pada masa kini, ilmu
mudah diperoleh melalui ruang siber. Internet menyimpan ilmu pengetahuan dari s
eluruh dunia. Kita dapat mengetahui apapun didalamnya hanya dengan membuka sebua
h enjin carian dan menaipkan beberapa kata kunci. Mesin pencari ini bekerja sang
at cepat dan mampu menemukan banyak sekali informasi yang dicari pengguna. Tamba
han pula, seseorang itu biasanya memiliki gajet-gajet yang boleh mengakses inter
net. Pendek kata, talian internet wajar digunakan sebagai sumber referens dan m
ampu melahirkan rakyat yang berpengetahuan luas.
Selanjutnya, dengan pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan e-book at
aupun buku elektronik. E-book ialah buku yang diterbitkan dalam bentuk digital,
dan boleh dibaca pada paparan skrin komputer atau gajet elektronik yang lain. Se
buah gajet elektronik boleh memuatkan ratusan e-book. Oleh itu, ruang yang banya
k dapat dijimatkan dan pelajar mudah membawa buku-buku mereka ke tempat lain. Pe
nggunaan buku elektronik dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) di sekolah pada jangka masa yang panjang. Tuntasnya, melalui pendid
ikan maya, maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat, mudah dan dapat menjimat
kan masa.
Seterusnya, pendidikan maya membantu guru-guru menentukan tahap pencapaian ak
ademik pelajar. Dalam erti kata yang lain, guru-guru mampu mengenal pasti sama
ada pelajar itu pintar atau tidak dalam sesebuah kelas. Pendidikan maya menjadi
suatu cara pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar, kerana guru deng
an pelajar boleh berkomunikasi dari jarak jauh menggunakan aplikasi yang ada.Seb
agai contoh, Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali sebagai VLE
ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajara
n dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan ka
edah maya. Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara m
aya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi F
rog VLE.
Di samping itu, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos ke
hidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana p
endidikan maya boleh dilakukan di rumah. Secara tidak langsung, kos perbelanjaan
dan penginapan para pelajar dapat dijimatkan. Para pelajar terutama di peringk
at pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh,
para pensyarah boleh menggunakan kemudahan telesidang yang menggabungkan audio
, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan cangg
ih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk para pelajar. Oleh
hal yang demikian, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutk
an pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini seca
ra tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang
amat digalakkan oleh kerajaan.
Akhirul kalam, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepad
a seluruh lapisan masyarakat. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita
dapat meluaskan lagi minda para pelajar. Konsep pembelajaran sepanjang hayat me
nerusi pendidikan maya patut dimanfaatkan oleh semua. Selain itu, pelbagai pihak
tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah bahu memba
hu bagai aur dengan tebing bersama-sama dengan kerajaan untuk membangunkan lagi
sistem pendidikan di negara kita agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi deng
an negara-negara maju yang lain.

--BAHAGIAN SOALAN
Mengapa tidak dipraktikkan di banyak sekolah sesetengah perkara yang disebutkan?
Apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan pendidikan maya ini berjaya dilaksan
akan di negara Malaysia?
Kelemahan sistem ini?
1. Sumber referens yang sangat cekap
2. Dapat menggunakan buku elektronik
3. Membantu guru-guru menentukan tahap pencapaian pelajar
4. Menjimatkan pelbagai kos kehidupan

Anda mungkin juga menyukai