Anda di halaman 1dari 36

LAPORAN PASCA

ANUGERAH 3K & PROJEK KHAS 3C


(CABARAN .CERGAS .CERIA )
ISI KANDUNGAN

Pengenalan 04

Takrifan 3K 05

Objektif Program 3K 06

Pelaksanaan 07

Laporan Aktiviti 08

Pelancaran Laman Portal Anugerah 3K 09

Taklimat JPN 14

Program 3K - Project Khas 3C 15

Penyerahan Laporan Projek 22

Penilaian 3K dan 3C 23

Majlis Anugerah 3K 26

Memori Program Anugerah 3K 2016 37

Dokumen / Surat Berkaitan 47

Keratan Akhbar 63

Cadangan dan Kesimpulan 67

02 Laporan PASCA Laporan PASCA 03


PENGENALAN TAKRIFAN 3K

Program 3K yang dimulakan pada tahun Program 3K direkabentuk untuk memberi impak positif terhadap pembangunan
1991, merupakan satu program terbesar sahsiah murid, persekitaran fizikal sekolah, prestasi akademik dan kehadiran
Kementerian Pendidikan Malaysia. murid. Selain itu, Program ini juga berhasrat untuk mewujudkan budaya semangat
Program ini bertujuan mewujudkan kerjasama dan kekitaan dalam kalangan semua pihak melalui penglibatan seluruh
persekitaran yang cemerlang untuk murid- warga sekolah. Di bawah Program 3K, takrifan aspek 3K adalah seperti berikut:
murid dan warga sekolah dengan memberi
penumpuan kepada tiga aspek penting, iaitu Kebersihan
kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K). Anugerah 3K peringkat kebangsaan Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang
dihentikan sementara pada 2009 kerana memberi keutamaan kepada fenomena bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran
yang melanda negara seperti jerebu, H1N1 dan banjir. Namun begitu, program ini yang berkualiti dan berkesan.
masih diteruskan di peringkat negeri, daerah dan sekolah.
Kesihatan
Setelah tujuh tahun berehat, Program Anugerah 3K dilancarkan semula dengan
Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid
kerjasama rakan strategik, Dutch Lady Malaysia pada tahun 2015. Ianya diberi
dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian
nafas baru melalui Projek Khas Cabaran.Cergas.Ceria (3C) dengan elemen
akademik dan pembangunan sahsiah diri.
tambahan seperti kepentingan nutrisi, pengambilan tenusu serta aktiviti senaman
fizikal dalam menyokong perkembangan fizikal dan mental murid-murid sekolah.
Keselamatan
Pojek Khas Cabaran Cergas Ceria (3C) merupakan cerminan gerakan kesedaran Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan
kesihatan Drink.Move.BeStrong oleh Dutch Lady Malaysia. Gerakan kesedaran keyakinan dan kekuatan dalam diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh
kesihatan Drink.Move.BeStrong menumpukan kepada pendidikan gaya hidup dan dan ancaman luar.
pemakanan yang sihat seimbang khusus untuk murid-murid sekolah.

Projek Khas Cabaran.Cergas.Ceria (3C) didalam Program 3K juga menunjukkan,


usaha-usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi kerjasama
pihak swasta seperti Dutch Lady Malaysia, dalam menggalakkan generasi muda
Malaysia untuk lebih mengamalkan gaya hidup yang holistik, seiring aspirasi
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Program sebegini jelas memberi impak positif dalam mempertingkatkan kualiti


pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia. Kerjasama antara sektor awam dan
swasta seperti ini harus digiat dan diteruskan lagi agar lebih banyak inisiatif
bermanfaat dapat dilaksanakan di masa hadapan.

04 Laporan PASCA Laporan PASCA 05


OBJEKTIF PROGRAM 3K PELAKSANAAN

Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan Program 3K 2016 telah selesai dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah
01 pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, terpilih di seluruh negara. Julung kalinya bagi tahun 2016, penilaian pelaksanaan
kesihatan dan keselamatan. peringkat kebangsaan dibuat secara atas-talian melalui laporan yang dimuat naik
di laman portal oleh sekolah-sekolah terlibat. Kaedah penilaian secara atas-talian
Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan pihak sekolah, malahan
02 selamat. membantu melancarkan lagi pelaksanaan keseluruhan program 3K.

Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Panduan pelaksanaan dan bimbingan diberikan oleh pihak kementerian kepada
03 Pendidikan Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan sekolah-sekolah menerusi taklimat yang dijalankan di peringkat negeri.
bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Penekanan diberi terhadap aspek utama pelaksanaan program seperti aspek
pelaksanaan Program 3K. pengurusan pentadbiran sekolah, kebersihan, kesihatan dan keselamatan fizikal,
persekitaran serta warga sekolah khasnya.

OBJEKTIF PROGRAM 3K 2016

Menyasarkan lebih banyak penyertaan sekolah dan penglibatan aktif murid


Menjalankan aktiviti 3C di sekolah secara kendiri
Memudahkan pemantauan dan penilaian program

06 Laporan PASCA Laporan PASCA 07


LAPORAN AKTIVITI

PELANCARAN LAMAN PORTAL ANUGERAH 3K 2016

Laman Portal Anugerah 3K ini telah dilancarkan pada 29 Mei 2016 oleh
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Yang Berhormat Dato P. Kamalanathan A/L
P. Panchanathan. Laman portal ini diwujudkan sebagai pusat sehenti interaksi
komuniti sekolah dan setempat bagi keseluruhan program 3K & 3C.

Kelancaran aliran maklumat dan jejakan data program yang sistematik dan
berkesan adalah salah satu usaha pelan jangka panjang untuk program mampan.
Laman portal ini boleh dikunjungi melalui alamat laman sesawang berikut:

www.anugerah3k3c.com.my

Laman portal ini bertindak sebagai pusat sehenti maklumat dan interaktif antara
pihak penganjur, sekolah dan komuniti.
LAPORAN AKTIVITI
Antara kandungan yang terdapat di dalam laman portal Anugerah 3K adalah:

01) Kit Lengkap Anugerah 3K & 3C untuk dimuat turun.


