Anda di halaman 1dari 5

Yang dihormati

Encik Mohd Shah Bin Kassim


Pengurus Felda Bukit Puchong

Yang dikasihi
Tuan Haji Yusof Bin Hassan
Yang Dipertua PIBG SK (Felda) Bukit Puchong

Yang berusaha
Encik Nasarudin Bin Bakar
Guru Besar SK (Felda) Bukit Puchong

Seterusnya, yang dialu-alukan


Para guru, ibu bapa dan penjaga murid-murid SK (Felda)
Bukit Puchong.

Alhamdulillah, majlis kita telah sampai ke penghujungnya.


Terima kasih kepada para guru, ibu bapa dan penjaga yang
sudi mengikuti dan mengambil bahagian dalam Mesyuarat

Skrip Juruacara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 | 1


Agung PIBG SK (Felda) Bukit Puchong Kali Ke-36 sebentar
tadi.

Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhana wataala


kerana dengan keizinanNya, Mesyuarat Agung PIBG SK
(Felda) Bukit Puchong Kali Ke-36 sebentar tadi dapat
dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tanpa melengah-lengahkan masa, majlis dengan penuh


takzim menjemput Yang berusaha Encik Nasarudin Bin
Bakar, Guru Besar SK (Felda) Bukit Puchong untuk
menyampaikan ucapan dan amanat beliau.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Tuan Guru Besar atas ucapan dan amanat beliau sebentar
tadi.

Seterusnya, marilah kita bersama mengamati dan


menghayati ucapan Yang dikasihi Ayahanda Tuan Haji
Yusof Bin Hassan selaku Yang Dipertua PIBG SK
(Felda) Bukit Puchong sebagai panduan dan kenangan
bersama.

Sekalung penghargaan buat Yang dikasihi Ayahanda Yang


Dipertua PIBG SK (Felda) Bukit Puchong atas perkongsian
panduan dan nasihat.

Tibalah saatnya pada kemuncak acara. Dengan rasa


hormat dan bangga, majlis menjemput Yang dihormati

Skrip Juruacara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 | 2


Encik Mohd Shah Bin Kassim, Pengurus Felda Bukit
Puchong untuk menyempurnakan majlis perasmian
penutup Mesyuarat Agung PIBG SK (Felda) Bukit Puchong
Kali Ke-36.

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan....


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
dihormati Tuan Pengurus Felda Bukit Puchong atas kesudian
menyempurnakan majlis perasmian penutup Mesyuarat
Agung PIBG SK (Felda) Bukit Puchong Kali Ke-36.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan


cenderahati kepada pelajar cemerlang UPSR 2016. Untuk
makluman hadirin dan hadirat, sijil dan cenderahati yang
akan diampaikan adalah sumbangan Yayasan Pahang dan
Kilang Sawit Bukit Mendi.

Untuk itu dipersilakan Yang berusaha Encik Nasarudin


Bin Bakar, Guru Besar SK (Felda) Bukit Puchong dan
Yang dikasihi Tuan Haji Yusof Bin Hassan, Yang
Dipertua PIBG SK (Felda) Bukit Puchong untuk
mengiringi Yang dihormati Encik Mohd Shah Bin Kassim,
Pengurus Felda Bukit Puchong untuk meyampaikan sijil
dan cenderahati kepada pelajar-pelajar cemerlang tersebut
yang diwakili oleh ibu bapa.

Dijemput ibu bapa adik Nurul Azwa Binti Kamal untuk


menerima sijil dan cenderahati. Murid ini berjaya
memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR 2016.
Kini melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Tunku
Kurshiah, Negeri Sembilan.

Dijemput ibu bapa adik Puteri Naufal Adlyn Binti


Jamsari untuk menerima sijil dan cenderahati.. Murid ini

Skrip Juruacara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 | 3


juga berjaya memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan
UPSR 2016. Kini melanjutkan pelajaran menengah di SM
Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar


cemerlang UPSR 2016 dan ibu bapa.

Kemuncak terakhir pada hari ini adalah cabutan nombor


bertuah. Dipersilakan Encik Mohd Shah Bin Kassim,
Pengurus Felda Bukit Puchong untuk membuat cabutan
nombor bertuah.

Majlis mempersilakan Yang dikasihi Ayahanda Tuan Haji


Yusof Bin Hassan Yang Dipertua PIBG SK (Felda)
Bukit Puchong untuk menyampaikan tanda kasih kenang-
kenangan kepada Tuan Pengurus Felda Bukit Puchong.

Teima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan


Pengurus Felda Bukit Puchong, Ayahanda Yang Dipertua
PIBG SK (Felda) Bukit Puchong, dan Tuan Guru Besar SK
(Felda) Bukit Puchong kerana menyempurnakan majlis
perasmian penutup Mesyuarat Agung PIBG SK (Felda) Bukit
Puchong Kali Ke-36.

Pengumuman kepada para ibu bapa dan penjaga murid-


murid SKBP yang mendapat Bantuan Persekolahan
1Malaysia, tuan-tuan dan puan-puan boleh
mendapatkannya selepas majlis ini tamat di kaunter-
kaunter yang berkaitan di belakang dewan ini.

Skrip Juruacara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 | 4


Saya sebagai pengacara majlis pada petang memohon
ampun dan maaf atas keterlanjuran kata-kata yang
menyinggung mana-mana pihak sepanjang saya
mengendalikan majlis perasmian penutup Mesyuarat
Agung PIBG SK (Felda) Bukit Puchong Kali Ke-36.

Wabillahhitaufiq walhidayah Assalammualaikum


warahmatullahhi wabarokatuh

Skrip Juruacara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 | 5

Anda mungkin juga menyukai