Anda di halaman 1dari 8

8.

2) Menolak bola

8.2.1) Tujuan:

Menghantar bola jarak dekat dengan cepat

Boleh melakukan serta-merta selepas mengelecek

bola

Arah bola dan masa menghantar boleh

disembunyikan hingga ke saat-saat yang akhir

Dilakukan semasa tolakan sudut penalti

8.2.2) Terdapat tiga fasa dalam kemahiran menolak,

iaitu:

Gaya bersedia = Dua belah kaki dijarakkan dan

badan direndahkan

Menolak bola = Bahu kiri ke arah sasaran dan

berat badan dipindahkan ke kaki

depan ketika meleretkan

kayu untuk

menolak bola.

Pergerakan ikut lajak = Mata terus pergerakan

bola. Bahu kanan

menunjuk kearah

sasaran.
8.2.3) Mekanik Menolak

Memegang Kayu:

Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas,

sementara kedudukan tangan kanan ialah 15-30

cm di bawah tangan kiri. Kayu dipegang kuat

untuk melaksanakan kemahiran ini.

Cara Berdiri:

Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran

bola atau target. Kedudukan kaki adalah selesa

untuk memberi keseimbangan. Lutut

dibengkokkan kayu supaya dapat diletak

berhampiran dengan bola.

Bola:
Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan

atau lebih kurang 30 cm dari kaki kiri atau lebih

kurang 40-45 cm apabila kedudukan badan

bersudut tepat.

Badan:
Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata

dapat melihat bola dengan tepat.

Perlaksanaan Kemahiran
Bagi perlaksanaan kemahiran ini kayu

hendaklah berhampiran bola atau melekat

dengan bola. Bola ditolak dengan tangan

kanan sambil tangan kiri menekan kayu ke bawah.

Bola ini akan bergerak leret ke arah sasaran.

Hayunan kayu mengikut rentak adalah

penting kerana ia membantu menyentuh bola

seberapa lama yang boleh. Dalam perlaksanaan

kemahiran ini seseorang individu perlu

memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki

kiri. Dengan koordinasi dan pergelangan tangan

yang kuat penolakan yang kemas dapat dilakukan.


8.2.4) Ansur maju bagi kemahiran menolak

a) Pertama sekali menolak kayu hoki tanpa

menggunakan bola hoki. Pastikan pemain

memegang kayu hoki dengan betul dan pastikan

badan dan lutut dalam keadaan yang betul semasa

menolak. Ulang aktiviti ini sehingga pemain dapat

melakukan aktitivi ini dengan baik.

b) Sekarang pemain menolak bola ke arah dinding.

Pemain akan menolak dari pelbagai arah .

Pastikan tolakkan dilakukan dengan mekanik yang

betul. Ulang aktiviti ini beberapa kali.


c) Pemain menolak bola satu langkah.Dua langkah,

tiga langkah dan berjogging. Perlakuan

dilakukan setelah pemain dapat menguasai

aktiviti mengikut urutan.

d) Selepas ini pemain akan menolak bola kepada

pasangan secara berhadapan. A akan

menolak kepada B dan sebaliknya.

Pastikan mekanik menolak

dilakukan dengan betul. Ulang aktiviti ini

beberapa kali.

A B


e) Sekarang A akan menolak bola ke B, C ,D. selepas

itu, B, C, D pula akan menolak ke A seorang demi

seorang.
B

A
C

f) Dalam ansur maju ini pemain A berada di tengah-

tengah bulatan dikelilingi oleh pemain B, C,

D, E. A akan menolak kepada sesiapa dan

pemain yang dapat bola harus menolak

kepada A balik. D B

E C
8.2.5) Permainan kecil bagi kemahiran menolak

Nama permainan : Tolakan tepi dan megelecek

Bilangan pemain: 3 orang

Kawasan: saiz dua kotak grid

Masa permainan: 5 minit

Prosedur permainan:

Garisan panjang digunakan untuk

menolak dan garisan pendek digunakan untuk

mengelecek bola. A menolak bola

kepada B dan berlari ke arah B. B menahan

bola dan membawa bola secara mengelecek

tepi ke tempat X dan membuat tolakan

kepada C. C pula melakukan gerakan seperti B

dan aktiviti diteruskan.

Anda mungkin juga menyukai