02) Alat bantu mengajar seperti buku aktiviti nutrisi 3C, poster dan video 3K,
juga untuk dimuat turun.
03) Permainan & Kuiz interaktif untuk menggalakkan penglibatan komuniti
sekolah dan setempat.
04) Butang serahan laporan untuk penilaian 3K & 3C peringkat kebangsaan.
05) Carta markah semasa untuk jejakan status penyerahan laporan yang lebih
tepat.

08 Laporan PASCA Laporan PASCA 09


KOLEKSI GAMBAR LAMAN PORTAL

10 Laporan PASCA Laporan PASCA 11


KOLEKSI GAMBAR

MAJLIS PELANCARAN LAMAN PORTAL

12 Laporan PASCA Laporan PASCA 13


LAPORAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI

TAKLIMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) PROGRAM 3K & PROJEK KHAS 3C 2016

TAKLIMAT JPN PROGRAM 3K


Maklumat Program Anugerah 3K kepada 10,000 sekolah seluruh Malaysia Sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan, Program Anugerah 3K
telah disampaikan oleh pihak KPM & JPN melalui taklimat yang diadakan di 2016 menarik lebih banyak penyertaan berbanding tahun 2015 dengan penglibatan
peringkat negeri. Pihak sekolah yang berminat juga dibekalkan info laman portal 32 buah sekolah seluruh negara, sejumlah 3 ribu orang guru serta 30 ribu orang
Anugerah 3K sebagai rujukan lanjut Program 3K & Projek Khas 3C. Menerusi pelajar. Kejayaan ini hasil pelancaran laman portal Anugerah 3K3C yang
taklimat tersebut, skema pemarkahan 3K & 3C 2016 turut diterangkan kepada menyediakan kemudahan penyertaan secara atas talian. Sambutan positif
guru-guru yang hadir. terhadap Program 3K ini menjadi pemangkin bagi Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kerjasama Dutch Lady Malaysia untuk meluaskan lagi usaha
Bagi sekolah yang berminat menyertai Program 3K & 3C 2016, pendaftaran dalam memastikan setiap sekolah mempunyai sistem yang mantap dalam
awal dilakukan di dalam sistem. Pendaftaran ini adalah jaminan komitmen menangani isu kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
sekolah bagi program yang akan dilaksanakan, di samping memudahkan urusan
secara langsung bersama guru penasihat sekolah. Sesudah mendaftar, pihak Penilaian program 3K telah dijalankan di peringkat daerah, negeri dan
sekolah perlu memuat turun kit lengkap program 3K & 3C untuk dilaksanakan di kebangsaan. Perubahan positif yang ketara dapat dilihat pada persekitaran, fizikal
sekolah masing-masing. dan budaya sekolah-sekolah peserta. Kesungguhan dan kreativiti sekolah-sekolah
peserta amat membanggakan. Bagi pemilihan johan Anugerah 3K, pasukan juri
kebangsaan telah bergerak ke sekolah-sekolah yang disenarai pendek untuk
memilih sekolah yang layak dinobatkan sebagai johan Anugerah 3K 2016.

14 Laporan PASCA Laporan PASCA 15


PEMENANG PROGRAM 3K

Berikut merupakan senarai pemenang Anugerah 3K 2016: Hadiah Saguhati: Kategori Sekolah Menengah
SMK Entabuan, Sabah
Kategori Sekolah Menengah: SMA AL Ehya El Karim, Melaka
Johan : SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur SMK Kota Kemuning, Selangor
Naib Johan : SMK Desa Jaya, Pahang SMJK Convent Datuk Keramat, Pulau Pinang
Tempat Ketiga : SMK Tun Abang Haji Openg, Sarawak SMK Convent Teluk Intan, Perak.
SMK Dato Perdana Kelantan
Kategori Sekolah Rendah: SMK Bukit Kepayang, Negeri Sembilan
Johan : SK Merlimau, Melaka SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis
Naib Johan : SJKC Chung Hua Pujut, Sarawak SMK Tunku Temenggung, Kedah
Tempat Ketiga : SK Penggu, Kelantan SMK Taman Daya 2, Johor
SM Sains Setiu, Terengganu
Hadiah Saguhati: Kategori Sekolah Rendah SMK Pantai Labuan
SMK Putrajaya Presint 18 (1), Putrajaya
SK Tanjung Batu Keramat, Sabah
SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor
SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang
SK Iskandar Perdana, Perak
SK Dato Raja Melana, Negeri Sembilan
SK Pulau Mansok, Pahang
SK Sungai Baru, Perlis
SK Taman Bersatu, Kedah
SK Kongkong Laut, Johor
SK Dusun, Terengganu
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
SK Bebuluh, Labuan
SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajay

16 Laporan PASCA Laporan PASCA 17


LAPORAN AKTIVITI

PROGRAM 3K & PROJEK KHAS 3C 2016

PROGRAM KHAS 3C ( CABARAN . CERGAS . CERIA )


