Anda di halaman 1dari 9

8.

1) Memukul bola

Kemahiran memukul bola digunakan untuk

menggerakkan bola dengan laju atau jauh.

Kemahiran ini amat mustahak untuk digunakan ketika

menjaringkan gol, membuat hantaran jauh atau

mengeluarkan bola dari kawasan D.

8.1.1) Mekanik memukul

Memukul bola

- Hantaran dalam permainan hoki dilakukan dengan

cara memukul bola. Pukulan dibuat semasa

bola dalam keaddan pegun dan juga selepas

mengelecek bola.

Pegangan

- Tangan kiri menggenggam bahagian atas kayu hoki

secara berjabat tangan. Tangan kanan rapat

dengan tangan kiri.

Kedudukan bola dan badan

- Posisi badan mesti selesa dan condong sedikit ke


hadapan
8.1.2)

Cara memukul yang betul

Letak kaki kiri bertentangan bola. Bola di antara 9-12

inci dari kaki kiri

Bahu kiri menghala ke arah sasaran badan di atas

bola

Ayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok

sedikit.

Ayunkan kayu ke bawah melalui bola

Kedua-dua siku lurus apabila bola dipukul. Mata

sentiasa perhatikan bola.

Ayunkan kayu mengikut hala lajakan

Kekuatan didapati dari pada penukaran berat badan

dari kaki belakang ke kaki depan dan dari kelajuan

ayunan.

8.1.3) Kesalahan Yang Perlu Diperhatikan


Bola terlalu rapat atau terlalu jauh dari kaki

Kepala tidak di atas bola

Bahu kiri tidak menghala ke arah sasaran

Kepala dinaikkan apabila memukul

Pukulan tidak licin dan tidak sinambung.

8.1.4) Ansur maju bagi kemahiran memukul

a) Pemain perlu membuat latihan memukul tanpa

menggunakan bola.

Sekarang pemain menggunakan dua biji bola hoki

Pemain dikehendaki memukul bola pertama dengan

kuat manakala bola kedua dipukul perlahan agar

bola itu bergerak separuh dari bola pertama.

bola pertama e

bola kedua e
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemain

merasakan pukulan kuat dan mengawal pukulan

untuk jarak tertentu.

b) Pemain memukul bola di atas garisan lurus secara

statik dan mesti bola itu bersentuh atau berhenti di

gelung yang disediakan.

Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan

persediaan dan hayunan pemain adalah lurus

bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.

c) Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak

20 meter dimana pemain bebas memukul

tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Pemain

boleh

mensasarkan pukulan ke arah yang

dikehendakinya. Bagi permulaan pemain


hendaklah berdiri statik dan kemudian

bolehlah bergerak satu langkah, 2,3 langkah

seterusnya.

20 meter

d) Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20

meter. Pemain memukul bola ke arah satu

sama lain (ketepatan diutamakan). Bila

pukulan memuaskan, jarak

ditambahkan kepada 25 m, 30m, 40m dan

seterusnya.Pemain boleh bergerak satu

langkah, 2, 3 dan seterusnya bila

melakukan pukulan.

20 meter
e) Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20

meter. Dua Skitel atau kon diletakkan di

tengah- tengahnya sebagai laluan pukulan.

Pemain perlu cuba memukul bola melalui

laluan pukulan iaitu antara dua skitel. Ulang aktiviti

ini sehingga bola itu sampai kepada pemain

lain..

laluan pukulan

f) Lima pemain membentuk satu segi emapat dan

seorang pemain berdiri di tengah-tengah

bulatan. Pemain tengah memukul bola

kepada setiap pemain dalam kumpulan dan

sebaliknya. Pemain tengah hendaklah

ditukar dengan pemain lain apabila semua

ahli kumpulannya telah memukul bola.



B C

E D
8.1.5) Permainan kecil bagi kemahiran memukul

Nama permainan: Menjatuhkan Skitel

Bilangan pemain: 5 orang

Masa: 3 minit

Kawasan: Padang hoki

Prosedur permainan:

Lima pemain akan berdiri di satu lorong

yang disediakan. Pemain perlu memukul bola

dan mesti menjatuhkan skitel yang terdapat di

laluan mereka. Pemain akan diberi tiga kali

percubaan. Pemain yang gagal menjatuhkan skitel, akan

membuat gaya memukul tanpa

menggunakan bola sebanyak sepuluh kali. Pemain yang

menjatuhkan skitel dalam tiga kali percubaan dianggap

sebagai pemenang.

A
B

Anda mungkin juga menyukai