Selari dengan matlamat Program 3K, Projek Khas 3C menekankan Berikut merupakan senarai pemenang kategori Projek Khas bagi tahun 2016:
kepentingan pengambilan nutrisi susu dengan berkongsi maklumat nutrisi
pemakanan, menjalankan aktiviti kecergasan harian dan memupuk amalan minum Kategori Sekolah Menengah:
susu dalam kalangan murid sekolah. Penerapan elemen gaya hidup sihat Hadiah Warga Sekolah Cergas Aktif:
Drink.Move.BeStrong (DMBS) melalui projek khas Cabaran.Cergas.Ceria (3C), SMK Tun Abang Haji Openg, Sarawak
dilihat sebagai satu usaha murni syarikat tenusu terulung negara iaitu Dutch Lady
Malaysia sebagai rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia juga Hadiah Amalan Pemakanan Nutrisi:
mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menggalakkan sektor SMK Desa Jaya, Pahang.
swasta, menyediakan peluang pembelajaran yang holistik untuk murid-murid
sekolah di seluruh Malaysia. Hadiah Pendidikan 3K & Nutrisi:
SMJK Convent Datuk Keramat, Pulau Pinang
Melalui laman portal yang dilancarkan pada Mei 2016, segala maklumat berkenaan
Program Khas 3C ini dapat diperolehi semudah di hujung jari. Selain itu, taklimat Kategori Sekolah Rendah:
yang dijalankan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri juga telah menjelaskan
Hadiah Warga Sekolah Cergas Aktif:
elemen-elemen Projek Khas 3C yang perlu dilaksanakan pada tahun ini.
SJKT Merlimau, Melaka

Hadiah Amalan Pemakanan Nutrisi:


SK Tanjung Batu, Keramat, Sabah

Hadiah Pendidikan 3K & Nutrisi:


SK Iskandar Perdana, Perak

18 Laporan PASCA Laporan PASCA 19


KOLEKSI GAMBAR PROGRAM 3K & 3C

20 Laporan PASCA Laporan PASCA 21


LAPORAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI

PENYERAHAN LAPORAN PROJEK PENILAIAN PROGRAM 3K & 3C

Julung-julung kalinya bagi tahun 2016, pihak sekolah yang mengambil Bagi Program Anugerah 3K3C 2016, sebanyak 32 sekolah telah disenarai
bahagian di peringkat kebangsaan dikehendaki menghantar laporan Program 3K pendek dari seluruh negara. Manakala sejumlah *75 ribu pengguna telah
& Projek Khas 3C secara atas talian menerusi laman portal Anugerah 3K3C untuk berinteraksi secara atas talian meliputi muat turun kandungan, membaca artikel
memudahkan proses penyerahan laporan. Menerusi kemudahan atas talian yang dan memuat naik laporan. Sejumlah 13 juta hits tular diperolehi menerusi laman
disediakan, didapati sekolah-sekolah terlibat berjaya menyerahkan laporan sosial dalam tempoh 4 bulan program ini berlangsung termasuk menerusi laman
masing-masing secara atas talian dalam tempoh yang lebih singkat berbanding sosial Facebook dan Twitter. Selain itu, program ini turut menyaksikan sebanyak
tahun sebelumnya. 320 aktiviti sekolah yang dijalankan secara kendiri dijalankan di sekolah yang
layak ke peringkat akhir.
Sistem atas talian yang baru dilancarkan menerusi laman portal Anugerah
3K3C ini juga disifatkan sebagai lebih mesra alam dan mesra pengguna berbanding Proses penilaian 3K merangkumi keseluruhan pengurusan aspek kebersihan,
laporan bercetak serta mampu menjimatkan ruang penyimpanan fail di sekolah. kesihatan, keselamatan sekolah serta amalan dan budaya warga sekolah. Salinan
lembut format laporan penilaian disediakan bagi kemudahan pihak sekolah dan
perlu diikuti seperti format yang ditentukan. Ini termasuklah dengan memuat
naik bukti bergambar bagi setiap kriteria yang dinilai.

Begitu juga dengan penilaian projek khas 3C, pihak sekolah perlu memuat naik
bukti bergambar atau dalam bentuk paparan video di laman-laman media sosial.
Jejakan bagi Projek Khas 3C dapat dilihat secara terus melalui carta viral yang
terdapat di laman portal Anugerah 3K3C.

22 Laporan PASCA Laporan PASCA 23


KOLEKSI GAMBAR

PENILAIAN PROGRAM 3K & 3C

24 Laporan PASCA Laporan PASCA 25


LAPORAN AKTIVITI

MAJLIS ANUGERAH 3K & PROJEK KHAS 3C

Majlis Anugerah 3K merupakan acara kemuncak program 3K 2016 dan Yang Berhormat juga turut merasmikan Buku Panduan Pengurusan PS1M pada
bertujuan meraikan sekolah-sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Kemuncak majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada
program 3K & 3C. Majlis ini telah diadakan pada 16 November 2016 di Hotel Aloft para pemenang Anugerah 3K 2016.
Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu telah dirasmikan oleh
Timbalan Menteri Pendidikan 1 Yang Berhormat Dato P. Kamalanthan A/L Sebagai penutup tirai, sesi bergambar diadakan untuk para pemenang
P. Pancanathan. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Urusan Dutch Lady anugerah 3K 2016 bersama Yang Berhormat dan tetamu kehormat yang lain. Majlis
Milk Industries, Cik Saw Chooi Lee serta oleh Pengarah Perhubungan Korporat kemudian diakhiri dengan sidang media serta minum petang.
Dutch Lady Milk Industries En. Ahmad Ridzuan Samsudin.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan ucapan
aluan oleh Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Cik Saw Chooi Lee. Cik Saw PEMENANG PROGRAM 3K
Chooi Lee dalam ucapannya berkata, program ini adalah satu peluang terbaik
untuk menyumbang secara positif dengan mendekati para pelajar, tenaga
pendidik dalam aspek kesihatan dan nutrisi susu. Secara tidak langsung Berikut adalah senarai pemenang untuk Anugerah 3K 2016:
membantu meningkatkan kehadiran dan akademik mereka. Beliau juga berharap
manfaat dari program ini berterusan dalam memastikan sistem sekolah yang Kategori Sekolah Menengah:
mantap dalam menangani isu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Johan : SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur
Naib Johan : SMK Desa Jaya, Pahang
Ucapan perasmian diteruskan oleh Menteri Pendidikan 1, Yang Berhormat Tempat Ketiga : SMK Tun Abang Haji Openg, Sarawak
Dato P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan. Dalam ucapannya, beliau berharap
agar Program 3K ini menjadi acara tahunan. Ini kerana, pendekatan melalui Kategori Sekolah Rendah:
Program 3K berupaya menjamin kemenjadian murid sepenuhnya. Beliau turut
Johan : SK Merlimau, Melaka
menegaskan kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga
Naib Johan : SJKC Chung Hua Pujut, Sarawak
sekolah, yang menunjukkan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia
Tempat Ketiga : SK Penggu, Kelantan
dalam menggalakkan generasi muda Malaysia untuk lebih mengamalkan gaya
hidup yang holistik, seiring dengan aspirasi dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

26 Laporan PASCA Laporan PASCA 27


PEMENANG PROGRAM 3K PROGRAM KHAS 3C (CABARAN. CERGAS. CERIA)

Hadiah Saguhati: Kategori Sekolah Rendah Berikut merupakan senarai pemenang kategori Projek Khas bagi tahun 2016:
SK Tanjung Batu Keramat, Sabah
SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor Kategori Sekolah Menengah:
SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang Hadiah Warga Sekolah Cergas Aktif:
SK Iskandar Perdana, Perak SMK Tun Abang Haji Openg, Sarawak.
SK Dato Raja Melana, Negeri Sembilan
SK Pulau Mansok, Pahang Hadiah Amalan Pemakanan Nutrisi:
SK Sungai Baru, Perlis SMK Desa Jaya, Pahang.
SK Taman Bersatu, Kedah
SK Kongkong Laut, Johor Hadiah Pendidikan 3K & Nutrisi:
SK Dusun, Terengganu SMJK Convent Datuk Keramat, Pulau Pinang.
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
SK Bebuluh, Labuan Kategori Sekolah Rendah:
SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya Hadiah Warga Sekolah Cergas Aktif:
SJKT Merlimau, Melaka
Hadiah Saguhati: Kategori Sekolah Menengah
SMK Entabuan, Sabah Hadiah Amalan Pemakanan Nutrisi:
SMA AL Ehya El Karim, Melaka SK Tanjung Batu, Keramat, Sabah
SMK Kota Kemuning, Selangor
SMJK Convent Datuk Keramat, Pulau Pinang Hadiah Pendidikan 3K & Nutrisi:
SMK Convent Teluk Intan, Perak. SK Iskandar Perdana, Perak
SMK Dato Perdana Kelantan
SMK Bukit Kepayang, Negeri Sembilan
SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis
SMK Tunku Temenggung, Kedah
SMK Taman Daya 2, Johor
SM Sains Setiu, Terengganu
SMK Pantai Labuan
SMK Putrajaya Presint 18 (1), Putrajaya

28 Laporan PASCA Laporan PASCA 29


KOLEKSI GAMBAR

MAJLIS ANUGERAH 3K & PROJEK KHAS 3C

30 Laporan PASCA Laporan PASCA 31


KOLEKSI GAMBAR

MAJLIS ANUGERAH 3K & PROJEK KHAS 3C

32 Laporan PASCA Laporan PASCA 33


KOLEKSI GAMBAR

MAJLIS ANUGERAH 3K & PROJEK KHAS 3C

MEMORI ANUGERAH 3K 2016

34 Laporan PASCA Laporan PASCA 35


MEMORI ANUGERAH 3K 2016

PELANCARAN WEB MIKRO

36 Laporan PASCA Laporan PASCA 37


MEMORI ANUGERAH 3K 2016

AKTIVITI SEKOLAH

38 Laporan PASCA Laporan PASCA 39


MEMORI ANUGERAH 3K 2016

MAJLIS ANUGERAH 3K

40 Laporan PASCA Laporan PASCA 41


MEMORI ANUGERAH 3K 2016

MAJLIS ANUGERAH 3K SIDANG AKHBAR

42 Laporan PASCA Laporan PASCA 43


MEMORI ANUGERAH 3K 2016

CENDERAHATI & DESIGN 2016

DOKUMEN & SURAT BERKAITAN

44 Laporan PASCA Laporan PASCA 45


DOKUMEN & SURAT BERKAITAN

SIARAN MEDIA

KUALA LUMPUR, 16 November 2016 Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Kategori Sekolah Menengah:
Lady Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini Johan : SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur
mengumumkan pemenang bagi Anugerah 3K & Projek Khas 3C 2016. Naib Johan : SMK Desa Jaya, Pahang
Tempat Ketiga : SMK Tun Abang Haji Openg, Sarawak
Program anugerah tahunan sekolah peringkat kebangsaan yang terbuka kepada
semua sekolah seluruh negara ini bertujuan mendidik dan mengiktiraf usaha Selain daripada persekitaran pembelajaran yang lebih baik, Dutch Lady Malaysia
memperbaiki persekitaran di sekolah rendah dan menengah meliputi tiga aspek terus menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar menerusi
utama iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Projek Khas 3C (Cabaran, Cergas, Ceria).

Langkah inovatif dalam melancarkan laman portal baru program tersebut di Projek yang diilhamkan daripada kempen kesedaran kesihatan
www.anugerah3k3c.com.my pada Mei lalu juga merupakan satu kejayaan besar Drink.Move.BeStrong syarikat itu menekankan kepentingan susu dalam diet yang
dalam menyenarai pendekkan penyertaan 32 buah sekolah. Buat julung kali, laman sihat serta kehidupan aktif demi generasi yang lebih kuat dan sihat. Pemenang
portal itu berfungsi sebagai pusat sehenti di mana permohonan penyertaan, kemas bagi kategori projek khas ini membawa pulang satu set peralatan sukan bernilai
kini, dan bahan-bahan pendidikan tersedia di atas talian untuk kemudahan semua RM1,000 setiap satu.
pengguna.
Pemenang Projek Khas 3C adalah:
Juara, naib juara dan tempat ke-3 masing-masing membawa pulang hadiah
wang tunai bernilai RM5,000, RM4,000 dan RM3,000 serta menerima sijil Juara Kategori Pendidikan 3K & Nutrisi
kecemerlangan.
Sekolah Rendah : SK Iskandar Perdana, Perak
Sekolah Menengah : SMJK Convent Datuk Keramat, Pulau Pinang
Pemenang Anugerah 3K untuk 2016 ialah:

Juara Kategori Amalan Pemakanan Nutrisi
Kategori Sekolah Menengah:
Sekolah Rendah : SK Tanjung Batu Keramat, Sabah
Johan : SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah : SMK Desa Jaya, Pahang
Naib Johan : SMK Desa Jaya, Pahang

Tempat Ketiga : SMK Tun Abang Haji Openg, Sarawak
Juara Kategori Aktiviti Membina Warga Sekolah Cergas Aktif
Sekolah Rendah : SJKT Merlimau, Melaka
Sekolah Menengah : SMK Tun Abang Haji Openg, Sarawak

46 Laporan PASCA Laporan PASCA 47


DOKUMEN & SURAT BERKAITAN

SIARAN MEDIA
Di samping itu, Anugerah Pegawai Pendidikan Negeri telah disampaikan kepada Sekolah yang mengambil bahagian mendapat markah yang lebih tinggi bagi aspek
negeri Sarawak dalam mengiktiraf usaha negeri itu mempromosikan Anugerah 3K. persekitaran sekolah, kesedaran pelajar mengenai kebersihan, kesihatan dan
keselamatan berbanding dengan sekolah-sekolah yang tidak mengambil bahagian
YB Dato' P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I berkata, "Tahniah dalam program ini. Kajian ini diakhiri dengan cadangan untuk program ini
kepada Dutch Lady atas kejayaan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan diteruskan kerana ia mempunyai pengaruh langsung ke atas pembelajaran pelajar
pelajar mengenai kepentingan pemakanan berkhasiat dan senaman untuk dan pencapaian akademik.
kehidupan yang sihat. Aspek-aspek ini memastikan persekitaran pembelajaran
yang baik dan holistik yang akan memperbaiki tahap kehadiran murid. Tahap TAMAT.
kehadiran yang tinggi membawa kepada kejayaan yang lebih besar bukan hanya
dalam bidang akademik malahan pembangunan sahsiah mereka. Aktiviti-aktiviti ini
memberi impak positif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia bagi
para pelajar. Kita perlu meningkatkan dan mengekalkan kerjasama di antara
kerajaan dan sektor swasta supaya lebih banyak inisiatif bermanfaat boleh
dilaksanakan pada masa hadapan."

Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia berkata, "Program ini
telah membawa perubahan ketara dan positif di kalangan pelajar. Keputusan
menunjukkan usaha dan kreativiti yang kita semua banggakan. Sebagai pengeluar
produk tenusu utama, kami mempunyai matlamat untuk menyebarkan kesedaran
mengenai penyakit tidak berjangkit atau NCD dengan berkerjasama dengan pihak
berkepentingan seperti menerusi usahasama dengan pihak kerajaan serta
menyokong pengguna dalam membuat pilihan pemakanan yang baik."

Satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia untuk menilai
keberkesanan dan impak program ini. Keputusan menunjukkan bahawa program
ini mempunyai kesan positif dalam menjana kesedaran dan memupuk tabiat yang
selaras dengan matlamatnya.

48 Laporan PASCA Laporan PASCA 49


TEKS UCAPAN
Terima Kasih Pengacara Majlis,

Yang Bhg Dr Saidatul Norbaya Buang
Ketua Sektor
Bahagian pembangunann Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia

Cik Saw Chooi Lee
TEKS UCAPAN Pengarah Urusan, Dutch Lady Milk Industries

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1 En Nadzman bin Radzaly
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama
Kementerian Pendidikan Malaysia
Timbalan Menteri Pendidikan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia Wakil-wakil Syarikat Pembekal Program Susu 1Malaysia (PS1M)
Yang Berhormat, Dato' P. Kamalanthan A/L P. Panchanathan
Para Pegawai kesihatan JPN, pengetua, guru-guru besar serta hadirin yang
dihormati sekalian.

Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia saya ucapkan kepada semua,

Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk menyampaikan setinggi penghargaan terhadap pihak penganjur atas
jemputan merasmikan Majlis Anugerah 3K dan juga pelancaran Buku Panduan
Pengurusan PS1M pada petang ini.
Majlis Anugerah 3K & Projek Khas 3C
Program 3K yang dimulakan pada tahun 1991, merupakan satu program terbesar
Aloft Hotel, KL Sentral dan berprestij oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama
Rabu, 16 November 2016

50 Laporan PASCA Laporan PASCA 51


TEKS UCAPAN
rakan strategik, Dutch Lady Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk menjamin kemenjadian murid sepenuhnya.
mewujudkan persekitaran yang cemerlang untuk murid-murid dengan memberi
penumpuan kepada tiga aspek penting, iaitu kebersihan, kesihatan dan Perhatian terhadap ketiga-tiga aspek ini wajar kerana ia secara langsung
keselamatan (3K). memberi kesan ke atas kehadiran murid-murid ke sekolah. Kadar kehadiran murid
yang tinggi seterusnya akan menghasilkan para murid yang berjaya bukan sahaja
Setelah tujuh tahun berehat, Program 3K telah dilancarkan semula pada tahun di peringkat akademik, tetapi juga sahsiah.
2015 dengan penambahan elemen-elemen baru termasuk kepentingan
pengambilan nutrisi tenusu serta aktiviti senaman fizikal dalam menyokong Program 3K ini juga dalam masa yang sama, menunjukkan usaha-usaha
perkembangan fizikal dan mental murid-murid sekolah. Cabaran Cergas Ceria (3C) berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan generasi
diinspirasikan daripada kempen Drink.Move.BeStrong (DBMS). muda Malaysia untuk lebih mengamalkan gaya hidup yang holistik, seiring dengan
aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Cabaran Cergas Ceria Kempen Drink.Move.BeStrong (DBMS) ini memperlihat
usaha Dutch Lady sebagai salah satu jenama produk tenusu yang ceria, sihat dan Hadirin yang dihormati sekalian,
berkualiti dalam kalangan murid-murid sekolah, guru-guru dan ibu bapa. Ini
secara langsung merupakan satu platform kerjasama selari dengan hasrat Baru-baru ini, saya telah merasmikan Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016 di SK
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan penglibatan pihak swasta Datu Hashim, Pengkalan Chepa, Kelantan. Larian ini yang merupakan sebahagian
dan komuniti dalam program-program kemenjadian murid. daripada aktiviti yang dirancang di bawah program Cabaran Cergas Ceria Dutch
Lady dan juga lanjutan kepada kempen kesedaran Drink.Move.BeStrong (DMBS)
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dutch Lady kerana berjaya bertujuan untuk memberi manfaat kepada murid-murid sekolah rendah dan
membawa kembali Program 3K yang bermanfaat ini dan kami dari Kementerian menengah di Malaysia.
Pendidikan Malaysia menyokong penuh inisiatif murni ini demi kebaikan serta
peningkatan kualiti kesihatan murid Terima Kasih diucapkan kepada Dutch Lady di atas penganjuran aktiviti sebegini
yang membangkitkan kesedaran dalam kalangan generasi muda tentang
Para hadirin sekalian, kepentingan pemakanan berkhasiat dan aktiviti fizikal bagi memastikan anak-
anak kita ini menjalani gaya hidup sihat. Tidak lupa juga syabas dan tahniah
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan adalah tiga tunjang utama yang harus kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjadi panduan dalam menyediakan kualiti pendidikan menyeluruh terhadap menjayakan Program 3K dan Projek 3C ini
murid-murid sekolah di Malaysia. Ketiga-tiga aspek ini juga saling melengkapi
aspek-aspek penting lain seperti akademik dan sahsiah. Pendekatan ini berupaya Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

52 Laporan PASCA Laporan PASCA 53


TEKS UCAPAN
Saya secara peribadi berharap agar program seperti 3K ini akan menjadi acara
tahunan. Ini kerana, jelas aktiviti sebegini akan dapat memberi impak positif
dalam mempertingkat kualiti pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia, secara
terus membawa faedah kepada anak-anak muda. Kerjasama antara sektor awam
dan swasta seperti ini harus dipertingkat dan diteruskan agar lebih banyak
inisiatif bermanfaat dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dutch Lady


Malaysia, setiap Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Kesihatan Malaysia TEKS UCAPAN
atas kerjasama yang progresif dalam menjayakan Program 3K ini. Tidak lupa juga
kepada Kementerian Kesihatan Malaysia diatas pandangan dan nasihat yang
PENGARAH URUSAN DUTCH LADY MILK INDUSTRIES
membantu kami melaksanakan Anugerah ini dengan lebih berkesan.

Tidak lupa juga tahniah saya ucapkan kepada para pemenang yang akan
diumumkan pada hari ini dan pihak pentadbir sekolah, tenaga pengajar dan anak- Cik Saw Chooi Lee
anak yang sama-sama terlibat dalam menjayakan Anugerah 3K 2016. Semoga Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia
kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain di seluruh
Malaysia. SYABAS!

Sekian, terima kasih.

Anugerah 3K Dan Projek Khas 3C 2016



Grand Ballroom, Tingkat 2
Aloft Hotel, Kl Sentral
Rabu, 16 November 2016

54 Laporan PASCA Laporan PASCA 55


TEKS UCAPAN
Yang Berhormat Dato P. Kamalanathan, Salam sejahtera dan selamat petang.
Timbalan Menteri Pendidikan 1;
Saya ingin merakamkan penghargaan khas buat YB Dato P. Kamala-nathan,
Yang Berbahagia Datin Nor Zamani Abdol Hamid Timbalan Menteri Pendidikan Satu atas kesudian YB meluangkan masa untuk turut
Timbalan Pengarah Bahagian, Pengurusan Sekolah Harian, sama majlis penyampaian Anugerah 3K dan Program Khas 3C pada hari ini.
Kementerian Pendidikan; Kehadiran YB mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menggalakkan
sektor swasta dalam menyediakan peluang pembelajaran yang lengkap dari
Tuan Nadzman Radzaly segenap aspek untuk kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi Dan Asrama Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran murid-murid dari sekolah yang
Kementerian Pendidikan; mengambil bahagian serta tetamu sekelian. Saya harap kita akan sama-sama
dapat manfaat dari program ini yang bertujuan untuk memastikan setiap sekolah
Tuan Haji Zafrullah Shamsuddin, mempunyai sistem yang mantap dalam menangani isu Keselamatan, Kesihatan dan
Ketua Unit, Pengurusan Kesihatan, Kebersihan.
Kementerian Pendidikan;
Setelah kira-kira 6 bulan sejak program ini dilancarkan, hari ini adalah hari yang
Yang Berbahagia Dr. Saidatul Norbaya Buang ditunggu-tunggu. Siapakah yang bakal menerima anugerah berprestij ini.
Ketua Sektor
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Selari dengan matlamat Program 3K, Dutch Lady turut menerapkan elemen
Kementerian Kesihatan; kempen gaya hidup sihat kami yang dipanggil Drink.Move.BeStrong (DMBS)
melalui Projek Khas Cabaran Cergas Ceria atau 3C.
Pengarah dan wakil jabatan pendidikan negeri, pegawai-pegawai dari
kementerian, adik-adik kita yang dikasihi, wakil media dan hadirin sekelian, Projek Khas 3C menekankan kepentingan pengambilan nutrisi susu dan aktiviti
fizikal harian dengan berkongsi maklumat nutrisi pemakanan, menjalankan
Salam sejahtera dan selamat petang. aktiviti kecergasan dan memupuk amalan minum susu dalam kalangan murid
sekolah.
Saya ingin merakamkan penghargaan khas buat YB Dato P. Kamalanathan,
Timbalan Menteri Pendidikan Satu atas kesudian YB meluangkan masa untuk turut Sebanyak 32 sekolah telah disenarai pendek dari seluruh negara dan kami amat
sama majlis penyampaian Anugerah 3K dan Program Khas 3C pada hari ini. bangga dengan pelancaran lama portal baru pada Mei lalu yang memberi

56 Laporan PASCA Laporan PASCA 57


TEKS UCAPAN
kemudahan penyertaan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar daripada keajaiban susu memandangkan ia adalah hidangan yang paling mudah
mengenai program ini; kerana ia dilihat sesuai dengan perkembangan dunia tanpa untuk disediakan ketika sarapan dan juga baik untuk sepanjang hari.
sempadan. Ini kerana susu mengandungi nutrien penting termasuk protein, Vitamin B2 &
B12 dan Kalsium. Susu atau produk tenusu yang lain adalah amat sesuai ditambah
Kami juga mendapati sejumlah 75 ribu pengguna berinteraksi secara online ke dalam diet yang sihat seperti yang terdapat dalam garis panduan pemakanan
termasuk memuat turun kandungan, membaca artikel dan memuat naik laporan. seluruh dunia. Izinkan saya merkongsi beberapa fakta menarik:

Manakala sebanyak 13 juta hits telah menjadi viral menerusi laman sosial dalam Di United Kingdom, jabatan kesihatan di sana menyarankan tiga hidangan
tempoh 4 bulan program ini berlangsung termasuk Facebook dan Twitter. produk tenusu sehari (1 hidangan = susu 200ml, 150gm yogurt atau 30gm keju)

Selain itu program ini turut menyaksikan 320 aktiviti sekolah yang dijalankan Di Belanda (ibu pejabat Dutch Lady) di mana terdapat ramai orang yang
secara kendiri di sekolah yang layak ke peringkat akhir. tinggi-tinggi di dunia mengambil 450ml susu dan 30gm keju

Ini adalah hasil dari sokongan yang kukuh dari Kementerian Pendidikan serta Di Amerika Syarikat - 3 cawan susu setiap hari
tenaga pengajar yang mahukan anak-anak kita ini mendapat yang terbaik dari
program ini, untuk itu saya ucapkan berbanyak terima kasih. Di Thailand sama seperti Malaysia - 1-2 gelas sehari

Sebagai syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, Dutch Lady amat komited untuk Kami percaya selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-sebelas ke arah
menyokong usaha Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan gaya hidup sihat merealisasikan Wawasan 2020, kami ingin memainkan peranan aktif dalam salah
dan pemakanan yang baik untuk kesemua pelajar. Kami berminat untuk satu dari 6 teras strategik dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pendidikan
memainkan peranan yang lebih aktif dalam memerangi penyakit tidak berjangkit mengenai pemakanan boleh dimulakan sejak dari kanak-kanak lagi dengan
(NCD) seperti obesiti dan lain-lain. memberikan tips-tips berguna mengenai pemakanan sihat seperti meminum

Kami sedar bahawa sarapan merupakan hidangan utama yang paling kerap Selain dari program 3K ini, Dutch Lady juga sangat bertuah kerana dapat
diabaikan oleh rakyat Malaysia dan kami juga difahamkan kanak-kanak yang menyokong pembangunan negara inisiatif lain seperti:
tidak mengambil sarapan yang berkhasiat tidak dapat menumpukan perhatian dan
memberikan yang terbaik di sekolah. Larian Cergas Ceria Dutch Lady yang kami anjurkan di Kelantan baru-baru ini
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dalam menerapkan gaya hidup aktif di
Menurut kaji selidik SEANUTS, kanak-kanak Malaysia boleh mendapat manfaat kalangan murid sekolah rendah

58 Laporan PASCA Laporan PASCA 59


TEKS UCAPAN

Program Pembangunan Tenusu bagi penternak lembu dalam membantu


meningkatkan kualiti serta volume pengeluaran susu tempatan

Acara tahunan bola keranjang Jr. NBA untuk murid sekolah yang turut mendapat
sokongan kukuh dari Kementerian Pendidikan yang mendapat lebih 4 ribu
penyertaan

Aktiviti kesedaran mengenai kepentingan Halal di kalangan pihak berkepentingan


dan warga kerja kami

Dan program kemasyarakatan termasuk bantuan mangsa banjir dan banyak lagi.

Dutch Lady akan terus komited untuk menyokong program 3K pada tahun 2017
dan kami menghargai sebarang maklum balas yang bermanfaat bagi tujuan
memantapkan lagi program ini. KERATAN AKHBAR

Hadirin sekelian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, terima kasih sekali lagi kepada Kementerian
Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan semua yang terlibat kerana memberi
kepercayaan kepada Dutch Lady untuk terus menyokong program ini. Terima
kasih juga kepada para pelajar semua yang telah mengambil bahagian.

Minum susu di atas anjung


Susu Dutch Lady berperisa strawberi
Program 3K telah sampai ke penghujung
Tahun depan harap jumpa lagi

Sekian, terima kasih.

60 Laporan PASCA Laporan PASCA 61


KERATAN AKHBAR

62 Laporan PASCA Laporan PASCA 63


KERATAN AKHBAR

64 Laporan PASCA Laporan PASCA 65


KERATAN AKHBAR

LAPORAN LIPUTAN MEDIA

NO. DATE PUBLICATION CIRCULATION / VIEWERSHIP PLATFORM HEADLINE TONE AD VALUE (RM) AD VALUE (RM)
01 16/11/2016 Bernama N/A Online SJKT Merlimau, SMK Convent Jalan Peel Positive 1,500.00 6,000.00
Winners of 3K Awards
02 16/11/2016 Bernama N/A Online Kerajaan & Swasta Perlu Tingkat Kerjasama Dalam Positive 1,500.00 6,000.00
Bidang Pendidikan
03 16/11/2016 MyMetro N/A Online 3K Tunjang Kualiti Pendidikan Positive 1,500.00 6,000.00
04 16/11/2016 Mynewshub N/A Online Kerajaan & Swasta Perlu Tingkat Kerjasama Dalam Positive 1,500.00 6,000.00
Bidang Pendidikan
05 16/11/2016 NTV7 N/A TV English News - 1 Min 25 Secs Neutral 20,250.00 81,000.00
06 17/11/2016 Harian Metro 179,231 Dailies Belajar Berasingan Neutral 23,900.00 95,600.00
07 17/11/2016 Berita Harian 106,754 Dailies Program 3K Tingkat Kecemerlangan Positive 24,384.00 97,536.00
08 17/11/2016 MyMetro N/A Online Belajar Berasingan Neutral 1,500.00 6,000.00
09 17/11/2016 Mysinchew.com.my N/A Online Kamala: Details About Year-Long Suspension of Neutral 1,500.00 6,000.00
Bullies Would Be Announced
10 17/11/2016 Sinchew Daily 340,584 Dailies Kamala: Details About Year-Long Suspension of Neutral 3,936,00 15,744,00
Bullies Would Be Announced
11 17/11/2016 Guang Ming Daily 70,338 Dailies Ministry of Education Completed Information Neutral 1,482,00 5,928,00
Gathering. Detail About Suspension of Bullies Will
Be Announced Soon
12 17/11/2016 Rileks.my N/A Online Kerajaan & Swasta Perlu Tingkat Kerjasama Dalam Positive 1,500.00 6,000.00
Bidang Pendidikan
13 17/11/2016 BH: pendidikan.com.my N/A Online Program 3K Tingkat Kecemerlangan Positive 1,500.00 11,980.80
14 20/11/2016 Sunday Star 246,652 Dailies Guidebook on Proper Handling Of Milk Positive 2,995.20 14,000.00
15 20/11/2016 The Star Online N/A Online Guidebook on Proper Handling Of Milk Positive 3,500.00 71,616.00
16 23/11/2016 The Sun 306,645 Dailies Driving Better Health, Hygiene And Safety In Schools Positive 17,904.00 6,000.00
17 23/11/2016 Thesundaily.my N/A Online Driving Better Health, Hygiene And Safety In Schools Positive 1,500.00 6,000.00
18 25/11/2016 femagonline.com N/A Online Kementerian Pendidikan Dan Dutch Lady Pupuk Positive 1,500.00 6,000.00
Pembelajaran Lebih Baik Melalui Anugerah 3K
19 16/11/2016 MediaLantang.com N/A Online Kerajaan & Swasta Perlu Tingkat Kerjasama Dalam Positive 1,500.00 6,000.00
Bidang Pendidikan
20 30/11/2016 NewStreamAsia N/A Online Dutch Lady Malaysia & Moe Awards Schools With Positive 1,500.00 6,000.00
Good Hygiene, Health And Safety
21 15/12/2016 Oriental Daily 105,720 Dailies Anugerah 3K & Projek Khas 3C, Dutch Lady Positive 2,800.00 11,200.00
Encourages A Conducive Learning Environments
22 20/12/2016 New Straits Times 44,090 Dailies Recognising Efforts For Better Hygiene Positive 7,385.00 29,540.00
23 27/12/2016 Sinar Harian 160,000 Dailies Dutch Lady Umum Pemenang 3K, Projek Khas 3C Positive 8,360.00 33,440.00
24 01/12/2016 Parenthood 43,500 Magazine Ministry of Education And Dutch Lady Encourage Positive 2,153.85 8,615.40
Better Learning Environments, Safe And Healthier
Living Among Students Through Anugerah 3K
25 01/12/2016 MYC! 28,000 Magazine Dutch Lady Collaborates With MOE Positive 1,200.00 4,800.00
TOTAL 138,250.05 533,000.20

66 Laporan PASCA Laporan PASCA 67


CADANGAN & KESIMPULAN

Program Anugerah 3K merupakan gabungan kerjasama terbaik agensi


kerajaan dan swasta iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Dutch Lady Milk Industries Berhad dalam
usaha memperkasakan generasi muda Malaysia, untuk lebih proaktif
mengamalkan gaya hidup yang holistik, seiring aspirasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kejayaan program ini menjadi penanda aras
kepada usaha Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan program-program
kemenjadian murid selaras dasar-dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Walaupun Program Anugerah 3K 2016 berjaya mencapai matlamatnya, masih


terdapat ruang penambahbaikan khususnya pengurusan pelaksanaan program.
Penggunaan laman portal sebagai pusat sehenti contohnya, memerlukan
pendekatan proaktif untuk menarik minat lebih ramai pengunjung. Menerusi
post-mortem program baru-baru ini, pendedahan program perlu
dipertingkatkan untuk masa akan datang dalam usaha meningkatkan jumlah
pengunjung dan pengguna laman portal ini dari masa ke semasa. Peningkatan
daripada segi penyertaan sekolah juga perlu diberi keutamaan untuk memastikan
keberkesanan program di seluruh negara.

Secara kesimpulannya, program ini mampu diperluaskan dengan melibatkan


lebih banyak sekolah-sekolah seluruh negara, dalam usaha kementerian
menjadikan sekolah sebuah institusi yang bukan sahaja bersih dan selamat tetapi
juga platform utama kemenjadian murid.

68 Laporan PASCA
www.anugerah3k3c.com.my

Anda mungkin juga menyukai